Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 June 2014

WORLD CUP 2014 - Welbeck mungkin direhatkan



Raheem Sterling (kiri) dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama England untuk menentang Itali setelah Danny Welbeck (kanan) mengalami kecederaan hamstring. - AGENSI
RIO DE JANEIRO - Peluang Danny Welbeck untuk beraksi dalam perlawanan dengan Itali di Piala Dunia 2014 tampak semakin samar apabila mengalami kecederaan semasa menjalani latihan bersama skuad England.

Akhbar The Guardian dan Daily Telegraph melaporkan penyerang Manchester United itu mendapat kecederaan hamstring dan mungkin memaksa dia direhatkan dalam tempoh dua ke tiga minggu.

Dia meninggalkan padang latihan setelah mendapat rawatan di bahagian paha oleh ahli fisioterapi pasukan, Gary Lewin.

Welbeck dijangka akan berada dalam kesebelasan utama untuk menentang Itali (6 pagi Ahad waktu Malaysia) selepas berada dalam senarai utama England dalam dua daripada tiga perlawanan pemanas badan termasuk menang 3-0 ke atas Peru dan seri tanpa jaringan menentang Honduras, dia bermain di posisi sayap kiri.

Pemain berusia 23 tahun itu yang mempunyai 24 cap, sering kali menjadi pilihan Roy Hodgson sejak dua tahun lalu dan menjaringkan lapan gol di peringkat antarabangsa.

Jika Welbeck tidak dapat diturunkan, pemain Liverpool, Raheem Sterling, yang hanya mempunyai pengalaman selama 39 minit bersama England dalam tiga perlawanan persahabatan selain dibuang padang ketika seri 2-2 dengan Ecuador dijangka menjadi pilihan.

Hodgson pernah berkata Sterling, yang digantung ketika bertemu Honduras, adalah pemain yang berkebolehan besar dan tidak akan ragu-ragu menggunakan khidmat pemain berusia 19 tahun itu di Piala Dunia.

"Jika ditanya kepada saya adakah saya lebih banyak menyimpan Raheem, tentu tidak sama sekali kerana dia begitu cergas dan bersemangat tinggi, saya tiada sebarang keraguan untuk memilihnya.

"Satu kerugian tidak dapat menggunakan Raheem ketika menentang Honduras namun saya boleh beritahu awak semua, dia adalah pemain yang sering saya pertimbangkan untuk berada dalam pasukan.

"Sekiranya saya memilih dia, itu bukan bermaksud saya sanggup memperjudikan nasib semata-mata dia baru sahaja bermain selama 39 minit dan jika tidak memilihnya, saya ada pilihan lain," katanya.

England akan bertemu Itali tanpa Alex Oxlade-Chamberlain, yang cedera lutut tetapi dijangka pulih bagi menghadapi Uruguay dalam perlawanan kedua Kumpulan D (pada 20 Jun waktu Malaysia). - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140612/sl_04/Welbeck-mungkin-direhatkan#ixzz34NnQfLBe  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: