Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 30 September 2011

KEBEBASAN BERSUARA ALA KOMUNIS


Wartawan TV3 pula diusir
DARI UTUSAN MALAYSIA 30/9/2011


PULAU PINANG 29 Sept. - Selepas akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times, stesen televisyen TV3 menerima nasib sama hari ini apabila dihalang daripada membuat liputan sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Tindakan berkenaan dibuat sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP itu ditanya seorang wartawan mengenai tindakannya memburuk-burukkan Johor semasa temu bual dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Menurut wartawan TV3, Selvam Arjunan, 27, Guan Eng secara tiba-tiba 'menghalaunya' keluar dari bilik sidang akhbar itu dengan alasan dia tidak sesuai berada di situ kerana kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen tersebut berhubung beberapa isu.

"Bila soalan itu ditanya wartawan Malaysiakini, Guan Eng terus berkata dia tidak akan jawab soalan itu selagi saya berada di situ. Bila saya tanya kenapa, dia menjawab tunggulah nanti, ada banyak isu membabitkan TV3 lalu saya diminta keluar.

"Saya benar-benar kecewa dengan tindakannya itu. Dia (Guan Eng) selalu meminta supaya diberi ruang untuk membalas setiap komen yang dibuat terhadapnya, tetapi bila diberi ini balasannya, dihalau begitu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Difahamkan, sidang akhbar yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu pada mulanya berjalan seperti biasa apabila Guan Eng mengulas mengenai isu bantuan untuk mangsa kebakaran dan persoalan yang diutarakan pemimpin MCA mengenai tender terbuka.

Bagaimanapun, sebaik sahaja soalan mengenai isu memburukkan Johor ditimbulkan, Guan Eng terus menghalau wartawan terlibat dari sidang akhbar itu pada kira-kira pukul 1.15 petang.

KOMEN : BILA KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI TAHU PULAK BERTAPA BURUKNYA KEBEBASAN BERSUARA YANG DIJULANG MELANGIT... CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

Jangan berselindung - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FAUZI JAAFAR

Najib Tun Razak bersama sebahagian daripada 10,000 ahli ekonomi dan peniaga Melayu serta mahasiswa menyanyikan lagu Negaraku pada majlis pelancaran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, malam tadi. - Bernama

SERDANG 29 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Melayu abad ke-21 tidak boleh berselindung di sebalik perlindungan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Sebaliknya, beliau berkata, kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada keyakinan diri, keupayaan serta kebolehan kaum Melayu pada abad tersebut.

Sehubungan itu, beliau mahu orang Melayu pada abad ini melakukan perubahan dalam konteks meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka mampu bersaing.

"Inilah cabaran oleh orang Melayu pada abad ke-21. Sekiranya kita mahu orang Melayu yang bermaruah dan terhormat, kita tidak boleh berselindung tetapi kita perlu ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.

"Kerana kita ada kelebihan dan inilah ciri-ciri Melayu abad ke-21 iaitu Melayu yang berjaya yang bukan dilindungi kerajaan tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pelancaran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri di tapak Ekspo Pertanian Malaysia di sini malam ini.

Majlis pelancaran MTEM dihadiri kira-kira 10,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu seluruh negara.

MTEM merupakan sebuah platform untuk NGO ekonomi Melayu bersatu supaya lebih efektif dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang lestari di kalangan komuniti Melayu dan negara.

Perdana Menteri berkata, realitinya cabaran abad ke-21 amat hebat dan mahu tidak mahu orang Melayu perlu menghadapinya dengan persediaan secukupnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, orang Melayu abad ke-21 perlu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan sedia ada kerana masa depan mereka berkait rapat dengan untung nasib kerajaan sekarang.

"Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu, kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada.

"Sebagai contoh apabila kerajaan memutuskan projek transit aliran massa (MRT), kita putuskan 43 peratus daripada projek ini kita berikan kepada usahawan Melayu dan bumiputera," ujarnya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya NGO Melayu bertindak dengan bersungguh-sungguh dan berkesan supaya tuntutan kaum itu dapat diketengahkan secara lebih baik.

"Kita tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata tetapi perlu memperkasakan individu dan NGO yang bangkit dan bertindak sebagai barisan depan dalam menuntut apa yang perlu bangsa kita miliki," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang juga Pengerusi MTEM, Syed Ali Alattas dan Pengerusi penganjur, Rizal Faris Mohaideen Abdul Kader.

KOMEN : BIJAK BERPIDATO TIDAK MENJADIKAN SESEORANG TU PINTAR... MENABUR JANJI BELUM TENTU JANJI DAPAT DIKOTAKAN... SUDAH BERSEDIAKAH ORANG MELAYU KITA UNTUK TIDAK MENJADI KETAM MELAYU... MENJATUHKAN SESAMA MELAYU... DAN MENJADI KETAM CINA... DENGAN SIKAP BANTU MEMBANTU... SETUJULAH JUGA KATA NAJIB, KITA ORANG MELAYU TIDAK BOLEH MENGAMBIL HAK KAUM LAIN... TAPI BAGAIMANA PULA HAK ORANG MELAYU YANG DIAMBIL DAN DITUNTUT OLEH KAUM LAIN???? KEKADANG SEDAP BERCAKAP LUPA PULA APA YANG DI CAKAP...

BUKAN KATA MULUT AJE, HATI PUN BUSUK TU..


Guan Eng jangan masuk Johor
Oleh Maznah Mohd. Arsad
pengarang@utusan.com.my


JOHOR BAHRU 29 Sept. - Kira-kira 200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memburuk-burukkan Johor di luar negara.

Ketua Penerangannya, Abdullah Md. Yusuf berkata, pihaknya juga menasihatkan Guan Eng agar tidak berkunjung ke negeri ini jika merasakan ia tidak selamat untuk dilawati.

"Kalau dia kata negeri Johor tak selamat, jangan melangkah masuk ke negeri ini, sebaliknya jagalah negeri sendiri dan bela nasib rakyat Pulau Pinang yang masih memerlukan perhatian daripada Ketua Menterinya.

"Apa pun dia sebenarnya sudah terlajak kata seperti kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dakwaannya itu telah menelanjangkan dirinya sendiri selaku pemimpin yang tidak bijaksana untuk mengurus tadbir negerinya sendiri, " katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Melayu Johor Bahru berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

"Sebaik sahaja DAP diketuai oleh Guan Eng di Pulau Pinang, kita dapati ada sahaja masalah yang dihadapi oleh rakyat, malah banyak demonstrasi dan rasa tidak puas hati diluahkan oleh rakyat, namun dia dengan egonya tidak memberikan perhatian terhadap segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"Dia tidak memberi layanan sama rata antara kaum, malah menjalankan dasar perkauman khususnya dalam kalangan orang Melayu," katanya.

Sementara itu di Ipoh, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhutang permohonan maaf yang cukup besar dengan kerajaan dan rakyat Johor kerana memburuk-burukkan negeri tersebut.

Katanya, tindakan Guan Eng itu akan menjejaskan usaha kerajaan Johor untuk membangunkan negeri yang sedang berkembang maju itu.

''Biarlah apa yang berlaku ini membuka mata orang ramai terhadap Guan Eng," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi dari Wilayah Wenzhou dan Foochow, China, hari ini.

Menurutnya, sudah menjadi taktik biasa Guan Eng memburuk-burukkan pihak lain untuk menaikkan imej beliau sendiri.

"Selama tiga tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng mengkritik bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk meningkatkan profil beliau," katanya.

KOMEN : LGE CUBA BERMAIN API DENGAN MENIDAKAN PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN NEGERI JOHOR... DIA CEMBURU KERANA KERAJAAN JOHOR DAPAT MENARIK RAMAI PELABUR DARI LUAR UNTUK MELABUR DI ISKANDAR JOHOR... KENAPA DI JOHOR DAN TIDAK DI PULAU PINANG? ITU SEBENARNYA PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH LGE DAN BUKANNYA MEMBURUKAN KERAJAAN ORANG LAIN... LGE TERSEPIT DENGAN KATA-KATA BONGKAKNYA YANG PULAU PINANG NEGERI PALING MAJU DALAM MALAYSIA... SEKALI KELUAR DATA MUKA MALU TAK TAHU MANA NAK SOROK...

Sultan Ibrahim tersinggung


Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.

“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda ketika dipetik dalam Buletin Utama malam ini.

Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.

Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.

Sultan Johor bertitah demikian ketika mengulas dakwaan Guan Eng yang memburuk-burukkan Johor dalam temubualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.


Guan Eng didesak minta maaf pada Sultan

JOHOR BAHRU 29 Sept. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya segera meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyat ekoran dakwaannya yang negeri ini tidak selamat dan berpotensi untuk diculik sekiranya berada di sini.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi berkata, tuduhan itu liar sekali dan amat mengguris hati rakyat Johor.

"Jika Guan Eng dakwa tidak selamat, jangan datang lagi ke Johor untuk berkempen atau sebagainya. PPPMM juga ingin tahu status warganegara Guan Eng dan keluarganya yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu di negara asing.

"PPPMM mendesak kerajaan agar Guan Eng disiasat kerana ia melibatkan maruah, kedaulatan dan keselamatan negara. Guan Eng perlu perjelaskan kepada kerajaan negeri dan juga Sultan Johor tentang kenyataannya yang tidak berasas itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP itu yang memburuk-burukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

A. Rahman berkata, tindakan pemimpin DAP itu dipercayai mempunyai agenda tersendiri dengan pihak luar dari negara tersebut dalam usaha menjatuhkan negara ini.

Katanya, motif Guan Eng itu menimbulkan tanda tanya dan perbuatan memfitnah Johor di luar negara adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dimaafkan.

"Polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil tindakan tegas atas kenyataannya selaku rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan negara sendiri," katanya.

Menurutnya, pemimpin DAP kini semakin biadab dan sikap Guan Eng itu menunjukkan dirinya masih tidak layak memegang jawatan Ketua Menteri.

Sepatutnya, kata A. Rahman, Guan Eng bersaing secara sihat dengan negeri ini dan bukan menjatuhkannya dengan cara jahat dan bersekongkol dengan pihak lain di luar negara.

KOMEN : DAH LAMA SANGAT PEMIMPIN2 PEMBANGKANG NI DIBERI MUKA... BUAT SEGALA KENYATAAN YANG BERSIFAT FITNAH, MENGHASUT, MEMBURUKAN NAMA NEGARA BILA BERADA DILUAR NEGARA, BIADAP KEPADA SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU DAN BANYAK LAGI PERKARA YANG MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA PERHUBUNGAN LUAR NEGARA... NAMUN TIADA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA DI MALAYSIA TERHADAP INDIVIDU2 TERSEBUT... ADAKAH KERAJAAN YANG MEMERINTAH SEKARANG MASIH BERKUASA ATAU TAKUT MENGGUNAKAN KUASA YANG DIPERUNTUKAN OLEH UNDANG2 MALAYSIA... ATAU CUMA TAHU DAN BANYAK BERPOLITIK...?

Thursday 29 September 2011

Kumpulan pertama berlepas ke tanah suci


DARI UTUSAN MALAYSIA 29/9/2011





BAKAL haji, Muhammad Sani Bidin dari Serkam, Melaka, memeluk anak bongsunya, Muhammad Amman, 8 tahun, sambil diperhatikan isterinya, Rozila Mohd. Zain (tiga dari kiri) serta anggota keluarganya yang lain sebelum menaiki bas ke KLIA di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, semalam.

PETALING JAYA 28 Sept. - Seramai 442 kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada penerbangan awal pagi esok.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor berkata, penerbangan pesawat Saudi Airlines yang mengambil masa lapan jam itu dijadual mendarat di Madinah pada pukul 5.25 pagi waktu Arab Saudi.

"Mereka terdiri daripada 197 jemaah lelaki dan 245 jemaah wanita. Kumpulan ini juga disertai oleh lapan petugas Lembaga Tabung Haji," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan jemaah itu di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya malam ini.

Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang akan mengerjakan ibadat itu tahun ini mengikut kuota yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, Tabung Haji berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatannya pada tahun ini dengan memberi kemudahan yang lebih selesa dan berkualiti untuk semua jemaah.

"Ia termasuk tempat penginapan yang hampir dengan tempat mengerjakan ibadat dan pegawai perubatan yang mencukupi. Pada tahun ini juga seramai 800 kakitangan Tabung Haji dihantar bagi menguruskan jemaah di tanah suci," katanya.

Menurut Abi Musa, penerbangan terakhir bagi jemaah haji Malaysia adalah pada 30 Oktober ini.

KOMEN : SELAMAT MENJALANI IBADAT HAJI DAN SEMOGA MEMDAPAT HAJI MABRUR... AMIN

KHALID MENGAKU CAMPUR TANGAN

Isu gereja: Sultan Selangor akan keluarkan titah
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my



SHAH ALAM 28 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengeluarkan titah dalam masa dua atau tiga hari lagi bagi memberikan pandangan serta nasihat dalam menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh baginda.

Beliau menjelaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang ulasan mengenai laporan yang dihantar oleh JAIS berhubung pemeriksaan tersebut sehingga ia diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor nanti.

"Saya telah menghadap Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh JAIS berhubung pemeriksaan ke atas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

"Baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, laporan menyebut kerajaan negeri dijangka mendedahkan laporan lengkap oleh JAIS berhubung pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini menyebut JAIS meminta tempoh sebulan bagi melengkapkan siasatan berhubung pemeriksaan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi apabila laporan awal mendapati terdapat unsur penyebaran agama lain ke atas sekumpulan penganut Islam.

Pemeriksaan pasukan penguat kuasa JAIS ke atas DUMC pada sekitar pukul 10 malam pada 3 Ogos lalu setelah menerima aduan tentang kehadiran orang Islam di premis berkenaan.

Abdul Khalid dalam kenyataan awalnya mengenai pemeriksaan itu mahu JAIS mengemukakan laporan penuh berhubung pemeriksaan tersebut dan melahirkan rasa kekesalan kerajaan negeri atas serbuan pihak berkuasa agama itu ke atas gereja berkenaan.

Beliau kemudian menubuhkan gerak kerja pendengaran bagi menyelesaikan isu tersebut yang menjadi kontroversi apabila terdapat 12 orang Islam terlibat menghadiri majlis 'thanksgiving' dan majlis berbuka puasa.

Exco Hal Ehwal Islam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS dan siasatan awal mendapati pihak yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Selangor 1995, selain terdapat bukti-bukti berlaku kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut Islam di premis yang dikatakan gereja itu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin pula pada 15 September lalu mengesahkan sebutan kes tersebut akan dilakukan di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober ini namun tiada sebarang perincian dibuat sama ada akan terdapat pendakwaan terhadap pihak yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut atau sebaliknya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri yakin keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor mengenai kes tersebut adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam.

"Saya dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan Sultan Selangor. Saya telah menghadap baginda serta berbincang dan Tuanku bersetuju memberikan titah awal supaya tidak perlu ramai orang berbincang perkara itu," katanya.

Beliau berkata, sebarang ulasan lanjut termasuk pendirian kerajaan negeri berhubung perkara itu akan dinyatakan selepas Sultan Selangor mengeluarkan titah.

Namun beliau menolak sebarang tanggapan bahawa kerajaan negeri tidak mahu langsung masuk campur dalam menyelesaikan perkara itu.

"Saya sudah masuk campur (tetapi) adabnya oleh kerana Tuanku adalah ketua agama, kita setuju, baginda akan memberikan titah untuk semua pihak, itu caranya. Selepas titah baginda, saya akan jumpa media, untuk mereka tanya apa ulasan saya," katanya.

Ditanya sama ada titah Sultan Selangor itu nanti akan mempengaruhi keputusan sama ada akan terdapat sebarang pendakwaan terhadap pihak yang terlibat dalam majlis di premis berkenaan, Abdul Khalid berkata, persoalan itu berbentuk satu spekulasi.

"Itu bersifat spekulasi, perbincangan antara saya dan Tuanku bukan untuk pengetahuan umum," katanya.

KOMEN : KITA TUNGGU APA TITAH DAN SARANAN SULTAN SELANGOR SEBAGAI KETUA AGAMA...

Beratus rumah rosak dipukul ribut


Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my





SELAIN rumah, bangsal perniagaan, bot milik penduduk kampung turut musnah dipukul ribut dan beberapa orang penduduk berusaha untuk menterbalikkan semula sebuah bot di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, semalam.- BERNAMA

KUALA TERENGGANU 28 Sept. - Ratusan rumah dan kemudahan awam rosak akibat ribut di beberapa tempat sekitar daerah ini khususnya di Seberang Takir, Dataran Shahbandar di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam yang turut menyebabkan bangsal-bangsal perniagaan di pinggir muara runtuh dan diterbangkan angin.

Beberapa pondok rehat dan papan iklan turut tumbang manakala banyak pokok menghempap kenderaan dan mengakibatkan talian elektrik serta telefon terputus.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian selama kira-kira sejam dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sehingga lewat petang ini masih menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengarahkan wakil-wakil rakyat agar segera menghulurkan bantuan bagi membaiki kerosakan rumah penduduk yang teruk terjejas.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, beliau telah mengarahkan wakil-wakil rakyat di kawasan yang teruk dilanda ribut memberi bantuan segera.

"Jangan tunggu lagi, kita harap bantuan segera diberikan terutama untuk membaiki atap rumah yang rosak dilanda ribut, " katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau menyifatkan ribut yang berlaku semalam sebagai agak luar biasa berlaku di negeri ini memandangkan kebiasaannya melanda negeri-negeri di sebelah utara seperti Kedah dan Perlis.

Katanya, kerajaan negeri juga masih menunggu laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengenal pasti jumlah kerugian yang dialami sebelum bantuan dihulurkan.

PAS SENDIRI TOLAK HUKUM HUDUD APA CERITA?

MPP pembangkang tidak akan laksana hukum hudud
29/09/2011 3:34am
DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama

KOMEN : APA AKAN JADI DENGAN SALAKAN HUDUD PAS DI KELANTAN?... NAMPAKNYA PEMIMPIN BESAR PAS SENDIRI DENGAN RELA HATI MENOLAK PERLAKSANAAN HUDUD DEMI MENJAGA HATI DAP DAN NEGARA BERKEBAJIKAN ALA PAS... DAH TERANG LAGI BERSULUH MANA ADA CAMPUR TANGAN UMNO/BN SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH SEGELINTIR PEMIMPIN PAKATAN YANG BERMULUT BUSUK DAN SAKIT HATI YANG KRONIK TERHADAP UMNO/BN... ANWAR BERPEGANG PADA PRINSIP DEMOKRASI KONON (ANWAR TIDAK AKAN SESEKALI MENYOKONG SARANAN PAS UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD) DAN KEBEBASAN BERSUARA ALA PEMBANGKANG... SILA TUTUP MULUT... MODAL PRU PAS DAH BERKUBUR....

Wednesday 28 September 2011

Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?


Oleh Zaini Hassan
DARI UTUSAN MALAYSIA 28/9/2011


APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

KOMEN : BETUL TU... PUAK NI MEMANG RAMAI DALAM KERAJAAN... KALAU BERCAKAP PASAL MAJIKAN MEREKA (KERAJAAN) SEMUANYA HARAM, TAK SEDAR SENDIRI MAKAN DUIT DARI MAJIKAN YANG DIA KATA HARAM... KERJA MALAS...

Sejauh mana keberanian Pas?


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my



KELMARIN Utusan Malaysia menyiarkan gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tapak pameran sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Kota Bharu.

Gambar itu memaparkan Nik Abdul Aziz diberi penerangan mengenai buah-buahan yang dipamerkan antara yang kelihatan ialah nangka, limau bali, tembikai dan durian.

Jika buah-buahan itu mahu dilihat dari senario politik sekarang, begitulah juga perjalanan hubungan politik Pas dengan DAP terutamanya apabila tercetus isu hukum hudud.

Pas mula merasai 'getah buah nangka' akibat hubungan dengan DAP yang sebelum ini dianggap oleh mereka ibarat 'tembikai' yang manis dan 'limau bali' yang masam-masam manis,

Tetapi kini ia ibarat 'buah durian' penuh duri apabila DAP menentang keras rancangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Malahan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Mungkin DAP begitu berani mengeluarkan peringatan kerana percaya bahawa Pas sekali lagi akan mengalah, apatah lagi DAP amat memahami sikap tidak konsisten Pas.

Ia memandangkan dalam tempoh beberapa hari ini sejak tercetus isu berkenaan, Pas seolah-olah ingin kembali semula mahu memperjuangkan hukum hudud.

Situasi ini menimbulkan persoalan ke mana sebenarnya hala tuju perjuangan Pas? Suatu ketika mereka bermati-matian mempertahankan perjuangan negara Islam tetapi kemudiannya bersedia menggugurkannya demi menjaga hubungan dengan DAP.

Lanjutan itu lahirlah kembali idea negara berkebajikan yang pernah dicetuskan pertama kali ketika Pas 'menghidangkan' manifesto pilihan raya umum 2008.

Malahan pada 10 September lalu, Pas mengadakan majlis khas di Taman Melewar, Gombak bagi memperjelaskan konsep negara berkebajikan dan langkah itu selari dengan resolusi yang dicapai dalam muktamar parti tersebut.

Tetapi secara tiba-tiba, ketika Pas diasak bertubi-tubi akibat isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, pelaksanaan hukum hudud dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz.

Berikutan kenyataan Menteri Besar Kelantan tersebut maka seperti diduga Pengerusi DAP, Karpal Singh membidas Mursyidul Am Pas itu.

Dalam soal ini, Nik Abdul Aziz atau mana-mana pemimpin Pas tidak harus marah kepada Karpal kerana Karpal sejak dulu lagi menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas.

Justeru sudah pastilah orang Melayu tidak akan mempersoalkan pendirian Karpal sebaliknya bertanya ke manakah sebenarnya hala tuju perjuangan Pas.

Apakah mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud atau ia sekadar halwa telinga menjelang pilihan raya dan sekali gus menarik kembali sokongan sebahagian orang Melayu yang semakin luntur kepada Pas kerana isu tragedi Bukit Kepong?.

Kalau Pas benar-benar konsisten hendak memperjuangkan hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin parti tidak sewajarnya berubah-ubah fikirkan, sekejap mahu negara Islam dan sekejap mahu negara berkebajikan.

Takkanlah dalam satu perjalanan politik Pas hendak membawa dua haluan yang berbeza iaitu di kaki kanan menuju negara Islam manakala kaki kiri menuju negara berkebajikan.

Jika situasi ini berlaku sudah pastilah Pas menjadi sebuah parti yang dilihat bercelaru dalam usaha untuk meraih kekuasaan.

Hukum hudud adalah hukum Allah dan semua orang Islam pasti menyokongnya jika ia mahu dilaksanakan secara serius dan diperjuangkan secara konsisten.

Tetapi masalah yang berlaku ialah Pas tidak bersikap demikian, Pas hanya melaung-laungkan pelaksanaan hukum hudud tersebut menjelang pilihan raya atau bagi mengalih isu.

Kalau Pas benar-benar ikhlas dan mempunyai keazaman yang tinggi dalam soal berkenaan sudah pasti mereka akan bermati-matian memperjuangkan ia dilaksanakan biarpun menempuh pelbagai halangan dan tentangan.

Namun anehnya, Pas mudah mengalah dan lebih memikirkan soal hubungan politik dengan rakan pembangkang yang lain.

Pas sepatutnya bersungguh-sungguh pada setiap masa mendesak supaya hasrat mereka melaksanakan hukum hudud tercapai, tetapi ia tidak berlaku.

Parti itu bimbang jika perkara diuar-uarkan ia akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Sebab itulah sejak sekian lama, Pas tidak lagi bercakap soal tersebut kecuali baru-baru ini apabila Pas semakin rimas dengan isu tragedi Bukit Kepong.

Oleh itu sebelum Nik Abdul Aziz dan Pas menuding jari mendakwa pihak itu dan pihak ini menghalang hasrat mereka melaksanakan hukum hudud, Pas sendiri patut bertanya apakah mereka benar-benar ikhlas dalam mencapai matlamat berkenaan atau ia sekadar laungan untuk meraih undi sahaja.

Jika mereka ikhlas, kita mahu melihat apa yang bakal mereka lakukan berikutan penentangan keras DAP ke atas hasrat Pas itu.

Apa yang mahu kita lihat ialah pemimpin dan ahli-ahli Pas menunjukkan ketegasan seperti mana mereka pernah menentang usaha untuk mewujudkan kerjasama dengan UMNO.

Semua orang masih ingat bagaimana kerasnya penentangan yang ditunjukkan oleh Nik Abdul Aziz dalam soal tersebut sehingga desakan dibuat supaya satu muktamar khas diadakan bagi membuat keputusan.

Ia kesudahannya menyaksikan Pas menolak kerjasama dengan UMNO dan berikrar setia dengan pakatan pembangkang.

Sekarang kita mahu melihat apakah pemimpin dan ahli Pas mempunyai keberanian dan ketegasan bagi mempertahankan usaha Nik Abdul Aziz melaksanakan hukum hudud.

Bukankah dulu kerjasama dengan UMNO ditolak kerana ketegasan Nik Abdul Aziz dan sekarang Menteri Besar Kelantan juga yang berkeras mahu melaksanakan hukum hudud sehingga mengeluarkan kenyataan, DAP boleh keluar pakatan jika tidak bersetuju dengan hasrat Pas tersebut.

Sudah pasti ramai yang mahu melihat adakah benar Pas hanya berani bertentangan politik dengan UMNO tetapi hanya 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Percayalah Pas tidak seberani mana sebaliknya pada mesyuarat hari ini, rumusan yang akan dibuat, media dan Barisan Nasional (BN) akan dipersalahkan kerana didakwa cuba memecah-belahkan Pas.

Apatah lagi Pas pula sudah tentu tidak mahu 'disingkirkan' ketika mereka semakin dibuai dengan mimpi indah ke Putrajaya bersama PKR dan DAP.

KOMEN : TAK PERCAYA TUNGGU... UMNO/BN JUGA YANG DISALAHKAN... PAS TIDAK AKAN BERJAYA KEPUTRAJAYA KALAU KELUAR DARI PAKATAN HARAM DAN SUPAYA MIMPI INDAH TIDAK TERGANGGU TERPAKSA BERKORBAN APA SAJA DEMI KEGILAAN KEPADA KUASA... KITA TUNGGU APA PENDIRIAN PAS SELEPAS MESYUARAT PAKATAN NANTI?

Apa lagi Guan Eng...


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Apakah Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menafikan lagi kenyataannya sendiri yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini setelah ia terdedah kepada umum?

Pendedahan transkrip pada pertemuan itu oleh beberapa blog hari ini, mencetuskan bantahan meluas khususnya daripada rakyat Johor kerana Guan Eng sebelum ini menafikan beliau berbuat demikian .

Malah beliau yang cuba mempertahankan dirinya dengan mendakwa media sengaja memutar-belit kenyataannya dalam satu temu bual dengan Radio Australia, mahu menyaman Bernama jika agensi berita itu enggan memohon maaf.

Berikutan itu, pelbagai pihak hari ini mendesak Guan Eng agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor dan seluruh warga Malaysia kerana tindakannya memburuk-burukkan negeri itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu lagi menegakkan benang basah.

"Dalam pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini, Guan Eng dengan jelas memburuk-burukkan negeri Johor apabila berkata, negeri itu berbahaya khususnya kepada rakyat Singapura. Ini satu kenyataan paling tidak bertanggungjawab.

"Sebelum ini dia menuduh media (Bernama) berbohong tetapi bukti terbaharu jelas menunjukkan dia sebenarnya yang berbohong. Kenapa dia perlu memburuk-burukkan negeri Johor?.

"Dia kena sedar, kenyataan sedemikian akan menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia. Bukan sahaja Johor, Pulau Pinang juga akan menerima kesan jika pelabur lari ke negara lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, nada sama turut disuarakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang menuntut Guan Eng agar bertindak secara 'gentleman' dengan mengakui kesalahannya dan menarik balik semua kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.

Katanya, perbuatan Setiausaha Agung DAP itu memburuk-burukkan Johor sangat melampau dan tidak boleh diterima kerana ia secara langsung turut memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia, sedangkan selaku pemimpin, Guan Eng sepatutnya membela negara sendiri.

"Dia bukan sahaja memburuk-burukkan Johor tetapi Malaysia secara keseluruhannya. Kalau Johor tidak selamat, Pulau Pinang pun sama. Sebagai Ketua Menteri sepatutnya dia mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi, bukan membuat kenyataan melampau begini," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mencabar DAP supaya mengambil tindakan tatatertib ke atas Guan Eng, sama sebagaimana hukuman yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Jelasnya, jika Manoharan digantung selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang, Guan Eng juga layak untuk menerima hukuman yang sama kerana kenyataannya lebih berat iaitu memburuk-burukkan Johor dan negara.

Sedutan transkrip temu ramah Guan Eng dengan FCA di Singapura

SOALAN: Artikel The Economist sepenuhnya menulis perkara positif mengenai Pulau Pinang. Adakah terdapat apa-apa laporan yang negatif ke atas Pulau Pinang?

Saya merujuk laporan NST bahawa Kerajaan Pulau Pinang perlu bersih mengenai rangka tindakan pembangunan perindustrian di negeri ini dan tidak memberikan pelbagai alasan mengapa ia ditangguhkan.

Business Times pula melaporkan perkhidmatan asas seperti kereta api tidak berfungsi dan sebagainya. Adakah ini kerana beberapa media Malaysia dianggap ada tujuan politik atau sesetengah kritikan itu ada kebenarannya?

GUAN ENG: Semua akhbar-akhbar di Malaysia dikawal oleh kerajaan. Tidak bermakna bahawa kita menolak kritikan yang dibuat terhadap kerajaan negeri. Tetapi jika itu yang terbaik mereka boleh lakukan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri yang mentadbir kerajaan dengan efisien.

Mengenai pelan induk perindustrian, Pulau Pinang telah mengumumkannya tetapi kerajaan Pusat mendesak bahawa kita perlu bekerjasama dalam Greater Penang Masterplan.

Oleh itu, kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan selepas musim cuti umat Islam. Sekarang kita dipersalahkan oleh media kerajaan kerana melakukan perkara-perkara yang kerajaan minta kita untuk lakukan.

Dari segi keadaan perkhidmatan asas di Pulau Pinang, saya ingin menjemput anda untuk datang ke Pulau Pinang.

Pulau Pinang adalah jelas lebih bersih bukan sahaja dari segi mentadbir kerajaan yang jujur tetapi juga bersih dari segi fizikal.

Juga lebih selamat dan tidak perlu bimbang tentang keselamatan di Pulau Pinang. Pulau Pinang berada di tempat pertama tahun lalu dari segi mengatasi jenayah iaitu sebanyak 27 peratus. Bagi tempoh enam bulan pertama juga jenayah dikurangkan sebanyak 25 peratus. Tetapi di Johor, seseorang warga Singapura boleh diculik. Anda tidak akan alaminya jika datang ke Pulau Pinang.

KOMEN : ITULAH KELEBIHAN LGE, BERCAKAP BOHONG DAN MENABUR FITNAH KEMANA DIA PERGI... ITU PUN ADA HATI NAK MENGUGUT ORANG LAIN... SENDIRI CAKAP SENDIRI TANGGUNGLAH...

15,000 terjejas akibat taufan Nesat


DARI UTUSAN MALAYSIA 28/9/2011




Kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bertungkus-lumus membersihkan dahan yang patah bertaburan di jalan raya selepas dipukul ribut di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 27 Sept. - Kesan taufan Nesat yang melanda utara Manila, Filipina turut dirasai di sini apabila ia menyebabkan berlakunya ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan di bandar raya ini pagi ini.

Kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 5.15 pagi itu mengakibatkan kira-kira 15,000 pengguna terputus bekalan elektrik dan komunikasi kira-kira sejam.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, antara kawasan terjejas teruk adalah Tanjung Aru, Putatan dan Petagas.

Menurutnya, angin kencang dan ribut berkenaan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan kemudahan talian elektrik serta banyak pokok dan papan iklan tumbang di sepanjang jalan raya.

"Angin kencang selaju 95 kilometer sejam adalah kesan daripada taufan Nesat yang melanda utara Flipina. Ia kini bergerak ke Luzon dan Hainan, China," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Malik berkata, pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemusnahan besar mahu pun kecederaan.

Beliau berkata, ribut petir dan angin kencang itu dijangka berterusan sehingga 1 Oktober ini di bahagian pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

Katanya, keadaan itu berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Katanya, amaran tahap dua dikeluarkan dan ia dikategorikan berbahaya bagi sebarang aktiviti laut termasuk perkhidmatan feri.

Ribut tropika ini berada kira-kira 1,527 kilometer (km) ke Barat Laut Kudat dan 1,552 km ke Barat Laut Kota Kinabalu.

Penjelasan hudud mustahak


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my



PUTRAJAYA 27 Sept. – Pelaksanaan hukum hudud di negara ini atau di Kelantan memerlukan penjelasan terperinci berhubung prosedur dan kaedah hukumannya kepada rakyat supaya tidak menimbul kekeliruan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik perhatian bagaimana hukum hudud dilaksanakan di Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan tetapi kerana tidak cukup persediaan oleh kerajaan masing-masing, pelaksanaannya gagal berfungsi dengan baik.

Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan kerajaan negeri Pas Kelantan sama ada telah menyediakan syarat- syarat yang cukup daripada segi undang- undang untuk melaksanakan hukum hudud tersebut atau hanya sekadar gimik menguar-uarkan untuk berbuat demikian.

“Kita tidak boleh bercakap (menguar-uarkan akan melaksanakan hukum hudud) sahaja, ia (pelaksanaannya) perlu persediaan yang cukup, kalau sudah siap, bolehlah jalankan.

“Pada saya, tidak kiralah sama ada rancangan pelaksanaan hukum hudud ini ada tujuan politik atau tidak, sebab tujuannya adalah betul.

“Tapi janganlah kita hanya gimik sahaja, itu satu pendustaan...kalau gimik, itu memang satu penipuan. Kalau sudah ada kemampuan, teruskanlah sahaja pelaksanaan hudud ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas hasrat kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud meskipun ditentang keras oleh sekutu rapatnya, DAP dalam pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya Ahad lalu berkata, Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Ditanya sama ada hukum hudud boleh dipakai ke atas orang bukan Islam di negara ini, Harussani berkata: “Kenakan ke atas orang Islam sahaja pun tak mengapa (manakala), yang bukan Islam boleh dihukum dengan cara lain.”

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa belum tiba masanya untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, ditambah dengan komposisi kaum yang mendiami negara ini, beliau menegaskan: “Kalau belum tiba masanya, bila pula akan muncul masa tersebut.”


Kerajaan tidak tolak hukum hudud

SEREMBAN 27 Sept. - Kerajaan tidak menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, sebaliknya komited untuk menyeragamkan undang-undang Islam di semua negeri yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, kerajaan tidak pernah menafikan hukum itu, namun pelaksanaannya perlu ada kesesuaian dan fleksibilitinya.

"Kita tidak nafikan hukum hudud dan qisas tetapi pembangkang pula jangan terlalu ghairah dan bersikap retorik menggunakan idea itu semata-mata untuk menarik perhatian rakyat.

"Kerajaan sentiasa komited dalam melaksana dan memperbaiki sistem perundangan Islam di negara ini. Ia dapat dibuktikan dengan wujudnya undang-undang syariah di negara ini," katanya pada sidang akhbar Karnival Transformasi Pengurusan Islam di Universiti Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini, hari ini.

Jelas beliau, sejak zaman sebelum merdeka lagi, rakyat dapat menyaksikan usaha kerajaan untuk memantapkan lagi sistem perundangan Islam di negara ini.

"Sebab itu majlis agama negeri dibentuk, Undang-Undang Syariah diwujudkan yang diketuai oleh Majlis Raja-Raja, manakala bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan ia akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

KOMEN : TUNGGU AJELAH APA KESUDAHAN MESYUARAT PUAK PEMBANGKANG NI TENTANG HUDUD YANG NIK AZIZ NAK LAKSANAKAN...SAMA ADA JADI REALITI ATAU FANTASIA... JANGAN PULAK NANTI KELUAR SUARA SUMBANG MENYALAHKAN ORANG LAIN... BUAT AJELAH NIK AZIZ... TAPI DIKELANTAN...

Tuesday 27 September 2011

SIAPA HANTU DAP DALAM PAS?


Nik Aziz bidas DAP seperti budak takut hantu
DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/09/27



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan DAP seperti budak-budak kecil takutkan hantu sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini, semalam.
Serentak itu, Nik Aziz menegaskan hukuman hudud yang bakal dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan nanti, tidak akan membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, hukuman berkenaan berasaskan kepada undang-undang Mahkamah Syariah bukannya Mahkamah Sivil, dan hanya membicarakan kesalahan membabitkan orang Islam saja.

Di sini, saya ingin membuat penjelasan sepenuhnya mengenai hukum hudud, sekiranya hukuman seperti itu dilaksanakan di negeri ini, ia tidak akan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam.

Sememangnya hudud ini adalah undang-undang Mahkamah Syariah yang hanya akan membicarakan orang Islam saja (yang melakukan kesalahan), bukannya Mahkamah Sivil, katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan dalam Facebooknya semalam, yang buat pertama kalinya dikeluarkan dalam bahasa Inggeris, dengan mengatakan beliau ingin menjelaskan bahawa sekiranya hukuman hudud dilaksanakan, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kerajaan negeri akan meminta semula kepada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum berkenaan walaupun sudah ditolak oleh dua Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Najib Razak.

Tindakan Tun (Dr Mahathir) ketika itu adalah salah dari segi peraturan kerana bekas Perdana Menteri itu tiada hak hendak melarang Mahkamah Syariah di bawah kuasa Sultan. Tun dan Najib sama saja, tidak beri, namun kerajaan negeri akan tetap meminta, katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bahawa pemimpin utama parti itu akan keluar beramai-ramai dari pakatan sekiranya PAS terus melaksanakan hukum hudud, Nik Aziz berkata, apa hubungan Guan Eng dengan Islam, hudud sebenarnya hanya untuk orang Islam.

Orang bukan Islam mengapa tidak sokong PAS kalau laksanakan hudud, sedangkan hudud bukan untuk dia, hanya kepada orang Islam. Sebagaimana yang sudah saya katakan kelmarin, mereka ini seperti orang yang takut hantu," katanya.

Sementara itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS meminta kerajaan negeri memberi jaminan yang masyarakat bukan Islam tidak akan dikenakan hukuman hudud apabila dilaksanakan kelak.

Ketuanya, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam memang tahu mengenai hukum hudud itu hanya untuk orang Islam dan kakitangan yang bertugas betul-betul akan mengikut peruntukan diberikan atau menggunakan kuasa sendiri sehingga bukan Islam pun turut dikenakan hukuman nanti

KOMEN : DAP BUKAN FAHAM SANGAT TENTANG AGAMA ISLAM.. MEREKA CUMA FAHAM UNTUK MENGGUNAKAN USTAZ PAS YANG MENGAKU ULAMA UNTUK MENGHANCURKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM... BUKANKAH NIK AZIZ ADA KATA, SEJAK DAP BERKAWAN DENGAN PAS, KEFAHAMAN ISLAM DAP LEBIH BAIK DARI ORANG UMNO... MASA TU BUKAN MAIN MEMUJI MELAMBONG SAYANGKAN DAP... SEKARANG APA CERITA?

Islam diperalat untuk dapatkan kuasa - Raja Nazrin Nazrin


DARI UTUSAN MALAYSIA 27/9/2011



KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.

''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.

''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.

Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.

KOMEN : YANG MAKAN CILI AKAN TERASA PEDASNYA... ITU PUN KALAU MEREKA HAYATI APA YANG DIPERKATAKAN... KALAU DAH BEBAL TAK BOLEH NAK DITOLONG...

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.

Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

Titah Tuanku Mizan, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pula telah menetapkan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan harmoni dan damai.

‘‘Kepelbagaian kaum dan etnik yang merupakan ciri atau pola utama demografi di negara kita pula telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan menariknya kepelbagaian ini disulami dengan kontrak sosial yang mendasari Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat untuk memelihara dan mengekalkan keharmonian hidup bersatu padu dalam masyarakat yang berbilang kaum ini,” titah Seri Paduka ketika merasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua‘adzam Shah; Sultan Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu Seri Paduka bertitah, usaha-usaha ke arah memartabat dan memperkasakan sistem perundangan syariah dan institusi penguatkuasaan agama agar setanding dengan perundangan sivil hendaklah diteruskan.

Justeru titah Yang di-Pertuan Agong, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi yang berkait rapat dengan perundangan syariah bagi memastikan tugas yang dilaksanakan lebih mudah, cepat dan berkesan.

‘‘Sistem Raja Berperlembagaan memberi pengiktirafan raja sebagai Ketua Agama. Selaras dengan itu, usaha-usaha untuk memartabat dan memperkasakan sistem perundangan syariah agar setanding dengan perundangan sivil di negara ini hendaklah diteruskan,” titah baginda.

Dalam titah ucapannya, Tuanku Mizan turut menyentuh fungsi dan peranan majlis agama Islam negeri yang perlu diperkasakan bagi menjamin kelestarian pembangunan ekonomi umat Islam.

Untuk itu titah Seri Paduka, strategi yang berkesan perlu dibangunkan bagi membuktikan keupayaan pihak majlis meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam.

‘‘Jalinan kerjasama perlu dirangka serta digiatkan membabitkan pelbagai pihak terutama untuk memajukan perdagangan dan pelaburan dalam sektor sedia ada. Selain itu, fungsi zakat sebagai rukun Islam ketiga juga seharusnya diberikan perhatian serius

‘‘Adalah penting untuk mengkaji kaedah ke arah mempromosi zakat di samping memperhebatkan galakan menghulur sedekah jariah supaya kedua-dua elemen ini dapat dimanfaatkan fungsinya sebagai salah satu jentera penggerak sosioekonomi yang dapat menjana kekayaan bagi umat Islam sejagat sepanjang zaman,” titah Seri Paduka.

Mengenai kemajuan masyarakat, baginda mengenal pasti isu pendidikan merupakan kepentingan masyarakat Islam masa kini.

‘‘Satu masalah yang membelenggu kemajuan kita ialah lemahnya komitmen kita dalam pelaburan pendidikan. Masalah ini perlu diatasi supaya masyarakat Islam tidak terus ketinggalan.

‘‘Oleh itu beta berharap peranan yang dilaksanakan oleh Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam atau Lepai akan terus diperkukuhkan bersama majlis agama Islam negeri demi kepentingan pendidikan agama Islam di negara ini,” titah Seri Paduka.

Monday 26 September 2011

MENGGAMIT MEMORI SILAM

Jual Kompleks PKNS: Labur atau lebur?
Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam menjadi pusat perniagaan orang Melayu.

KEWUJUDAN Kompleks PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Shah Alam sinonim dengan pembangunan dan kemajuan bandar tersebut. Dari sebuah bandar kecil pada tahun 1970-an, Shah Alam muncul sebagai ibu negeri Selangor menggantikan Kuala Lumpur, yang bertukar tangan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974.

Kompleks tersebut adalah pemangkin kepada perkembangan Shah Alam, kota raya Melayu yang turut menempatkan Istana Bukit Kayangan, kegunaan rasmi Sultan Selangor.

Kompleks PKNS Shah Alam juga sinonim dengan kemunculan dan perkembangan Institut Teknologi Mara (ITM) yang kemudiannya meningkat menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Para mahasiswa dan siswazah ITM/UiTM pasti tidak dapat melepasi nostalgia dengan kompleks Melayu itu kerana di sanalah mereka bertumpu saban hari setelah kepenatan berkuliah.

Kompleks PKNS Shah Alam adalah pusat perniagaan usahawan kecil Melayu bertapak di bawah satu bumbung yang diurus sempurna oleh perbadanan tersebut. Di sana bermulanya, perniagaan kecil orang Melayu, perusahaan orang Melayu dan perkhidmatan orang Melayu.

Pendek kata, segala-galanya bermula di situ. Pemusatan tersebut juga merupakan timbal-balik kepada PKNS sendiri. Para peniaga kecil berkenaanlah yang selama ini telah menghidupkan kompleks tersebut sehingga ia bertahan sehingga ke hari ini.

Kini, para peniaga berkenaan yang telah menjadi ‘talian hayat’ kepada PKNS meneruskan nafasnya mungkin terpaksa berundur. Manakan tidak, mereka telah diberikan notis rasmi baru-baru ini mengenai kadar sewa yang bakal berkuatkuasa mulai Januari 2012.

Kenaikan kadar baharu itu tentulah atas nama pemodenan dan penambahbaikan yang dilakukan melalui pindah milik premis berkenaan kepada pemilik baharu.

Apakah pilihan yang ada pada para peniaga yang sedia ada di sana.

Pilihan yang pasti tentulah merintih seperti bait yang terdapat dalam lagu Warisan: “Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang.”

Para peniaga dan pengusaha yang menjadi penerus kelangsungan PKNS selama ini mungkin terpaksa menjadi mangsa seperti mana bait-bait seterusnya dalam lagu Warisan iaitu: “Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman.”

Pentadbiran kerajaan Selangor dan juga PKNS mungkin tidak setuju dengan pandangan ini kerana bagi mereka tiga buah aset meganya termasuk SACC Mall di Shah Alam dan ibu pejabatnya sendiri iaitu Menara PKNS di Petaling Jaya perlu dipindah milik untuk menjana pendapatan berganda.

Menurut Pengurus Korporat PKNS, Norhisham Mohd Ghouth kepada akhbar Sinar Harian kelmarin, tiga bangunan tersebut hanya mengalami proses pengambilalihan sebagai usaha PKNS untuk menjana pendapatan sedia ada menerusi pelaburan dalam Real Estate Investment Trust (REIT).

Ini bermakna aset-aset tersebut tidak dijual. Sebaliknya ia adalah usaha mereka untuk menaikkan nilai harta tersebut. Ringkasnya, ia adalah pelaburan!

Barangkali kerajaan negeri Selangor mencontohi ‘kepakaran’ kerajaan Kelantan dalam proses memindahkan para peniaga Melayu ke Kompleks Tok Guru di Kota Baru yang pastinya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada para peniaga.

Tentu mereka juga telah mempelajari kaedah menyahkan para peniaga Melayu di Kompleks Komtar di atas kepintaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggandakan kadar sewa atas nama penambahbaikan.

Sudah menjadi rahsia yang menjadi perbualan umum mengenai tindak-tanduk kerajaan negeri Selangor pimpinan DAP tetapi ditopengkan dengan Menteri Besar PKR, meleburkan pelaburan warisan seperti Yayasan Selangor. Cabang pendidikan khususnya untuk menaikkan tahap pencapaian anak-anak Melayu dari desa yang telah berjasa itu akan diundurkan.

Dua buah bangunan berjasa yang menjadi asrama pusat yayasan itu di Kampung Pandan, Kuala Lumpur bakal dikorbankan atas nama pelaburan juga.

Kononnya lokasinya yang dihimpit oleh pembangunan pelbagai tidak sesuai lagi sebagai asrama. Ironinya, beberapa buah sekolah di kawasan itu termasuk Sekolah Aminuddin Baki (SAB) tidak pula ditimpa masalah – kerana ia bukan milik Kerajaan Negeri Selangor. Jika sekolah-sekolah berkenaan milik Selangor, pasti akan dileburkan juga.

Kini giliran Kompleks PKNS. yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam, dah lebur... Bila pula kompleks PKNS di Bangi akan menerima nasib yang sama...? Adakah Kompleks PKNS Bangi masih belum cukup tinggi nilainya sebelum ia menerima nasib yang sama! Atau, kompleks di Bangi itu akan dileburkan seiring dengan ‘pelaburan’ hartanah milik Yayasan Selangor di Klang kelak?

Patutkah Datuk Nik Aziz Nik Mat dipersalahkan di Kelantan atau Guan Eng di Pulau Pinang? Salah jugakah Tan Sri Khalid Ibrahim yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor. Atau, ada pihak lain yang patut disalahkan.

Buat masa ini kita ucapkan ‘tahniah’ terlebih dahulu kepada pengundi Melayu di Shah Alam dan Selangor amnya kerana kejayaan mereka membuka peluang kepada usaha menggadai apa sahaja yang boleh dijadikan wang! Mungkinkah Melayu terus layu...?

KOMEN : APA SAJA YANG BERAKAR UMBI DARI ORANG MELAYU AKAN DIGADAI DAN DIHAPUSKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG DI SELANGOR... APA YANG ADA KAITAN DENGAN BANGSA CINA AKAN DIMERTABATKAN SEPERTI TERTUMBUHNYA TEMPAT2 MAKSIAT MACAM CENDAWAN TUMBUH LEPAS HUJAN... APA LAGI SELEPAS INI YANG AKAN DILEBURKAN OLEH MEREKA...?

Semuanya mahu diubah, politik pecah belah

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
DARI UTUSAN MALAYSIA 24/9/2011


BELUM pun boleh memerintah, hanya sekadar menang 80 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat semuanya mahu diubah. Biar pun hasrat menukarkan kerajaan terkandas pada 16 September 2008, pembangkang terus memasang hasrat kepimpinan Putrajaya akan berubah selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Mimpi besar menjadi semakin rakus sehingga mahukan Malaysia bukan lagi berasaskan "ketuanan Melayu" kerana mahu ditukarkan kepada "ketuanan rakyat." Dari dasar kerajaan yang memberikan penekanan kesaksamaan, pembangkang jadikan jalan perubahan menerusi slogan "sama rata sama rasa."

Caranya mudah, mengubah pembahagian asas penduduk bumiputera dan bukan bumiputera menjadi semuanya satu kerana pengkategorian itu umpama dasar aparteid, suatu bentuk penjajahan yang zalim dan kejam. Orang Melayu menerjah pandangan itu. Orang Melayu boleh menerima bukan Melayu sebagai sahabat, rakan karib dan tidak pernah memaksa mereka memeluk Islam.

Kehidupan masyarakat menjadi lebih aman sehinggalah orang bukan Melayu kembali mempersoalkan kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan Malaysia. Perjuangan tersebut juga gagal kerana mereka yang mahu merombak kontrak sosial itu sebenarnya cuba menukarkan latar belakang sejarah, kerana mereka berhasrat untuk menghapuskan warisan budaya Melayu.

Dalam situasi politik Malaysia juga kita harus memikirkan bahawa kemewahan dan kesenangan yang kita nikmati sekarang adalah atas dasar kecekapan dan kegigihan pemimpin terdahulu. Kita perlu memberikan mereka penghormatan dalam konteks pengorbanan dan kebernasan pemikirannya. Kita perlu melahirkan rakaman terima kasih kepada mereka, kerana usaha gigih merekalah kita dapat nikmati kesenangan yang kita miliki sekarang.

Pembangkang menggunakan pelbagai cara untuk melakukan perubahan, dengan menuduh media arus perdana tidak memberikan ruang pelaporan yang adil kepada menguruskan sendiri pelaporan dalam media alternatif.

Perubahan itu dibuat atas dasar memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan akhbar. Apabila pembangkang menerbitkan lidah rasmi dan tv masing-masing, gaya pelaporannya berat sebelah dan tidak bersifat adil.

Pembangkang mendabik dada bahawa kaedah merekalah yang paling berkesan dan baik sedangkan ia tidak pernah diuji. Dengan menggunakan momokan kata-kata, mereka hampir berjaya menimbulkan suasana kelam kabut dalam masyarakat.

Daripada mengangkat penyerang Balai Polis Bukti Kepong pada tahun 1950 sebagai "wira sebenar" manakala mereka yang mempertahankannya sebagai "perjuangan membela penjajah" kini melebar kepada menukarkan bendera Jalur Gemilang.

Terasa malu dan jijik dengan Jalur Gemilang, maka apabila pembangkang berjaya nanti, akan digantikan dengan bendera baru. Jalur Gemilang didakwa ditiru dari bendera Amerika Syarikat, kerana mempunyai warna yang sama dan simbol bintang.

Kata-kata ini hanya pengakuan yang keluar dari mulut pemimpin mereka, umpama melihat ketulan ais yang berada di paras laut sedangkan ketulan yang di bawah (tidak kelihatan) lebih besar lagi. Sesuai dengan firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang sembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Surah Ali-Imran ayat 118).

Jika ditakdirkan memerintah, segala-galanya akan diubah walaupun yang mahu diubahkan itulah telah banyak berjasa.

Lebih banyak idea yang bodoh akan terkeluar, kerana sesetengah pihak sebenarnya sedang melaksanakan strategi kempen kelam-kabut apabila merasakan kedudukannya semakin berkecamuk.

Mereka terus dilanda sindrom takutkan kekalahan kerana rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mudah termakan dengan janji-janji kosong, kerana janji lamanya masih banyak yang belum ditunaikan.

Dengan menaja "rancangan menghapuskan warisan Malaysia", pihak itu sebenarnya sedang melakukan aktiviti memadam kesalahannya sendiri daripada memori pengundi yang pernah memberikannya harapan. Pengundi sudah memahami bahawa orang yang banyak menaburkan janji itulah sebenarnya masih terkapai-kapai.

Mereka inilah sebenarnya perlu ditolak oleh rakyat, kerana mereka bukan sahaja tidak menghormati warisan dan legasi pemimpin terdahulu bahkan dibayangi oleh tangan-tangan ghaib setelah terdesak untuk membalas budi dengan menggadai negeri.

Untuk itu, kita wajar merenung firman Allah SWT yang bermaksud: ''Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu misalan salah sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezeki yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya yang disebabkan apa yang mereka telah lakukan." (Surah An-Nahl ayat 112)

Mungkinkah suatu hari nanti Malaysia akan mengalami nasib yang sama, kerana semakin ramai pihak yang menghasut rakyat agar tidak bersyukur, tidak menghargai kebajikan yang sedang mereka nikmati, bahkan lebih gemar mempercayai mendung akan selalunya membawa hujan. Dalam banyak keadaan, mendung itu berlaku kerana jerubu dan tidak memberikan petunjuk hari akan hujan.

Sekali merdeka, biar terus merdeka.

KOMEN : DAH MEMANG DASAR KEPALA PEMBANGKANG... SEMUA YANG BAIK DILAKUKAN KERAJAAN MERUPAKAN RACUN KEPADA RAKYAT... MEREKA AJE YANG BETUL, PENAWAR UNTUK SEGALA KEROSAKAN YANG MEREKA CIPTA SENDIRI... BELUM PERINTAH DAH MACAM ORANG GILA... AGAKNYA KALAU MEREKA PERINTAH HANCUR NEGARA DITANGAN ORANG GILA KUASA...