Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Media label England 'si bodoh'



SEORANG penyokong Costa Rica sempat menyindir England ketika meraikan kejayaan pasukannya menumpaskan Itali di Recife semalam. - REUTERS

LONDON - England seperti "si bodoh yang tersenyum dan hanya gembira berada di pesta", kata akhbar Britain semalam setelah mereka disahkan tersingkir awal dengan cara memalukan daripada Piala Dunia.

Dengan kejohanan di Brazil telah berakhir buat England - kemena­ngan Costa Rica 1-0 ke atas Itali semalam menjadikan mereka secara matematiknya terkeluar daripada persaingan selepas mengalami dua kekalahan - media mulai mencari kambing hitam untuk dibelasah.

Akhbar meluahkan kemarahan terhadap Persatuan Bola Sepak, badan induk kebangsaan, kerana memberikan pengurus Roy Hodgson lampu hijau untuk terus menerajui pasukan - 35 minit sebelum England disahkan tersingkir daripada kejohanan.

The Daily Mail berkata, itu "amat memalukan" FA kerana mengumumkan jawatan Hodgson selamat dengan sebegitu cepat.

Greg Dyke, "pengerusi FA yang tidak keruan, telah memilih hari ini sebagai waktu yang tepat untuk mengumumkan sokongannya terhadap pengurus (Hodgson) dalam apa yang tampak mirip tindakan Sepp Blatter yang melucukan.

"Dia juga mungkin berkata: ‘Siapa peduli dengan peminat pun, saya akan hanya buat apa yang saya mahu dan saya sudah muak dengan awak semua’.

Akhbar itu menambah: "Inilah yang terbaik yang boleh kita peroleh. Inilah apa yang kita mesti jangka. Inilah siapa kita sekarang. Si bodoh yang tersenyum yang gembira berada di pesta.

Dyke bercakap dengan riang memenangi Piala Dunia pada 2022 tetapi persatuannya ialah sebuah pertubuhan yang tiada cita-cita."

Daily Telegraph pula mengulas, FA wajar meminta maaf kepada peminat England.

"Mereka fikir ini semua sudah berakhir. Sekaramg memang sudah berakhir. Betapa perkataan itu menghantui England," kecam akhbar itu.

"Kegagalan terbaharu pasukan kebangsaan...menuntut permintaan maaf daripada FA, Roy Hodgson dan pemain-pemain.

"Peminat tidak mengharapkan banyak, tetapi mereka mengharapkan lebih daripada ini; sekurang-kurangnya berikan mereka rasa kesakitan (kalah) penalti. Tetapi ini mengaibkan, disingkirkan daripada pesta yang hebat ini sebelum mereka benar-benar diuji."

The Guardian berkata: "seperti biasa mencari orang untuk dipersalahkan dan (mendapatkan) jawapan" sedang berlangsung apabila akhbar itu cuba mengusahakan bagaimana untuk mengagih-agihkan sasarannya."

"Pemain-pemain terkenal England gagal menyerlah," katanya.

Ia menambah "paradoks Liga Perdana - kejayaannya sebagai sebuah produk dunia yang mengecilkan peluang pemain muda England - hanya bertambah buruk".

The Times berkata, ada satu pe­ngajaran yang dipelajari di tengah-tengah bencana ini dan sukar untuk mengatakan bahawa struktur bola sepak England lebih baik daripada Costa Rica.

"Beberapa masalah tidak boleh diselesaikan oleh wang, oleh kemudahan tercanggih, dengan membawa jurulatih (hebat) ke negara ini.

"Beberapa masalah, seperti kegagalan untuk mengekalkan penguasaan (bola), jauh lebih teruk. Sehingga isu, budaya dan simpulan itu dileraikan, negara ini boleh me­ngucapkan selamat tinggal kepada sebarang harapan untuk mengecap kejayaan," kata akhbar itu.

The Sun berkata, itu mungkin penamat Piala Dunia tetapi bukan penamat dunia, dan menggesa pembaca menyanyikan lagu Monty Python Always Look on the Bright Side of Life. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140622/sl_03/Media-label-England-si-bodoh#ixzz35QWjRs36  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: