Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 27 May 2011

BILA BERFIKIR MENGGUNAKAN LUTUT


Harga petrol dan pembubaran DUN
Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

SEPANJANG minggu ini kalangan pemimpin pembangkang, pengendali blog dan laman sosial mesra pembangkang menghebahkan bahawa harga petrol RON95 akan naik sebanyak 30 sen seliter. Ia bertolak daripada kenyataan kerajaan sebelum ini yang mahu merasionalkan semula pemberian subsidi kerajaan, termasuk bagi bahan bakar.

Namun, apabila Kabinet memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel, sekali gus ia menafikan khabar angin tersebut, Adamyan pantas memberikan pandangan dalam myKMU (mykmu.net).

Beliau percaya keputusan yang dibuat kerajaan itu antara lain disebabkan nilai ringgit yang semakin kukuh berbanding dolar Amerika serta punca tambahan lain seperti kenaikan cukai perkhidmatan kepada 6 peratus.

"Cuma penulis berminat nak tahu, bila minyak tak naik ni, apa yang pembangkang nak aturkan untuk menyambut keputusan kerajaan? Nak ada demonstrasi 'Sayang Najib' ke (atau), nak ada majlis kesyukuran dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat ke?

"Kalau naik bukan main lagi nak memberontak ya, bila tak naik malah masa turun beberapa kali dulu pun tak ada apa yang pembangkang buat untuk 'menghargai' usaha kerajaan," katanya.

Beliau percaya, naik atau turun harga petrol bukan masalah bagi pihak pembangkang tetapi apa yang lebih penting ada isu yang boleh dijadikan "peluru" untuk menyerang kerajaan.

Blog Perak Today (peraktoday.com) dan House PK (parpukari.blogspot.com) pula berkata, keputusan Kabinet itu sudah pasti menggusarkan para pemimpin pembangkang sekali gus menampakkan ketiadaan kredibiliti mereka yang sebelum ini lantang membuat pelbagai tohmahan kepada Kerajaan Pusat berhubung harga minyak.

"Apabila kerajaan mengumumkan pembekuan kenaikan harga (RON95, LGP dan diesel), secara tidak langsung hujah-hujah pembangkang selama ini yang memukau dan mempengaruhi ribuan orang, terhenti dengan sendirinya. Namun sebagai pembangkang, para pemimpin mereka tidak akan mati akal. Mereka tentu sekali akan mencari jalan dan hujah lain untuk tetap memenangi hati rakyat," katanya.

Kata blog tersebut, sebagai parti yang konon memperjuangkan kebajikan rakyat, keputusan kerajaan itu sepatutnya disambut dengan baik, tetapi sebaliknya ia terus dipolitikkan dengan mendakwa keputusan tersebut kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bimbang kehilangan sokongan pada pilihan raya akan datang.

Syed Azidi Aziz (kickdefella.wordpress.com) pula mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri berhubung keputusan itu kerana beliau tidak dapat membayangkan nasib rakyat negara ini yang bakal terjejas kualiti hidup berikutan kenaikan harga bahan bakar ekoran pengurangan subsidi.

Katanya, walaupun keputusan tersebut bersifat sementara dan ada pihak yang menyifatkan sebagai bukti bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah semakin hampir, tetapi ia sekurang-kurangnya membolehkan kita menarik nafas lega bagi menyediakan diri dan isi rumah.

"Dalam tempoh ini juga, diharapkan kerajaan dapat bersikap telus dan mengumumkan keadaan sebenar rejim subsidi bahan bakar di Malaysia. Kerajaan yang mendahulukan rakyat harus sedar, rakyat bukan bodoh dan boleh disogok dengan apa sahaja maklumat yang diinginkan oleh pemerintah.

"Zaman tersebut sudah berubah. Kerajaan yang mendahulukan rakyat juga harus sedar, sebuah kerajaan bukanlah sebuah syarikat korporat," katanya.

Mengenai keengganan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, blog Paneh Miang (paneh.blogspot.com) membidas Lim Guan Eng sebagai kenyataan orang yang seronok di tampuk kuasa tetapi tidak faham mengenai undang-undang pilihan raya.

Katanya, jika negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang khususnya Pulau Pinang enggan membubarkan DUN mereka walaupun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain sudah berbuat sedemikian, maka beberapa kaedah boleh digunakan bagi memastikan DUN negeri pembangkang terpaksa akur.

"Mungkin Guan Eng terlupa dia mentadbir negeri yang bidang kuasanya adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong melalui wakilnya Yang Dipertua Negeri. Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Agong untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen mengikut budi bicaranya.

"Maka, Agong juga berkuasa untuk mengarahkan Yang Dipertua Negeri yang mewakilinya di negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang untuk membubarkan DUN," katanya.

Selain itu, kata blog tersebut, kebanyakan Undang-Undang Tubuh Negeri turut memberi kuasa kepada raja-raja Melayu dalam perihal "mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri" yang perlu setara dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun tindakan raja Melayu tertakluk atas nasihat, namun kuasa membubarkan Parlimen mahupun DUN masih lagi tertakluk di bawah budi bicara Raja-raja Melayu.

"Akan tetapi, jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih berkeras tidak mahu membubarkan DUN, maka satu lagi kaedah boleh digunakan iaitu dengan mengisytiharkan darurat (Perkara 150) di negeri yang enggan membubarkan DUN," katanya.

Blog Perak Today (peraktoday.com) pula berkata, sehingga kini tiga daripada empat buah negeri dikuasai pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan keengganan mereka membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat. Negeri-negeri itu ialah Kelantan, Selangor dan terbaru Pulau Pinang.

Katanya, sebelum ini tidak pernah wujud keengganan membubarkan DUN oleh kerajaan-kerajaan negeri dikuasai pembangkang seperti Kelantan dari tahun 1990 hingga 2008, Terengganu (1998-2004) dan Sabah ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) bertindak keluar dari BN pada 1990-1994.

"Namun apabila DAP dapat menguasai negeri, maka Guan Eng yang selama ini sering bercakap besar, takut dan kecutnya tidak terkira," katanya.

Keadaan ini , jelas blog tersebut, mengingatkan peristiwa 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak yang mana pada peringkat awal pentadbiran mereka, desakan agar pilihan raya negeri diadakan semula telah disuarakan tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, apabila pembangkang kehilangan kuasa di negeri tersebut, merekalah lantang mendesak pilihan raya negeri diadakan semula kerana mendakwa BN telah merampas kuasa mereka di Perak.

"Justeru, mudahlah untuk kita menelah mengapa para pemimpin pembangkang sangat takut untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen," katanya.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI KERJA MEREKA HANYA TAHU MENIPU SAMPAI SENDIRI PUN BERPUSING-PUSING TAK TENTU HALA TUJU... ITULAH PADAHNYA BILA BERFIKIR MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT....

JANGAN DILAYAN SUARA MINORITI


Melayan tuntutan minoriti, pertahan hak majoriti
Oleh DATUK ABDUL GHANI ABDULLAH


BARU-BARU ini terlalu banyak kritikan dilontar terhadap Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp) dengan menggunakan hujah bahawa kerajaan harus membetulkan keadaan negara yang tidak mempunyai persamaan padang permainan (not a level playing field) sebelum warganegara Malaysia pulang ke tanah air berkhidmat untuk meningkatkan pendapatan negara.

Hujah-hujah ini tidak boleh diterima kerana sampai sekarang kita tidak tahu apakah erti persamaan padang permainan tersebut dan Artikel 153 akan kekal dan tidak boleh dipinda. Ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang tidak mempunyai persamaan padang permainan atas sebab-sebab yang benar. Fakta ini haruslah diterima sebagai satu hakikat jika seseorang ingin menetap di Malaysia.

Baru-baru ini laporan Bank Dunia mendakwa pelaburan dari luar negara ke Malaysia sudah merosot kerana ramai warga Malaysia yang bermastautin di luar negara berpendapat bahawa suasana di negara ini adalah tidak adil dan saksama.

Kita tidak boleh paksa sesiapa yang ingin bermastautin di luar negara untuk mencari pendapatan yang lebih tinggi daripada di Malaysia. Pemberian rebet 15 peratus untuk tempoh lima tahun mungkin wajar tetapi adakah ini boleh menarik kepulangan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Saya merasa ragu. Dengan keadaan ini apakah harus kita buat. Kita tidak boleh menandingi pengajian yang ditawarkan di luar negara, kita tidak boleh menukar struktur perkhidmatan awam dan kita tidak dapat mengelak cuaca panas di Malaysia. Oleh itu kita harus berterus terang kepada mereka, terpulanglah kepada mereka yang ingin berhijrah keluar negara untuk mencari pendapatan tinggi.

Dalam hubungan ini dicadangkan warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara selepas tamat pengajian tinggi dan mendapat kerja di sana, apabila kembali ke Malaysia bercuti dalam sesuatu tempoh tertentu, maka Jabatan Hasil Dalam Negeri harus mengenakan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diperolehi di luar negara dalam tahun berkenaan selama tempoh mereka berada di Malaysia.

Cadangan ini adalah munasabah dan berasas kerana warga Malaysia yang pulang untuk bersama-sama keluarga atau sahabat-sahabat akan menikmati segala kemudahan yang dinikmati oleh warga tempatan yang dikenakan berbagai-bagai cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, cukai jalan, caj tol dan juga menikmati pembelian barangan yang ada subsidi kerajaan.

Lagi pun orang seperti ini sudah tentu diberikan taraf kewarganegaraan atau mendapat taraf pendudukan kekal di negara mereka bekerja. Dalam hal ini saya tahu dengan sahihnya berlaku di Singapura. Baru-baru ini dipetik di dalam akhbar mingguan bahawa 90 peratus mereka yang berhijrah ke luar negara terdiri daripada satu kaum sahaja. Saya juga diberitahu bahawa di Singapura, seorang bekas warga Malaysia memegang jawatan penting di sana.

Oleh itu tidak masuk akal jika warga atau bekas warga Malaysia yang kini bekerja di pusat strategi di negara jiran, membantu merancang strategi yang mungkin membahayakan Malaysia. Apakah harus kita cap orang seperti ini?

Tiap-tiap tahun sentiasa ada aduan bahawa biasiswa tidak diberikan kepada pelajar-pelajar kaum Cina dan India walau pun mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bagaimanakah halnya yang terjadi kepada pelajar Melayu yang juga mencapai kecemerlangan dan tidak mendapat biasiswa? Lagi pun, bilangan pelajar Melayu lebih ramai daripada pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah.

Perkara yang pertama harus diingat adalah tidak semua orang yang mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran harus diberikan biasiswa. Ibu bapa harus terima hakikat bahawa tempat di universiti-universiti awam yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan adalah terhad.

Kolej dan universiti swasta tempatan hampir dipenuhi oleh satu kaum sahaja dan ibu bapa anak-anak ini, sudah tentu membayar yuran pembelajaran kerana mereka mampu dari segi kewangan.

Saya tidak fikir bahawa terdapat satu penyelesaian yang kekal kepada permasalahan ini kerana ibu bapa akan sentiasa merungut. Apa yang ibu bapa ini mahukan adalah tiap-tiap anak yang mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka harus diberi biasiswa untuk ke luar negara.

Mereka ini tidak mahu mendengar penerangan seperti dana terhad dan kerajaan tidak dapat memperuntukkan biasiswa tersebut kerana terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Mereka juga enggan mendengar penjelasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai badan yang mengeluarkan biasiswa, ia berhak untuk menentukan siapa yang layak dan kursus mana yang harus diikuti berdasarkan kepada keperluan jangka panjang negara secara menyeluruh.

Pengagihan biasiswa perlu berdasarkan kepada satu formula yang munasabah dan saksama. Cara yang paling sesuai adalah menurut komposisi kaum di Malaysia. Andainya kita tidak pedulikan komposisi kaum sebagai faktor pemberian biasiswa, maka kaum yang majoriti bilangannya akan bersungut bahawa mereka adalah kaum majoriti tetapi anak-anak mereka dihalang hak mendapatkan biasiswa.

Di sinilah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan diguna pakai untuk manfaat kaum majoriti. Rata-rata diperhatikan, penulisan yang menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau Artikel 153, mengutarakan alasan orang Malaysia harus dibandingkan dengan orang lain dalam dunia globalisasi, tanpa sempadan ekonomi dan kaum. Agama juga bukan satu kriteria untuk maju ke hadapan.

Jika diperhatikan, alasan-alasan yang dibangkitkan oleh seseorang itu adalah daripada golongan minoriti. Kalaulah dia seseorang daripada golongan majoriti, adakah secara jujur dia akan bangkitkan alasan-alasan tersebut. Lihat sahaja di Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina yang mana golongan majoriti tidak membangkitkan isu-isu sedemikian. Sudah tentu tidak.

Golongan minoriti harus menerima hakikat bahawa pihak majoriti akan sentiasa meminta lebih kerana merasa permintaan mereka adalah wajar. Pendirian majoriti tidak akan berubah di mana-mana negara.

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang warga China (yang memegang jawatan penting di syarikat besar) berhubung mengapa adanya dasar bumiputera di Malaysia yang tidak memihak kepada bukan Melayu.

Tanggapan awal saya adalah jelas, orang ini tidak diberitahu perkara yang benar berkaitan Artikel 153 dan latar belakang kewujudan Artikel tersebut. Sudah tentu selepas diterangkan secara terperinci, dia bersetuju perlunya diadakan dasar bumiputera.

Berapa ramai rakyat asing yang berada di Malaysia mempunyai pendapat dan perasaan yang sama seperti lelaki China itu.

Apakah sepatutnya kita lakukan untuk menerangkan rasional dan alasan-alasan kepada orang asing yang pertama kali datang ke Malaysia atau yang merancang untuk bekerja di sini.

Tidak ada gunanya menyanyikan lagu 'Malaysia truly Asia' apabila isu pokok tidak dihuraikan. Malahan tiga tahun dahulu apabila saya bersama-sama dengan delegasi Malaysia ke New York, seorang peserta forum bertanya mengapa terdapat ketidakadilan di antara kaum di Malaysia.

Saya yakin peserta itu diupah untuk mengaibkan menteri tersebut. Jawapan Menteri berkenaan adalah berdiplomatik. Jawapannya pendek tetapi berkaitan dengan sejarah tanpa menerangkan sebab-sebab sebenar yang berkaitan dengan sejarah tersebut.

Cogan kata '1Malaysia' adalah tepat tetapi isu pokok perlu diterangkan dengan sempurna dan jelas. Dengan mengambil kira Artikel 153, kita harus terangkan mengapa kaum Melayu mendapat layanan istimewa.

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menerima realiti bahawa persekitaran sekeliling dan penghidupan kita adalah aman damai. Tidak guna marah atau kecewa, kerana kita harus terima hakikat bahawa pemimpin negara hanya boleh mengubahkan beberapa faktor tertentu sahaja dan tidak melebihi dari itu. Setelah kita dapat menerima ini, kita tidak perlu mengadu, merasa hampa atau kecewa.

KOMEN : SETUJU SANGAT DENGAN PANDANGAN PENULIS DI ATAS... KENAPA MESTI MENYEMBAH PADA YANG TAK SUDI... SEBENARNYA BANYAK IMPLIKASI YANG AKAN DIHADAPI OLEH KERAJAAN DENGAN MEMBAWA BALIK RAKYAT YANG BEKERJA DILUAR NEGARA KE MALAYSIA... YANG PALING UTAMA ADALAH KESETIAAN MEREKA KEPADA RAJA DAN NEGARA. BAK KATA ORANG,SIBUK MENYUSU KERA DI HUTAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN... RASANYA MALAYSIA TIDAK KEKURANGAN PAKAR DALAM SEGALA BIDANG... CUMA MUNGKIN KERAJAAN TERLEPAS PANDANG... JANGAN ESOK YANG DIKENDONG TAK DAPAT, YANG DIKEJAR BERCICIRAN... IN SIMPLE CALCULATION, MINORITY WILL NOT BEATING MAJORITY...

PETRONAS GLC KERAJAAN MALAYSIA


Royalti minyak: Kerajaan Pusat kekal selaku pencelah


PUTRAJAYA 26 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Kerajaan Persekutuan kekal selaku pencelah dalam kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyekat Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah sekali gus dinamakan sebagai defendan kedua dalam kes saman tersebut.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memutuskan agar kes saman itu tidak dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baharu (NCC), sebaliknya dibicarakan di mahkamah sivil.

Ketika membacakan keputusan itu, Hakim Hop Bing menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa kehadiran Kerajaan Persekutuan selaku pihak pencelah dalam saman tersebut perlu bagi memastikan semua pertikaian berhubung tuntutan royalti minyak, dihakimi secara menyeluruh.

Pada hemat panel itu, isu-isu yang timbul berkaitan relif yang dituntut oleh perayu perlu ditentukan di antara ketiga-tiga pihak iaitu Kerajaan Negeri Kelantan, Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mac lalu yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bertindak selaku pencelah serta dinamakan sebagai defendan kedua dalam tuntutan saman tersebut.

Mengenai rayuan berhubung perpindahan kes, Hakim Hop Bing berpendapat, ia dilakukan mengikut amalan yang betul iaitu membabitkan perpindahan antara bahagian, bukannya melibatkan mahkamah yang berlainan.

Kerajaan Negeri Kelantan melalui saman yang difailkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Ogos tahun lalu menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.

Terdahulu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan berhujah, Kerajaan Persekutuan tidak layak mencelah kerana perjanjian itu yang dimeterai 36 tahun lalu hanya melibatkan Petronas dan perayu.

Beliau menghujahkan, Kerajaan Persekutuan tiada bidang kuasa untuk campur tangan dan bertindak sebagai pihak pencelah dalam saman itu kerana punca tindakan dan tuntutan tidak dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili pihak kerajaan berhujah, Kerajaan Persekutuan layak mencelah kerana ia merupakan pemilik petroleum di perairan Kelantan.

Sementara itu, Thomas memaklumkan, beliau akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

KOMEN : MERAYULAH SELAGI BOLEH... BILA KALAH NANTI JANGANLAH SALAHKAN UMNO? NANTI KATA MAHKAMAH MENGIKUT ARAHAN UMNO. MACAM KES SESEORANG TU YANG ASYIK TERTANGGUH KERANA ASYIK MEMBUAT RAYUAN YANG TIDAK MASUK AKAL? JANGAN JADI ORANG TAMAK, NANTI SENDIRI YANG RUGI.....

DAP MENIPU RAKYAT


Kerajaan tidak takut pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.5.2011


KUALA LUMPUR 26 Mei – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana mendakwa pembangkang berjaya menakutkan kerajaan sehingga membatalkan keputusan menaikkan harga minyak semalam.

Tegas beliau, dalam keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), ia dibuat setelah kerajaan mengambil kira suara di dalam parti Barisan Nasional (BN) dan rakyat tanpa mengambil kira langsung pandangan pembangkang.

Sebaliknya katanya, pembangkang berkelakuan seperti Amerika Syarikat (AS) yang bertindak menyerang Iraq dengan menuduh tanpa sebarang bukti sehingga akhirnya mengakui bahawa mereka tersilap dengan tuduhan itu.

“Kalau setakat suara pembangkang, kita tidak akan ambil peduli kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertanggungjawab kerana asyik menghentam dan memanipulasi setiap isu yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya rasa tindakan kerajaan mengekalkan harga minyak telah menghilangkan resah rakyat dan semuanya berterima kasih tetapi sebaliknya pembangkang tidak akan berterimakasih kepada kita,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan portal berita propembangkang Malaysiakini selepas menghadiri majlis pembiayaan dan penyerahan kunci 11 unit komersial Plaza Damas di sini.

Ismail Sabri dalam pada itu berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa harga petrol RON95, diesel dan LPG akan naik semalam dan menyifatkan spekulasi itu hanya permainan politik pembangkang.

Ujarnya, beliau hanya memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi setiap enam bulan dan tidak memberi jaminan bahawa harga itu akan naik atau kekal.

“Cuma saya beritahu tidak mungkin harga minyak akan turun dan ia telah dimanipulasikan pembangkang sehingga dijadikan isu pada setiap kempen mereka.

“Kalau kita tak naik pun jadi isu juga. Jadi mana ada usaha kerajaan yang pembangkang kata elok,” tegas beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi jaminan bahawa harga minyak akan kekal buat masa sekarang.

“Namun kita akan terlebih dahulu mendengar setiap denyut nadi rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan,” tambahnya.

KOMEN : DAP KANTOL MENIPU, APA SAJA TINDAKAN KERAJAAN AKAN DIMANIPULASIKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG... KALAU KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI, MULALAH MENCARI LUBANG TIKUS NAK SEMBUNYI... CUKUP-CUKUPLAH MENIPU... JANGAN CARI SALAH ORANG LAIN AJE...

BILA ULAMA MEMBISU - SYAITAN MENYANYI


Anwar takut penerimaan ulama?
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.5.2011


KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya selepas terbongkarnya pelbagai salah laku beliau sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehubungan itu, Anwar didakwa mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung 'menyembah' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu.

Kumpulan menyebelahi Anwar yang beliau gelar sebagai 'Anwarinas' itu katanya, merupakan 'makhluk perosak' dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu suatu hari nanti.

"Golongan Anwarinas ini akan menterjemah apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.

"Mereka ini (golongan Anwarinas) tidak 'memandang' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin mereka sebaliknya mengangkat Anwar sebagai ketua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebelum ini pernah mendedahkan, sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Si Tanggang' dalam muktamar yang bakal berlangsung itu.

Beliau juga mendedahkan sudah diberikan nama pemimpin dan ahli Pas yang telah disenaraikan untuk bertanding semua jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Pusat pada pemilihan kali ini.

Mengenai soalan bila akan mendedahkan nama itu, Zulkifli berkata, beliau percaya nama kesemua pemimpin serta ahli Pas yang berkiblatkan Anwar pasti terbongkar secara sendirinya pada pemilihan kepimpinan parti itu kali ini.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, golongan ulama dalam Pas kini memang sedang memerhatikan Anwar selepas pendedahan mengenai kes liwat dan terbaru skandal video seksnya.

"Tetapi sehingga kini mereka (golongan ulama Pas) masih berdiam diri kerana melihat beberapa kepentingan lain. Anwar tahu golongan ulama Pas tidak akan menerima beliau ekoran salah laku itu lalu merancang gerakan untuk menghapuskan golongan tersebut di dalam Pas.

"Semua orang kenal Anwar. Kalau dia tidak boleh gunakan seseorang itu untuk kepentingannya, dia pasti akan lawan orang itu dan ini sedang berlaku kepada kepimpinan ulama Pas," katanya.

Nakhaie berkata, apa yang berlaku dalam Pas dan dengan segala perancangan untuk menghapuskan kepimpinan ulama dalam parti itu datang daripada desakan PKR yang diketuai Anwar.

KOMEN : BIARLAH KALAU ULAMA PAS NAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN BISU YANG NIK AZIZ JADIKAN SINDIRAN PADA ULAMA-ULAMA YANG TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN PAS... LAGI PUN BUKAN SEMUA ORANG MELAYU MENERIMA PAKAI FATWA PAS TU...

SESUMPAH DENGAN SLOGAN DAP


Anwar atur strategi Malaysian Malaysia?
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.

"Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina.

Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.

Azeem Fazwan berkata, ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya.

"Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal," katanya.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu.

"Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.

"Anwar kini nyata ketandusan modal dalam berpolitik. Cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya," katanya.

KOMEN : BAGI SESUMPAH APA SAJA BOLEH DIGUNAKAN WALAUPUN ORANG MELAYU AKAN HANCUR DI GANYANG ORANG CINA. DEMI KUASA SEBAGAI PM MALAYSIA, ANWAR AKAN LAKUKAN APA SAJA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA WALAUPUN TAHU RAKYAT SEMAKIN MENYAMPAH DAN TIDAK MENYOKONG CARA BELIAU BERPOLITIK. YANG TERTIPU ORANG PAS...

GPMS minta hentikan pertikai biasiswa JPA







KUALA LUMPUR 26 Mei - Isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa prejudis antara kaum.

Ketua Penerangan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, isu tersebut sengaja dipolitikkan pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan walaupun hakikatnya pemberian biasiswa JPA adalah terjemahan kepada apa yang terkandung dalam kontrak sosial dan perlembagaan negara yang telah dipersetujui oleh semua kaum.

"Saya khuatir dan bimbang jika isu ini terus dijadikan polemik setiap tahun akan menyebabkan wujudnya perasaan prejudis antara kaum dan menebalnya perasaan perkauman di kalangan rakyat.

"Dalam isu ini saya kesal dengan tindakan MCA yang cuba mempertikaikan pemberian biasiswa tersebut. Sepatutnya MCA harus bersama-sama berusaha merealisasikan agenda Perdana Menteri untuk membawa pulang brain drain (rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara) bagi menabur bakti di Malaysia dan bukan cuba meraih sokongan kaum Cina dengan membangkitkan isu ini.

"Jadi, saya pohon agar semua pihak termasuk MCA mengenepikan elemen atau motif politik dalam isu biasiswa ini serta hentikan pertikaian tentangnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Irmohizam juga tidak bersetuju dengan cadangan supaya sistem temuduga bagi mendapatkan biasiswa JPA dihapuskan kerana secara realitinya setiap pemberian biasiswa mestilah mempunyai syarat serta kriteria tertentu sebagai asas untuk melayakkan seseorang menerimanya.

"Selain kecemerlangan akademik, temuduga ini juga akan menilai calon daripada aspek perwatakan, personaliti, cara berkomunikasi, latar belakang keluarga, pengetahuan am tentang jurusan yang bakal diambil serta memperlihatkan sama ada calon benar-benar berminat dengan jurusan tersebut.

"Temu duga JPA sepanjang pengalaman dan pengetahuan saya adalah sangat berintegriti serta telus. Proses ini telah lama diamalkan dan ia tidak pernah menjadi isu serta polemik di negara kita sebelum ini," jelasnya.

Menurut Irmohizam, kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemerintah-pemerintah sebelum ini tidak pernah menindas atau 'menganaktirikan' mana-mana kaum yang cemerlang terutamanya generasi muda kerana mereka merupakan aset pembangunan negara.

"Saya percaya semua pihak tidak kira bangsa dan agama berjaya merebut peluang-peluang pendidikan yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

"Bagaimanapun usaha untuk terus memberi bantuan biasiswa ini perlulah digembleng bersama dan bukannya hanya membiarkan Perdana Menteri seorang bekerja keras merealisasikan agenda perdana negara itu," katanya.

KOMEN : TAMAK SUNGGUH ORANG CINA NI... SEMUA HENDAK DIKAUTNYA.... SUSAH-SUSAH SANGAT KALAU BIASISWA JPA TU DAH DI POLITIKAN, HAPUSKAN SAJA BIASISWA TU... TAK PAYAH NAK GADUH-GADUH... BELUM TENTU BIJAK PANDAI YANG DAPAT BIASISWA TU AKAN BALIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN BILA TAMAT BELAJAR... MAKLUMLAH BIASISWA.... TAK PUN TUKAR STATUS TU JADI PINJAMAN... MUNGKIN MEREKA TAK BISING LAGI.... TAPI TAKUT JUGA BILA PM KENA SERGAH DENGAN HANTU LOMPAT CINA DIA PUSING 360 DARJAH... BAGI SAYA JANGAN LAYAN PERMINTAAN CINA NI... NANTI DAH BAGI BETIS NAK PEHA PULAK...

Thursday 26 May 2011

PROTON SAGA FL


Proton Saga FL enjin 1,600cc dijual mulai hari ini




SAGA FL yang mempunyai kapasiti enjin 1,600cc dijangka menarik perhatian pelanggan muda.


KUALA LUMPUR - Orang ramai kini berpeluang memiliki model terlaris Proton, Saga FL dengan kapasiti enjin 1.6 liter yang menjanjikan lebih kuasa dan kepuasan memandu.

Didatangkan dalam warna putih, ia dijual pada harga RM46,549, hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3.

Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya yakin ia mampu menarik pelanggan terutama sekali dalam kalangan golongan muda.

KOMEN : TENGUK AJE DULU...HEHEHEEE

UMNO perlu tubuh universiti


SHARIAL OMAR AL-MUNSYI
Rawang, Selangor




Baru-baru ini Ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan penubuhan Kolej UMNO dan memberi biasiswa kepada yang memerlukan. Cadangan ini wajar disambut baik.

Kita harus menyokong bukan sahaja untuk penubuhan Kolej, tetapi juga terus menyokong sehingga sebuah universiti UMNO dapat ditubuhkan! Mengapa tidak? Jika MCA dan MIC mampu mempuyai universiti dan kolej sendiri mengapa UMNO sebagai tulang belakang BN tidak boleh atau tidak berupaya?

Apakah pandangan Mukhriz ini harus dipandang sepi? Kita tidak nampak walau sekelumit pun sambutan dalam kalangan ahli UMNO mahu pun pemimpin UMNO lain berkenaan saranan ini.

Apakah setelah 53 tahun merdeka, UMNO yang diterajui oleh orang Melayu tidak mampu dan tidak berupaya mempuyai sebuah universiti sendiri? Adakah kita berpuas hati dengan satu-satunya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk bumiputra seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM)?

Pelajar Melayu kebanyakannya amat berharap untuk menyambung pengajian di Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya beberapa kerat sahaja mampu membayar yuran untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Cuba bandingkan peratusan pelajar Melayu yang belajar di IPTS dengan pelajar bukan Melayu. Umpama langit dengan bumi!

Inilah masanya UMNO membantu anak-anak Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti atau kolej lain untuk ditawarkan ke kolej atau universiti UMNO sendiri dengan menawarkan bisiswa atau pinjaman. Kita percaya UMNO mampu.

Universiti UMNO ini perlulah dimartabatkan menjadi universiti yang berkualiti tinggi dan berinovasi dengan menawarkan kursus sains, perubatan dan berteknologi tinggi.

UMNO perlu berani menongkah arus demi untuk membela untung nasib orang Melayu terutamanya dari kampung, kawasan luar dan pinggiran bandar serta tanah rancangan Felda yang selama ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa gagal.

Pembalasan yang setimpal perlulah diberikan kepada anak-anak Melayu ini untuk menjejak kaki ke menara gading. UMNO tidak perlu takut digelar rasis kerana kalau bukan UMNO, siapakah sekarang ini yang akan menolong orang Melayu? Adakah Pas dan PKR akan membantu? Jauh panggang dari api!

Di samping itu, UMNO juga perlu bertindak pantas memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu. Misalnya, dalam hal mendapatkan biasiswa, pinjaman.

Juga memperjuangkan nasib mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. Jangan hanya membiarkan urusan ini ditangani oleh pegawai daripada kementerian atau pihak kerajaan sahaja.

Kita melihat MCA (sebagaimana laporan Utusan Malaysia pada 18 Mei lalu) begitu pantas menubuhkan badan khas untuk membantu pelajar Cina yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Badan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Kita difahamkan, badan ini mendapat beratus e-mail dan surat daripada ibu bapa dan pelajar.

Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu? Kita perlu ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO!

KOMEN : TUBUHKAN AJE UNIVERSITI UMNO BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK MELAYU YANG GAGAL MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DI IPTA AWAM DI MALAYSIA. YANG AKAN BERUNTUNG DAN BERJAYA ORANG MELAYU JUGA. ORANG MELAYU AKAN TETAP MENYOKONG UMNO...

CINA INI KATA UMNO RASISLAH...


JANGAN TUMPU UNDI MELAYU SAHAJA
DARI UTUSAN MALAYSIA
26.5.2011




TIMBALAN Pengarang Sin Chew Daily, Lim Swee Guan dalam akhbar terbitan 23 Mei 2011 menulis mengenai perubahan strategi UMNO yang dilihat sengaja mencetuskan isu-isu kaum dan agama bagi menarik sokongan orang Melayu.

Artikel bertajuk ‘Keadaan yang agak luar biasa’ disiarkan di muka surat 32 dalam ruangan Sudut Pendapat.

Kita hairan kerana beberapa isu berkaitan kaum dan agama yang ditimbulkan pihak tertentu baru-baru ini tidak diselesaikan dengan cepat sedangkan kerajaan sebelum ini telah meredakan perkara itu dengan pantas seperti isu pembakaran gereja dan penyitaan Injil.

Kita juga tertanya-tanya mengenai perubahan sikap pemimpin konservatif UMNO seperti Mohamed Nazri.

Sebelum ini beliau mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan sekeras-kerasnya, tetapi sekarang apabila Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menganjurkan ‘perang jihad’, beliau menganggap itu adalah kebebasan bersuara dan dibolehkan.

Mohamed Nazri turut mengkritik Ka Siong yang dituduhnya cuba menjadi hero dalam isu pemberian biasiswa JPA.

Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa juga berkumpul di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Perubahan sikap dan strategi yang bermula selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah di kawasan bandar yang kebanyakannya didiami kaum Cina jelas menunjukkan sebahagian daripada ahli dan pemimpin UMNO menganggap MCA sudah tidak lagi berfungsi.

Oleh itu, mereka perlu mempertahankan dan meraih lebih banyak sokongan daripada pengundi Melayu, supaya dapat mengimbangi kehilangan sokongan pengundi Cina di kawasan-kawasan bandar.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat melambai-lambai tangan kepada Pas dengan harapan kedua-dua parti dapat duduk bersama-sama bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu, supaya Pas dapat meninggal pihak pembangkang dan menyertai BN.

Pas kini meraih 30 peratus sokongan orang Melayu. Jika dicampur sokongan kaum itu terhadap UMNO, BN sudah pasti akan kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Rancangan mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti sebenarnya telah dimulakan pada Mac 2008, apabila kumpulan konservatif dalam Pas bermesyuarat secara rahsia dengan wakil UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama.

Selepas itu, kerana tekanan daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka terpaksa abaikan rancangan itu.

Bagaimanapun, sama ada kerjasama ini dapat disambung semula atau tidak adalah bergantung kepada proses pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Pas pada awal bulan depan.

Jika Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu dapat mengalahkan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan kumpulan sealirannya yang bersikap terbuka menguasai Majlis Perwakilan Pusat sudah pasti parti itu akan kekal bersama-sama pihak pembangkang.

Dalam pada itu, jika dilihat sikap agresif UMNO untuk mendapatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu sekarang, maka dijangka PRU Ke-13 paling cepat akan diadakan pada akhir tahun ini.

Kita juga meramalkan lebih banyak isu akan dibangkitkan oleh UMNO bagi menekan MCA, Gerakan dan MIC sehingga parti-parti berkenaan tidak lagi dianggap sebagai parti yang penting.

Satu lagi perkara yang sangat merisaukan adalah adakah perubahan strategi UMNO ini akan menyebabkan dasar-dasar kerajaan bertukar menjadi lebih konservatif?

Ini termasuk adakah Perkasa akan dibiarkan supaya aktiviti mereka menjadi lebih meluas lagi? Dalam Perkasa, ramai orang yang kecewa duduk di dalamnya dan ini akan menyebabkan pertubuhan itu sukar untuk dikawal.

Bagaimanapun, kita berharap UMNO tidak mengubah strateginya itu kerana dalam keadaan inflasi yang semakin memburuk, tumpuan setiap parti adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara, menarik pelabur asing dan cerdik pandai pulang ke tanah air.

Kita harus mengambil pengajaran daripada sejarah iaitu apabila ekonomi merudum, sudah tentu kekayaan negara akan susut dan pembahagian kekayaan tidak akan mencukupi.

Ketika itu teriakan kaum-kaum lain akan lebih lantang. Contohnya, ketika inflasi melanda negara pada 1987, banyak kaum yang melahirkan perasaan tidak berpuas hati sehingga memaksa kerajaan menjalankan Operasi Lalang.

Sebenarnya, sikap UMNO yang tidak menghiraukan untuk mengembalikan sokongan pengundi kawasan-kawasan bandar adalah tidak bijak. Ini kerana di bandar juga mempunyai pengundi muda, kaum India serta orang Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam.

Sikap UMNO yang sering mengubah strategi politiknya hanya akan menyebabkan keyakinan pengundi semakin terhakis dan akhirnya parti itu akan hilang segala-galanya.

KOMEN : ORANG MELAYU KENA INGAT, BILA ORANG CINA DAH MULA SALAHKAN UMNO KERANA PARTI MCA, GERAKAN DAN MIC TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KAUM MEREKA SENDIRI. SI CINA LIM NI MULA MENYALAHKAN UMNO, PERKASA DAN MENTERI MELAYU YANG KONONNYA CUBA BERMAIN DENGAN API PERKAUMAN. DENGAN BANGGANYA CINA INI MEMPERSOALKAN KENAPA UMNO DAN PAS PERLU BERSATU BAGI PERPADUAN ORANG MELAYU DAN BERHARAP SANGAT PAS AKAN TETAP KEKAL DENGAN PUAK PEMBANGKANG JIKA MAT SABU MENANG SEBAGAI TIM. PRESIDEN PAS... KENAPA CINA NI TAKUT SANGAT DENGAN PERPADUAN ORANG MELAYU? APA YANG TERSIRATNYA LIM NI CUBA MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG CINA TERHADAP UMNO.... SEPERTI LIM KIT SIANG YANG TAKUT ORANG MELAYU MENYOKONG UMNO SEMULA... BANGUNLAH DAN SEDARLAH ORANG MELAYU...

Kit Siang takut Melayu sokong UMNO







KUALA LUMPUR 25 Mei - Tuduhan yang dilemparkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan ketakutannya terhadap kebangkitan sokongan Melayu kepada UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, tindakan itu juga bertujuan menyembunyikan keretakan yang berlaku dalam pihak pembangkang berikutan terbongkarnya isu skandal video seks yang didakwa membabitkan salah seorang pemimpin tertinggi pakatan berkenaan.

Katanya, Muhyiddin mempunyai alasan yang kukuh untuk mengingatkan orang Melayu agar tidak terpedaya dengan gerakan yang direncanakan oleh DAP untuk menguasai negara melalui amalan politik rasis.

"Kit Siang memang suka memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi. Setiap kali pilihan raya, beliau akan meniupkan sentimen perkauman supaya bukan Melayu terus memihak kepada DAP.

"Jadi untuk apa orang Melayu mahu menyokong parti itu sedangkan sedar bahawa DAP hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja.

"Sebenarnya Kit Siang merupakan seorang pemimpin politik low-class kerana bermain politik perkauman untuk kepentingan peribadi," katanya dalam entri terbaru di www.umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Menurut Syed Ali, gerakan itu telah bermula sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu apabila DAP berjaya memperdayakan orang Cina supaya memusuhi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Jadi katanya, ketegasan Timbalan Perdana Menteri itu seharusnya disokong dan dijadikan ingatan kerana khuatir DAP bersama sekutunya yang lain akan menjadikan Melayu hilang segala-galanya sekiranya mereka berkuasa kelak.

KOMEN : APA PUNYA GILA CINA DAP RASIS INI. ORANG MELAYU TAKAN NAK SOKONG DAP RASIS PULAK? DAP RASIS NI BILA KEHABISAN MODAL NAK MENGHENTAM KERAJAAN, MEREKA AKAN GUNAKAN PENDEKATAN RASIS DENGAN POLITIK PERKAUMAN. MEREKA AKAN MENGHASUT KAUM CINA UNTUK MENENTANG KERAJAAN SEPERTI APA YANG BERLAKU DI SARAWAK.... APA PUN ORANG MELAYU KENA TERIMA KENYATAAN BAHAWA TANPA UMNO ORANG MELAYU AKAN TERUS LAYU... NAK HARAPKAN PAS, ORANG MELAYU PADA PANDANGAN MEREKA KAFIR KERANA TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN SONGSANG PAS.... HARAPKAN PKR, PARTI JENIS APA TU?

Tuesday 24 May 2011

Mencari sempadan bohong yang bagai tiada penyudah


Oleh Zulkefli Hamzah
DARI UTUSAN MALAYSIA
24.5.2011



SEMAKIN ramai orang politik yang memanfaatkan kebaikan orang lain dan tanpa disedari, orang baik itu sebenarnya sedang diperalatkan untuk mengembangkan kejahatan. Inilah realiti kehidupan politik yang semakin berkembang sekarang.

Lihatlah pembohongan dan kejahatan yang berlaku sekarang. Malah dalam kesungguhan kononnya mencari kebenaran, mereka sanggup pula mereka-reka pembohongan lain. Tujuannya supaya kebenaran yang nantinya akan tersingkap, akan terus diragui dan dipersoalkan.

Sebab itu dalam kebanyakan isu seperti tidak ada penyudahnya. Malah tanpa disedari, permainan pembohongan dan penafian ini hanya menebalkan lagi tembok perselisihan dan memarakkan api permusuhan.

Kita seperti terperangkap dalam permainan itu dan terus terkial-kial tidak dapat keluar daripada sempadan pembohongan. Lebih teruk, masih ramai seakan-akan hilang segala deria untuk menghidu mana satu yang bohong, mana satu yang benar.

Tetap ada dua kumpulan besar - yang percaya dan yang tidak walaupun kita tahu kumpulan di atas pagar yang tidak ambil peduli dengan permainan ini masih merupakan suara penentu. Mereka ini lebih suka menentukan pendirian masing-masing di peti undi. Dan realitinya kita tahu siapa yang mereka pilih setakat ini.

Jika boleh ditoleh masa lampau, bilakah gegak gempita permainan bohong dan nafi ini mula dirasai menyelubungi politik Malaysia? Tentunya ramai bersetuju jika ada yang menyatakan ia bermula sejak 1998.

Dan ia bertambah ekstrem sejak pilihan raya umum 2008. Sejak Mac 2008 itu, semua hal yang berlaku di negara ini mahu dikaitkan dengan permainan politik atau sekurang-kurangnya ada aroma politik.

Sejak tarikh itu suhunya seakan tidak berubah. Darjah celciusnya sentiasa tinggi dan panas. Mujurlah Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mudah digoda untuk mengikut rentak tari politik sebelah sana itu.

Bayangkanlah godaannya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, hakim dan bermacam lagi agensi penguat kuasa undang-undang mahu dimasukkan dalam wilayah politik. Sedangkan yang mereka dendangkan ialah ketelusan, kebebasan dan keadilan.

Godaannya juga bukan kepalang supaya kerajaan UMNO/BN terikut-ikut permainan bohong dan nafi ini. Godaan untuk ‘berperang’ dalam permainan itu bukan sahaja datang daripada orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng (DAP) dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas).

Malah dalam ketika tertentu, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan itu pula yang dilihat terlebih-lebih dalam permainan ini. Tanpa bertapis-tapis lagi, pelbagai fatwa dan hukuman dijatuhkan.

Ambil kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kesnya mudah iaitu antara seorang pembantu peribadinya dengan Anwar. Tetapi bagaimana boleh pula dikaitkan dengan konspirasi UMNO/Barisan Naisonal hanya apabila Saiful mendakwa diliwat oleh majikannya itu?

Apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan supaya beliau membela diri, Anwar dengan sigap pula mempertikaikan keputusan hakim. Bagaimana jika hakim memutuskan pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie? Adakah itu baru bermakna ada keadilan?

Begitu juga sama jalan ceritanya apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang selama ini diketahui sebagai rakan rapat Anwar sejak masih dalam kerajaan lagi, mendedahkan rakaman video seks mirip Ketua Pembangkang itu. UMNO/BN juga yang dipersalahkan.

Pembangkang sentiasa mempunyai koleksi pihak yang boleh menanggung kesilapan dan kelemahan yang mereka lakukan. Apabila Ahli Parlimen PKR berpaling tadah, jawapannya ialah UMNO membeli mereka. Apabila perjalanan parti tidak lancar, UMNO/BN jugalah yang sabotaj.

Malanglah orang lain yang tidak mengikut telunjuk mereka. Apakah yang mungkin akan berlaku kepada ‘ketelusan, kebebasan dan keadilan’ jika orang yang bersikap sebegini berkuasa nanti? Apakah yang akan berlaku kepada sebuah kerajaan yang enggan mengakui kelemahan, yang belum pun berkuasa tapi mengaku tahu segala-galanya.

Sebenarnya kita telah melihat contohnya. Di Selangor, kita lihat bagaimana mereka geram apabila SPRM menyoal siasat eksekutif kerajaan negeri. Sedangkan mereka lupa, eksekutif di negeri itu memang terdedah dengan pelbagai dakwaan sejak zaman berzaman. Eksekutif kerajaan negeri dulu pun disiasat dan tiada pula suara bantahan.

Di Pulau Pinang pula, entah berapa kali Guan Eng menyalahkan pihak lain khususnya media apabila berlaku pendedahan yang menimbulkan kemarahan umum. Cuba imbas semula ke mana akhirnya isu doa khutbah Jumaat dan dakwaan lidah biawak.

Jika politikus di negara lain akan segera meletak jawatan atau sekurang-kurangnya memohon maaf apabila berlaku kesilapan kerana manusia itu tidak alpa daripada berbuat demikian, budaya itu tidak dipertontonkan di negara ini terutamanya oleh orang yang sepatutnya memberikan tauladan.

Yang lagi lucu apabila akhbar Suara Keadilan memetik Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din bahawa membaca Utusan Malaysia adalah haram. Kemudian Haron segera memperbetulkan laporan itu ‘‘Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram.

Selepas itu kita tidak mendengar atau membaca pun di mana-mana akhbar itu meminta maaf atau membuat ralat sebagaimana etika yang sepatutnya dijunjung jika tersalah lapor. Cuba bayangkan gegarnya jika Utusan yang membuat laporan seperti itu.

Yang kita ketahui, politikus di negara ini lebih gemar membuat penafian demi penafian, kalau tidak pembohongan demi pembohongan demi untuk kepentingan sempit. Jika pula siasatan atau bukti pihak berkuasa mendapati sebaliknya, mereka pula menyalahkan pihak itu sebagai alat dan turut bersekongkol berkonspirasi.

Memang kita sangat mengharapkan politik nafi dan bohong itu akan segera menemui sempadannya. Ia sudah cukup banyak membazirkan tenaga dan fikiran seluruh elemen negara dan bangsa ini. Kehidupan rutin kita terlalu sarat dengan beban tambahan itu. Cukup cukuplah.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI KALAU TIDAK BERBOHONG BUKANLAH NAMANYA PEMBANGKANG. NAK MENANG PRU,PRK,PRN PUN TERPAKSA MENGGUNAKAN MODAL BOHONG DENGAN AIR LIUR BERSEMBURAN MEMAKI DAN MEMFITNAH ORANG LAIN. DAH MENANG PUN MASIH NAK BERBOHONG PADA RAKYAT YANG DIPERINTAH... MACAMANA TU?... JANGAN LAYAN ORANG GILA NANTI KITA PUN DISANGKA GILA..

Integriti rendah pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA
24.5.2011





KUALA LUMPUR 23 Mei – Pembangkang di negara ini patut berasa malu dengan standard integriti serta prinsip yang ditunjukkan oleh parti pembangkang utama Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dalam menangani skandal seks membabitkan pemimpin mereka.

Ini kerana berbeza dengan pembangkang di Malaysia, MHP mengambil tanggungjawab sepenuhnya apabila enam pemimpin parti itu meletakkan jawatan berikutan skandal itu.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, senario itu tidak berlaku di negara ini walaupun ada pemimpin pembangkang berhadapan dengan isu yang sama.

Katanya, di Malaysia, seorang isteri pemimpin pembangkang sanggup berbohong kepada rakyat meskipun bukti semakin jelas menunjukkan suaminya terbabit dengan skandal rakaman video aksi seks.

Selain itu, katanya, seorang peguam terkenal yang juga pemimpin kanan sebuah parti pembangkang turut bermati-matian mempertahankan pemimpin terlibat sedangkan sebelum ini beliau yang mendedah masalah moral membabitkan pemimpin itu.

“Pada masa sama, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) pula dilanda sindrom ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila berdiam diri terhadap isu rasuah dan penyelewengan kuasa wakil rakyat DAP, Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Serdang),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pakatan pembangkang yang bermati-matian mempertahankan Anwar, walaupun ketua pembangkang itu berdepan dengan kes liwat selain pendedahan rakaman video seks.

Mengulas lanjut Anuar, berkata, selain mempunyai standard integriti serta prinsip yang rendah, pembangkang di negara ini juga terdiri daripada pemimpin yang rakus dan agresif sehingga sanggup memperjudikan masa depan negara demi kepentingan politik.

“Pakatan pembangkang adalah pakatan yang tiada integriti dan moral. Mereka sentiasa cuba mengaburi mata rakyat demi mengekalkan kuasa,” jelasnya.

KOMEN : SEJAK BILA PUAK PEMBANGKANG PANDANG TINGGI PADA INTEGRITI DIRI MEREKA SENDIRI. KEBANYAKANNYA KAKI PUTAR ALAM DAN KUAT MENIPU SERTA MEMFITNAH DAN MEMAKI PIHAK LAWAN TERUTAMA KERAJAAN MALAYSIA. YANG PENTING MERAMPAS KUASA WALAUPUN DIRI TERPALIT DENGAN BERBAGAI MASALAH.... KAT MALAYSIA SEMUA BOLEH KALAU IKUT ANWARLAH... BOLEH APA SAJA....

HAI PAS PUN ADA KRONI?


Minta penjelasan Pas Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 23 Mei - Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan status sebuah syarikat pemaju yang dikatakan mendapat pelbagai keistimewaan untuk memajukan beberapa bidang tanah bernilai tinggi di bandar ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, penjelasan tersebut perlu bagi membuang persepsi buruk rakyat terhadap Kerajaan Pas Kelantan berikutan banyak projek yang dibangunkan syarikat berkenaan menghadapi masalah.

Sebagai contoh katanya, pembinaan projek Bazar Tok Guru yang mengakibatkan kerajaan Pas Kelantan kerugian sebanyak RM50 juta.

"Kerugian ini diakui sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia melibatkan wang rakyat, disebabkan itu kita mahu penjelasan kenapa syarikat ini mendapat keistimewaan untuk membangunkan tanah yang bernilai tinggi.

"Apakah pengarah syarikat ini mempunyai pertalian keluarga dengan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) atau pemimpin kerajaan negeri.

"Selain daripada Bazar Tok Guru, syarikat ini turut membangunkan Bazar Tengku Anis, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan mengambil alih tapak Pasar Lama MPKB untuk dibangunkan dengan harga yang rendah.

"Perkara ini telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat, disebabkan itu penjelasan perlu diberikan, malah saya melihat pemimpin Pas sendiri seolah-olah takut untuk menyebut nama syarikat ini," dakwanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemelut Bazar Tok Guru yang sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh Kerajaan Pas Kelantan, biarpun peniaga di Pasar Lama MPKB bersetuju untuk berpindah.

Kemelut Bazar Tok Guru dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mula mendapat perhatian selepas bekas pegawai perhubungan awam perbadanan tersebut, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkannya dalam blog, Kickdefella.

Dalam perkembangan sama, Wan Khairul Ihsan berkata, pemimpin Kerajaan Pas Kelantan juga perlu menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaan Syed Azidi mengenai peniaga Kemboja yang dikatakan mendapat keistimewaan untuk memilih lot perniagaan di Bazar Tok Guru.

"Mengikut Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, majlis memilih lot perniagaan pada 2 Mei lalu, bagaimanapun dua hari sebelum itu, telah ada pihak tertentu membahagikan lebih 100 lot tersebut kepada orang lain terutama peniaga Kemboja tanpa pengetahuan persatuan.

"Mana janji Kerajaan Pas Kelantan untuk membantu peniaga kecil di bandar ini. Nampaknya orang lain menjadi keutamaan Kerajaan Pas Kelantan, seolah-olah mereka mendapat untung dalam setiap transaksi yang berlaku," dakwanya.

KOMEN : BAGI KERAJAAN PAS KELANTAN APA SANGATLAH MAKNANYA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM KERANA DENGAN MUDAH MEREKA MENIPU RAKYAT. APA ENTAH LAGI SLOGAN PAS FOR ALL, SLOGAN INI HANYA TERPAKAI BAGI KRONI DAN SYARIKAT SDN. BHD. YANG ADA KAITAN DENGAN NIK AZIZ.. DIA APA KISAH BIAR RAKYAT KELANTAN MEREMPAT DINEGERI ORANG, RAKYAT DI KELANTAN JANGAN DIKAYAKAN NANTI LALAI DAN TIDAK MENYOKONG PAS... BILA RAKYAT KELANTAN HIDUP SUSAH, KERAJAAN PAS AKAN SALAHKAN KERAJAAN BN KERANA GAGAL MENYALURKAN BANTUAN SEDANGKAN ITU ADALAH TUGAS HAKIKI KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBANTU RAKYATNYA.. SAMPAI BILA MEREKA NAK MENIPU RAKYAT NI?

APA ISUNYA DISINI?

Saya memang berurusan dengan pemisah selatan Thailand - Eskay
DARI UTUSAN MALAYSIA
24.5.2011


PADANG TERAP 23 Mei - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini mengakui beliau mempunyai hubungan baik dengan masyarakat Islam termasuk puak pemisah di selatan Thailand seperti yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks.

Beliau bagaimanapun menegaskan, penglibatannya dengan kumpulan berkenaan bukan mempunyai unsur pemberontakan tetapi bagi mencari jalan kepada proses perdamaian di wilayah itu.

Bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand itu berkata, pendedahan yang dibuat WikiLeaks kebanyakannya benar, namun tidak menggambarkan sepenuhnya keadaan yang berlaku.

Katanya, laporan yang tidak lengkap itu dikhuatiri memberi gambaran negatif terhadapnya berhubung penglibatan beliau dengan kumpulan tersebut.

"Saya memang terlibat dalam perkara ini tetapi bukan untuk membuat masalah. Ia bagi mencari jalan untuk proses perdamaian di selatan Thailand," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Naka hari ini.

Beliau mengulas laporan portal berita, freemalaysiatoday.com hari ini yang memetik laporan laman web WikiLeaks yang antara lain menyebut Shazryl Eskay pernah berurusan dengan puak pemisah Islam di selatan Thailand.

Shazryl Eskay memberitahu, sepanjang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand kira-kira enam tahun mulai 2004, beliau banyak membantu rakyat Thailand yang tinggal di negara ini mendapatkan pekerjaan dalam bidang perladangan dan kedai makan.

Katanya, dari 2004 hingga 2006, beliau sering bertemu dengan kumpulan dan puak pemisah dari selatan Thailand bagi mencari jalan memulihkan keamanan di kawasan itu.

Bagi tujuan itu katanya, Dialog Keamanan Langkawi digunakan yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan beliau berperanan sebagai pengantara.

Menurut beliau, dialog tersebut berjaya menghasilkan cadangan keamanan melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU melibatkan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahideen Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).

"Cadangan keamanan ini berjaya dimeterai dengan syarat dan terma pada 14 Februari 2006 yang kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri Thailand ketika, Thaksin Shinawatra, timbalannya dan kerajaan Malaysia.

"Kebanyakan permintaan yang dimeterai itu seperti mengajar bahasa jawi (bahasa Melayu) dan agama Islam di sekolah telah dilaksanakan," ujar beliau.

Bagi menguatkan kenyataannya itu, beliau turut menayangkan rakaman video yang memaparkan sisi-siri pertemuan dengan pemimpin puak pemisah Islam selatan Thailand.

Beliau juga menunjukkan beberapa keping gambar bersama mereka kepada kumpulan media yang hadir pada sidang akhbar berkenaan.

KOMEN : ISUNYA APA? BELIAU MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI KONSUL TERHORMAT DIRAJA THAI.. APAKAH KAITANNYA DENGAN KES VIDEO ANWAR? ADAKAH WIKILEAKS CUBA NAK SPIN UNTUK MENYELAMATKAN ORANG YANG BUAT SALAH? APA SAJALAH WIKILEAKS, BUKAN SEMUANYA BETUL?

Friday 20 May 2011

POLIS TERIMA LAPORAN TENTANG ANWAR


Dua laporan polis dibuat
Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my




Mohd. Abdul Raof Mokhtar (tiga dari kanan) dan Raja Ahmad Raja Abd.Wahid (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis di Klang, semalam.



KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

''Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang itu yang membuat laporan palsu," katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad pula turut menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video tersebut agar tidak berlaku tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang menerima cakera padat video (VCD) layang mengandungi rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu berkata, apa yang dilihat pelaku dalam VCD itu jelas mirip Anwar.

Beliau turut menggesa polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mendedahkan pelaku itu supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof mengesahkan menerima dua laporan polis tersebut.

KOMEN : TUNGGU PDRM NAK KATA APA? BIAR MEREKA SIASAT?

ANWAR BERJAYA YAKINKAN RAKYAT

Isu video seks: Anwar gagal beri jawapan meyakinkan
DARI UTUSAN MALAYSIA
20.5.2011


KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal memberi jawapan meyakinkan berhubung penyebaran video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip beliau, termasuk persoalan tentang kehilangan jam tangan Omega milik beliau.

Ketika dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live pagi ini, beliau sebaliknya banyak mempersalahkan UMNO, termasuk menuduh parti itu membeli beberapa rakan seperjuangannya untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam satu contoh, beliau seakan-akan cuba lari daripada menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang individu bernama Nik Abdul.

Soal Nik Abdul: ''Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengesahkan individu dalam video seks itu menyamai wajah anda? Apakah anda fikir ini adalah satu konspirasi juga?''

Anwar hanya menjawab: ''Ini adalah contoh tipikal tentang bagaimana kamu telah menjadi mangsa penipuan media UMNO. Pakar mana? Mengapa mereka tidak bersikap telus?.''

Menjawab soalan Zuzayati yang bertanyakan apakah benar Anwar merupakan individu dalam video seks tersebut, Anwar sekali lagi mengaitkan UMNO dalam menjawab persoalan tersebut.

Kata Anwar: ''Saya telah bersungguh-sungguh menafikan dan telah membuat laporan polis. Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya membiarkan politik pornografi berlaku. Dan mereka yang sering bercakap soal moral adalah hipokrit.''

Beliau kemudiannya terus bersikap dolak-dalik daripada menjawab isu tentang jam tangan Omega dan video seks berkenaan.

Menjawab soalan daripada seorang individu bernama Dr. MiM yang ingin tahu rasional beliau mengelak daripada menunjukkan jam tangan itu kepada umum, Anwar menjawab : ''Apa isunya? (What is the issue?).

''Pertama, Eskay (Datuk Shazryl Eskay Abdullah) mendakwa jam itu adalah pemberian seorang putera raja Arab Saudi. Kemudian menyatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004. Oleh itu, untuk apa saya menerangkan mengenai hal ini?,'' ujarnya.

Anwar kemudiannya mendakwa mengetahui beberapa suspek yang boleh dikaitkan dengan lelaki dalam video seks terbabit ketika menjawab soalan seorang lagi individu yang menggunakan nama samaran Om.

''Saya ada beberapa suspek; perutnya besar dan dadanya layut. Ha ha,'' jelas beliau.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah dalam proses menyaman Shazryl Eskay.

Selain menuding UMNO terlibat dalam isu video seks dan membeli beberapa bekas pemimpin PKR, Anwar juga mengambil kesempatan di ruang maya itu untuk terus menuduh parti berkenaan sebagai dalang di sebalik cubaan mengharamkan PKR.

Secara melulu, Anwar mudah melontarkan tuduhan itu dengan menjawab: ''Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.''

KOMEN : INGATKAN BELIAU BERANI MENJAWAB SOALAN DENGAN IKHLAS... RUPANYA TAK PUAS-PUAS NAK SPIN... SOALAN DI JAWAB DENGAN SOALAN APA CERITA? SALAH DIA SEMUA KONSPIRASI UMNO... SIAPA YANG DIA NAK KENCINGKAN? OH LUPA PENYOKONG TEGAR DIA YANG KENA KENCING. KEBANYAKAN SOALAN TAK DIJAWAB DENGAN TEPAT... ADA AJE LORONG SONGSANG DIA UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT.. BUT IT'S NOT ME... NAMPAK SANGAT ANWAR MASIH SAYANG KAT UMNO... TAK LENGKANG DARI BIBIRNYA MENYEBUT-YEBUT NAMA UMNO... UMPAMA UMNO NAMA MU TERATAS... HEHEHE.. BERCUTI DIPANTAI DAN YANG LAIN... HA..HA..HA... APA MAKNA?

Layan Anwar seperti rakyat biasa - BARU ADIL


Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

KOMEN : KERAJAAN MALAYSIA TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT KERANA MEMBERIKAN KEISTIMEWAAN KEPADA AHLI POLITIK YANG DI TUDUH DI MAHKAMAH LEPAS BEBAS TANPA SEBARANG SEKATAN SEDANGKAN KALAU RAKYAT BIASA YANG SEBALIKNYA AKAN TERJADI. BESAR KEPALALAH ORANG TU...

Pendidikan agenda perjuangan tertinggi


DARI UTUSAN MALAYSIA
20.5.2011




Ismail Lasim (tengah) bergambar bersama sebahagian pelajar selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelajar MDAB dan Diploma UiTM di Kuala Pilah, kelmarin.

KUALA PILAH 19 Mei - Para pemimpin negara sentiasa meletakkan pendidikan anak bangsa sebagai agenda perjuangan yang paling tinggi.

Exco kerajaan negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, hanya melalui pendidikan, rakyat mampu mengubah taraf sosial mereka serta membawa bangsa Malaysia sebaris dengan bangsa yang maju di dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri itu berkata, kesungguhan para pemimpin negara itu antaranya boleh dilihat melalui pengenalan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, MDAB adalah program yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang berasal daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah mengikuti pengajian di UiTM seluruh negara.

"Perdana Menteri merangka program ini dengan butiran yang terperinci kerana mahu melihat rakyat yang kurang bernasib baik diberi peluang melanjutkan pelajaran kerana ia dapat mengubah taraf kehidupan sosial mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelajar MDAB dan Diploma UiTM cawangan negeri ini di sini semalam.

Turut hadir Rektor UiTM cawangan negeri ini, Prof. Madya Zaludin Sulaiman.

Pada majlis itu, sebanyak 54 pelajar dari daerah ini menerima surat tawaran tersebut yang disampaikan oleh Ismail dan mereka akan mendaftar di kampus UiTM di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Sebahagian mereka akan mengikuti program Pra-Diploma Perdagangan manakala sebahagian lagi akan mengikuti program Pra-Diploma Sains selama enam hingga 12 bulan.

Ismail memberitahu, para pelajar MDAB dianggap bertuah kerana mereka bukan saja diberi elaun RM400 sebulan, malah diberi duit tambang sebanyak RM50, yuran pengajian dan asrama percuma serta tuisyen oleh para pensyarah.

KOMEN : KEPADA ANAK BANGSA YANG BERJAYA TAHNIAH DAN GUNAKAN PELUANG YANG DIBERIKAN UNTUK MENGUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA, SELAMAT BERJAYA...

SEJAK BILA AGENSI KERAJAAN TIDAK BOLEH DITEGUR - MENTERI


'JMM jangan beraja di mata, bersultan di hati'
DARI UTUSAN MALAYSIA
20.5.2011


PUTRAJAYA 19 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) perlu memaklumkan bentuk kesalahan atau perbuatan portal berita, The Malaysian Insider yang didakwa tidak disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jika dibutirkan aduan yang berkaitan, SKMM boleh diarah menyiasat sekiranya perbuatan portal berita itu melanggar undang-undang negara.

Beliau menegaskan, sebarang tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia melibatkan proses undang-undang yang bersifat teliti dan pelbagai pihak meliputi SKMM, polis, syarikat pemberi khidmat (service provider) dan Jabatan Peguam Negara.

SKMM misalnya, kata beliau, harus fokus kepada kes yang spesifik melibatkan jenayah yang tersenarai seperti hasutan, kejelikan, pornografi, penipuan dan penyalahgunaan rangkaian.

"Dalam hal ini, perbuatan apa yang SKMM dianggap sebagai lesu atau tidak bertaring.

"(JMM) kena beritahu kesalahan atau perbuatan apa yang didakwa tidak disiasat SKMM. Badan itu mesti mengikut lunas perundangan, tak boleh beraja di mata bersultan di hati sahaja.

"Sama ada (The Malaysian Insider) akan didakwa di mahkamah, ia terserah kepada Peguam Negara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, JMM mendakwa SKMM kini sudah tidak mempunyai sebarang peranan dan seolah-olah sudah kehilangan taring.

Menurut Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah, dakwaan tersebut berasas kerana SKMM gagal mengambil sebarang tindakan ke atas The Malaysian Insider berdasarkan beberapa laporan yang dibuat JMM sebelum ini.

Kata beliau, laporan JMM ada asasnya dan pihaknya mempunyai bukti kukuh yang portal berita tersebut memang terkenal dengan artikel biadab yang cuba membangkitkan isu perkauman terutama bersifat anti-Melayu dan kerajaan.

SKMM tidak boleh berdiam diri

KUALA LUMPUR 19 Mei - Kredibiliti serta kewibawaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikhuatiri semakin terjejas ekoran dakwaan badan tersebut tidak tegas dalam menangani isu berkaitan kandungan sensitif dalam media baru.

Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, SKMM perlu segera menjawab dakwaan yang dilemparkan kepadanya dan tidak boleh terus mengambil pendekatan berdiam diri.

"SKMM tidak boleh terus berdiam diri. Mereka perlu memberi jawapan kukuh terhadap dakwaan tersebut kerana jika tidak, saya khuatir orang ramai akan mula meragui kredibilitinya sebagai badan yang mengawal hal-hal berkaitan komunikasi dan multimedia di negara ini.

"Sekiranya laporan yang dibuat oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) terhadap portal berita The Malaysian Insider itu betul, jadi SKMM perlu segera mengambil tindakan dengan memulakan siasatan. SKMM sebagai badan yang bebas perlu melakukannya bagi mengelak wujudnya prasangka buruk terhadap badan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan JMM bahawa SKMM sudah tidak mempunyai peranan dan kehilangan taring apabila tidak mengambil sebarang tindakan ke atas portal berita The Malaysian Insider yang dikatakan terkenal dengan artikel biadab serta cuba membangkitkan isu perkauman bersifat anti-Melayu.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, tindakan SKMM yang berdiam diri serta tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh JMM itu mengelirukan rakyat.

Katanya, sebelum ini juga banyak berlaku kes membabitkan blog serta orang perseorangan tetapi tiada tindakan tegas diambil oleh SKMM.

"Saya harap SKMM dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini. Masyarakat sudah mula keliru dengan peranan SKMM yang sepatutnya bertindak pantas serta tegas terhadap golongan yang didapati bersalah di bawah akta berkaitan dengan komunikasi dan multimedia," katanya.

KOMEN : BILA AGENSI KERAJAAN GAGAL MEMAINKAN PERANAN JANGANLAH ORANG LAIN YANG HENDAK DISALAHKAN. SEJAK BILA AGENSI KERAJAAN DI BAWAH SESUATU KEMENTERIAN TIDAK BOLEH DI TEGUR WAHAI MENTERI? JANGANLAH MENGANGGAP SEMUA TEGURAN YANG DATANG DARI RAKYAT HANYA UNTUK MENJATUHKAN AIRMUKA SESEBUAH AGENSI KERAJAAN? KALAU LAPORAN DAH DISIASAT ATAU SELESAI MANA BUKTINYA... RAKYAT INGIN TAHU KEPUTUSANNYA... ADA KES ATAU TIDAK? KALAU DAH DIAM SERIBU BAHASA TENTU ADA YANG TAK SELESAI?