Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Amerika hilang khidmat Altidore



JOZY Altidore terbaring di atas padang selepas mengalami kecederaan hamstring sambil diperhatikan Jonathan Mensah ketika pertemuan menentang Ghana di Arena Dunas di Natal, semalam. - AFP

BRASILIA - Penyerang Amerika Syarikat, Jozy Altidore akan terlepas aksi penting Piala Dunia menentang Portugal awal pagi Isnin ini akibat kecederaan hamstring, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, penyerang Clint Dempsey, serta Matt Besler tidak berdepan sebarang masalah, dan bersedia untuk perlawanan kritikal kumpulan G menentang Portugal yang diperkuatkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, kata badan induk bola sepak Amerika Syarikat itu di dalam laman Twitter.

Altidore 'dikeluarkan' daripada perlawanan Amerika Syarikat menentang Portugal, manakala Besler dan Dempsey 'cergas dan bersedia' kata laman Twitter itu.

Dikeluarkan pada minit ke-21 pada perlawanan yang menyaksikan Amerika Syarikat menewaskan Ghana 2-1, Altidore terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan hamstring di bahagian kiri, sementara Besler kemudian dikeluarkan pada minit ke-41 juga akibat masalah yang sama.

Dempsey pula patah hidung ketika Amerika Syarikat bertemu Ghana, dan akan menggunakan pendakap hidung pada perlawanan berdepan Portugal bagi mengelakkan kecederaan itu berlarutan. - AFP

Portugal memerlukan kemenangan ke atas Amerika Syarikat sekiranya ingin menghidupkan peluang ke pusingan kedua selepas tewas 0-4 kepada Jerman pada perlawanan pembukaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_10/Amerika-hilang-khidmat-Altidore#ixzz35QJnX2p3  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: