Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Tanpa Falcao, Colombia mampu ke pusingan kedua



Jua n Quintero meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Ivory Coast dalam saingan kumpulan C di Stadium Kebangsaan Brasilia, semalam. - REUTERS
BRASILIA - Beraksi tanpa peledak berbisa, Radamel Falcao tidak menjejaskan Colombia untuk kembali menjadi tumpuan dunia apabila melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama selepas lebih sedekad.

Dua kemenangan pertama dalam Kumpulan C menjadikan Tricolor pasukan ketiga layak ke pusingan kedua selepas Belanda dan Chile.

Semalam, dua gol dalam tempoh enam minit babak pertama memastikan kemenangan 2-1 Colombia ke atas Ivory Coast.

Tandukan padu James Rodriguez pada minit ke-64, diikuti gol pemain gantian, Juan Quintero memastikan kemenangan kedua berturut-turut dicatat pasukan Amerika Selatan itu.

Gervinho merapatkan jurang pada minit ke-73, namun ia sudah terlambat untuk membantu kebangkitan Ivory Coast.

Colombia mengesahkan tiket ke peringkat seterusnya selepas satu lagi perlawanan Kumpulan C antara Jepun dan Greece berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kempen mereka pada 1990 berakhir dengan kesilapan terbesar penjaga gol, Rene Higuita yang menjadi sebutan sehingga hari ini.

Dia kehilangan bola ketika cuba mengelecek penyerang Cameroon, Roger Milla.

Empat tahun kemudian, Colombia tiba di Piala Dunia bersama harapan besar selepas membelasah Argentina 5-0 di pusingan kelayakan, namun mereka pulang awal selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

Tidak lama selepas kembali ke tanahair, Andres Escobar yang menjaringkan gol sendiri ketika mereka tewas 1-2 kepada Amerika Syarikat mati ditembak di Medellin.

Colombia turut layak ke Piala Dunia 1998 di Perancis, namun skuad yang sudah dimamah usia ketika itu hanya mampu menjaringkan satu gol dan meraih satu kemenangan, sebelum tersingkir di peringkat kumpulan.

"Memori setiap generasi adalah sesuatu yang tidak boleh anda padam.

"Namun kami tidak akan terlalu terbawa-bawa untuk memperbaiki pencapaian generasi terdahulu. Kami masih ada satu perlawanan untuk ditempoh iaitu menentang Jepun," kata jurulatih Colombia, Jose Pekerman.

Bagaimanapun kata Pekerman, setelah melalui banyak kegagalan, kejayaan layak ke pusingan kedua memberi keceriaan kepada penyokong Tricolor.

"Selepas sering kecewa, kami memberi kepuasan kepada peminat bola sepak.

"Malah, sejak tiba di Brazil lagi, pemain membawa azam untuk meninggalkan imej baik apabila pulang ke tanahair.

"Pasukan telah menunjukkan respons yang bagus setakat ini," katanya lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_03/Tanpa-Falcao-Colombia-mampu-ke-pusingan-kedua#ixzz35Q3v1Jik  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: