Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Nasib England bagai telur di hujung tanduk



Luis Suarez meraikan jaringan kemenangan ketika menewaskan England di Arena Corinthians, Sao Paolo, semalam. - REUTERS

SAO PAULO - Dua gol yang diledakkan Luis Suarez untuk Uruguay telah meletakkan England diambang penyingkiran Piala Dunia, setelah penyerang sensasi itu menjadi punca kepada kekalahan 1-2 Three Lions dalam aksi Kumpulan D, semalam.

Bintang Liverpool itu bijak memanfaatkan kesempatan sewaktu menyumbat gol kedua pada minit ke-85, dalam pertarungan yang berlangsung sengit di Sao Paulo selepas Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan untuk England minit ke-75.

Kekalahan tersebut sekali gus meletakkan England, yang tumpas 1-2 di tangan Itali pada perlawanan pembukaan, mengharapkan keajaiban berlaku jika mereka mahu mengelak daripada gagal melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

“Kami berasa amat kecewa, dan peluang kami untuk layak ke peringkan seterusnya amat tipis," kata pengurus England, Roy Hodgson selepas kekalahan tersebut.

Setelah dua perlawanan ber­akhir, England gagal mengutip sebarang mata, dan berada di tangga tercorot Kumpulan D. Kini, nasib mereka tidak lagi berada di tangan sendiri, malah sebaliknya England amat mengharapkan ihsan Itali jika mahu menghidupkan kembali peluang yang kian malap ke pusingan kalah mati.

Walaupun pahit, skuad bimbingan, Hodgson itu memerlukan bantuan daripada anak-anak buah Cesare Prandelli untuk mencatat kemenangan dalam dua baki perlawanan, menentang Costa Rica (awal pagi Sabtu waktu Malaysia), serta Uruguay.

Itali dipilih sebagai pasukan yang mampu membantu England adalah berdasarkan rekod, dan kekuatan yang dimiliki Azzurri pada pentas Piala Dunia kali ini, berbanding dua pencabar mereka Uruguay, serta Costa Rica.

Sekiranya Itali berjaya melengkapkan aksi peringkat kumpulan tanpa kekalahan, bermakna mereka akan meraih sembilan mata penuh, dan muncul juara Kumpulan D, sementara England tidak boleh lagi melakukan sebarang kesilapan walau bolos satu gol pada pertemuan menentang Costa Rica, minggu depan.

Kemenangan selesa ke atas Costa Rica menjadi misi penting buat Three Lions jika tidak mahu menyaksikan rekod terkandas di saingan peringkat kumpulan berulang seperti mana yang pernah menimpa mereka pada 1958.

Jika semua percaturan itu menjadi kenyataan, maka ketiga-tiga pasukan England, Uruguay, serta Costa Rica akan berkongsi tiga mata, dan penentuan pasukan kedua yang bakal mengiringi Itali melangkah ke pusingan kalah mati akan ditentukan berdasarkan perbezaan jaringan.

Sesungguhnya nasib England amat bergantung kepada keajaiban, dan tuah. Bagaimanapun, sejarah bukanlah sahabat baik buat England, ini kerana masih belum ada pasukan yang kalah dua kali pada perlawanan pembukaan Piala Dunia berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_02/Nasib-England-bagai-telur-di-hujung-tanduk#ixzz35Q3267yf  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: