Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 June 2014

WORLD CUP 2014 - Giroud idam senarai pemain utama



OLIVIER Giroud (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan, Raphael Varane sewaktu sesi latihan skuad Perancis di Ribeirao Prato semalam. - AFP

RIBEIRAO PRATO - Perancis hadir ke Piala Dunia 2014 dalam mood tinggi selepas membelasah Jamaica 8-0 pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum ke Brazil.

Pemain yang dilihat begitu bersemangat ketika ini ialah Olivier Giroud yang mengakui dia berasa cukup sedih jika tidak berada dalam kesebelasan utama menentang Honduras dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E.

Giroud, 27, yang menjaringkan tiga gol dalam aksi pemanas badan untuk Les Bleus, meneruskan kecemerlangan seperti mana dia pamerkan ketika bersama Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyerang Gunners itu kerap kali dijadikan pengganti kepada Karim Benzema kerana Didier Deschamps lebih gemar menggunakan formasi 4-3-3 dengan menggunakan penyerang tunggal.

Bagaimanapun selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam pertemuan dengan Jamaica, Giroud memberitahu media Perancis di Ribeirao Preto yang dia akan berasa sangat kecewa jika berada di bangku simpanan untuk aksi sulung Les Bleus di Piala Dunia.

"Namun, apa sahaja keputusan jurulatih saya akan hormat kerana itu pilihannya dan buat masa ini sebagai pemain, saya rasa sukar hendak tidur malam memikirkan peluang untuk bermain.

"Apa yang menjadi keutamaan bagi saya sekarang adalah melakukan persiapan sebaiknya bagi menghadapi perlawanan pertama dan memberikan pilihan kepada jurulatih serta pasukan," kata bekas pemain Montpellier itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140612/sl_05/Giroud-idam-senarai-pemain-utama#ixzz34NpNDm79  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: