Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 29 August 2014

Hari Pahlawan perlu jadi acara nasional

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan MOHD. FAUZI MOHAMAD SUHAIMI
pengarang@utusan.com.my

ISMAIL Ahmad (dua dari kiri) bersama Mohd. Anwar Mohd. Nor (empat dari kanan), Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (tiga dari kanan), Mohd. Noordin Abbas (kiri) dan Abdul Aziz Ishak (kanan) melakukan simbolik perasmian logo baharu Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) semasa majlis 'Pahlawan Jasamu Dikenang' di Dewan Besar Ibu Pejabat, Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Utusan, melalui Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A.MAJID

KUALA LUMPUR 28 Ogos -Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun perlu dijadikan acara nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan bagi menghargai pengorbanan keringat, darah dan nyawa para perajurit negara.

Langkah itu juga sebagai medan terbaik untuk menerapkan nilai patriotik terutama dalam soal mempertahankan kedaulatan negara daripada dicabuli mana-mana pihak khususnya dalam kalangan generasi muda yang kini dilihat semakin terhakis.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM), Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan tersebut dan sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

Katanya, cadangan mengenai langkah menjadikan Sambutan Hari Pahlawan sebagai acara nasional akan dibawa kepada kerajaan dalam masa terdekat dan berharap usaha berkenaan disokong pelbagai pihak kerana objektifnya demi patriotisme.

"Sekarang ini kalau tanya golongan muda, terlalu sedikit yang sedar dan mengingati tarikh Hari Pahlawan. Hari Pahlawan ini besar maknanya terutama bagi perajurit dan pengisiannya perlu bersifat nasional, bukan sekadar kutipan derma.

"Kerajaan perlu mempunyai kesungguhan politik untuk mengangkat darjat Hari Pahlawan sebagaimana sambutan Hari Kemerdekaan agar kita dapat mendidik rakyat Malaysia pentingnya nilai patriotik," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis 'Pahlawan Jasamu Sentiasa Dikenang' anjuran bersama PV-ATM dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di ibu pejabat akhbar itu di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad dan serentak dengan itu, logo baharu PV-ATM juga dilancarkan.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Anwar memberitahu, sambutan orang ramai khususnya sektor korporat terhadap kempen derma Tabung Hari Pahlawan sangat tidak memberangsangkan tetapi pihaknya masih menyasarkan kutipan sebanyak RM5 juta.

"Sasaran kita sama seperti tahun lalu kerana kami realistik, memandangkan sambutan daripada sektor korporat khususnya sangat tidak menggalakkan. Namun begitu kami akan terus meningkatkan usaha untuk menyedarkan mereka," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Anwar berkata, PV-ATM yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) kini sedang melaksanakan proses transformasi dan penjenamaan semula untuk mengembalikan kegemilangan persatuan.

Katanya, proses transformasi yang dibuat telah mula menampakkan hasil apabila kewujudan PV-ATM berjaya mendapatkan kembali penerimaan kerajaan, rakyat Malaysia serta veteran tentera sendiri yang berjumlah 160,000 orang kepada pertubuhan itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140829/dn_04/Hari-Pahlawan-perlu-jadi-acara-nasional#ixzz3BjjU6LxT  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Indeks Syariah diguna pakai

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak dan Jamil Khir Baharom (enam dari kiri) bergambar kenangan dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Perhimpunan Ulama dan Umara serta penyampaian Anugerah Masjid Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 28 Ogos - Indeks Syariah untuk mengukur dan menilai pencapaian Malaysia dalam melaksanakan tuntutan syarak melalui maqasid syariah bakal diguna pakai di negara ini bermula Januari 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, penyelidikan Indeks Syariah yang komprehensif itu sedang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim).

Beliau yang menyifatkan program itu amat dekat di hatinya menjelaskan, indeks tersebut mengukur tahap keseriusan usa-ha Malaysia dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.

"Banyak sangat polemik berhubung ada yang kata Malaysia merupakan negara Islam dan ada pula sebaliknya. Oleh itu, perlu ada ukuran secara saintifik berhubung keperluan tersebut.

"Menerusi indeks ini, kita boleh buat ukuran dan negara boleh buat perbandingan. Kalau ada yang sudah berjaya, Alhamdulillah, kalau masih ada kekurangan lagi, kita sama-sama perbaiki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri.

Sementara itu, Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor dinobatkan Juara Masjid Kariah 2014 manakala Masjid Sultan Yahya Petra, Machang dinobatkan sebagai Johan Masjid Daerah 2014 dalam majlis tersebut.

Nazir Masjid As-Salam, Yasim Mohamed berkata, penganjuran program yang melibatkan pelbagai anggota masyarakat termasuk yang bukan beragama Islam merupakan antara faktor kejayaan masjid itu.

Katanya, usaha itu berjaya menggarap nilai dakwah dalam kalangan ahli kariah bahawa masjid merupakan tempat penyatuan masyarakat walaupun mereka berbeza kepercayaan.

"Program pengimarahan tersebut menyebabkan Masjid As-Salam mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja sebagai tempat menunaikan ibadah tetapi tumpuan aktiviti kebajikan dan ekonomi. Malah program sumbangan yang pernah kita anjurkan juga disalurkan kepada para penduduk yang bukan beragama Islam," katanya.

Dalam pada itu, Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra, Abd. Razak Husein menyifatkan kemenangan itu adalah hasil semangat kesatuan dalam kalangan ahli jawatankuasa bagi mengimarahkan rumah ibadah itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140829/dn_03/Indeks-Syariah-diguna-pakai#ixzz3Bjb7fd00  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday 28 August 2014

PIALA MALAYSIA : Aksi Kedah, Sarawak tegang


Pemain Kedah, Shafizan Hashim menendang pemain Sarawak, Junior Eldstal menyebabkan kedua-duanya dilayangkan kad merah dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi. - UTUSAN/Safrizal Azmi

KUALA LUMPUR - Juara Liga Perdana, PDRM muncul pasukan pertama mengesahkan tiket ke suku akhir, namun kerancakan Piala Malaysia sedikit tercemar dengan aksi tegang di antara Kedah dan Sarawak yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan di Alor Setar semalam.

Malah, kempen Piala Malaysia turut dikejutkan dengan kekalahan 1-2 juara 32 kali, Selangor kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby di Shah Alam.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, PDRM mengekalkan rekod empat kemenangan berturut-turut dan menjadi pasukan pertama ke suku akhir selepas menumpaskan T-Team 2-1.

Penyerang import dari Maldives, Ashfaq Ali menjadi wira apabila meledak kedua-dua gol pasukan pelawat.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, dua jaringan Sime Darby pada 15 minir terakhir mengejutkan Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah yang banyak menguasai permainan mendahului pada minit ke-63 melalui Ahmad Hazwan Bakri.

Ketika Selangor sibuk mencari gol tambahan, pemain gantian Sime Darby, Fahrul Razi Kamaruddin mengejutkan mereka dengan gol penyamaan minit ke-75, sebelum Mateo Roskam meledak gol kemenangan pada minit ke-81.

Sementara itu, tiga kad merah yang diberikan kepada Junior Eldstal, Shafizan Hashim dan Gabor Gyepes mencemari perlawanan Kedah dan Sarawak di Stadium Darul Aman yang berakhir tuan rumah menang 2-1.

Dalam aksi tegang itu, pengadil, Syed Azhar Syed Kamar diserbu pegawai skuad Bujang Senang sebaik saja tamat perlawanan.

Di Stadium Perak, tuan rumah gagal mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan B apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu walaupun mendahului perlawanan menerusi Hafiz Ramdan pada minit ke-47.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140828/su_04/Aksi-Kedah-Sarawak-tegang#ixzz3BeUhiR4H  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Rayer mengaku tidak bersalah

Oleh AZELI ALI
azel.ali@utusan.com.my

R.S.N Rayer

PULAU PINANG 27 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades, Jelutong, di sini Mei lalu.

Rayer, 43, daripada parti DAP mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut pada ceramahnya itu.

Rayer yang juga peguam didakwa menyebut kata-kata menghasut ketika sesi perbahasan di dalam DUN Pulau Pinang pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Pelbagai pihak sebelum ini merasakan Rayer sepatutnya didakwa dari dahulu lagi dan meminta supaya kesnya tidak ditangguh.

Malah, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap Pejabat Peguam Negara yang didakwanya mengamalkan 'pendakwaan terpilih' terhadap mereka yang menghina agama, bangsa dan negara.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, paling ketara adalah dalam kes Rayer yang menggelarkan UMNO celaka.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani yang mengendalikan pendakwaan memohon jaminan RM20,000 atas alasan kes berkenaan merupakan kes berprofil tinggi dan kejadian berlaku di dalam DUN.

Walau bagaimanapun, Gobind Singh Deo yang mengetuai barisan tiga peguam yang mewakili Rayer memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sementara di sebuah lagi Mahkamah Sesyen, Rayer turut dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama kerana didakwa menyebut kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima, Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei lalu.

Bagi pertuduhan pilihan pula, Rayer didakwa mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan pilihan dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Zaharah Hussain kemudian membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes di kedua-dua mahkamah pada 17 Oktober ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140828/ma_01/Rayer-mengaku-tidak-bersalah#ixzz3BeScYI4M  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 - Fasa mencabar kenal pasti jenazah



THE HAGUE 27 Ogos - Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar.

Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17, Datuk Dr. Zahari Noh (gambar) berkata, kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA yang prosesnya mengambil masa panjang.

"Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti.

"Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya.

"Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini," katanya di sini.

Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang itu berkata demikian sewaktu temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.

Dr. Zahari menjelaskan, dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi).

Katanya, selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga.

Jelas beliau, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti.

"Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom.

"Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Apabila semua sudah setuju, baru sahkan identiti jenazah.

"Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi," katanya.

Dr. Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta.

Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti, jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.

Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.

Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata, setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa.

"Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia.

"Prosedur di sini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi," katanya.

Tegas Dr. Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak.

"Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia.

"Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini.

Dr. Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera.

"Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti.

Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.

Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.

Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_03/Fasa-mencabar-kenal-pasti-jenazah#ixzz3BeRTOJWz  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Lapan lagi jenazah nahas MH17 tiba 2 September


Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Lapan lagi mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang telah dikenal pasti akan dibawa pulang ke tanah air pada 2 September ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, tujuh mangsa adalah rakyat Malaysia manakala seorang lagi merupakan rakyat Belanda.

Katanya, pada masa ini, lapan jenazah tersebut sedang melalui proses dokumentasi di Amsterdam, Belanda.

"Dengan kepulangan lapan lagi jenazah ini, bermakna 32 jenazah rakyat Malaysia akan dan telah selamat dibawa pulang ke tanah air.

"Setakat ini kita telah berjaya membawa pulang 24 jenazah rakyat Malaysia dari Amsterdam. Jumlah ini melibatkan penumpang dan anak kapal serta krew teknikal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, istiadat penghormatan lapan jenazah itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagaimana istiadat penghormatan jenazah yang diadakan sebelum ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, maklumat terperinci mengenai lapan jenazah itu akan dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijadualkan berlangsung pada 1 September ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berusaha memastikan pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia dibenarkan memasuki semula kawasan nahas sekali gus menjalankan tugasan yang belum selesai khususnya bagi mencari mayat yang masih belum ditemui.

Beliau menambah, dalam menangani tragedi itu, kerajaan amat konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 mesti dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sekeras-kerasnya.

"Pihak kerajaan amat berharap agar semua pihak termasuk media dapat menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 dan bersama-sama menjaga privasi dan sensitiviti mereka," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_02/Lapan-lagi-jenazah-nahas-MH17-tiba-2-September#ixzz3BeQOi54T  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Penduduk Gaza rai kejayaan


Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum (tengah) diusung oleh beberapa orang penduduk Palestin bagi meraikan persetujuan gencatan senjata dengan Israel di Gaza City, kelmarin. - REUTERS

GAZA CITY 27 0gos - Persetujuan gencatan senjata di antara Palestin dan Israel bagi menamatkan pergolakan berdarah di Gaza yang memasuki hari ke-50 semalam, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira oleh penduduk di wilayah ini.

"Hari ini kami mengisytiharkan kejayaan atas rintangan yang kami hadapi. Hari ini kami isytiharkan kejayaan bagi Gaza," kata jurucakap pergerakan Hamas, Sami Abu Zuhri.

Penduduk Palestin meraikan persetujuan tersebut dengan berkumpul dan berarak di jalan-jalan raya sambil membunyikan hon kenderaan masing-masing, selain corong-corong pembesar suara di masjid turut memainkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah.

"Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Kami terluka setelah berlakunya banyak kematian, tetapi kami juga berasa bangga kerana kami walaupun berperang secara bersendirian, tetapi perpaduan kami masih lagi kekal utuh," kata seorang penduduk Gaza yang dikenali sebagai Ahmed Awf.

Bagaimanapun, Israel yang enggan memberi maklum balas lanjut berkenaan persetujuan itu berkata, jika persetujuan itu dihormati, usaha untuk membawa masuk bantuan makanan, perubatan dan bahan binaan bagi membangunkan semula Gaza akan berjalan dengan lancar.

"Israel tidak mempunyai sebarang masalah dengan penduduk awam yang menyatakan sokongan mereka ke atas Gaza, tetapi kami tidak mahu melihat Hamas membina semula kekuatan ketenteraan mereka," kata jurucakap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, Mark Regev.

Israel berpendapat pergerakan Hamas kini sedang mengalami tamparan hebat selepas beberapa orang pemimpin sayap ketenteraan mereka terbunuh, selain terowong bawah tanah yang menghubungkan mereka dengan kawasan sempadan Israel dimusnahkan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki berkata, pihaknya menggesa kedua-dua belah pihak untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan bagi memastikan gencatan senjata berkenaan 'bersifat kekal dan berterusan'.

"Kami melihat perkara ini sebagai satu peluang, bukan satu kepastian. Perjalanan masih panjang dan kita harus sentiasa menyedari akan perkara ini. Kita akan tangani masalah ini secara terbuka," jelas Psaki.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140828/lu_03/Penduduk-Gaza-rai-kejayaan#ixzz3BeOfra9O  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Calon satu nama tidak benar

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

ABDUL Khalid Ibrahim bersama Exco Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi (kanan), Ir. Iskandar Abdul Samad (dua, kiri) dan Dr. Halimah Ali (kiri) semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semalam yang mendakwa kedua-dua parti itu hanya mencalonkan nama beliau untuk mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum lalu adalah tidak benar.

Beliau mendedahkan, selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013 yang lalu, selain nama beliau, terdapat nama calon lain turut dihantar oleh parti-parti dalam pakatan pembangkang kepada pihak istana untuk mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor sebagai Menteri Besar.

Pendedahan Abdul Khalid itu sekali gus menafikan kenyataan PKR dan DAP yang kononnya pencalonan hanya satu nama untuk jawatan Menteri Besar kepada Sultan Selangor itu merupakan konvensi yang diamalkan oleh pakatan pembangkang.

"Pencalonan itu (selain nama beliau) sebagai Menteri Besar tidak dilaporkan. Ada permohonan berasingan dibuat oleh PKR dan Pas pada tahun 2008 dan 2013.

"Tidak ada satu nama, mereka hantar lebih satu nama kepada istana. Nama-nama calon itu dihantar dari semasa ke semasa sebagai tambahan melalui surat yang berasingan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PKR dan DAP yang dibuat secara bersama oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua semalam yang menyatakan akan hanya mempersembahkan nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

Dalam kenyataan itu, pencalonan Wan Azizah itu adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada tahun 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kenyataan PKR dan DAP itu dibuat selepas Sultan Selangor menitahkan setiap pemimpin PKR, DAP dan Pas supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti masing-masing untuk dipertimbang serta diperkenankan mengisi jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menyatakan beliau tidak mahu dikaitkan dalam soal pencalonan nama-nama calon daripada pakatan pembangkang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan beliau.

Sebaliknya, beliau menyatakan senarai nama calon jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor yang akan menentukan serta memberi perkenan kepada individu yang dirasakan layak oleh baginda.

"Saya tidak mahu terlibat dalam sebarang proses membuat keputusan pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140828/po_05/Calon-satu-nama-tidak-benar#ixzz3BeNXio8V  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Pas, PKR, DAP perlu kemuka lebih dua nama calon sebelum 3 September ini


SHAH ALAM 27 Ogos - Istana Selangor meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar sebelum 3 September ini.

Utusan Malaysia difahamkan, tempoh itu diberikan Istana Selangor menerusi surat rasmi yang dihantar melalui serahan tangan ke pejabat ketiga-tiga parti itu hari ini di atas nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng.

Dalam surat yang diutuskan melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu, Istana Selangor meminta ketiga-tiga parti berkenaan menyerahkan senarai tersebut bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pertimbangan serta memberikan perkenan kepada mana-mana calon yang difikirkan baginda adalah layak untuk menduduki jawatan itu.

Proses itu sejajar dengan konvensi yang sudah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Selain itu, dalam surat rasmi berkenaan, Istana Selangor turut mengingatkan ketiga-tiga parti terbabit bahawa calon-calon Menteri Besar yang dikemukakan perlu mematuhi Perkara LI (2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menetapkan Menteri Besar perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam.

Malah, surat rasmi itu turut menegaskan mengenai peruntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LIII(2)(a), (4) dan LV(2)(a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, bahawa Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi kerajaan negeri berkenaan yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Semalam, Sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon Menteri Besar selepas menerima mengadap penyandang jawatan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140828/po_04/Pas-PKR-DAP-perlu-kemuka-lebih-dua-nama-calon-sebelum-3-September-ini#ixzz3BeLbY7Jd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Krisis berlarutan jika DAP, PKR kekal hantar satu nama


Suhaizan Kaiat

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Krisis politik di Selangor akan berlarutan jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP meneruskan hasrat menghantar hanya satu nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai menteri besar baharu negeri itu.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, keadaan berkenaan akan membuatkan rakyat bertambah meluat dan kerana itu pakatan pembangkang perlu mencapai satu persefahaman dalam isu berkenaan.

"Jika PKR dan DAP mahu meneruskan hasrat menghantar hanya satu nama, maka krisis ini akan berlarutan panjang. Rakyat akan bertambah meluat. Ia masa terbaik untuk pakatan pembangkang kembali duduk semeja untuk mencapai persefahaman yang mungkin gagal dicapai sebelum ini,'' katanya dalam status Facebook miliknya hari ini.

Sultan Sharafuddin semalam menitahkan setiap parti iaitu Pas, DAP dan PKR mencadangkan lebih dua nama daripada pakatan pembangkang untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

DAP dan PKR bagaimanapun hanya akan menghantar satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mendakwa keputusan itu sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu lagi status Facebook berasingan, Suhaizan berkata, pakatan pembangkang kelihatan masih bergelut untuk mencapai kesepakatan dalam kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang kini memasuki fasa baharu.

Justeru, beliau mencadangkan agar satu nama calon baharu iaitu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi mengimbangi keadaan berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140828/po_03/Krisis-berlarutan-jika-DAP-PKR-kekal-hantar-satu-nama#ixzz3BeJzDDgD  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Pas akur titah Sultan Selangor

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH dan ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pas tidak akan mengikut langkah sekutunya, Parti Keadilan Rakyat Rakyat (PKR) dan DAP yang berkeras mencalonkan satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebaliknya berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor dan akan mempersembahkan tidak kurang daripada tiga nama kepada baginda sebagai calon untuk mengisi jawatan tersebut.

"Pas menghormati titah Tuanku (Sultan Sharafuddin) dan kita akan menghantar tidak kurang daripada tiga nama," katanya seperti dipetik menerusi laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini.

Sultan Sharafuddin semalam menitahkan Pas, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih dua nama daripada pakatan pembangkang untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

DAP dan PKR bagaimanapun hanya akan menghantar satu nama iaitu Wan Azizah kerana mendakwa keputusan itu sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Sementara itu, Mustafa berkata, Pas masih menunggu surat makluman rasmi daripada Istana Selangor yang dilaporkan akan dikeluarkan hari ini bagi meminta ketiga-ketiga parti pakatan pembangkang mengemukakan lebih daripada dua calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, selepas menerima surat rasmi itu, Pas akan memuktamadkan nama calon yang bakal dipersembahkan mereka dalam jangka masa ditetapkan selain menolak kemungkinan satu mesyuarat baharu perlu diadakan oleh Pas Pusat kerana mereka sudah mempunyai gambaran mengenainya.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan tarikh akhir. Kita akan respons selepas mendapatnya. Saya tak fikir perlu mesyuarat yang baharu. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini. Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya.

Sementara itu, Mustafa selepas mempengerusikan mesyuarat Pas Selangor di Shah Alam malam ini menegaskan parti itu tidak menuntut jawatan Menteri Besar Selangor apabila memutuskan tidak menghantar nama calon daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

Sebaliknya beliau berkata, Pas hanya akan menghantar nama calon Menteri Besar yang baharu daripada kalangan ADUN PKR.

"Kita akan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk calon Menteri Besar, tetapi bukan daripada kalangan pemimpin Pas sebaliknya pemimpin PKR. Kita tetap dengan keputusan sebelum ini yang memutuskan untuk tidak menuntut jawatan tersebut," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140828/po_02/Pas-akur-titah-Sultan-Selangor#ixzz3BeF2ZJ3t  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Kutukan Dewata: HAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU!!! GUGURKAN...

Kutukan Dewata: HAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU!!! GUGURKAN...: DI MANA BUMI DIPIJAK,DI SITU LANGIT DIJUNJUNG!!! Kontrak sosial ini akan terus terpakai  seandainya  terus dihormati oleh bukan  bumiput...

CELAH GELEGAR: (DEMOKRASI?) (TERKINI,Khalid Samad: Tidak Suka PR,...

CELAH GELEGAR: (DEMOKRASI?) (TERKINI,Khalid Samad: Tidak Suka PR,...: Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu  meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Sh...

UnReportedNews™®: SESIAPA TAK TAAT KEPADA KETUM BOLEH BERAMBUS KELUA...

UnReportedNews™®: SESIAPA TAK TAAT KEPADA KETUM BOLEH BERAMBUS KELUA...: Patut pun Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) di ludah dan di lempang oleh orang awam sebelum ini kerana beliau adalah manusia ...

SEMUT HITAM: PASTIKAN ANWAR BACA ARTIKEL NI!!!

SEMUT HITAM: PASTIKAN ANWAR BACA ARTIKEL NI!!!: Sebelum Si Ketua Penipu tu makan nasi lemak dan minum teh tarik pagi ni, pastikan dia baca artikel dibawah ni dulu. Takut nanti dia mer...

UiTM : PNB, Hamad Kama Piah, sandwich dan idea gila...


Idris Jusoh bersama-sama Hamad Kama Piah Che Othman bergambar dengan barisan anggota Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan 1 Bilion serta sebahagian kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang terdiri daripada alumni UiTM di majlis penyerahan cek untuk tabung itu di Hotel PNB Darby Park di Kuala Lumpur, kelmarin. - utusan/Riduan Rizal Ahmad


Tabung 1 Bilion Alumni UiTM melonjak...

SEBAGAI seorang wartawan kita banyak bergaul dan kenal dengan kapten-kapten industri di negara ini.

Ada yang mudah mesra, ada yang berhati-hati dan ada yang sehingga menjadi sahabat karib.

Bagi orang korporat yang bijak, orang media tidak dibuat musuh. Sebaliknya dianggap sebagai rakan strategik - yang amat diperlukan pada masa-masa tertentu yang kita tidak ketahui bila masanya.

Ketika berlaku krisis korporat, semasa isu korporat sedang panas, semasa berlaku pertikaian buruh dan sebagainya hubungan korporat-media itu cukup penting sekali.

Sesiapa yang belajar mengenai selok-belok perhubungan awam akan tahu peri pentingnya media relations itu. Ia juga membabitkan soal komunikasi strategik bagi menguruskan sesuatu perancangan korporat.

Kelmarin saya hadir dalam satu majlis anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Saya hadir atas kapasiti sebagai Presiden Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), bukan sebagai wartawan.

Hosnya ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Kami saling mengenali antara satu sama lain, secara profesional.

Namun jika sesiapa mengenali Hamad Kama Piah, beliau bukanlah seorang yang mudah ketika berunding.

Beliau dikenali sebagai seorang ahli korporat yang cukup teliti. Buah fikiran beliau mungkin tidak sama dengan kita. Namun hasilnya sering kali menyebelahi beliau.

Sebenarnya beliau mahu kita mencabar fikiran beliau. Dan fikiran kita sendiri.

"Kita harus mencari kelainan.

"Jangan ikut apa yang orang sudah buat. Be creative and use your own idea," bisiknya kepada saya di majlis itu.

Sempat juga beliau mengingatkan saya bagi memajukan lagi persatuan alumni dan gerak-kerja kami.

Majlis itu diadakan bagi menyerahkan sumbangan PNB kepada Tabung Pendidikan 1 Bilion Alumni UiTM.

PNB mengambil inisiatif mengumpulkan kesemua kakitangan lulusan ITM dan UiTM membantu mengumpul dana untuk tabung itu. Terima kasih kepada semua termasuk yang bukan alumni kerana turut sama menyumbang.

Hasilnya sebanyak RM152,000 berjaya dikumpulkan.

"Saya sedar dari mana saya datang. Tanpa ITM tempat saya belajar dulu, mungkin saya tiada di sini hari ini," kata beliau semasa berucap di majlis itu. Beliau ialah bekas lulusan Diploma Statistik dari Institut Teknologi MARA (ITM).

Sumbangan itu disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan 1 Bilion, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan disaksikan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Kedua-keduanya juga alumni ITM. Turut menyaksikan penyerahan itu ialah pengarah pertama Maktab Mara dan ITM yang kini Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub.

"Pastikan kutipan ini mencapai sasaran sejuta dalam masa terdekat ini," cabarnya lagi kepada saya semasa di meja makan, sambil disampuk oleh Idris, "bukan sejuta Tan Sri tapi sebilion ringgit".

'Idea gila' kutipan 1 bilion itu sebenarnya adalah ilham Idris sendiri April tahun ini. Idris mencabar alumni mengutip dana itu dalam tempoh setahun. Formulanya ialah RM2,000 seorang x 500,000 alumni = RM1 bilion.

Ternyata Hamad Kama Piah tidak lupa daratan. Beliau sedar dari mana asalnya.

Malah beliau bersetuju untuk membantu lembaga pemegang amanah mengendalikan dana itu kelak.

Katanya lagi dalam ucapan itu, pada ketika tahun-tahun 70-an, ITM telah mencabar budak-budak Melayu bumiputera untuk belajar dalam jurusan yang tidak pernah mereka kenali dan tiada di kolej-kolej lain seperti pengangkutan (transport), insurans, jurusan seni lukis, jurusan sebaran am, perakaunan, kulinari dan sebagainya.

"Itulah dia orangnya yang memperkenalkan kursus-kursus itu," katanya sambil menunjuk ke arah Arshad yang berada di meja utama.

Tidak terlintas di fikiran kita semua untuk belajar dalam jurusan-jurusan itu.

"Kini hasilnya PNB diuruskan oleh lebih 30 peratus bekas penuntut UiTM, termasuklah di hotel milik PNB ini iaitu Darby Park."

Mereka inilah yang menguruskan dana PNB bernilai beratus bilion ringgit.

Hamad dengan bangganya menyebut seorang demi seorang para pegawai tingginya, antaranya:

Timbalan Presiden Korporat dan Antarabangsa PNB, Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid ialah alumni UiTM. Beliau amat aktif dan komited terbabit dalam persatuan alumni sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung 1 Bilion.

Ketua Pegawai Strategik PNB, Datin Paduka Kartini Abdul Manaf juga adalah alumni UiTM; selain Ketua Pegawai Pelaburan PNB, Wan Roshdi Wan Musa; Naib Presiden Kanan yang juga Ketua Juruaudit Dalaman, Paisol Ahmad; Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Pemasaran PNB, Mohamad Hussin.

Juga Presiden dan CEO syarikat-syarikat kumpulan PNB seperti UMW dan Perodua turut diketuai oleh alumni UiTM yang turut hadir di majlis itu. Mereka ialah Presiden dan CEO Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Syed Hisham Syed Wazir serta Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Hamad Kama Piah dengan bangga mendedahkan bahawa daripada 1,000 kakitangan PNB lebih 300 adalah lulusan ITM-UiTM.

Kemuncak majlis itu ialah acara pemakaian tali leher alumni oleh kesemua alumni serta majlis gambar beramai-ramai.

Sementara itu, Lodin juga menceritakan kisah roti sandwich, sebagai makan tengah hari yang dipaksa oleh pengarah Maktab Mara di Jalan Othman, PJ ketika itu Arshad kepada para pelajarnya.

"Walaupun kami marah dengan tindakannya melarang makan nasi, selepas itu baru kami sedar Tan Sri Arshad tidak mahu kami tidur di dalam kelas.

"Jika makan sandwich tidaklah seberat makan nasi dan kita boleh belajar di waktu petang," katanya yang mengimbau kembali di zaman beliau belajar dalam jurusan perakaunan sekitar awal 1960-an.

Kini Lodin ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan juga Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan, Boustead Holdings Berhad.

Tujuan tulisan ini dibuat bukanlah untuk berbangga-bangga diri, tetapi untuk mendedahkan kepada masyarakat terhadap kejayaan institusi itu.

Ia diwujudkan di bawah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membawa anak-anak Melayu ini untuk berjaya dan hidup dan bersama-sama membangunkan negara ini.

Sejak akhir-akhir ini banyak mulut celupar yang merendah-rendahkan institusi ini. Mereka menuduh kualiti siswazah UiTM tidak lagi cemerlang dan sebagainya.

Ternyata apa yang dilakukan oleh PNB itu membuktikan tohmahan itu meleset.

Ia hanyalah satu propaganda liar yang cuba merosakkan imej institusi Melayu bumiputera itu.

Namun Hamad Kama Piah juga sempat mencabar Idris, selaku Menteri Pendidikan II:

"Jika dahulu sebuah institusi seperti ITM boleh diwujudkan untuk anak-anak bumiputera, apa lagi yang disediakan untuk mereka buat tahun-tahun akan datang..."

Sesungguhnya dalam geopolitik negara yang berubah dan sosioekonomi Melayu yang mencabar - satu lagi 'idea gila' harus dicetuskan!

Terima kasih Tan Sri Hamad. Terima kasih PNB!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140827/re_05/PNB-Hamad-Kama-Piah-isandwichi-dan-idea-gila#ixzz3BdjvSAWz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wednesday 27 August 2014

CELAH GELEGAR: TERKINI: Anwar ARAHKAN PAS Pertahankan 1 Nama, Azi...

CELAH GELEGAR: TERKINI: Anwar ARAHKAN PAS Pertahankan 1 Nama, Azi...: Ketua Umum (KETUM) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya s...

putra merdeka: HOT ~ Akhirnya PR Menghantar 6 Nama Calon..!

putra merdeka: HOT ~ Akhirnya PR Menghantar 6 Nama Calon..!: Dasar bangsat dan menentang Institusi Raja Raja...tentu puak biadap dan kurang ajar ini akan terus cuba mengekalkan nafsu serakah Anwar ...

Saudi bakal dibanjiri 1.3 juta jemaah haji asing


Kira-kira 1.3 juta jemaah haji asing dijangka membanjiri Arab Saudi untuk musim haji kali ini. - AGENSI

RIYADH 26 Ogos - Lebih 1.3 juta jemaah haji asing bakal menunaikan ibadah itu tahun ini, dengan 228,000 daripadanya merupakan jemaah dari negara Asean termasuk Malaysia dan Indonesia.

Menurut Kementerian Haji Arab Saudi hari ini, penduduk dari negara-negara Asia Selatan merupakan jemaah haji paling ramai tahun ini dengan 410,000 jemaah, diikuti jemaah dari negara-negara Arab iaitu 250,000 orang.

Sebanyak 190,000 jemaah pula datang dari Turki dan negara-negara Eropah, bukan negara Arab (170,000) dan Iran (63,000).

Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Negara, Saad Al-Qurashi berkata, seramai 150,000 jemaah tempatan termasuk pegawai turut dijangka menunaikan haji dan daripadanya seramai 41,000 jemaah bakal mendapat manfaat daripada kos perkhidmatan haji rendah.

Sementara itu, Dewan Perniagaan Mekah menyatakan, Arab Saudi bakal menerima pendapatan sebanyak SR32 bilion (RM26.35 bilion) sepanjang musim haji Oktober ini, peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu.

Menurut laporan dewan tersebut seperti yang disiarkan Saudi Gazette, seorang jemaah asing biasanya memperuntukkan sejumlah SR17,381 (RM14,362) sepanjang menjalankan ibadah haji termasuk kos penginapan, makanan, minuman, cenderamata dan bil telefon.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_06/Saudi-bakal-dibanjiri-13-juta-jemaah-haji-asing#ixzz3BYvju7JF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PIALA MALAYSIA : Tok Gajah lunas dendam

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pemain Pahang, Azammuddin Akil (kanan) diasak pertahanan Felda United pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

SELAYANG - Selepas dimalukan oleh Felda United di laman sendiri minggu lalu, Pahang bangkit melunaskan dendam apabila menumbangkan The Fighters 2-0 di Stadium Selayang semalam, sekali gus merampas takhta teratas Kumpulan A pada saingan Piala Malaysia.

Jaringan Tok Gajah dicipta oleh R. Gopinathan pada minit ke-65, sebelum Dickson Nwakaeme melalui sepakan penalti pada minit ke-90 melengkapkan malam gemilang juara bertahan itu.

Tiga mata yang diperoleh melunaskan dendam kekalahan memalukan 2-3 yang diterima di tempat sendiri, Sabtu lalu dan meletakkan Pahang memimpin Kumpulan A.

Melalui hantaran pendek Azamuddin Akil, Gopinathan tidak berdepan masalah menewaskan Farizal Harun pada minit ke-65.

Ketika Felda rancak menyerang di masa kecederaan, pelawat menghukum pertahanan The Fighters dengan serangan balas yang menyaksikan Farizal tiada pilihan, selain menjatuhkan Mohd.Fauzi Rozlan dalam kotak penalti.

Dickson yang mengambil sepakan penalti mudah mengelirukan Farizal bagi memastikan Pahang menghadirkan kekalahan pertama Felda dalam saingan Piala Malaysia.

Sementara itu, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) gagal meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila diikat 2-2 oleh LionsXII di Stadium Jalan Besar, sekali gus melepaskan peluang merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas.

Tuan rumah mengejutkan JDT II menerusi gol pantas Hafiz Sujad seawal minit pertama.

Namun, anak-anak buah Azmi Mohammad tidak cepat melatah apabila menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian melalui Mohd.Azniee Taib.

Harimau Selatan kembali memimpin permainan menerusi Akmal Ishak pada minit ke-66.

Faris Ramli menyelamatkan maruah LionsXII daripada meraih kekalahan kali ketiga berturut-turut dengan jaringan penyamaan, enam minit sebelum tamat permainan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140827/su_02/Tok-Gajah-lunas-dendam#ixzz3BYsv6fop  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PIALA MALAYSIA : Harimau Selatan mengganas

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI dan ZAAIN ZIN
sukan@utusan.com.my

Penyerang JDT, Amri Yahyah meraikan jaringan ketiga pasukannya bersama Jorge Pereyra Diaz pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) memenuhi reputasi sebagai calon juara Piala Malaysia apabila hanya selangkah lagi untuk menghampiri suku akhir selepas membelasah Pulau Pinang 5-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan C.

JDT mampu menjadi pasukan pertama mengesahkan tiket ke suku akhir seandainya Kelantan berjaya menumpaskan ATM dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV, malangnya dua gol pada 12 minit terakhir permainan membolehkan The Gladiators mengejutkan The Red Warriors 2-1.

Turun bersama reputasi selaku juara Liga Super, JDT tidak menunggu lama untuk membuka jaringan selepas serangan pantas mereka berjaya menghasilkan gol seawal minit kedua apabila Jorge Pereyra Diaz memperdaya penjaga gol, G. Jeevananthan.

Gol kedua tuan rumah hadir melalui sepakan penalti yang disempurnakan Luciano Figueroa pada minit ke-28 setelah Diaz dijatuhkan di kotak penalti.

Amri Yahyah menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan hantaran Diaz pada minit ke-37.

JDT terus mengganas sebaik saja babak kedua bersambung sekali lagi menerusi sepakan penalti apabila Figueroa dijatuhkan penjaga gol lawan.

Pemain import dari Argentina itu tiada masalah untuk menyempurnakan gol keempat tuan rumah pada minit ke-54 selepas tendangannya gagal ditampan kemas Jeevananthan.

Hariss Harun yang masuk menggantikan Figueroa pada minit ke-70 turut mencetak nama sebagai penjaring menerusi tandukan di minit ke-83 hasil hantaran Amri.

Sementara itu di Kota Bharu, The Gladiators menghukum kealpaan tuan rumah di penghujung permainan apabila mencipta dua jaringan menerusi tonggak import, Juan Arostegui pada minit ke-78 dan pemain veteran, Hairuddin Omar, empat minit sebelum tamat perlawanan.

Beraksi di atas permukaan padang yang basah, tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Forkey Doe pada minit ke-43.

Begitupun kegagalan mempertahankan gawang ketika permainan hampir tamat menyebabkan Kelantan terpaksa akur mengalami kekalahan kedua dalam Kumpulan C.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140827/su_01/Harimau-Selatan-mengganas#ixzz3BYjF0abE  © Utusan Melayu (M) Bhd 




MH17 : Baki mayat dibawa pulang Sabtu

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM di Wisma Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Zulkifeli Mohd. Zain (barisan kedua, duduk empat dari kiri) dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor (duduk, tiga dari kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Baki mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine bulan lalu telah dikenal pasti dan dijangka dapat dibawa pulang ke tanah air Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagaimanapun jumlah mangsa yang bakal dibawa pulang belum diketahui memandangkan satu perbincangan khusus antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan akan diadakan terlebih dahulu.

"Satu perbincangan khusus antara kementerian akan diadakan untuk urusan-urusan berkaitan terutama proses membawa pulang mayat dan mengkoordinasikan istiadat pengebumian mangsa.

"Sekiranya jumlah mereka besar, kementerian akan membuat penyelarasan lebih rapi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-24 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Mohamed Noor dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa bersiap sedia terutama memastikan penghormatan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mayat mangsa apabila tiba Sabtu ini.

"Untuk mangsa yang belum dikenal pasti termasuk nenek tiri saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami sememangnya memahami bahawa kaum keluarga sentiasa menunggu perkembangan terkini.

"Namun kita perlu tahu bahawa insiden ini berlaku di kawasan perang tetapi pada masa sama, hubungan baik Malaysia bersama pihak Ukraine, Rusia dan pemisah merupakan perkara yang tidak banyak pihak dapat lakukan," katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, penglibatan Malaysia sebagai salah satu anggota dalam jawatankuasa siasatan pesawat MH17 membolehkan negara ini terlibat secara terus dalam usaha mencari kebenaran berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, kedudukan itu sekali gus mempertingkatkan usaha Malaysia sebagai antara penggerak utama dalam menuntut keadilan mewakili rakyat dan kaum keluarga mangsa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) tersebut.

Mengulas misi pencarian pesawat MH370 pula, Hishammuddin memberitahu, fokus kementerian pada ketika ini tertumpu pada usaha pergerakan aset pencarian melibatkan syarikat-syarikat tertentu.

"Syarikat-syarikat seperti Petronas, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) dan sebagainya akan terlibat dalam membincangkan berhubung misi ini. Kita perlu memperkecilkan kawasan pencarian di Lautan Hindi," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140827/dn_02/Baki-mayat-dibawa-pulang-Sabtu#ixzz3BYcO28Ed  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Jiwa Paradox: CINA KOMUNIS DAN BARUAH YAHUDI MAIN BANGSAT DENGAN...

Jiwa Paradox: CINA KOMUNIS DAN BARUAH YAHUDI MAIN BANGSAT DENGAN...: Dengan bersandarkan kepada alasan ‘konvensi’ Pakatan Rakyat 2013, PKR dan DAP menerusi Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi DAP dalam sa...

PALESTIN : Kemenangan untuk Gaza


Sebahagian penduduk Palestin, memantau kerosakan pada sebuah bangunan yang runtuh selepas dibedil oleh tentera rejim Zinonis di Gaza City, semalam. - AFP

RAMALLAH 26 Ogos - Delegasi Palestin hari ini menyatakan, pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata 'jangka panjang' dengan Israel di Kaherah, bagi menghentikan pergolakan di Gaza yang masuk hari-50.

Bagaimanapun tiada maklum balas daripada pihak Israel terhadap persetujuan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama tujuh minggu di wilayah itu.

Pegawai Palestin menyatakan, gencatan senjata itu akan dikuatkuasakan pada pukul 4 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia).

Presiden Mahmoud Abbas juga akan memberikan perincian lanjut mengenai perkara itu dalam satu ucapannya di Tebing Barat.

"Menurut persetujuan itu, sekatan ke atas Genting Gaza akan ditamatkan dan tuntutan penduduk Gaza akan dipenuhi," jelas pegawai itu yang enggan dikenali.

Kejayaan mencapai persetujuan itu turut disahkan oleh timbalan pemimpin Hamas, Mussa Abu Marzuk di Facebooknya.

"Rundingan itu berakhir dengan perjanjian yang memperlihatkan ketegasan dan kemenangan penduduk Palestin," katanya.

Pegawai Palestin itu menambah, persetujuan tersebut dicapai selepas 48 jam usaha diplomasi menyeluruh oleh ketua delegasi Palestin ke Kaherah, Azzam al-Ahmed.

"Sepanjang 48 jam itu, Azzam berbincang dengan pelbagai pihak termasuk kumpulan pejuang Hamas, Jihad Islam dan pemimpin Mesir selain berulang-alik ke Ramallah, Gaza dan Doha," jelasnya.

Sementara itu di Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dijangka membuat pengumuman rasmi tentang persetujuan tersebut. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_03/Kemenangan-untuk-Gaza#ixzz3BYGVL9gJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Krisis MB: Jangan salahkan Pas berhubung Selangor


BUTTERWORTH 26 Ogos - Pas memberi amaran kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP supaya tidak sesekali menuding jari dan menyalahkan parti itu berhubung krisis Menteri Besar Selangor sekali gus menafikan sumbangan mereka dalam pakatan pembangkang selama ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, tuduhan kononnya Pas cuba menikam pakatan pembangkang adalah tidak tepat, sebaliknya parti itu selama ini telah membuktikan komitmennya dengan memberi kerjasama yang baik dalam pakatan berkenaan.

"Saya tahu selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memaklumkan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah menyokong Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai Menteri Besar, ramai penyokong PKR dan DAP membuat pelbagai spekulasi dan persepsi di laman sosial.

"Malah, ada yang mengecam kami dengan pelbagai tuduhan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan zakat kepada 163 penerima, di sini hari ini.

Mohd. Salleh yang juga ADUN Permatang Pasir mengulas kecaman yang diterima parti itu termasuk dituduh pengkhianat oleh penyokong PKR dan DAP susulan kenyataan Mustafa yang ADUN Pas Selangor tidak akan menandatangani akaun bersumpah berkenaan.

Beliau menggesa pihak berkenaan menghentikan spekulasi tersebut kerana boleh mewujudkan suasana tegang dalam kerjasama antara Pas, PKR dan DAP.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak menafikan sumbangan Pas bersama pakatan pembangkang selama ini.

"Pas ada pandangan sendiri dalam isu Menteri Besar Selangor dan wajar dihormati, begitu juga dengan PKR dan DAP.

"Yang penting mereka kena ingat kenapa wujudnya pakatan melibatkan ketiga-tiga parti ini," katanya.

Ditanya sama ada kerjasama melibatkan Pas dengan DAP dan PKR di negeri ini terjejas ekoran krisis Selangor, Mohd. Salleh berkata, mereka tidak pernah membincangkan perkara itu.

Mohd. Salleh berkata, keputusan Pas pusat tentang isu Menteri Besar Selangor wajar dihormati dalam kalangan penyokong PKR dan DAP.

"Dalam politik, kita ada hak untuk memberi pandangan dan sebab itu kita kemukakan dua nama dan tidak timbul isu sokong atau tidak," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140827/po_03/Krisis-MB-Jangan-salahkan-Pas-berhubung-Selangor#ixzz3BYEez6Jw  © Utusan Melayu (M) Bhd