Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Brazil tertekan untuk menang



JURULATIH Brazil, Luiz Felipe Scolari (empat dari kanan) menerangkan strategi permainan kepada para pemainnya sewaktu mereka menjalani sesi latihan di Rio de Janeiro semalam. - REUTERS

BRASILIA - Brazil mengintai tempat ke peringkat 16 pasukan terakhir pada Piala Dunia dengan memastikan kemenangan ke atas pasukan yang telah pun tersingkir, Cameroon dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional esok.

Pasukan kendalian Luiz Felipe Scolari itu setakat ini telah mengalahkan Croatia, dan seri dengan Mexico dalam dua perlawanan terdahulu. Brazil kelihatan bergelut untuk mempamerkan aksi menyakinkan, tetapi baik jurulatih mahu pun para pemain mendakwa skuad tuan rumah itu semakin mempamerkan peningkatan.

Menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan, yang merupakan penampilan ke-100 pasukan itu pada Piala Dunia, masih belum mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati, tetapi penjaga gol, Julio Cesar menegaskan, sepanjang aksi minggu ini menentang lawan yang berkualiti telah membantu peningkatan permainan Selecao.

"Persaingan dalam kumpulan ini amat sengit, tetapi ia memberi manfaat kepada kami. Kami lebih selesa beraksi menentang pasukan seperti ini dan berdepan kesukaran kerana kerana akan membantu awak kekal fokus daripada mula lagi, yang mana amat penting dalam pertandingan jangka pendek," katanya.

Tekanan yang dihadapi Brazil pada pusingan akhir pertandingan itu amat besar, tetapi skuad bimbingan Scolari tidak panik tentang kedudukan mereka dalam aksi kumpulan. Brazil kini mendahului Kumpulan A berdasarkan perbezaan gol dengan Mexico, dan seri sudah memadai untuk melayakkan mereka ke pusingan kedua, sama ada merakam pertemuan menentang Chile atau Belanda.

Malah, mereka masih boleh layak walaupun kalah, jika Mexico menewaskan Croatia dalam satu lagi perlawanan kumpulan tersebut yang diadakan pada masa sama di Recife. Bagaimanapun, prospek Brazil untuk kecundang di tangan Cameroon adalah sesuatu yang hampir mustahil akan berlaku.

Skuad bimbingan Volker Finke itu telah pun tersingkir dalam percubaan untuk menjadi skuad Cameroon pertama melepasi saingan kumpulan sejak 1990, dan kempen mereka pada Piala Dunia berdepan masalah sejak dari awal lagi.

Masalah pemberian bonus telah membayangi skuad tersebut menjelang persiapan mereka ke pusingan akhir Piala Dunia, dan merupakan pasukan pertama tersingkir ekoran kekalahan 0-1 kepada Mexico, dan dibelasah Croatia 0-4 di Manaus, Khamis lalu.

Sementara Samuel Eto'o pula bergelut dengan kecederaan lutut, serta tidak menyertai latihan sejak perlawanan menentang Mexico. Finke turut berdepan masalah selepas Alex Song dibuang padang kerana menyiku Mario Mandzukic pada perlawanan menentang Croatia, sebelum bek kiri, Benoit Assou-Ekotto melagakan kepalanya dengan rakan sepasukan, Benjamin Moukandjo pada hujung permainan.

"Kami perlu berbincang dengan beberapa pemain. Sikap segelintir mereka memang tidak memuaskan hati sama sekali. Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan," kata Finke. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140623/sl_04/Brazil-tertekan-untuk-menang#ixzz35Qmc6EVG  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: