Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Belanda, Chile nak elak Brazil





SAO PAULO - Menyedari hakikat pasukan yang tewas bakal berdepan Brazil dalam peringkat 16 terakhir, Belanda dan Chile akan bermain untuk menang apabila mereka bertemu dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, meskipun kedua-duanya telah layak.

Walaupun kedua-dua jurulatih pasukan tidak mahu memberi sebarang kenyataan, perlawanan itu bakal menyaksikan pasukan gergasi Eropah menentang Chile yang melangkaui ramalan apabila menang 2-0 ke atas Sepanyol.

Kemenangan itu mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia dan pastinya Belanda akan mengambil serius terhadap perlawanan menentang Chile nanti.

Robin van Persie, yang berkongsi jaringan terbanyak Piala Dunia 2014 setakat ini bersama rakan sepasukan, Arjen Robben dengan tiga gol, tertarik dengan aksi yang dipamerkan Chile dalam perlawanan sebelumnya.

"Mereka kelihatan sangat tajam, cergas, kuat dan bermain secara berpasukan.

"Saya merasakan empat atau lima pemain mereka telah banyak menyusahkan Sepanyol dan perkara itu menjadikan kami pastinya akan berhempas-pulas walaupun sekadar mendapatkan keputusan seri apabila melawan Chile nanti," katanya yang tidak akan bermain dalam perlawanan itu setelah mengumpul dua kad kuning daripada dua perlawanan sebelumnya.

Ketiadaan van Persie merupakan satu bencana kepada Belanda kerana penyerang itu mempamerkan aksi hebat ketika membelasah Sepanyol 5-1 dan menang tipis 3-2 ke atas Australia.

Bagaimanapun, Jeremiah Lens yang menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan pusingan kelayakan dijangka menggantikan van Persie dalam perlawanan tersebut.

Bruno Matins Indio yang dimasukkan ke hospital apabila tidak sedarkan diri ketika menentang Australia juga telah kembali menyertai sesi latihan dan Belanda hanya perlu seri dengan Chile untuk mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Kumpulan B kerana mempunyai jaringan yang lebih banyak.

Sementara itu, tahap kecergasan pemain tengah Chile, Charles Aranguiz dan Arturo Vidal meresahkan pasukan itu apabila tidak pasti boleh diturunkan menentang Belanda serta kedua-duanya mempunyai satu kad kuning yang boleh menyebabkan mereka terlepas perlawanan seterusnya jika menerima kad kuning dalam perlawanan itu nanti.

Walaupun Vidal diberi lebih tumpuan kerana mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Sepanyol, kesungguhan rakan sepasukannya menekan pihak lawan serta membuat serangan balas dengan laju tidak boleh diketepikan.

Ketua kontinjen Chile, Sergi Jade berharap supaya kedua-dua pemain dapat beraksi menentang Belanda dalam misi menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama serta mengelak daripada berdepan Brazil di peringkat seterusnya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140623/sl_05/Belanda-Chile-nak-elak-Brazil#ixzz35QnkwEiO  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: