Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Jerman mahu tutup mulut Boateng



Kevin Prince Boateng

SANTO ANDRE - Jerman berjanji memberi kejutan kepada pemain Ghana, Kevin Prince Boateng yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran dengan mengatakan skuad kendalian Joachim Loews itu tidak memiliki kapten berkualiti bagi menerajui pasukan itu ketika berhadapan saingan sengit.

Boateng yang pernah bermain bersama skuad bawah 21 tahun Jerman yang merupakan negara kelahirannya sebelum mengambul keputusan mewakili Ghana, mengejutkan ramai pihak dengan kenyataan yang mendakwa Jerman tidak mampu berdepan tekanan dalam mana-mana perlawanan sengit, dan perkara itu terbukti apabila pasukan tersebut dikalahkan Itali pada Euro 2012.

Jerman kini nyata berada pada prestasi terbaik selepas mengukir kejayaan memberangsangkan dengan menundukkan Portugal 4-0, dan berhasrat menewaskan Ghana di Fortaleza bagi memastikan slot ke pusingan kalah mati terjamin.

Loew amat berharap dapat menurunkan barisan pemain sama pada perlawanan menentang Portugal, walaupun pemain pertahanannya, Mats Hummels mengalami kecederaan paha ketika beraksi pada pertemuan itu.

Penyokong Jerman menaruh harapan tinggi terhadap Loew, serta skuad bimbingannya yang sebelum ini pernah menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali, dan pada edisi kali ini mereka turun sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan.

Rekod cemerlang menewaskan Portugal selain berada dalam kumpulan sukar bersama Amerika Syarikat, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Jerman untuk menggenggam Piala Dunia buat kali pertama sejak kali terakhir berbuat demikian pada 1990.

Jerman mengetepikan cabaran Ghana dengan keputusan 1-0 pada saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2010, dan kejayaan itu dianggap sebagai satu perlawanan bersejarah apabila Boateng dan abangnya, pemain pertahanan Jerman, Jerome, menjadi adik-beradik pertama menentang antara satu sama lain pada Piala Dunia.

Ketua pasukan Jerman, Philip Lahm mahu melihat pasukannya menempah slot ke pusingan kalah mati lebih awal sebelum bertemu Amerika Syarikat yang dibimbing Juergen Klinsmann.

"Kami akan bawa semangat kerjasama berpasukan, keyakinan dan keghairahan yang ditunjukkan dalam perlawanan pembukaan pada perlawanan menentang Ghana nanti," katanya. - AFP

Pada masa sama, Jerman turut menarik nafas lega apabila Sepanyol yang dianggap pasukan paling digeruni tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan. - AFP


No comments: