Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 July 2014

CELAH GELEGAR: (TINDAKAN SUPER PANTAS POLIS & AG) ZAM : Bagaimana...

CELAH GELEGAR: (TINDAKAN SUPER PANTAS POLIS & AG) ZAM : Bagaimana...: Siti Fairah Asyikin Kamaruddin yang dikenali sebagai Kiki telah dihukum denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 ...

SEMUT HITAM: STATUS TIMBALAN KETUA CABANG MEMALUKAN!!!

SEMUT HITAM: STATUS TIMBALAN KETUA CABANG MEMALUKAN!!!: Hahaha!!! Memang memalukan sungguh status Timbalan Ketua Cabang PKR ni. Ianya menunjukkan betapa sel - sel dalam otak dia tak berhubung...

RAMADHAN AKAN BERAKHIR DAN SYAWAL AKAN MENJELMA

SALAM  AIDIL FITRI

DARI

KAMI SEKELUARGA

MAAF ZAHIR DAN BATIN





Kerajaan akan tuntut keadilan tragedi berdarah MH17 - TPM



MUAR 24 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, pihaknya akan terus menuntut keadilan terhadap insiden MH17 yang disifatkan tragedi berdarah dan meruntun hati setiap rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan komitmen kerajaan untuk mencari pihak yang menjadi punca kejadian itu yang sehingga hari ini belum diketahui.

"Dalam hal ini semangat kesatuan masyarakat Malaysia amat jelas, bukan sahaja marah kepada peristiwa ini tetapi memberi iktibar kepada kita.

"Yang penting dapat kita tingkatkan semangat kerjasama dan perpaduan, saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menghadapi nahas ini," katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan zakat Uda Holdings Berhad kepada 30 anak yatim, fakir miskin dan golongan kurang upaya di Surau As-Saadah di sini semalam.

Yang turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat; Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar dan Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Zaid Abd. Rahman.

Muhyiddin berkata, kerajaan dan pembangkang juga bersatu hati melalui Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini yang sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh MH17.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, umat Islam ketika ini berhadapan dengan cabaran besar iaitu isu Palestin yang sehingga kini sudah mengorbankan 600 nyawa dengan sebahagian besarnya melibatkan wanita dan kanak-kanak.

"Disebabkan kezaliman Zionis Israel, dia tahu bahawa tanah itu milik Palestin sebab itu bertindak secara ganas tidak berperikemanusiaan, membedil di setiap rumah dan masjid sehingga banyak yang rosak dan nyawa hilang.

"Dalam zaman dunia moden ini ada manusia yang tidak bertamadun kerana sifatnya rakus dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan ramai nyawa terkorban. Umat Islam di mana-mana pun menghadapi cabaran, di Afghanistan, Iraq, Mesir dan Libya," ujarnya.

Sementara itu, abang kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Yassin berkata, pihaknya kini mengasaskan Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia bertujuan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Beliau yang juga Presiden pertubuhan itu berkata, penubuhannya juga untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi dan politik bagi memastikan mereka tidak tercicir.

Selain itu beliau berkata, pihaknya juga bakal menubuhkan Yayasan Mohd. Yassin dengan dana awal RM1 juta tidak lama lagi dan akan beroperasi di Masjid Jamek Pagoh yang akan dibina dengan kos RM70 juta.

Pada majlis tersebut, Uda Holdings diwakili Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada surau berkenaan yang diwakili Muhyiddin iaitu anak kepada pengasasnya yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Mohd. Yassin. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140724/dn_05/Kerajaan-akan-tuntut-keadilan-tragedi-berdarah-MH17---TPM#ixzz38LaVlJcb  © Utusan Melayu (M) Bhd 



VOICES AROUND: DS Najib "boleh" sebenarnya, tapi......

VOICES AROUND: DS Najib "boleh" sebenarnya, tapi......: DS Najib sebenarnya berkaliber dan "BOLEH", tapi ianya hanya apabila beliau berhenti mendengar dan mengikut skrip punahsihat-puna...

PALESTIN : Obama hantar 2,000 askar AS bantu Israel gempur Hamas?



NEW YORK 23 Julai - Dokumen tersebar di internet mendedahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Pentagon bersiap sedia untuk mengerahkan kira-kira 2,000 askar ke Genting Gaza, bagi membantu tentera Israel menggempur pergerakan Hamas dan Palestin.

Portal berita National Report melaporkan dokumen Pentagon yang disiarkan oleh laman web WikiLeaks kelmarin, mengarahkan pasukan tentera darat dan tentera laut bersiap sedia, selain arahan satu laporan pengurangan kekuatan tentera untuk melancarkan operasi gempur besar-besaran di Gaza.

Laporan pengurangan kekuatan itu merupakan jangkaan kematian askar AS jika operasi darat dilancarkan.

Maklum balas Pentagon adalah mereka akan menyediakan beberapa kompeni Renjer Tentera AS dan akan menghantar helikopter Apache Longbow, dua helikopter AH-6 Littlebird dan beberapa kenderaan sokongan termasuk helikopter Blackhawk, kenderaan pengangkutan berperisai dan Humvee.

Pasukan tentera darat akan disokong dengan serangan udara dari kapal pengangkut pesawat George H.W. Bush yang kini berada dalam perjalanan ke Laut Merah.

Dalam laporan pengurangan kekuatan itu, Pentagon memberikan gambaran buruk dengan jangkaan sebanyak 18 peratus askar akan terbunuh dalam kerahan tersebut.

Laporan itu juga berkata, pasukan tambahan akan diperlukan jika White House berharap untuk melancarkan tindakan berkesan di rantau itu ekoran jumlah 2,000 askar dan kenderaan berkenaan tidak cukup untuk melancarkan operasi menggempur.

Seorang pegawai tentera AS, Jeneral (bersara) Paul Horner yang mempunyai latar belakang dalam risikan tentera berkata, tentera dengan jelas tidak mahu melaksanakan misi Gaza itu dengan jumlah askar yang diminta oleh Obama.

"Ini kerana jika anda mahu jumlah kematian askar dikurangkan, anda perlu menghantar lebih ramai askar," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_05/Obama-hantar-2000-askar-AS-bantu-Israel-gempur-Hamas#ixzz38LXApRHz  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : APA CERITA...MANA NEGARA2 ARAB, BACUL KE?

SUKAN KOMANWEL XX - Buruan pingat bermula



GLASGOW - Pemburuan pingat oleh kontinjen negara dalam Sukan Komanwel di sini akan bermula secara rasmi hari ini.

Upacara perasmian temasya sukan yang melibatkan 6,500 atlet dari 71 buah negara itu diadakan di Celtic Park di sini kira-kira pukul 3 pagi tadi waktu Malaysia.

Edisi ke-20 ini adalah yang ketiga dianjurkan oleh Scotland selepas dua kali diadakan di Edinburgh pada 1970 dan 1986.

Sepanjang penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel sejak 1950, kontinjen negara meraih dua pingat emas di Victoria, Kanada pada 1994; 10 emas di Kuala Lumpur (1998), tujuh emas di Manchester, England (2002) dan Melbourne, Australia (2006) serta pencapaian terbaik iaitu 12 emas di New Delhi, India (2010).

Pada temasya kali ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sasaran tujuh pingat emas, jauh lebih rendah daripada pencapaian di New Delhi dengan 12 pingat emas.

Bagaimanapun, jumlah sasaran itu dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Majlis Sukan Negara (MSN) disifatkan sebagai realistik berdasarkan situasi semasa dan pengguguran beberapa acara kegemaran Malaysia oleh negara penganjur.

Untuk edisi kali ini, kontinjen negara diwakili 269 orang atlet dan pegawai. Daripada sejumlah 179 orang atlet, 135 daripadanya adalah atlet elit, lima atlet pelapis, 30 atlet luar program Majlis Sukan Negara dan sembilan atlet paralimpik.

Malaysia hanya akan menyertai 14 daripda 17 jenis sukan yang merangkumi 130 acara iaitu 67 acara lelaki, 55 acara wanita serta lapan acara sukan para.

Acara sukan yang akan disertai Malaysia ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal, boling padang, gimnastik (artistik dan berirama), hoki, judo, menembak, olahraga, pingpong, ragbi, skuasy dan tinju.

Untuk makluman, kejayaan merangkul pingat oleh atlet-atlet kurang upaya juga akan dikira dalam jumlah kedudukan pingat negara.

Pencapaian terbaik atlet paralimpik negara dalam temasya Sukan Komanwel ialah merangkul satu perak dan tiga gangsa pada edisi 2002 di Manchester.

Pada tahun ini, sejumlah lima acara sukan menawarkan 22 pingat kepada atlet paralimpik dan ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini.

Antara fakta menarik untuk edisi Sukan Komanwel kali ini ialah pingat emas ke-3,000 akan dianugerahkan pada temasya kali ini sejak ia diperkenalkan buat kali pertama pada 1930.

Sementara itu maskot Sukan Komanwel Glasgow, Clyde, bukanlah sejenis haiwan seperti dalam temasya-temasya terdahulu tetapi adalah pokok bunga Thistle yang menjadi lambang Scotland dan nama Clyde pula diinspirasikan daripada nama sungai yang mengalir di sekitar Glasgow. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_05/Buruan-pingat-bermula#ixzz38LObgWFJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN KOMANWEL XX - Misi tebus kekecewaan di Delhi

Oleh FADHILUL IZMEL ISHAK
sukan@utusan.com.my

PASUKAN boling padang negara bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (depan, lima dari kiri) di Perkampungan Atlet Sukan Komanwel di Glasgow semalam.

KUALA LUMPUR - Selepas gagal membawa pulang pingat emas pada Sukan Komanwel di New Delhi empat tahun lalu, skuad boling padang negara memasang impian untuk menebus kekecewaan mereka itu di Glasgow.

Skuad boling padang wanita yang diketuai Nor Hashimah Ismail optimis misi itu mampu direalisasikan di Glasgow berikutan prestasi pasukan negara kini di tahap yang menyakinkan.

"Berdasarkan prestasi dan sesi latihan yang dilakukan saya yakin pasukan negara mampu memperolehi pingat emas. Ini merupakan kali kelima saya menyertai Sukan Komanwel dan sudah pasti saya akan menggunakan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki untuk memastikan emas menjadi milik negara.

"Empat tahun lalu kami tewas di tangan England dalam acara beregu wanita jadi tahun ini kami akan menggunakan keringat kami sepenuhnya bagi memastikan emas menjadi milik negara. Kami akan memberi fokus kepada pihak lawan terutamanya Australia, Scotland dan Afrika Selatan yang merupakan saingan kuat kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Skuad boling padang telah menjadi sandaran kontinjen negara untuk menuai emas di Sukan Komanwel setiap kali temasya itu berlangsung. Bagaimanapun untuk edisi kali ini Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) hanya mensasarkan sebutir emas berikutan prestasi mereka dalam temasya 2010 di New Delhi.

Nor Hashimah, 43, pernah memenangi acara bertiga dalam Sukan Komanwel Melbourne 2006 nyata gembira apabila pada tahun ini dia menyertai acara beregu dan berempat, sekali gus memberi kelebihan untuk menambah koleksi pingat.

"Pada edisi kali ini kami berasa bertuah kerana setiap pemain diberi peluang untuk beraksi dalam dua acara, jadi kami lebih bersemangat untuk menambah bilangan pingat dan sudah pasti emas menjadi sasaran kami,"ujar Nor Hashimah lagi, yang perak bersama Zuraini Khalid empat tahun lalu.

Bagi acara beregu wakil negara diletakkan di Seksyen A dan akan bertemu Papua New Guinea pada Isnin depan, Ireland Utara pada hari berikutnya, Niue Island dan Australia pada 30 Julai.

Dalam acara berempat Malaysia ditempatkan di Seksyen B akan memulakan cabaran dengan bertemu Niue Island pada Isnin depan, diikuti India dan Ireland Utara pada 25 Julai serta Fiji sehari kemudian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_02/Misi-tebus-kekecewaan-di-Delhi#ixzz38LLmmUr8  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN KOMANWEL XX - Azizul tekad balas dendam

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

DUA pelumba negara, Mohd. Rizal Tisin (kanan) dan Edrus Yunos menjalani latihan di Velodrom Sir Chris Hoy di Arena Emirates, Glasgow semalam, untuk persiapan akhir sebelum acara berbasikal trek bermula hari ini. - AFP

KUALA LUMPUR - Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang bertekad untuk memenangi pingat emas acara keirin pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland bagi menebus kekecewaan dialaminya empat tahun lalu.

Ketika Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, pingat emas keirin yang diraih Azizulhasni ditarik balik apabila pelumba itu dibatalkan oleh pegawai pertandingan atas dakwaan membuat kayuhan yang amat agresif hingga mengganggu pelumba lawan.

Bagaimanapun, Malaysia bernasib baik apabila pingat emas tersebut diberikan kepada rakan sepasukan Azizulhasni, Josiah Ng.

Kata Azizulhasni, persiapan untuk temasya Glasgow telah berlangsung dengan baik selain berpuas hati dengan prestasi semasanya ketika ini.

Tambah pelumba dari Terengganu itu, tumpuannya dalam penyertaan kali ini lebih kepada untuk menebus kekecewaan di New Delhi dalam acara keirin.

"Sasaran peribadi, saya sentiasa nak menang terutama kalau dalam saingan besar seperti ini (Sukan Komanwel) dan buat masa ini saya sasarkan pingat untuk acara keirin.

"Jika dapat meraih lebih banyak pingat itu adalah bonus kerana cabaran kali ini jauh lebih besar daripada edisi di New Delhi," kata Azizulhasni.

Saingan trek dalam Sukan Komanwel 2014 dijadual bermula esok dengan acara pecut akan menjadi tumpuan utama manakala keirin akan bermula pada Ahad.

Azizulhasni menjangkakan bakal menerima saingan lebih sengit kali ini daripada pelumba Australia dan New Zealand.

"New Zealand ketika ini memegang status juara dunia dan prestasi mereka sejak dua tahun lalu memang banyak meningkat manakala pelumba-pelumba Australia memang sentiasa berada di tahap terbaik.

"Malah saingan pada Sukan Komanwel kali ini juga sukar untuk dijangka kerana semua pelumba yang hadir adalah bertaraf dunia selain telah mencipta pelbagai kejayaan," jelas Azizulhasni.

Pada temasya sama empat tahun lalu pasukan berbasikal negara hanya mampu meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_01/Azizul-tekad-balas-dendam#ixzz38LKOr7bw  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Hamas sasar lapangan terbang Tel Aviv


Dua orang kanak-kanak perempuan Palestin berjalan di kawasan runtuhan akibat dibedil tentera Israel di Gaza City, semalam. - AFP

GAZA CITY 23 Julai - Serangan roket Hamas dilancarkan dari Gaza mengenai kawasan berdekatan landasan lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan penerbangan antarabangsa ke Israel terpaksa dibatalkan, ketika serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menyaksikan enam orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, hari ini.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Khan Younis, selatan Gaza awal pagi ini.


Anggota keluarga meratapi kematian dua beradik, Adnan Habib, 22, kiri dan Mahmoud, 27, kanan yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, semalam. - AGENSI

"Lebih 20 orang lagi cedera, kebanyakan mereka cedera teruk dalam serangan tersebut," kata pasukan kecemasan tersebut.

Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 hari ini meningkat kepada 639 orang dengan lebih 4,000 orang lagi dilaporkan cedera.

Dalam pada itu, tentera Israel melaporkan dua lagi askarnya terbunuh dalam konflik tersebut, menjadikan jumlah askar Israel yang maut sejak serangan darat dilancarkan enam hari lalu meningkat kepada 29 orang.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh keluarga Palestin terperangkap di selatan Genting Gaza ketika menyelamatkan diri daripada konflik berkenaan.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pihaknya cuba menyelamatkan 230 orang berdekatan Khan Younis yang diserang kereta kebal Israel dan pesawat drone Zionis Israel sejak pagi ini.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Amerika Syarikat (AS) mengharamkan perjalanan ke Israel sekurang-kurangnya selama 24 jam, manakala Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah menasihatkan semua penerbang mengelak ke Tel Aviv sehingga satu masa yang akan ditentukan selepas roket Hamas yang mengenai kawasan berdekatan lapangan terbang Ben Gurion itu. - AFP/AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_04/Hamas-sasar-lapangan-terbang-Tel-Aviv#ixzz38LIZczmM  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 mangsa tersalah tembak - perisik AS


SEBAHAGIAN anggota tentera Ukraine membawa keranda mayat mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang terkorban dalam satu upacara di Lapangan Terbang Kharkiv, untuk berlepas ke Eindhoven, Belanda semalam. - AFP

WASHINGTON 23 Julai - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas berkemungkinan disebabkan berlakunya kejadian tersilap tembak oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia yang kurang terlatih.

Seorang pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) berkata, bukti yang dikumpulkan setakat ini menunjukkan pihak pemberontak pro-Rusia telah melancarkan peluru berpandu SA-11 darat ke udara terhadap pesawat MH17, tetapi masih tidak jelas mengapa mereka melakukannya.

"Penjelasan yang paling munasabah, adakah ia merupakan satu kesilapan, disebabkan peluru berpandu itu digunakan pihak yang tidak terlatih kerana penggunaan sistem persenjataan tersebut memerlukan kemahiran dan latihan.

"Kita dapat melihat banyak kesilapan tembakan pada masa lalu. Pesawat Korea Airlines ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Kesatuan Soviet pada 1983 dan Pasukan Tentera Laut AS juga pernah tersilap menembak jatuh pesawat awam Iran pada 1988," katanya.

Mengulas lanjut, pegawai perisikan itu berkata, satelit AS mengesahkan pesawat yang membawa 298 penumpang itu ditembak oleh peluru berpandu jenis SA-11 darat ke udara dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

"Ini merupakan kes yang kukuh apabila peluru berpandu itu ditembak dari timur Ukraine di bawah pengawasan dan bantuan Rusia," jelasnya.

Pegawai perisikan itu berkata, pihak yang melancarkan peluru berpandu itu perlu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru berpandu dan tidak melalui rangkaian radar lebih besar yang akan memberikan gambaran lebih lengkap tentang laluan trafik udara.

"Sistem SA-11 direka untuk digunakan dalam 'sistem pertahanan udara bersepadu' tetapi dengan menggunakan hanya satu radar, pelancar peluru berpandu itu mempunyai gambaran yang agak kabur," jelasnya.

Tambah beliau, operasi melibatkan Rusia telah dikesan di timur Ukraine tetapi perisikan AS tidak mempunyai bukti jelas bahawa pakar Rusia berada bersama unit SA-11 yang melepaskan tembakan ke arah pesawat itu.

"Walaupun Amerika Syarikat memantau aliran senjata berat, termasuk sistem pertahanan udara ke Ukraine dari Rusia, pihak agensi perisikan tidak melihat sistem senjata SA-11 dipindah ke negara tersebut sebelum pesawat terhempas," katanya.

Dalam pada itu, dakwaan menyatakan kerajaan Ukraine telah menembak jatuh pesawat tersebut juga adalah tidak realistik, disebabkan Kiev tidak memiliki sistem persenjataan seperti itu di kawasan berkenaan, yang secara jelas dikawal oleh pihak pemberontak.

"Kerajaan Ukraine tidak mempunyai sebab untuk melancarkan peluru berpandu darat ke udara, kerana pihak pemberontak tidak menggunakan aset seperti helikopter atau sistem persenjataan di udara," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, pihak pemberontak mempunyai motif untuk menggunakan sistem peluru berpandu tersebut disebabkan mereka bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine yang menggunakan aset seperti helikopter dan pesawat. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140724/dn_07/MH17-mangsa-tersalah-tembak---perisik-AS#ixzz38LHBYTw5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PARLIMEN : Sebulat suara kutuk tembak MH17


ANGGOTA Parlimen bertafakur sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 dalam Persidangan Khas Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas oleh pihak yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 23 Julai - Dewan Rakyat hari ini sebulat suara menyokong usul mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada 17 April lalu.

Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini.

Seramai 22 Ahli Parlimen daripada pihak penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan turut mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang membahaskan dan menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata, Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira agama, bangsa atau haluan politik bersepakat menyokong usul tersebut kerana nahas yang menimpa pesawat MH17 adalah tragedi berdarah yang amat memilukan dan menyayat hati seluruh rakyat.

"Seluruh rakyat mengecam sekeras-kerasnya perbuatan jenayah kejam lagi tidak berperikemanusiaan menjatuhkan pesawat MH17 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita bersatu dalam kesedihan mengenangkan nasib para penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan," katanya.

Muhyiddin menambah, kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat khas yang dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Beliau memberitahu, pada masa sama, kerajaan sedar bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan atau tangkapan di mana-mana negara lain.

"Siasatan ke atas perkara ini dan bidang kuasa ke atas penjenayah tersebut hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya terdapat kerjasama serta komitmen sebenar daripada negara-negara dan pihak-pihak yang berkaitan," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984.

Bagi menjawab celahan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang bertanya sama ada terdapat konsesi dalam rundingan di antara kerajaan Malaysia dan kumpulan pemberontak pro-Rusia di Ukraine, Muhyiddin menjelaskan, tiada syarat tambahan selain daripada tiga persetujuan yang dicapai menerusi rundingan tersebut.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beritahu kepada saya tiada apa-apa. Tidak ada lebih, tidak ada kurang.

"Tiada apa-apa erti lain seperti tuntutan dan seumpamanya, itulah yang diterima beliau daripada pemimpin kanan kumpulan pemberontak, Alexander Borodai," jelasnya.

Ditanya apa yang boleh dikatakan beliau terhadap pihak yang terbukti melakukan jenayah menembak MH17, kata Muhyiddin: "Tiada maaf bagimu."

Tragedi MH17 itu mengorbankan 298 penumpang, termasuk anak kapal.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140724/dn_06/Sebulat-suara-kutuk-tembak-MH17#ixzz38LAyPshD  © Utusan Melayu (M) Bhd 





Kutukan Dewata: AL QASSAM YAKIN DENGAN JANJI-JANJI ALLAH!!!

Kutukan Dewata: AL QASSAM YAKIN DENGAN JANJI-JANJI ALLAH!!!:   “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan kepadamu bala tentera bantuan dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak me...

Wednesday 23 July 2014

Hebatnya Najib, Sultan Nazrin dan Tun Hamid...


Oleh Zaini Hassan

Syabas Najib!

GRUP-grup WhatsApp sibuk memuji PM Najib atas kejayaannya mengembalikan kotak hitam MH17 ke tangan kita; dan berjaya mengeluarkan mayat-mayat penumpang dari kawasan bergolak di Ukraine untuk dihantar pulang kepada keluarga masing-masing.

Malah, pujian juga dijulang atas kejayaannya berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai yang menguasai kawasan nahas itu.

Najib juga dipuji kerana berjaya menggunakan diplomatik senyapnya berunding dengan Presiden Putin bagi memujuk kumpulan pemberontak menyerahkan aset negara itu.

Salah seorang rakan menulis: "PM Najib made it possible! That's why Najib avoids condemning Putin, quiet diplomacy gets result." (PM Najib berjaya melakukannya! Itu sebab Najib mengelak daripada menghentam Putin, diplomasi senyapnya beroleh kejayaan.)

Seorang lagi rakan menulis: "Tun Razak as PM of a democratic Malaysia surprised the world by visiting China in 1974 to be friendly with Communist China. Now in 2014, DS Najib speaks to Russian Communist Putin and pro-Russian Rebel Leader to solve MH17 issue of bodies and black box. He achieved what others failed. Orang Pahang hebat! DD"

(Tun Razak sebagai PM negara Malaysia yang demokratik mengejutkan dunia dengan melakukan lawatan ke China pada 1974 untuk bersahabat dengan komunis China. Sekarang 2014, Najib bercakap dengan Putin, seorang komunis Rusia dan dengan pemimpin pemberontak pro-Rusia bagi menyelesaikan isu kotak hitam dan mayat-mayat penumpang MH17. Beliau berjaya semasa orang lain gagal.)

Seorang lagi: "Fantastic work by PM. Direct nego with Borodai...the separatist leader...and clinched the deals. Now the bodies is on a train otw to Kharkiv. And blackbox is in Msian hands."

(Tugas hebat oleh Najib. Rundingan terus dengan Borodai...ketua pemisah... dan mencapai perundingan. Sekarang mayat-mayat di dalam kereta api dalam perjalanan ke Kharkiv. Dan kotak hitam dalam tangan Malaysia).

Satu lagi mesej: Akhbar New York Times melaporkan kejayaan PM Najib berunding dengan pemisah Ukraine serah mayat dan kotak hitam MH17. Kejayaan ini dianggap sesuatu yang gagal dicapai oleh negara-negara yang lebih berkuasa. Alhamdulillah pagi ini (waktu Malaysia) majlis serah kotak hitam MH17 kepada wakil Malaysia di Bandar Donetsk selamat dijalankan. Ketua Pemisah Ukraine, Alexander Borodai turut hadir menyaksikannya.

Syabas Najib!

Daulat Tuanku Sultan Perak!

PETANG Sabtu lepas, saya sekali lagi dijemput berbuka puasa di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Jika pada tahun lepas jemputan dibuat oleh Raja Muda Perak, tahun ini baginda sudah bergelar Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah.

Seperti biasa sebelum masuk ke dewan santapan untuk berbuka, kami - dalam kumpulan terdiri daripada orang media dan NGO yang terpilih, dititah menghadap baginda di dalam sebuah Bilik Mengadap serba merah, diberi jolokan Bilik Merah.

Tempat-tempat duduk telah ditetapkan dengan tanda nama masing-masing. Tuanku duduk di tengah-tengah bersebelahan dengan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda bertanya khabar semua tetamunya. Sungguh berhemah baginda.

Kemudian kami semua berangkat ke Bilik Jamuan Negeri. Selepas berbuka dengan juadah ringan buah kurma, bubur lambuk, kuih Tokyo, cucur badak, karipap dan sirap cincau, kami bersolat maghrib berjemaah.

Ia diikuti dengan santapan makan malam - yang menunya nasi putih Basmathi, nasi beriani, ayam Vangge, kari ikan bawal, rendang Tok, sambal tumis, udang cili, ikan masin - yang cukup menyelerakan berserta pajeri nanas, acar buah, air asam dan sambal belacan serta minuman sirap cincau. Di meja santapan, masing-masing teruja dengan ayam Vangge dan perbincangan mengenainya bermula.

Tetamu kemudian bersolat isyak dan tarawih berjemaah bersama-sama Tuanku.

Suasana bersolat di dalam istana berusia 81 tahun itu, dibina pada tahun 1933 di tepi Sungai Perak, cukup syahdu sekali.

Tetamu kemudian dibawa ke dewan santapan sekali lagi untuk jamuan moreh berupa kuetiau goreng dan ketupat daun palas cicah serunding daging serta hirupan teh tarik.

Namun majlis belum selesai. Beberapa tetamu terpilih diminta sekali lagi tunggu dahulu dan diiring ke Bilik Merah sekali lagi.

Seketika menunggu, Tuanku pun masuk mengambil tempat. Kali ini baginda tidak diiringi oleh Raja Permaisuri Perak.

Tuanku Sultan memulakan cerita. Pemilihan Presiden Indonesia, "apa peluang Jokowi dan Prabowo?"

Maka, tetamu terpilih Tuanku itu pun mengulas, membuat pelbagai analisis, pendapat dan cadangan. Tan Sri Azman Mokhtar, orang kuat Khazanah turut memberi pelbagai perspektif dari segi politik dan kesan-kesan kepada ekonomi serta perniagaan serantau.

Tuanku mendengar dengan penuh analitikal dan kritikal. Pelbagai lagi pendapat yang dilontarkan secara naratif dan interpretatif.

Sebagai seorang yang cukup terpelajar - berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, baginda cukup tajam.

Soalan kemudian menjurus kepada satu lagi isu sensitif yang sedang berlegar dalam kalangan NGO Melayu sekarang iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Harmoni serta cadangan penghapusan Akta Hasutan 1948.

NGO Melayu yang turut di bilik itu iaitu Majlis Perundingan Melayu (MPM), yang sedang bersama-sama puluhan lagi NGO Melayu Islam membahaskan rang undang-undang 'berat sebelah' itu turut mengulas.

Dr. Hasan Mad selaku Setiausaha Agung MPM memberi pencerahan kepada Tuanku. Cadangan rang undang-undang itu yang disokong oleh Majlis Peguam - yang pada pandangan NGO Melayu Islam ialah ke arah untuk mengekang hak keistimewaan Melayu dibincangkan dengan mendalam.

Ada juga tetamu yang agak emosional semasa perbincangan. Namun Tuanku cukup tenang.

Seorang lagi berkata sebagai sultan yang baharu dilantik, Tuanku harus juga memberi tumpuan kepada isu pokok itu.

Sebaliknya Tuanku amat menitikberatkan agar Rukun Negara diterapkan di jiwa rakyat Malaysia.

Benar kekhuatiran baginda. Sudah jauh dari hati dan jiwa rakyat kepada ideologi kebangsaan Malaysia itu.

Rukun Negara diwujudkan setahun selepas tragedi berdarah perkelahian kaum 13 Mei 1969. Ia dijadikan satu ideologi kebangsaan, seperti Pancasila yang cukup dihormati di Indonesia sehingga kini.

Rakyat Malaysia sudah lupa kepada ikrar bahawa mereka sewajibnya menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita nasional itu berdasarkan prinsip-prinsip: Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Benar ingatan Tuanku itu. Rukun Negara harus dimartabatkan semula. Malangnya, kini tiang nasional itu sudah semakin melayu dan lesu. Asas-asas Perlembagaan juga harus diajar sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Ajar anak-anak kecil kita mengenai asas Perlembagaan dan di akhir tahun biar anak-anak itu sendiri melakonkan drama pementasan mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan.

Biar semua ibu dan bapa menyaksikan pementasan anak-anak kecil itu. Biar semua kita menyelami erti pementasan itu, seperti mana pementasan oleh anak-anak sekolah rendah di Amerika Syarikat mengenai Declaration of Independence 9 Julai 1776 oleh Jeneral George Washington.

Wajibkan ia mulai sekarang.

Kami di dalam Bilik Merah itu tidak sedar jam sudah melepasi 1 pagi hari Ahad.

Tuanku akhirnya bertitah; "Masa sudah suntuk, anda semua perlu membuat perjalanan jauh. Terima kasih, satu perbincangan yang amat baik."

Daulat Tuanku!

Tun Hamid yang bijaksana!

KELMARIN, Isnin saya sempat hadir ke satu wacana Islam bagi membincangkan Cabaran Semasa anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Beberapa ahli panel memberi pendapat. Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam Datuk Salehudin Saidin bercakap mengenai Cabaran Terhadap Keluhuran Perlembagaan: Isu-isu Keselamatan Negara, Islam dan Umat Melayu.

Kira-kira 300 orang hadir. Sesi kemuncak ialah ucapan dasar oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Saya telah mengikuti beberapa sesi perbincangan dan forum dengan Tun Hamid. Ternyata jati dirinya terlalu kental terhadap negara ini, rakyatnya dan bangsanya.

Selaku orang yang pernah berada di atas puncak Perundangan dan Keadilan negara, beliau tahu apa yang diperkatakannya.

Beliau cukup bimbang dengan usaha pihak-pihak tertentu yang mahu merubah peraturan negara ini.

Perumpamaannya: "Jika mahu tebuan duduk dalam sarangnya diam-diam, maka joloklah kuat-kuat sarangnya."

Itulah maksudnya apabila ada pihak yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1958.

Dalam usianya 85 tahun dan perlu berjalan dengan tongkat, dia masih menggagahkan dirinya untuk berdiri untuk berucap.

Penghapusan akta itu akan mencacatkan peraturan negara ini dan keharmoniannya. Tun Hamid tahu apa yang dicakapnya.

"Itu pasal saya kena tulis apa yang mahu diucap. Kerana dengan menulisnya ia akan lebih berhemah. Ia seperti menulis sesuatu penghakiman."

Ucapan penuhnya sila ikuti di sini: Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Negara http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=4082.

Ringkas daripada ucapannya: "Mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji semua? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu..."

"Maka kita perlu faham alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu."

Tun Hamid sambil mentafsirkan orang Melayu, berkata:

"Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu naif (lurus bendul) sehingga begitu mudah diperalatkan sampai sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung."

Ya Allah, panjangkanlah usia Tun Hamid!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140723/re_06/Hebatnya-Najib-Sultan-Nazrin-dan-Tun-Hamid#ixzz38H2RTfFP  © Utusan Melayu (M) Bhd



PALESTIN - Zionis Israel bom lima buah masjid


SALAH sebuah daripada lima masjid di Gaza yang musnah dalam serangan tentera udara Israel, semalam.

GAZA CITY 22 Julai - Israel mengebom lima buah masjid, sebuah stadium sukan dan rumah bekas ketua tentera Hamas di Genting Gaza dalam serangan udara, awal hari ini.

Jurucakap polis Gaza, Ayman Batniji berkata, serangan udara Israel menyasarkan 70 sasaran di Genting Gaza termasuk rumah bekas ketua sayap tentera Hamas.

"Beberapa buah rumah turut rosak berdekatan sempadan Israel akibat serangan kereta kebal dan sekurang-kurangnya 19 bot nelayan dibakar dalam serangan tentera laut di Laut Mediterranean,'' katanya.


Seorang kanak-kanak Palestin cedera dalam serangan Israel di Gaza, kelmarin. - AGENSI

Beliau berkata, serangan bertubi-tubi itu mencetuskan letupan besar sehingga udara di Gaza City berwarna jingga.

Sebuah bangunan enam tingkat turut runtuh dalam serangan udara berkenaan.

Pemilik syarikat pembinaan, Ehad Batch, 40, berkata, beliau dan pekerjanya kini cuba mendapatkan dokumen daripada bangunan perniagaan tersebut yang runtuh.

"Saya tiada pekerjaan sejak tahun lepas ekoran Mesir menghalang terowong di sempadan Rafah yang membolehkan bahan binaan dibawa masuk ke dalam Gaza,'' katanya.

Serangan bertubi-tubi itu dilancarkan Israel ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry bertemu di Kaherah, Mesir untuk menjayakan gencatan senjata antara Israel-Hamas. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_07/Zionis-Israel-bom-lima-buah-masjid#ixzz38GyOSJlM  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Jokowi sah Presiden baharu Indonesia

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin@utusan.com.my

JOKO Widodo

JAKARTA 22 Julai - Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan pasangan Joko Widodo (Jokowi) dan Jusuf Kalla secara rasmi memenangi Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) Indonesia 2014 dengan menerima undian sebanyak 53.15 peratus.

Keputusan itu adalah hasil kiraan akhir yang diumumkan pada pukul 5.15 petang, hari ini merangkumi kesemua kertas undi di 33 wilayah di seluruh Indonesia.

Daripada jumlah tersebut, Jokowi-Jusuf memperolehi 70.6 juta undian berbanding pasangan lawan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa mendapat 62.2 juta undian atau 46.85 peratus.

Perbezaan undi antara kedua-dua pasangan itu ialah sebanyak 8.37 juta sementara jumlah kertas undi yang sah mengundi pada Pilpres 2014 yang berlangsung pada 9 Julai lalu ialah lebih 132.8 juta undi.

Sementara itu, Prabowo dan Hatta membuat kejutan menolak keputusan Pilpres 2014, tidak sampai dua jam sebelum keputusan rasmi diumumkan oleh KPU Indonesia, hari ini.

Jusuf Kalla

Prabowo yang juga pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) mendakwa beliau dan pasangannya menolak keputusan itu kerana berlaku banyak penipuan pada hari pengundian.

Menurut Prabowo, beliau menyifatkan perjalanan Pilpres 2014 bertentangan dengan aturan undang-undang serta tidak demokratik.

Berikutan penolakan tersebut, saksi pasukan Prabowo-Hatta yang sedang meneliti proses kiraan akhir keputusan Pilpres 2014 di ibu pejabat KPU diarahkan meninggalkan sidang pleno serta-merta.

Keputusan mengejutkan itu diumumkan Prabowo di hadapan penyokong-penyokongnya serta dihadiri pemimpin-pemimpin pelbagai parti politik yang menyertai kerjasama dengan Gerindra pada Pilpres 2014.

Prabowo juga meluahkan kekecewaannya terhadap KPU penyenggara Pilpres 2014 yang disifatkan beliau sebagai tidak jujur, tidak adil, tidak terbuka serta mengabaikan laporan kecurangan Pilpres.

"Kami tidak bersedia mengorbankan mandat yang telah diberikan oleh rakyat dipermainkan dan diselewengkan. Kami, Prabowo-Hatta siap menang dan siap kalah dengan cara yang demokratis dan terhormat.

"Untuk itu, kepada seluruh rakyat Indonesia yang telah memilih, kami minta tetap bertenang kerana kami tidak akan diam. Hak demokrasi kita dicederai dan dirampas," kata Prabowo yang ditemani Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie, Ketua Umum Parti Pembangunan Persatuan, Suryadharma Ali dan pemimpin-pemimpin lain.

Kubu Prabowo-Hatta juga menolak apa sahaja keputusan Pilpres 2014 yang akan diumumkan KPU. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_06/Jokowi-sah-Presiden-baharu-Indonesia#ixzz38GwZpxT4  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN - Komander Israel terbunuh


Kolonel Gassan Ulayan

GOLAN 22 Julai - Seorang komander Israel daripada Bridged Golan, Kolonel Gassan Ulayan terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza.

Portal Piyungan Online melaporkan, Gassan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam pertempuran tersebut.

Briged Izzuddin al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas melaporkan, mereka berjaya membunuh seorang komander rejim Zionis Israel berpangkat Kolonel serta sejumlah tentera Israel dalam serangan hendap di timur Gaza.

Namun begitu, bila dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.


Gambar yang diambil di selatan sempadan Israel-Gaza merakamkan pergerakan kereta kebal tentera Israel menyeberangi sempadan Gaza, kelmarin. - AFP

Sebelum mengetuai unit Briged Golan, Gassan, 41, merupakan ketua tentera di wilayah Jenin.

Kelmarin, al-Qassam mengumumkan berjaya menghancurkan beberapa buah kenderaan tentera Israel selain menawan seorang askarnya.

Dalam perkembangan sama, dua orang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran terbaharu di Genting Gaza, menjadikan angka korban tentera Israel sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza ialah sebanyak 27 orang.

"Kelmarin dan semalam, seorang askar daripada Pasukan Pertahanan Israel terbunuh ketika melakukan serangan darat (di Gaza)," menurut kenyataan tentera, sambil menambah kata, tiga lagi askar Israel mengalami kecederaan serius dalam operasi tersebut.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, seramai 16 orang penduduk Palestin terkorban dalam serangan tentera Israel di beberapa buah kawasan hari ini.

Sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza lebih 100,000 orang penduduk Gaza melarikan diri dan mereka kini mendapatkan perlindungan di bawah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di 69 buah sekolah. - AGENSI/AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_05/Komander-Israel-terbunuh#ixzz38GuwheUh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Pencalonan Wan Azizah hanya tambah pergolakan PKR


MOHD. Shamsudin Lias (empat kanan) menyerahkan bantuan kepada penerima bantuan di majlis penyerahan bantuan Aidilfitri bertempat di Home Stay Sungai Sereh, Tanjung Karang, Selangor, kelmarin. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

TANJONG KARANG 22 Julai - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka tidak mampu menyelesaikan kemelut dalaman serta perebutan kuasa parti itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohd. Shamsudin Lias sebaliknya berkata, tindakan PKR itu dilihat hanya akan menambahkan masalah dalaman parti khususnya daripada golongan yang disifatkan sebagai 'rakus kuasa'.

"Saya yakin, kemelut perebutan jawatan Menteri Besar di antara kepimpinan PKR ini akan terus berpanjangan. Kemelut ini sendiri sebenarnya bukan isu baharu, bahkan telah lama berlarutan sebelum pilihanraya umum sebelum ini.

"Ini kerana, kemelut ini dikatakan berpunca kerana ada para pemimpin dalam PKR bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar. Pemimpin terbabit dilihat mempunyai sokongan kuat dalam parti itu yang sekarang ini membuat desakan supaya Menteri Besar sedia ada, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan.

"Bagaimanapun, jika tindakan PKR mengumumkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baharu, saya fikir percaturan itu tidak akan mampu menyelesaikan kemelut itui," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Aidilfitri kepada 60 orang penerima di kawasan DUN Sungai Burong di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140723/po_05/Pencalonan-Wan-Azizah-hanya-tambah-pergolakan-PKR#ixzz38GtjAADG  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN KOMANWEL XX - Cabaran Nur Ayuni berakhir sebelum mula menembak


NUR Ayuni Farhana

GLASGOW - Nur Ayuni Farhana Abdul Halim datang ke sini dengan semangat berkobar-kobar tetapi kini berputih mata setelah disingkirkan daripada acara menembak selepas jaket pertandingannya hilang semasa dalam perjalanan ke sini.

Nur Ayuni memenangi pingat emas bersama Nur Suryani Taibi dalam acara air rifle 10 meter berpasangan di New Delhi empat tahun lalu turut mengambil acara itu pada edisi kali ini, selain rifle prone 50 meter.

Pengurus pasukan, Musa Omar berkata, penembak itu tidak mempunyai pilihan selain daripada menarik diri selepas bagasinya hilang dan dipercayai berada di London. Bagaimanapun bagasinya gagal dijumpai sehingga hari pendaftaran peserta semalam manakala pertandingan akan bermula esok.

"Dia merupakan pemenang pingat emas pada edisi lalu dan sekarang dia tidak berkesempatan untuk bertanding. Ini sudah pasti merungsingkannya dan saya berasa simpati terhadap Nur Ayuni," kata Musa kepada media Malaysia semalam.

"Kami sudah membuat laporan mengenai kehilangan bagasinya. Kami menanti selama tiga hari dan hari ini (semalam) merupakan hari terakhir untuk membuat pengesahan nama peserta.

"Peraturan pertandingan jelas menyatakan penembak rifle perlu memakai jaket.

"Kami cuba untuk meminjam daripada peserta lain namun tidak muat dan kami berusaha untuk mendapatkan yang baharu namun Nur Ayuni mengatakan dia memerlukan dua bulan untuk membiasakan diri dengan jaket baharu," katanya.

Tambah Musa, Nur Ayuni tidak berhenti menangis dan mahu segera pulang ke Malaysia apabila dimaklumkan dia tidak dapat bertanding.

Bagaimanapun Musa berkata, Nur Ayuni akan terus tinggal bersama pasukan di sini dan memberi sokongan kepada Muslifah Zulkifli yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugasnya dalam acara air rifle 10 meter dan Suryani yang bertanding pada Sukan Olimpik 2012 ketika mengandung 30 minggu akan menggantikannya dalam acara rifle prone 50 meter. - REUTERS

"Lesen untuk senjata api semuanya menggunakan nama Nur Ayuni dan disebabkan itu kami tidak boleh menghantarnya pulang.

"Nasib tidak menyebelahi kami tambahan pula dia terlalu memikirkan hal ini. Kami sedih apabila melihat keadaannya," kata Musa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_06/Cabaran-Nur-Ayuni-berakhir-sebelum-mula-menembak#ixzz38GsZRqYz  © Utusan Melayu (M) Bhd 






Sukan Komanwel XX - 5 rebut emas badminton perseorangan lelaki


Rajiv Ouseph

GLASGOW - Jaguh badminton England, Rajiv Ouseph percaya terdapat lima pemain berpotensi meraih pingat emas acara perseorangan lelaki dalam Sukan Komanwel kali ini selepas jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada temasya tersebut.

Chong Wei yang telah memenangi empat pingat emas pada dua temasya lalu tidak dapat turut serta pada Sukan Komanwel kali ini kerana mengalami kecederaan paha.

Ketiadaan jaguh No.1 dunia itu menjadikan pemain seperti Chong Wei Feng dari Malaysia, Kashyap Parupalli dari India dan Ouseph antara pilihan dalam saingan perseorangan lelaki.

Ouseph yang tewas kepada Chong Wei dalam perlawanan akhir di New Delhi empat tahun lalu berpendapat ketiadaan jaguh utama dunia itu mampu menjadikan persaingan lebih terbuka.

"Kini semua berpeluang untuk menang. Ketiadaan pemain terbaik dunia pada saingan ini umpama satu kehilangan yang besar namun dalam masa sama mampu membuatkan anda lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik.

"Di sini juga ada empat atau lima pemain yang dilihat berpotensi untuk muncul sebagai pemenang dan saya salah seorang daripada mereka.

"Mendapatkan pingat emas di sini adalah satu keutamaan dan apa sahaja boleh berlaku terutama dengan ketiadaan Chong Wei.

"Kami yang turut serta pada temasya ini mempunyai tahap permainan yang tidak terlalu jauh dan perlu bekerja keras andai mahu memenangi perlawanan," kata Ouseph.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan wanita juga menyaksikan saingan bakal berlangsung tanpa penyertaan penyandang pingat emas empat tahun lalu, Saina Nehwal dari India yang mengalami kecederaan kaki.

Ketiadaan pemain itu menjadikan rakan senegaranya, pemain berusia 19 tahun, PV Sindhu sebagai pilihan utama manakala Kirsty Gilmour dari Scotland sebagai pilihan kedua. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_05/5-rebut-emas-badminton-perseorangan-lelaki#ixzz38GqVQEhJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Mohd. Fauzan tangguh ke Glasgow kerana kemalangan


MOHD. Fauzan Ahmad Lutfi melihat kerosakan Proton Exora miliknya yang kemalangan dengan sebuah lori di KM247, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala utara, dekat Seremban malam semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi sepatutnya akan ke Glasgow semalam tetapi terpaksa menangguhkan pemergiannya kerana mengalami kemalangan jalan raya semalam.

Pelumba itu kemalangan di KM247 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban, malam semalam, menyebabkan ketua jurulatih skuad lebuh raya, Aminuddin Sulaiman membuat keputusan menangguhkan pemergian pelumba itu ke Sukan Komanwel.

Katanya, ini bagi memberi ruang kepada Mohd. Fauzan untuk berehat secukupnya dan memulihkan mental dan fokusnya.

"Keadaan Fauzan baik, alhamdulillah. Dia hanya mengalami kecederaan ringan, tetapi isterinya dimasukkan ke wad tetapi tidak lama malam tadi (malam semalam).

"Buat masa ini, kami beri Fauzan rehat dahulu dan kami minta pihak (MSN) uruskan tiket untuk dia pergi kemudian. Lagipun tidak sempat kerana pukul 4 pagi tadi segala urusan baharu selesai," katanya ketika dihubungi semalam.

Hanya dua pelumba lebuh raya akan mewakili negara iaitu Mohd. Fauzan dan Loh Sea Keong yang mengikuti latihan bersama pasukan Giant Shimano.

Atlet berusia 28 tahun itu sepatutnya berlepas ke Glasgow, Scotland bersama Aminuddin dalam penerbangan semalam manakala Sea Keong dari Amsterdam.

Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu, Mohd. Fauzan nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya merempuh sebuah lori yang melintang di tengah-tengah lebuh raya itu.

Pemandu lori berkenaan, Abas Baharom, 44, terbunuh di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius dan putus betis kanan.

Ketika kejadian Mohd. Fauzan bersama isteri Norasikin Omar, 31, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pasukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Melaka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_04/Mohd-Fauzan-tangguh-ke-Glasgow-kerana-kemalangan#ixzz38GpKapdn  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PIALA MALAYSIA - Piya nafi terpikat ke Felda United


Badri Radzi

KOTA BAHRU - Kapten The Red Warriors, Mohd. Badri Mohd. Radzi semalam menafikan akan berhijrah ke pasukan Felda United pada musim depan.

Mohd. Badri, yang lebih mesra disapa Piya, menafikan telah dilamar pasukan berkenaan sebaliknya mengakui hanya menerima tawaran daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Cerita yang saya mahu berhijrah ke Felda United itu tidak betul sama sekali, saya tidak tahu dari mana datangnya berita penghijrahan ke Felda United.

"Cuma saya mengakui ada menerima tawaran dari pasukan PDRM tetapi buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada saingan Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Akhbar sebelum ini melaporkan ketua pasukan The Red Warriors itu akan berhijrah ke Felda United pada musim depan.

Sementara itu, Mohd. Badri berkata, Kelantan perlu mempamer keupayaan sebenar apabila saingan Piala Malaysia membuka tirainya 13 Ogos ini selepas aksi hambar dalam saingan Liga Super dan Piala FA musim ini.

"Saya optimis dengan kekuatan pemain yang ada meskipun kami diundi dalam kumpulan maut bersama dengan Johor Darul Takzim (JDT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pulau Pinang.

"Ini merupakan platform terbaik untuk kami pamer aksi sebenar selepas aksi hambar dalam saingan sebelum ini," katanya.

Pada saingan Liga Super, Kelantan menduduki tangga keenam selepas mengumpul 31 mata hasil 10 kemenangan, satu seri dan 11 kekalahan.

Selain itu, Kelantan gagal mempertahan kejuaraan Piala FA selepas tewas kepada Felda United di separuh akhir. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_03/Piya-nafi-terpikat-ke-Felda-United#ixzz38GoHoI4O  © Utusan Melayu (M) Bhd 



FAM yakin barisan pilihan Dollah Salleh

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Afandi Hamzah

KOTA BHARU - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yakin barisan baharu pengendali skuad Harimau Malaya yang diketuai bekas jurulatih PDRM, Dollah Salleh mampu membawa perubahan dalam usaha memulihkan semula maruah bola sepak negara.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, barisan kejurulatihan yang dibentuk itu dilihat memiliki ramuan terbaik berdasarkan kepada pengalaman mereka sebagai pengendali pasukan sebelum ini.

"Harapan kami barisan kejurulatihan baharu mampu menaikkan mutu bola sepak negara dan saya yakin pilihan yang dibuat itu adalah pilihan yang terbaik.

"Kami yakin mereka mampu bekerja secara berpasukan dan ujian pertama mereka adalah Kejohanan AFF 2014 yang bakal dihoskan oleh Singapura dan Vietnam pada November ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas diminta mengulas mengenai pengumuman barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu di sini semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan FAM melantik bekas pemain negara era 70-an, Mohd. Reduan Abdullah dan Wan Mustaffa Wan Ismail sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

Perlantikan mereka ini bagi membantu Dollah yang akan menggalas tugas sebagai pengendali pasukan kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Afandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM memberitahu, badan induk bola sepak negara itu telah meminda jadual perlawanan pertandingan Piala Malaysia membabitkan pertemuaan T-Team dengan Selangor yang sebelum ini dijadualkan 14 Ogos kepada 13 Ogos.

Katanya, perubahan tersebut dibuat selaras dengan peraturan negeri Terengganu yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berbentuk sedemikian diadakan pada malam Jumaat.

Ujarnya, selain itu FAM turut meneliti kembali keseluruhan jadual perlawanan Piala Malaysia.

"Kita faham yang kita perlu menyediakan jadual yang terbaik untuk setiap perlawanan tetapi pada masa yang sama kita juga mempunyai kekangan tertentu," jelasnya.

Akhbar tempatan 20 Julai lalu melaporkan Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh meminta jadual pertandingan Piala Malaysia melibatkan pasukan T-Team dan Selangor di sini pada 14 Ogos diubah kerana diadakan pada malam Jumaat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_02/FAM-yakin-barisan-pilihan-Dollah-Salleh#ixzz38GmmNWhv  © Utusan Melayu (M) Bhd