Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 30 October 2015

Putra Merdeka: Krik..Krik..! Krik..Krik..!

Putra Merdeka: Krik..Krik..! Krik..Krik..!: Errr... Pembaca berita RTM rancangan berita Mandarin hari ini membaca berita tanpa sebarang visual sokongan. Semua itu dikatakan b...

CELAH GELEGAR: Sumber dedahkan MUHYIDDIN BAKAL DIGANTUNG sebelum ...

CELAH GELEGAR: Sumber dedahkan MUHYIDDIN BAKAL DIGANTUNG sebelum ...: Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya...

POLITIK : Ku Li sedia disiasat parti

30 Oktober 2015 1:11 AM

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Raza­leigh Hamzah bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan antara tujuh pemimpin yang dalam pemerhatian UMNO.

Tengku Razaleigh Hamzah

Katanya, beliau juga bersedia menghadapi segala kemungkinan tindakan yang ba­kal dikenakan terhadapnya.

“Saya sedia hadapi se­galanya. Saya berada dalam parti lebih lama daripada mereka semua ini di sini (Parlimen),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li diminta mengulas siasatan UMNO terhadap tujuh pemimpin yang dilaporkan media akan dikenakan tindakan disiplin.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa tujuh pemimpin UMNO kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berhadapan tindakan digantung parti selain digugurkan daripada jawatan.

Dalam pada itu, Ku Li berkata, setiap parti berhak memantau mana-mana ahli kerana ia merupakan amalan biasa.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan setiap ahli sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Semua pertubuhan mempunyai peraturan pertubuhan seperti kesatuan sekerja malah parti komunis juga mempunyai peraturan seumpama itu. Mereka siasat, kesan pergerakan (ahli),” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ku-li-sedia-disiasat-parti-1.152229#sthash.YoANXZ8O.dpuf

AFC CUP : ‘Peluang sekali seumur hidup’

Aidil, Safee harap JDT pulang bersama kejuaraan

MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI | 30 Oktober 2015 12:20 AM


MOHD. AIDIL ZAFUAN (kiri) yakin JDT mempunyai keupayaan untuk membawa pulang Piala AFC apabila berdepan Istiklol dalam perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan esok.

KUALA LUMPUR - Kesempatan beraksi di pentas akhir Piala AFC tidak selalu hadir, dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu menggunakan sepenuhnya peluang yang terhidang esok untuk membawa pulang kejuaraan buat kali pertama.

Biarpun misi tersebut tidak mudah kerana JDT bakal berdepan kelab Tajikistan, Istiklol di depan penyokong mereka sendiri, namun tonggak pertahanan Harimau Selatan, Mohd. Aidil Zafuan Abd Radzak percaya, tiada yang mustahil untuk dilakukan jika dia dan rakan-rakan mampu memberi aksi terbaik di Dushanbe.

Katanya, JDT sudahpun membuktikan kehebatan di peringkat domestik dengan merangkul kejuaraan Liga Super dua musim berturut-turut, kini tiba masanya mereka membuktikan pula keupayaan bersaing di peringkat lebih tinggi dengan menjadikan Piala AFC sebagai sasaran.

“Bagi saya, mara ke final sebenarnya adalah satu bonus kerana sasaran awal kami adalah untuk pergi sejauh yang boleh.

“Ia (layak ke akhir) adalah peluang yang mungkin hadir sekali seumur hidup, jadi alang-alang sudah menjejak kaki di pentas akhir, kami tidak boleh sia-siakan. Kami boleh mencipta sejarah baharu kalau menang di sini.

“Malah, sepanjang sesi latihan saya dapat lihat kesungguhan dan semangat tinggi dipamerkan rakan-rakan sepasukan..ini me­nunjukkan bahawa semua pemain dahagakan kejayaan sulung di pentas Asia,” kata Aidil ketika dihubungi Utusan Malaysia di Dus­hanbe, semalam.

Menurut Aidil, pasukannya memulakan latihan sejurus tiba di ibu negara Tajikistan itu kelmarin selepas mengharungi perjalanan hampir 14 jam.

Keadaan cuaca yang agak sejuk pada awalnya memberi sedikit kesukaran, namun selepas hari kedua berlatih mereka semakin menyesuaikan diri.

Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengakui, ke­lebihan berpihak kepada Istiklol kerana bukan saja bakal beraksi di depan penyokong sendiri, malah sudah biasa dengan cuaca sejuk.

“Saya fikir kelebihan menjadi milik lawan kerana mereka bermain di tempat sendiri, namun harus diingat setiap perlawanan berbeza. JDT tidak tertekan dan jika Kami memberi aksi terbaik, tidak mustahil menang,” jelasnya.

Sementara itu, penyerang JDT, Safee Sali berkata, peluang beraksi di pentas akhir Piala AFC adalah kesempatan terbaiknya untuk merangkul trofi di peringkat kelab Asia sebelum bersara.

Pemain kelahiran Selangor yang meledak dua gol ketika membantu JDT membenam kelab Hong Kong, South China pada suku akhir ke­dua itu bertekad untuk menjulang Piala AFC dan mengakui semakin serasi berganding dengan Luciano Figueroa.

“Ini kali pertama JDT beraksi di final dan ini pentas pa­ling tinggi dalam karier saya. Harap saya dapat akhiri kejohanan de­ngan cemerlang untuk rakyat Johor dan Malaysia.

“Keserasian semakin hari bertambah baik apabila saya kerap diturunkan. Saya harap siapa pun yang akan disenaraikan dapat membantu pasukan menjuarai Piala AFC,” katanya.

Dalam separuh akhir pertama, JDT tewas 3-1 kepada kelab Kuwait, Qadsia SC.

Namun mereka tidak perlu beraksi pada perlawanan timbal balik selepas ­penyertaan Qadsia dibatalkan ekoran penggantu­ngan Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA).

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-peluang-sekali-seumur-hidup-8217-1.152110#sthash.RSo960h6.dpuf

Anwar gagal tuntutan saman

NORAZLITA MOHD. SIES | 30 Oktober 2015 1:18 AM

Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan kerajaan berhubung dakwaan bekas Ketua Pembangkang itu telah menawarkan RM100 juta kepada beliau untuk melompat parti.

Mahkamah Tinggi di sini berpendapat, meskipun daripada kete­rangan dan fakta kes adalah jelas bahawa penerbitan akhbar The Star pada 16 Mei 2009 ditujukan secara khususnya kepada Anwar namun begitu Penasihat PKR itu telah gagal membuktikan kenyataan akhbar tersebut diterbitkan oleh Anifah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid dalam penghakimannya menyatakan, ke­adaan dalam kes saman itu agak berbeza memandangkan tiada saksi dikemukakan oleh Anwar selain daripada dirinya sendiri.

Beliau menambah kata, Anwar juga tidak membawa keterangan daripada saksi-saksi biasa dalam kalangan orang awam mengenai pandangan, tanggapan dan tafsiran mereka apabila membaca kenyataan akhbar tersebut.

Ini menyebabkan, mah­kamah tiada pilihan lain selain daripada bergantung kepada kenyataan akhbar tersebut dan keterangan Anwar selaku pihak plaintif semata-mata untuk mendapatkan tafsiran dan tanggapannya dari sudut tersebut, ujar Siti Khadijah.

Pihak plaintif menurut Siti Khadijah, telah berjaya menunjukkan kenyataan akhbar tersebut menepati ketiga-tiga ujian iaitu terdapat kaitan yang cenderung untuk memperkecilkan dirinya, ia menyebabkan orang lain menjauhkan diri daripadanya dan perkataan itu mengundang kebencian masyarakat terhadapnya.

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati pihak plaintif telah berjaya membuktikan kenyataan akhbar itu mempunyai sengatan yang berbisa dengan kesan bercirikan fitnah terhadapnya. Iaitu plaintif cuba menarik masuk secara rasuah ahli-ahli Parlimen daripada parti lawan untuk menyertai parti diketuai oleh plaintif.

“Kenyataan akhbar tersebut apabila ditafsirkan, implikasinya adalah menggambarkan plaintif tidak beretika, korup dan tidak sesuai memegang jawatan awam,” kata Siti Khadijah.

Anwar yang diwakili peguam, Razlan Hadri Zulkifli memfailkan saman pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang akhbar pada 16 Mei 2009 bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton semasa lawatan kerja ke negara tersebut.

Ketika menolak saman itu dengan kos RM20,000, Siti Khadijah juga berpendapat, walaupun pada 16 Mei 2009 akhbar The Star telah menerbitkan kenyataan berkaitan fitnah terhadap Anwar, namun pihak plaintif gagal membuktikan ia diterbitkan oleh Anifah yang merupakan Ahli Parlimen Kimanis.

Siti Khadijah berkata, Anifah yang dinamakan sebagai pihak defendan sehubungan itu tidak ditanggungkan dengan beban untuk membuktikan artikel tersebut mempunyai kewajaran, mengan­dungi komen yang berpatutan atau dilindungi keistimewaan bersyarat untuk membela dirinya.

Malah katanya, Anifah sebelum menjawab soalan telah memberikan kenyataan amaran iaitu: “Just for the informatian of the audience here.” (hanya untuk maklumat khalayak di sini).

Mahkamah menyatakan, jika kenyataan dibuat secara tertutup sudah tentu tiada keperluan untuk pihak defendan memberikan kenyataan amaran sedemikian dan daripada keterangan yang ada ia lebih cenderung untuk menunjukkan bahawa defendan tidak bermaksud untuk kenyataannya disiarkan di Malaysia.

Selepas menghalusi kenyataan amaran itu menurut Siti Khadijah, jika pesanan tersebut tidak dipatuhi maka risiko adalah tanggungan sendiri.

Bagi Siti Khadijah, adalah jelas kenyataan lisan tersebut dibuat di Amerika Syarikat dan tiada kaitan dengan kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh akhbar The Star di Malaysia.

Merujuk kepada kenyataan defendan itu, punca tindakan jika ada adalah fitnah lisan dan bukannya fitnah bertulis serta tempat kejadian di luar Malaysia.

“Mengikut Seksyen 23(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, bidang kuasa sivil Mahkamah Tinggi adalah bagi kes yang tindakannya berbangkit dalam bidang kuasa tempatan mahkamah itu. Mahkamah Tinggi di Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes-kes yang kausa tindakannya berbangkit di luar dari Malaysia,” katanya.

Anwar, 68, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh tiba di mahkamah dengan kawalan ketat pihak penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Razlan Hadri memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut. Anwar turut diwakili peguam Latheefa Koya, J. Leela dan Shahid Adli Kamarudin.

Anifah diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Sarah Abishegam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anwar-gagal-tuntutan-saman-1.152250#sthash.zAnMU40d.dpuf


Thursday 29 October 2015

CELAH GELEGAR: [PEMBANGKANG TAK BOLEH DIHARAP] PKR Tidak Tahu Azm...

CELAH GELEGAR: [PEMBANGKANG TAK BOLEH DIHARAP] PKR Tidak Tahu Azm...: KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut penjelasan dari Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang didakwa meluluskan...

CELAH GELEGAR: [ADAKAN PEMILIHAN UMNO] Veteran UMNO: ‘Biar Perhim...

CELAH GELEGAR: [ADAKAN PEMILIHAN UMNO] Veteran UMNO: ‘Biar Perhim...: SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden...

UiTM, Universiti Hatyai jalin kerjasama

29 Oktober 2015 12:53 AM


DR. AHMAD REDZUAN ABD. RAHMAN bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Dr. Chairat Jussapalo (tiga dari kanan) sempena Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan ASEAN 2015 di Arau, Kangar, Perlis, semalam. Turut kelihatan Senator Ramli Shariff (tengah). UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli.

KANGAR 28 Okt. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Hatyai bagi menjalin kerjasama dalam memajukan pelbagai bidang khususnya perniagaan, sukan dan kebudayaan.

Perjanjian itu ditandatangani antara Rektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman dan Penolong Presiden bagi Teknologi Kajian dan Maklumat Universiti Hatyai, Prof. Madya Dr. Chairat Jussapalo sambil disaksikan oleh Senator Ramli Shariff.

Ramli mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man manakala Ahmad Redzuan pula mewakili Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

MoU itu diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan ASEAN (Icofa) 2015 di sebuah hotel di sini.

Ahmad Redzuan dalam sidang akhbarnya memberitahu, kerjasama yang terjalin diharap dapat membuka ruang lebih luas dalam pelbagai penyelidikan antara dua buah universiti tersebut.

“Banyak bidang yang kita boleh jalinkan kerjasama antaranya untuk memajukan perniagaan yang begitu penting di Hatyai.

“Selain itu, terdapat isu-isu lain seperti sukan dan kebudayaan serta kemasyarakatan yang melibatkan ASEAN yang kita boleh majukan secara bersama pada masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau, hubungan kerjasama itu tidak terhad terhadap UiTM Perlis tetapi melibatkan institusi tersebut secara keseluruhan.

“Ini bermakna, UiTM dari negeri-negeri lain juga boleh menjalin kerjasama dengan Universiti Hatyai,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uitm-universiti-hatyai-jalin-kerjasama-1.151787#sthash.pb4MFFK1.dpuf


Wednesday 28 October 2015

CELAH GELEGAR: [KU NAN SUDAH PENAT LAYAN KERENAH MEREKA] Penggant...

CELAH GELEGAR: [KU NAN SUDAH PENAT LAYAN KERENAH MEREKA] Penggant...: Tujuh pemimpin misteri Umno yang dipantau untuk tindakan disiplin mungkin digantung jawatan dan keanggotaan dalam parti itu. Setiausaha...

CELAH GELEGAR: [DEDAK PRE-PAID] Dato' Jamal: "Kenduri kesyukuran ...

CELAH GELEGAR: [DEDAK PRE-PAID] Dato' Jamal: "Kenduri kesyukuran ...: ==================================== Kenduri kesyukuran jika Tun M keluar UMNO ==================================== Jika Tun M keluar U...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bibir Manis ! - Kemahiran Najib dan Arul1MDB Yang ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bibir Manis ! - Kemahiran Najib dan Arul1MDB Yang ...: KUALA LUMPUR : Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak pernah gagal membayar balik pinjamannya dan komited...

THE DEVOURED SAVIOUR: HEBAT JAMAL BAJU MERAH... MENGAKU DIA TERLIBAT SIN...

THE DEVOURED SAVIOUR: HEBAT JAMAL BAJU MERAH... MENGAKU DIA TERLIBAT SIN...: Dalam politik, kita tidak boleh pandang sehala. Golongan yang naif, tidak dibenarkan berada dalam dunia politik kerana kenaifan mereka...

CELAH GELEGAR: [WAHAI MENTERI, TOLONG JADI CERDIK] Jangan keluar ...

CELAH GELEGAR: [WAHAI MENTERI, TOLONG JADI CERDIK] Jangan keluar ...: Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar menasihat Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof agar tidak mengeluarkan kenyata...

Tuesday 27 October 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Collateral Damages Of 1MDB Polemic ( Kesan2 Sampin...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Collateral Damages Of 1MDB Polemic ( Kesan2 Sampin...: Collateral damages caused by prolonged polemic of 1mdb.  It was a straight forward issue of governance from the part of 1mdb. The origi...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kalau Yang Bertanya Semuanya Tak Kena, SIAPA LAGI ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kalau Yang Bertanya Semuanya Tak Kena, SIAPA LAGI ...: Maksum ? Apa yang saya perhatikan selepas ucapan Muhyiddin tersebar luas menjadi viral di internet, para penyokong Najib menjadi hiper a...

CELAH GELEGAR: Yahaya Ismail "MENASIHATKAN" Zahid Hamidi yang Ban...

CELAH GELEGAR: Yahaya Ismail "MENASIHATKAN" Zahid Hamidi yang Ban...: Berikut adalah tulisan Yahaya Ismail di facebook beliau: ZAHID HAMIDI BANYAK BERKATA-KATA KERIS PONOROGO MAKAN TUAN. Sejak disintukl...

F1 : Petronas sedia lanjutkan kerjasama dengan Mercedes

ZAZALI JAMIAN | 14 Oktober 2015 12:05 AM


LEWIS HAMILTON (kanan) dan Nico Rosberg sekali lagi membantu Mercedes AMG Petronas untuk memenangi kategori pengeluar dalam perlumbaan F1 sekali pun musim ini masih berbaki empat perlumbaan.

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mercedes AMG Petronas muncul juara kategori pengeluar dua kali berturut-turut membuktikan Petronas dan Mercedes telah membentuk gandingan sempurna untuk muncul sebagai kuasa utama dalam perlumbaan Formula Satu (F1) ketika ini.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan ketinggian kualiti minyak pelincir dihasilkan Petronas dan menambah keyakinan mereka untuk terus menjalin kerjasama de­ngan pasukan dari Jerman itu.

Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Liz Kamaruddin berkata, kecemerlangan tersebut telah membuktikan kerjasama yang dijalin bersama pasukan tersebut sejak 2010 telah memberikan impak besar dalam dunia permotoran malah kejuruteraan minyak pelincir Petronas juga kini sudah berada di tahap tertinggi.

Katanya, kerjasama baik antara Mercedes dan Petronas telah membentuk gandingan sempurna sehingga membolehkan pasukan itu meraih gelaran pengeluar F1 musim ini lebih awal biarpun persaingan masih berbaki empat perlumbaan.

Liz menegaskan, kecemerlangan tersebut turut dipengaruhi kerja keras dijalankan pasukan jurutera Petronas dalam menghasilkan mi­nyak pelincir berkualiti tinggi untuk perlumbaan F1 selain dibantu kecemerlangan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg selaku pelumba.

“Ketika ini kami adalah penaja No.1 di dunia terutama dalam F1 dan Mercedes telah membantu membuktikan keupayaan minyak pelincir kami dalam bidang permotoran bertaraf tinggi.

“Dalam statistik enam tahun bersama Mercedes sebanyak 111 perlumbaan telah disertai dan kita telah meraih 31 kemenangan, 60 podium, 40 kedudukan petak hadapan dan 25 kali mencatat pusingan terpantas. Ini semua adalah hasil gandingan yang hebat menerusi kerjasama ini.

“Malah saya percaya kami juga tidak bercadang untuk bekerjasama dengan pasukan lain kerana selesa bersama Mercedes sekali gus berharap dapat terus bersama untuk lima tahun akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam temuramah khas di sini, semalam.

Tahun lalu, Hamilton dari Bri­tain dinobatkan sebagai juara dunia kate­gori pelumba manakala rakan sepasukannya Rosberg dari Jerman menamatkan persaingan sebagai naib juara untuk membantu pasukan itu muncul juara pengeluar musim 2014.

“Masih ada baki empat perlumbaan dan sekiranya Hamilton kekal konsisten saya yakin dia mampu meraih kejuaraan sekali lagi. Pasukan ini mempunyai pelumba yang hebat dan kedua-dua mereka (Hamilton dan Rosberg) mempunyai kelebihan tersendiri,” kata Liz.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/petronas-sedia-lanjutkan-kerjasama-dengan-mercedes-1.146106#sthash.WUNXDGT2.dpuf


PIALA MALAYSIA 2015 : Ketiadaan Joseph, beza pengalaman punca kekalahan Sarawak

ANGELINA SINYANG | 26 Oktober 2015 12:00 AM


Penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah terjatuh selepas diasak pertahanan Sarawak untuk mendapat sepakan penalti dalam perlawanan Piala Malaysia Stadium Negeri, Kuching kelmarin. utusan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING - Ketiadaan pemain sayap Joseph Kalang Tie dan kelebihan pengalaman pemain Harimau Selatan adalah punca pasukan Sarawak tumpas kepada Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Negeri di sini kelmarin.

Pemangku ketua jurulatih Sarawak, David Usop berkata, anak buahnya mampu menyaingi juara Liga Super itu dan turut mempunyai banyak peluang terhidang di depan gol, namun gagal dimanfaatkan berbanding JDT.

“Pengalaman. Itulah yang membezakan antara Sarawak dan JDT. Bagaimanapun, kekalahan itu belum menutup peluang kami untuk mengiringi JDT kerana masih berbaki dua perlawanan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan kelmarin.

Dalam pertemuan tersebut, Sarawak terpaksa akur dengan kehebatan JDT apabila tewas 3-0 sekali gus membolehkan Harimau Selatan mejadi pasukan kedua, selepas Selangor, ke suku akhir.

Gol-gol pelawat dihasilkan oleh penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali menerusi sepakan penalti pada minit ke-14, diikuti pemain tengah Singapura, Haris Harun (minit 78) dan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim (minit 88).

Mengulas lanjut, David berkata agak malang apabila mereka ketinggalan 1-0 pada babak pertama kerana memberikan sepakan penalti kepada lawan selepas pemain pertahanan menjatuhkan Mohd. Amri Yahyah.

“Memang kami tersentak dengan jaringan pembukaan lawan pada minit ke-14 sekali gus memberi tekanan kepada kami. Selepas itu, kami berjaya mengimbangi mereka sehinggalah mereka menambah dua gol lagi pada penghujung babak kedua.

“Jika dilihat, kami juga mempunyai banyak peluang terhidang di depan gol namun para pemain gagal menterjemahkannya kepada jaringan,” ujarnya.

David turut mengakui ketiadaan ketua pasukan Jospeh Kalang yang digantung permainan memberi kesan besar kepada persembahan keseluruhan pasukan.

“Seperti diketahui ramai, Joseph boleh merubah watak pasukan dalam situasi sukar. Ketiadaannya sangat dirasai oleh kami kerana dia adalah kunci utama kepada kejayaan buat kami selama ini,” katanya.

Sarawak bagaimanapun masih berpeluang ke suku akhir tetapi perlu bersaing dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perak yang turut berpeluang ketika perlawanan berbaki dua perlawanan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ketiadaan-joseph-beza-pengalaman-punca-kekalahan-sarawak-1.150554#sthash.VCJwYSfe.dpuf


F1 : Hamilton juara kali ketiga

27 Oktober 2015 12:19 AM


Lewis Hamilton meraikan kejayaannya memenangi Grand Prix Amerika Syarikat untuk sekali gus muncul juara dunia buat kali ketiga di Litar Americas, Austin, Texas semalam. REUTERS


LONDON - Lewis Hamilton merangkul kejuaraan Formula Satu (F1) dunia buat kali ketiga semalam untuk muncul pemandu Britain kedua memahat kejayaan tersebut sejak Jackie Stewart.

Pemandu pasukan Mercedes-AMG Petronas berusia 30 tahun itu mengesahkan gelaran dunia selepas menjuarai Grand Prix Amerika Syarikat iaitu kemenangan ke-10 yang diraihnya tahun ini.

Kejayaan Hamilton merupakan penamat yang cukup mengujakan dalam perlumbaan penuh drama, yang menyaksikan rakan sepasukannya Nico Rosberg hampir memaksa pemandu Britain itu menunggu hingga Grand Prix Mexico Ahad ini untuk dinobat sebagai juara dunia selepas mendahului saingan ketika perlumbaan berbaki 10 pusingan.

Bagaimanapun, masalah tenikal yang dialami Rosberg menyebabkan pemandu Jerman itu terpaksa memandu keluar dari trek untuk membaiki kerosakan kereta, sekali gus membuka peluang kepada Hamilton memintas.

Usaha Rosberg untuk merampas kembali kedudukan pendahulu sebaik sahaja memasuki litar menjadikan persaingan bertambah sengit, namun dalam keghairahan bersaing dia melakukan kesilapan sendiri untuk membenarkan Hamilton melepasi garisan penamat selaku pemenang.

Hamilton menamatkan perlumbaan dengan catatan masa satu jam, 50 minit dan 52.703 saat, manakala Rosberg terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 1’50:52.850s.

Pemandu Ferrari, yang merupakan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel mampu menjadikan persaingan terus terbuka sekurang-kurangnya hingga perlumbaan di Mexico hujung minggu ini sekiranya berjaya menamatkan persaingan di anak tangga kedua, malangnya pemandu Jerman itu sekadar menduduki tempat ketiga dengan masa 1’50:53.381s.

“Ini saat paling hebat dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua. Kepada keluarga, saya sayangkan anda semua,” kata Hamilton, yang kelihatan mengalirkan air mata ketika hendak menaiki podium.

Hamilton, yang turut menjuarai gelaran dunia 2008 dan 2014, berjaya memenuhi impian untuk menyamai rekod idolanya ketika zaman kanak-kanak, Ayrton Senna selaku pemilik tiga kejuaraan dunia. Dia juga menjadi pemandu Britain pertama berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi pada tahun sebelumnya.

“Ini detik yang sangat luar biasa, sukar untuk berkata-kata ketika ini.

“Saya masih ingat ketika saya merangkul kejuaraan Britain pertama. Saya dan bapa menyanyikan lagu We Are The Champions ketika kami memandu pulang ke rumah. Sukar untuk mempercayai, saya berada di sini sebagai juara dunia tiga kali,” kata Hamilton lagi.

Ketika Hamilton menjadi orang paling gembira semalam, Rosberg sebaliknya tidak berkongsi kegembiraan rakan sepasukannya, malah sangat kecewa kerana terlepas untuk sekurang-kurangnya menangguhkan hajat pemandu Britain itu.

Di dalam bilik ketika menunggu untuk menaiki podium, Rosberg dilihat mencampakkan topi penaja yang sebelum itu dilemparkan oleh Hamilton kepadanya. Video tersebut tersebar di laman sosial, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa dua rakan sepasukan itu tidak mempunyai hubungan yang baik.– AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-juara-kali-ketiga-1.150914#sthash.qh6sxsPu.dpuf

Friday 23 October 2015

Tuesday 20 October 2015

APANAMA: Pergolakan politik atau kesalahan jenayah?

APANAMA: Pergolakan politik atau kesalahan jenayah?: Datuk Seri Najib Razak masih mencuba untuk melepaskan diri daripada skandal 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun peribadi serta dakwaan menerim...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB Kalau Labur Di ASB adalah LEBIH UNTUNG dan Le...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB Kalau Labur Di ASB adalah LEBIH UNTUNG dan Le...: Membaca jawapan 1MDB terhadap dakwaan terbaru ekoran pendedahan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah nya oleh Sarawak Report, buat kita ras...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 'DERMA' RM2.6 Bil Masih Dalam Siasatan SPRM - Naji...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 'DERMA' RM2.6 Bil Masih Dalam Siasatan SPRM - Naji...: Semalam ada satu artikel yang saya kira penting untuk direnungi dalam kita membicarakan isu Derma RM2.6 bil Najib.  Dana RM2.6 bilion yang...

CELAH GELEGAR: [MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejara...

CELAH GELEGAR: [MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejara...: BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak...

Putra Merdeka: Bank Negara Berkuasa Untuk Menguatkuasa..!

Putra Merdeka: Bank Negara Berkuasa Untuk Menguatkuasa..!: Macai pemakan dedak @ penjilat dan pengampu mungkin boleh lapangkan dada untuk belajar hal ehwal yang melibatkan Bank Negara..! Ba...

FIFA gantung Kuwait, JDT ke final Piala AFC

18 Oktober 2015 12:34 AM


JUARA ... Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kejayaan selepas pasukan JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super 2015 selepas perlawanan Liga Super 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini. BERNAMA

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang mencipta satu lagi sejarah besar bola sepak Malaysia apabila diisytiharkan layak secara automatik ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 pada 31 Oktober ini di Stadium Republikan Central Dushanbe, Tajikistan.

Skuad bimbingan Mario Gomez itu, yang menjadi pasukan pertama dari Malaysia melepasi suku akhir Piala AFC pada 15 September lalu, akan menentang FC Istiklol dari Tajikistan selepas kedua-dua lawan mereka dalam peringkat separuh akhir, Qadsia SC dan Kuwait SC dari Kuwait disahkan tidak lagi layak bersaing.

Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam laman sesawang rasminya semalam berikutan penggantungan Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang berkuat kuasa serta-merta.

Hukuman itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 24 dan 25 September lalu, yang dipercayai akibat campur tangan kerajaan Kuwait dalam urusan pentadbiran bola sepak KFA.

“Ekoran keputusan FIFA untuk menggantung KFA dan anggotanya daripada semua kegiatan bola sepak, Kuwait SC dan Qadsia SC tidak lagi layak untuk bersaing dalam separuh akhir Piala AFC.

“Justeru perlawanan akhir Piala AFC kini akan dilangsungkan antara FC Istiklol dengan Johor Darul Ta’zim di Dushanbe, Tajikistan pada 31 Oktober ini,” menurut AFC dalam kenyataannya di laman sesawang the-afc.com.

JDT ketinggalan kepada Qadsia SC selepas tewas 3-1 dalam separuh akhir pertama di Stadium Kuwait SC, Kuwait pada 29 September lalu manakala Kuwait SC mendahului FC Istiklol 4-0 di gelanggang sama sehari kemudian.

Separuh akhir kedua JDT-Qadsia mulanya dijadualkan pada Selasa ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru manakala FC Istiklol-Kuwait SC di Dushanbe, sehari kemudian.

JDT terdahulu gagal dalam misinya ke Liga Juara-juara Asia setelah ditewaskan Bangkok Glass Thailand 3-0 walaupun berjaya menundukkan JSW Bengaluru (India) dalam pusingan playoff pada Februari lalu.

Namun mereka menjuarai Kumpulan F Piala AFC dengan mengatasi Kitchee (Hong Kong), Kingfisher East Bengal (India) dan Balestier Khalsa (Singapura) sebelum membelasah Ayeyawady United (Myanmar) 5-0 dalam pusingan kedua dan melepasi suku akhir dengan menumpaskan South China (Hong Kong) secara agregat 4-2.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fifa-gantung-kuwait-jdt-ke-i-final-i-piala-afc-1.147661#sthash.Laoa3fwv.dpuf


GAJET : Tarikan S6 Edge

Rasai kelebihannya, ciri ciri mengujakan

ASHRIQ FAHMY AHMAD | 19 Oktober 2015 9:00 PM





Kepadatan teknologi telefon pintar masa kini tidak menghalang Samsung sebagai antara pengeluar terbesar gajet tersebut mengenengahkan model baharu mereka.

Terkenal dengan gajet pintar yang memiliki personaliti menarik, mewah serta interaktif, Samsung kini hadir dengan dua lagi model terkini mereka.

Satu daripada model tersebut adalah Samsung Galaxy S6 Edge.

Mempertaruhkan kelebihan skrin paparan melengkung, S6 Edge digayakan dengan lebih halus, menawan tanpa meninggalkan identiti utama S6 yang terdahulu.

S6 Edge menyerupai S6 namun memiliki skrin paparan yang melengkung, justeru apakah kelebihannya?

Paparan melengkung seperti yang didakwa Samsung menawarkan kelebihan

Diibaratkan sebagai pedang bermata dua, S6 Edge menawarkan bukan sahaja apikasi yang terkini dinaik taraf daripada model S6, malah keanggunan reka bentuk yang begitu mengujakan.

Paparan yang melengkung tersebut memperlihatkan imej mewah model S6 Edge dan ilusi kepada mata pengguna seolah-olah lebih nipis berbanding model sebelumnya.

Dijana oleh pemproses mobil 14 nm dan 64-bit CPU membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan namun tidak berkompromi dengan prestasinya.

Kelebihan tersebut juga turut menyokong penggunaan sistem operasi Android Lollipop dengan sebaiknya.

Lebih mnengujakan S6 Edge tersebut turut dilengkapi bersama sistem memori LPDDR4 yang mampu meningkatkan keupayaan sehingga 30 peratus lebih dari model sebelumnya.

S6 Edge juga memiliki UFS (Universal Flash Storage) 2.0 menawarkan kelancaran proses penyimpanan dan pemindahan data dengan lebih lancar dan berkesan.

Penggunaan kamera yang lebih baik iaitu F1.9, 16 megakpiksel teknologi penstabil imej optikal (OIS) pintar menjadikan imej yang dirakam lebih terang, jelas dan tajam.

Antara masalah pengguna telefon pintar adalah keupayaan bateri bertahan lama dan jika kehabisan memakan masa untuk dicas kembali.

Namun, tidak bagi S6 Edge, menerusi penambahabikan baharu tempoh mengecas selama 10 minit membolehkan gajet tersebut digunakan selama empat jam.

Aplikasi Ultrapower Saving Mode membolehkan pemiliknya menyimpan lebih tenaga untuk digunakan.

Kelebihan kepada peminat permainan video, S6 edge memiliki paparan yang begitu mengasyikkan bersama kelebihan Quad HD.

spesifikasi

Samsung 
Galaxy S6 Edge

Teknologi Jaringan: GSM / HSPA / LTE

Dimensi: 142.1 x 70.1 x 7 mm (5.59 x 2.76 x 0.28 in).

Berat: 132 gram (4.66 oz).

Paparan: 5.1 inci, Super AMOLED, Corning Gorilla Glass 4 back, skrin melengkung.

SIM: Nano-SIM

Sistem Operasi: Android OS, v5.0.2 (Lollipop) boleh dinaik taraf kepada v5.1.1 (Lollipop)

Chipset Exynos 7420.

CPU: Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core

2.1 GHz Cortex-A57.

GPU: Mali-T760MP8.

Memori: Slot kad, binaan dalam32/64/128 GB.

RAM: 3 GB.

Kamera: Utama -16 MP, 2988 x 5312 piksel, Kedua - 5 MP, 1440 piksel.

Bateri: Li-Ion 2600 mAh

Harga: RM2,399 (32 GB).

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/tarikan-s6-edge-1.148255#sthash.6Kt6MbOJ.dpuf


Jerebu dijangka bertambah teruk

20 Oktober 2015 1:52 AM


Pelajar Kolej Vokasional Kuching, Batu Lintang memakai penutup hidung dan mulut ketika menduduki peperiksaan di kolej berkenaan di Kuching, Sarawak, semalam. Calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Kolej Vokasional diteruskan di seluruh negara di bawah Ops Topeng, semalam. – Utusan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Krisis je­rebu yang melanda negara diramalkan bertambah buruk sehingga November ini berikutan pembakaran terbuka masih berlaku di Sumatera, Indonesia.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, bantuan daripada Malaysia juga masih tidak berkesan kerana pembakaran berlaku terlalu besar.

Menurut beliau, setakat ini tiada tanda-tanda jerebu akan berkura­ngan dan pihak kementerian mengambil pendekatan terbaik bagi mengurangkan masalah tersebut.

“Angin Monsun Timur Laut diramalkan tiba pada bulan depan dan itu akan membantu mengurangkan jerebu dan masalah tersebut juga dijangka berakhir,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi akaun Facebook di sini hari ini.

Masalah jerebu yang melanda negara sejak kebelakangan ini me­nunjukkan peningkatan mendadak apabila 14 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam.

Malah hari ini, semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah serta Kuching dan Samarahan di Sarawak terpaksa ditutup lagi akibat krisis jerebu yang seakan tiada berkesudahan.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, proses pembenihan awan akan dilakukan pada bila-bila masa sekiranya masalah jerebu semakin kritikal.

“Kementerian mempunyai peralatan, tenaga kerja dan peruntukan yang mencukupi untuk me­lakukan proses tersebut dan Jabatan Meteorologi juga tidak perlu merujuk kepada mana-mana pihak untuk melakukan pembenihan awan.

“Pembenihan awan merupakan satu-satunya teknologi yang kita ada di Malaysia dan ia amat penting serta berkesan untuk mengurangkan jerebu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah­ Jabatan Meteorologi, Datuk Che Ga­yah Ismail berkata, negara hanya akan bebas daripada masalah je­rebu rentas sempadan apabila tiada lagi ribut tropika di rantau ini.

“Ribut tersebut mempengaruhi corak tiupan angin dan menyebabkan cuaca kering, jadi menyebabkan negara mengalami masalah jerebu.

“Namun, apabila bermulanya musim tengkujuh awal November nanti, masalah jerebu akan berkurang dan mungkin berakhir.” katanya. - UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-dijangka-bertambah-teruk-1.148562#sthash.p86ApNep.dpuf


JEREBU : Dijangka berlarutan sehingga Mac depan

20 Oktober 2015 1:22 AM

Helikopter MI-17 milik Indonesia menggugurkan air untuk memadamkan kebakaran hutan dalam operasi besar-besaran oleh kerajaan Indonesia di Ogan Komering Ilir, wilayah Sumatera Selatan, Jumaat lalu. AFP



JAKARTA 19 Okt. – Masalah jerebu rentas sempadan yang melanda Asia Tenggara kini akibat pembakaran hutan di Indonesia, bakal merebak ke kawasan-kawasan baharu dan dijangka berlarutan sehingga tahun depan.

Pakar menjangkakan krisis je­rebu di rantau ini bakal berlarutan sehingga awal tahun depan, berikutan kegagalan pihak berkuasa untuk memadamkan kebakaran tersebut sehingga menyebabkan peningkatan jumlah titik panas di bahagian timur negara ini.

Seorang saintis dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa, Herry Purnomo berkata, titik panas kini sudah sampai ke wilayah Papua, sebuah kawasan yang biasanya mengelakkan pembakaran secara meluas.

Seorang pegawai kanan di sebuah syarikat yang aktif di kawasan hutan Indonesia pula berpendapat krisis jerebu mungkin berterusan sehingga Mac tahun depan.

Indonesia biasanya mema­suki musim hujan pada Oktober dan November, namun tahun ini negara ini dijangka berdepan fenomena El Nino sederhana yang membawa musim kering sehingga Disember ini dan bakal menyukarkan usaha mengawal kebakaran yang berlaku.

Satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mengesan 1,729 amaran kebakaran di Indonesia pada Rabu lalu, jumlah terbesar direkodkan dalam sehari sepanjang dua tahun lalu.

Kira-kira separuh daripada kebakaran yang dikesan minggu lalu berlaku di kawasan tanah gambut yang kaya dengan karbon, keba­nyakannya di Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, Sulawesi dan Papua.

Presiden Indonesia, Joko Widodo turut meningkatkan usaha untuk menangani jerebu termasuk membuat lawatan ke kawasan yang terjejas teruk serta meminta negara-negara lain untuk membantu, namun usaha itu masih tidak berhasil.

“Kita semua tahu bahawa kawasan kebakaran kini telah merebak, melebihi keadaan biasa. Usaha untuk memadamkan kebakaran sedang dijalankan melalui darat dan udara, justeru kita perlu bersabar,” katanya. – REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dijangka-berlarutan-sehingga-mac-depan-1.148544#sthash.WrxqZCar.dpuf


Monday 19 October 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Lagi Pendedahan Minit Mesyuarat 1MDB - Benarkah Ar...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Lagi Pendedahan Minit Mesyuarat 1MDB - Benarkah Ar...: Minggu lepas Arul Kanda ada mengesahkan sebagai benar salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 12 Januari 2015 seperti ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kalau 26-9 =15, Baik Berhentilah Jadi Menteri Kewa...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kalau 26-9 =15, Baik Berhentilah Jadi Menteri Kewa...: Actually artikel ni sambungan kepada artikel sebelum ni ( KLiK ) di mana Najib ketika merasmikan Persidangan Gerakan, ada membuat kenyat...

.: ISIS - Israel Secret Intelligence Service

.: ISIS - Israel Secret Intelligence Service: KELIRU - Banarkah PERJUANGAN ISIS ini? 16 Okt ´15 Money...money....aku kaya ISIS Berperang Untuk Oil dan Uang , Bukan Aga...

Putra Merdeka: Tak Saman Lagi..???

Putra Merdeka: Tak Saman Lagi..???: Sabar la..! kena tunggu..! Q..! Tengah fikir hari apa yang sesuai..! Selasa WSJ dah ambil..! mungkin Sabtu sesuai kot..! Sabtu bila? min...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Terima Kasih Malaysia ! dari Jho Low ( erk! )

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Terima Kasih Malaysia ! dari Jho Low ( erk! ): TERIMA KASIH MALAYSIA ! ! Lihat lah diriku kini ...... Aku di puncak dunia ! Hahahahhaha ..... Apa saja yang aku inginkan, aku MAMPU...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tak Boleh Hutang Nak Buat Projek - Tegas Najib ( m...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tak Boleh Hutang Nak Buat Projek - Tegas Najib ( m...: Macam tak percaya jer bila baca tajuk astroawani ni ... Tak boleh hutang kalau nak buat projek ? Sikit pun tak boleh ? Kalau 42 ribu kal...

Rakyat Malaysia: SIDANG PARLIMEN - NAJIB & KERAJAAN BAKAL TERIMA TE...

Rakyat Malaysia: SIDANG PARLIMEN - NAJIB & KERAJAAN BAKAL TERIMA TE...: Persidangan Dewan Rakyat mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 yang bermula hari ini akan berjalan selama 25 hari . Ia dijangka hangat de...

Friday 16 October 2015

Rusia layak ke Euro 2016, England terus cemerlang

14 Oktober 2015 12:04 AM


PENYERANG Rusia, Artem Dzyuba (dua dari kiri) bersaing dengan pemain tengah Montenegro, Mladen Kascelan (kiri) dan Esteban Saveljich dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Otkrytie Arena, Moscow semalam. AFP

PARIS - Rusia dan Slovakia layak ke pusingan akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2016, manakala juara bertahan, Sepanyol dan England masing-masing menamatkan kempen dengan kemenangan.

Rusia mempamer kebangkitan di bawah bimbingan Leonid Slutsky apabila menewaskan Montenegro 2-0 di laman sendiri untuk mendapat kelayakan automatik selaku naib juara Kumpulan G di belakang Austria dan memaksa Sweden untuk bermain dalam playoff.

Pemain pertahanan veteran, Oleg Kuzmin menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan antarabangsa untuk meletakkan Rusia di depan pada minit ke-33 di Arena Otkrytie sebelum Aleksandr Kokorin menyempurnakan sepakan penalti selepas Dmitri Kombarov dikasari oleh Vladimir Rodic.

Kejayaan itu merupakan kemenangan keempat berturut-turut sejak Slutsky mengambil alih tugas Fabio Capello yang telah dipecat serta memastikan Rusia mengatasi Sweden meskipun mereka menewaskan Moldova 2-0 di laman sendiri.

“Pemain saya sangat hebat. Mereka telah berjaya keluar daripada masalah yang membelenggu pa­sukan sewaktu menyertai kempen kelayakan Euro 2016,” kata Slutsky.

Sementara itu, Zlatan Ibrahimovic meletakkan Sweden di depan menerusi jaringannya yang ke-59 di pentas antarabangsa dan yang kelapan dalam kempen kelayakan sebelum Erkan Zengin mengukuhkan kedudukan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Erik Hamren itu perlu berdepan dengan dua perlawanan playoff, bulan depan dan seandainya mereka menang, Sweden layak ke pusingan akhir Euro untuk kali kelima.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, Marko Arnautovic menjaringkan satu gol sebelum Marc Janko meledak dua gol untuk memastikan Austria menumpaskan Liechtenstein 3-0 di Vienna, sekali gus muncul juara kumpulan.

Sementara itu, Slovakia menyertai Euro 2016 sebagai negara merdeka buat kali pertama selepas menumpaskan Luxembourg 4-2, sekali gus menduduki tempat ke­dua dalam Kumpulan C di belakang Sepanyol.

Sebelum perlawanan bermula Slovakia berkongsi mata dengan Ukraine dan hanya kemenangan dapat memastikan mereka layak ke Perancis .

Skuad bimbingan Jan Kozak berjaya melakukannya hasil jaringan Adam Nemec, Robert Mak serta Marek Hamsik (dua gol) dalam perlawanan terakhir kumpulan, manakala Ukraine tewas 0-1 kepada Sepanyol di Kiev.

England yang sudah layak lebih awal menamatkan kempen kelayakan dengan cukup apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan di bawah kendalian Roy Hodgson setelah menewaskan Lithuania 3-0.

“Ini satu pencapaian. Saya bangga dengan prestasi pemain. Kualiti permainan bagus dan memenangi 10 perlawanan memberikan kepuasan. Kami bangga dengan kejayaan ini,” kata Hodgson. – AFP

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rusia-layak-ke-euro-2016-england-terus-cemerlang-1.146096#sthash.EYR0jliD.dpuf


Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 : Amri pastikan kemenangan sulung

FADHILUL IZMEL ISHAK | 14 Oktober 2015 12:05 AM


Amri Yahyah memastikan Malaysia membawa pulang tiga mata dari Dili apabila menjaringkan gol pada minit ke-10 dalam pertemuan dengan Timor Leste semalam.

KUALA LUMPUR - Jaringan Mohd. Amri Yahyah menghidupkan peluang tipis skuad Harimau Malaya apabila menumpaskan Timor Leste 1-0 untuk meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan negara melonjak satu anak tangga ke tempat keempat Kumpulan A, di belakang Palestin, selepas mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali. Arab Saudi terus unggul di anak tangga pertama setelah menang semua perlawanan mereka dan diikuti oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Ini adalah kemenangan pertama jurulatih sementara skuad negara Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan kompetitif daripada dua perlawanan sejak menggantikan Dollah Salleh.

Bagaimanapun, ini adalah kemenangan kedua jurulatih Harimau Muda itu, setelah pasukan negara menang 3-1 ke atas Laos di Bangkok minggu lalu.

Malaysia akan menentang Palestin dalam perlawanan seterusnya pada 12 November.

Kejayaan menewaskan Timor Leste tersebut memberi kepuasan kepada Kim Swee apabila skuad negara kini kembali memberi saingan kepada pasukan lain dalam aksi dwi kelayakan tersebut setelah memulakan kempen dengan aksi longlai, termasuk seri dengan Timor Leste di Bukit Jalil.

“Sangat penting untuk kita mendapatkan tiga mata pertama di pe­ringkat kelayakan kerana kita tahu skuad negara memerlukan kemenangan untuk menghidupkan kembali peluang terutamanya untuk ber­akhir di tempat ketiga.

“Satu situasi yang sukar dengan cuaca yang panas (ketika perlawanan). Kita nampak pemain berusaha bersungguh-sungguh jadi gol yang diperoleh bagi saya cukup baik dan kami berjaya bertahan (tidak dibolosi) selama 90 minit permainan,” kata Kim Swee menerusi telefon.

Ketika ditanya mengenai hanya satu gol yang dihasilkan meskipun skuad negara mencipta beberapa peluang bagus, Kim Swee berkata: “Saya tidak peduli tentang apa yang berlaku dalam padang kerana yang penting kita dapat tiga mata.

“Kalau dapat tiga gol tapi dibolosi empat gol kita masih kalah. Apa yang mustahak adalah kita menang dan pemain perlu menjaga disiplin mereka. Saya fikir ini, untuk sekian lama, ini kali pertama kita tidak dibolosi... jadi bahagian pertahanan dan pemain lain telah membuktikan mereka boleh bertahan.”

Skuad negara hanya memerlukan 10 minit untuk berada di depan apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Amri, yang menjadi ketua pasukan menggantikan Mohd. Safiq Rahim yang tidak boleh disenaraikan pada saat-saat akhir, menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran lintang daripada Nazirul Naim Che Hashim.

Ketika perlawanan memasuki babak kedua gawang skuad negara berada dalam bahaya apabila Timor Leste kerap melakukan asakan, terutama percubaan daripada Rodrigro Sausa serta Ramon Saro hampir menyamakan kedudukan.

Mengulas mengenai ketiadaan arkitek Harimau Malaya, Mohd. Safiq dalam kesebelasan pasukan, Kim Swee memberitahu bahawa ia adalah disebabkan keputusan komisioner perlawanan yang tidak membenarkan pemain JDT itu diturunkan kerana mengutip kad kuning sewaktu menentang Palestin (16 Jun) dan Arab Saudi (8 September).

“Kita dimaklumkan oleh FIFA bahawa perlawanan menentang Arab Saudi digantung jadi pemain lawan yang menerima kad kuning dilupuskan. Kita menunggu sehingga pada saat akhir iaitu dalam mesyuarat komisioner perlawanan di sebelah petang (kelmarin) dan diberitahu Safiq boleh diturunkan.

“Bagaimanapun semalam (kelmarin) komsioner perlawanan memaklumkan Safiq tidak boleh bermain. Jadi saya terpaksa membuat sedikit pertukaran,” jelasnya.

Tambah Kim Swee keputusannya untuk membawa Safiq adalah bukan disebabkan salah faham cuma tidak mahu terlepas peluang untuk menggunakan khidmat pemain JDT itu sekira­nya kad kuning yang diterima­nya ketika menentang Arab Saudi tempoh hari tidak dikira.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/amri-pastikan-kemenangan-sulung-1.146112#sthash.PqwQAfkw.dpuf

EURO 2016 : Belanda tersingkir, Turki mara

Turki dan Croatia layak ke Euro 2016

15 Oktober 2015 12:01 AM



Pemain-pemain Turki meraikan kejayaan mereka menumpaskan Iceland dalam kelayakan Euro 2016 di Stadium Konya Arena, Konya, Turki semalam sekali gus mara ke pusingan akhir di Perancis. AFP

LONDON - Turki dan Croatia merebut slot automatik terakhir ke Kejohanan Eropah (Euro 2016) dengan cara cukup dramatik namun malang menimpa Belanda apabila untuk pertama kalinya gagal ke pusingan akhir kejohanan itu setelah tewas kepada Republik Czech di laman sendiri.

Belanda, juara Eropah pada 1988 serta finalis Piala Dunia tahun lalu menamatkan kempen kelayakan Euro 2016 di tempat keempat dalam Kumpulan A untuk kali pertamanya tersingkir daripada kejohanan tersebut sejak 1984.

Turki dan Belanda masing-ma­sing memburu tempat ketiga terbaik dalam kumpulan, di belakang Iceland dan Republik Czech yang telah pun layak, namun nasib menyebelahi Turki apabila muncul sebagai pasukan ketiga terbaik kumpulan dan layak secara automatik setelah menewaskan Iceland 1-0 di laman sendiri.

Mereka perlu mengelak daripada kalah kepada Iceland, sebagai bekalan sekiranya Belanda menewaskan Republik Czech, dan memiliki peluang tipis untuk menamatkan kempen selaku pasukan ketiga terbaik yang memiliki rekod terbaik dalam sembilan kumpulan di peringkat kelayakan sekiranya mereka menang dan Kazakhstan turut menewaskan Latvia.

Dan itulah yang berlaku semalam. Turki menang, Belanda kalah 2-3 dan Kazakhstan menang 1-0 di Latvia untuk membolehkan Turki layak ke pusingan akhir Euro buat kali keempat.

Sebelum perlawanan semalam, Hungary memiliki rekod pasukan ketiga terbaik tetapi mereka kini terpaksa bersaing dalam playoff.

Turki, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, menang menerusi sepakan bebas Selcuk Inan pada minit ke-89.

“Sebagai sebuah negara kami memerlukan kemenangan ini untuk berasa gembira, walaupun untuk hanya beberapa jam. Kami sangat gembira kerana dapat memberikan kegembiraan kepada orang Turki,” kata jurulatih Fatih Terim, yang me­rujuk kepada insiden pengeboman di ibu negara Ankara yang membunuh hampir 100 orang minggu lalu.

Skuad Oranje memulakan kempen kelayakan Euro 2016 dengan longlai selepas diaibkan 1-5 oleh Sepanyol malah mereka turut me­ngalami lima kekalahan dalam 10 perlawanan peringkat kelayakan.

Harapan Belanda untuk beraksi di pentas Eropah musnah apabila dibolosi dua gol serta ditambah pula de­ngan kesilapan Robin Van Persie yang tertanduk bola ke dalam gawang sendiri sekali gus meletakkan Repu­blik Czech di depan dengan tiga gol.

“Kami telah mensia-siakan peluang. Kami perlu lebih berdisiplin dan tajam sebab kami tidak memiliki banyak peluang. Kami tahu keadaan menjadi sukar namun melepaskan gol dengan mudah bermakna harapan kami dalam perlawanan tersebut telah pun musnah,” kata pemain tengah, Wesley Sneijder kepada radio Belanda NOS.

Croatia pula mara ke pusingan akhir Euro 2016 apabila menca­tat kemenangan 1-0 ke atas Malta meskipun pada mulanya kedudukan mereka belum selamat.

Croatia, yang memulakan perlawanan semalam dengan 17 mata, dan Norway, 19, masing-masing memburu tiket kelayakan automatik kedua di dalam Kumpulan H di belakang juara kumpulan Itali.

Sementara Croatia menang di Malta hasil jaringan Ivan Perisic pada minit ke-25, keadaan masih mencemaskan apabila Norway sedang mendahului Itali menerusi ja­ringan Alexander Tettey pada minit ke-23 di Rom.

Bagaimanapun, ketika perlawanan semakin menuju penghujung, Norway tumbang apabila dibolosi gol Alessandro Florenzi pada minit ke-73 dan Graziano Pelle lapan minit sebelum permainan berakhir, untuk kalah 1-2 dan membenarkan Croatia me­mintas mereka.

Norway sekurang-kurangnya masih boleh berusaha untuk layak apabila berada dalam undian untuk playoff.

Dua puluh pasukan, termasuk tuan rumah Perancis, telah layak ke pusingan akhir Euro 2016 manakala lapan pasukan perlu beraksi dalam playoff yang undiannya akan berlangsung Ahad ini. – REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/belanda-tersingkir-turki-mara-1.146449#sthash.mOo7RDB6.dpuf


EURO 2016 : Belgium jadi pasukan No 1. dunia 5 November ini

15 Oktober 2015 12:01 AM


PENYERANG Belgium, Dries Mertens (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Israel dalam kelayakan Euro 2016 di Stadium King Baudouin di Brussels, Belgium semalam. Belgium menang 3-1. AFP

BRUSSELS – Belgium bakal melonjak ke kedudukan No. 1 dunia dalam ranking FIFA selepas muncul juara Kumpulan B dalam aksi kelayakan Euro 2016 dengan menumbangkan Israel 3-1 semalam.

Kemenangan yang dilakar skuad bimbingan Marc Wilmots itu bermakna Belgium, yang telahpun mengesahkan tempat ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis lebih awal, bakal memintas Argentina dan Jerman yang kini menghuni kedudukan No. 1 dan No. 2 dunia dalam ranking FIFA.

Senarai terbaharu bakal diumumkan 5 November ini dan Belgium akan mengambil alih kedudukan tersebut daripada Argentina yang sekadar mengutip satu mata dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

Argentina dikejutkan oleh kekalahan 0-2 kepada Ecuador dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia Jumaat lalu dan semalam skuad bimbingan Gerardo Martino itu sekadar seri 0-0 dengan Paraguay di Asuncion.

“Saya amat berpuas hati. Ya! No. 1 di dunia,” kata penyerang Belgium, Dries Mertens mengenai pasukan negaranya yang sekadar menghuni kedudukan No. 71 dunia pada 2007.

Selain Mertens, turut memberi reaksi mengenai kedudukan terbaharu ranking FIFA itu ialah penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet yang melahirkan rasa bangganya menjadi sebahagian daripada anggota skuad kebangsaan Belgium.

“Memang hebat dapat menjadi sebahagian daripada anggota skuad No. 1 @BelRedDevils. Berkongsi kegembiraan ini dengan penyokong juga,” kata Mig­nolet menerusi laman sosial Twitter.

Pemain pertahanan Barcelona, Thomas Vermaelen dalam akaun Twitter miliknya pula berkata: “La­yak ke Perancis, muncul juara kumpulan dan menjadi No. 1 dalam ranking dunia FIFA. Satu detik yang cukup hebat buat @BelRedDevils.” – AGENSI

Sementara itu, kekalahan 3-1 kepada Belgium semalam sekali gus memusnahkan impian skuad bimbingan Eli Guttman itu untuk menjejakkan kaki ke pusingan akhir Euro di Perancis tahun depan.

Malah, kekalahan tersebut turut memusnahkan impian Israel untuk ke aksi playoff, setelah Bosnia menamatkan saingan di kedudukan ketiga Kumpulan B hasil melakar kemenangan 2-0 ke atas Cyprus menerusi jaringan pemain tengah Haris Medunjanin dan pemain gantian Milan Djuric. – AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/belgium-jadi-pasukan-no-1-dunia-5-november-ini-1.146454#sthash.IAc1TDBL.dpuf


EURO 2016 : ‘Saya tidak akan lari’

Van Persie enggan bersara selepas Oranje tersingkir

16 Oktober 2015 12:13 AM

KEKECEWAAN jelas di wajah Robin van Persie apabila Belanda gagal melayakkan diri ke Euro 2016 selepas tewas 2-3 kepada Republik Czech dalam aksi kelayakan di Amsterdam Arena, kelmarin. - AFP

LONDON - Robin van Persie menegaskan, dia tidak akan lari daripada tanggungjawab dan tidak akan bersara daripada bola sepak antarabangsa hanya kerana Belanda dimalukan apabila gagal mela­yakkan diri Kejohanan Eropah (Euro) 2016.

Bekas bintang penyerang Arsenal dan Manchester United itu menegaskan, dia tetap teguh bersama skuad negaranya sama ada dalam keadaan suka atau duka.

Van Persie, 32, yang kini beraksi bersama kelab Turki, Fenerbahce melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri ketika Oranje tewas 2-3 kepada Republik Czech dalam kelayakan Euro 2016 kelmarin, sekali gus menyebabkan Belanda menghuni tangga keempat Kumpulan A.

Apa yang lebih memalukan, Czech menamatkan perlawanan tersebut dengan 10 pemain.

“Saya tidak akan lari daripada detik sukar yang sedang kami hadapi sekarang. Saya akan teguh berdiri di sini dan sentiasa bersedia untuk menawarkan khidmat saya pada bila-bila masa yang diperlukan.

“Dapat menyarung jersi Oranje adalah satu penghormatan buat saya, tidak kiralah sama ada kami berada dalam situasi suka atau duka.

“Saya bukan jenis yang akan lari daripada tanggungjawab. Berputus asa tiada dalam kamus saya, namun sudah tentu peluang itu (beraksi buat Belanda) bergantung kepada jurulatih, sama ada mahukan saya atau tidak,” kata Van Persie kepada akhbar Belanda, De Telegraaf.

Menurut Van Persie lagi, sebagai manusia biasa sudah pasti dia amat kecewa apabila skuad Oranje yang sarat dengan sejarah hebat gagal layak ke Euro buat kali pertama sejak 1984.

“Sebagai ahli sukan, hati saya menangis. Kegagalan layak ke Euro sangat mengecewakan dan ia detik terburuk buat Belanda.

“Namun, kami perlu kekal positif biarpun berdepan situasi sukar. Kesakitan akan dirasai untuk tempoh yang lama, tetapi kami harus bangkit selepas ini,” ujar Van Persie lagi.

Walaupun Van Persie meraikan penampilan ke-101 bersama Belanda kelmarin, namun perkara itu tidak langsung menggembirakannya kerana tiada apa yang mampu dilakukan untuk menyelamatkan Oranje.

Kekalahan ini cukup memalukan buat sebuah pasukan yang memiliki reputasi besar seperti Belanda.

Mereka menamatkan kempen Piala Dunia 2014 di tangga ketiga dan merupakan juara Eropah 1988.

Sementara itu, bekas bintang tengah Oranje, Bolo Zenden berkata, gol sendiri Van Persie hanya memburukkan lagi situasi Belanda yang sudahpun teruk.

“Kami tiada kualiti. Perlawanan diakhiri dengan gol sendiri dan itu memburukkan lagi keadaan,” kata Zenden kepada BBC Radio 5. 
– AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-saya-tidak-akan-lari-8217-1.146817#sthash.7FpbmLzu.dpuf