Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Penyokong Jepun terus buat dunia kagum



SEBAHAGIAN penyokong Blue Samurai yang menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2014 antara Jepun dan Greece. - AFP

NATAL - Jepun memiliki penyokong yang bukan sahaja bersemangat semasa perlawanan berlangsung, tetapi memiliki tahap kesopanan yang tinggi selepas tamat perlawanan.

Bagi perlawanan kali kedua, penyokong Blue Samurai yang kecewa melihat pasukannya sekadar seri tanpa jaringan dengan Greece masih mampu berdisiplin apabila bertindak membersihkan kawasan dalam stadium selepas tamat perlawanan.

Ini merupakan sikap terpuji yang dipamerkan oleh rakyat negara matahari terbit itu apabila mereka menampilkan ciri-ciri tradisional Jepun yang sentiasa menghormati tuan rumah, dan sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar.

Jepun tewas 2-1 pada perlawanan pembukaan menentang Ivory Coast, dan seri tanpa jaringan dengan Greece, semalam dalam perlawanan yang seharusnya mereka berpeluang mendapat tiga mata apabila lawan bermain dengan 10 pemain sepanjang 50 minit.

Kebiasaannya, penyokong mana-mana pasukan yang tewas cenderung untuk melakukan kerosakan selepas tamat perlawanan tetapi penyokong Jepun bertindak memungut sampah mereka.

Tindakan penyokong Jepun itu dilihat memberikan impak besar khsususnya dalam kalangan masyarakat Jepun yang ada di Brazil terutama di Recife, dan Natal. Selepas menyaksikan perkara itu, Junichi Onoda, 33, berkata, dia rasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam usaha memperbaiki tahap kebersihan di Natal.

"Terlalu banyak sampah di Recife. Selepas saya lihat penyokong kami mengutip sampah, saya sangat kagum," kata Onoda.- AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_09/Penyokong-Jepun-terus-buat-dunia-kagum#ixzz35QF8z6ri  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: