Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Itali mangsa kedua Costa Rica



PENYERANG Itali, Alessio Cerci (kanan) hanya mampu melihat ketika pemain-pemain Costa Rica meraikan kejayaan mereka menumpaskan Itali 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia di Recife semalam. - AFP

RECIFE - Costa Rica berjaya menukar ramalan penyokong terhadap pasukan pilihan masing-masing pada Piala Dunia 2014 atau sekurang-sekurangnya menukar jangkaan setiap orang terhadap pasukan itu.

Costa Rica memulakan kejutan dengan menewaskan Uruguay dan kemudian sebuah lagi pasukan hebat yang pernah menjadi juara sebanyak empat kali iaitu Itali 1-0 semalam untuk layak ke pusi­ngan kalah mati. Dan dalam proses itu mereka membuatkan England tersingkir daripada Piala Dunia.

Bermula sebagai pasukan yang dijangka bakal menjadi mangsa belasahan dalam Kumpulan D ke­rana perlu bersaing dengan tiga negara bekas juara dunia, kini Costa Rica sebaliknya mendahului.

"Mungkin orang tidak meletakkan harapan kepada kami disebabkan kami berada di dalam kumpulan maut.

"Namun, terdapat pihak lain yang kini menjadi pasukan yang maut dan kami pula yang berjaya ke pusingan seterusnya," kata ke­tua pasukan Costa Rica, Bryan Ruiz yang menjaringkan gol pasukannya semalam.

Ruiz menjaringkan gol untuk Costa Rica pada minit ke-44 de­ngan menanduk masuk di bawah palang gol selepas mendapat hantaran silang Junior Diaz.

Teknologi garisan gol digunakan bagi menunjukkan bahawa bola itu melantun melepasi garisan selepas terkena palang.

Penghujung babak pertama menyaksikan perdebatan berlaku beberapa minit sebelum Ruiz menjaringkan gol, apabila rayuan penalti Costa Rica ditolak setelah penyerangnya, Joel Campbell dikasari oleh pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Costa Rica kini menerajui Kumpulan D dengan enam mata, sementara Itali dan Uruguay ma­sing-masing memiliki tiga mata.

England pula tanpa mata selepas kalah kepada Itali dan Uruguay.

Itali, juara Piala Dunia 1934, 1938, 1982 dan 2006 manakala Uruguay (1930 dan 1950), sementara England juara pada 1966.

Satu-satunya kejayaan Costa Rica mara ke peringkat kalah mati sebelum ini ialah pada Piala Dunia 1990, apabila pasukan itu mengalahkan Sweden dan Scotland di bawah pimpinan jurulatih berpengalaman, Bora Milutinovic sebelum disingkirkan oleh pasukan Czechoslovakia.

"Kepada mereka yang tidak menyokong kami, boleh mempercayai kami sekarang,’’ kata Ruiz.

Sementara itu, Itali, masih berpeluang ke peringkat 16 pasukan terakhir jika menang atau seri de­ngan Uruguay pada perlawanan 25 Jun ini (waktu Malaysia), kerana mereka memiliki kelebihan perbezaan jaringan yang merupakan kriteria pertama kelayakan untuk ke pusingan seterusnya.

"Kami telah berusaha yang terbaik. Mereka berjaya menyekat semua hataran bola kami. Tiada perlu bimbang. Kami sekarang hanya perlu mengumpul semula tenaga,’’ kata jurulatih Itali, Cesare Prandelli.

"Tiada Cinderella lagi dalam bola sepak, terutamanya dalam pertandingan seperti Piala Dunia," ketua pasukan Itali, Gianluigi Buffon pula mengulas. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140622/sl_02/Itali-mangsa-kedua-Costa-Rica#ixzz35QVIRBsB  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

No comments: