Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Bosnia mencari kemenangan sulung



Edin Dzeko (kiri) menjadi harapan Bosnia Herzegovina bagi menggempur kubu Nigeria dalam aksi kedua kumpulan F awal pagi esok pada Piala Dunia di Arena Pantanal, Ciritiba, Brazil. - AFP

CUAIBA - Bosnia, satu-satunya pendatang baru pada kejohanan Piala Dunia kali ini mencari kemenangan sulung apabila berdepan Nigeria di Stadium Pantanal, pada aksi kedua Kumpulan F.

Salah sebuah negara pecahan Yugoslavia, yang merupakan sebuah kuasa besar pada satu ketika dahulu, Bosnia mahu menempa nama di peringkat tertinggi selepas banyak dibayangi kehebatan dua negara jiran, Croatia, dan Serbia.

Jurulatih, Safet Susic, bekas pemain Yugoslavia, meletakkan sasaran untuk layak ke saingan kalah mati dan bagi melaksanakan misi berkenaan, Bosnia wajib meraih tiga mata ke atas Nigeria yang kelihatan bermula gugup semasa berdepan Iran dalam perlawanan pembukaan.

Bosnia perlu menggunakan kelebihan yang ada pada penyerang Manchester City, Edin Dzeko dan belajar daripada kesilapan ketika menentang Argentina yang menyaksikan mereka tewas tipis, 1-2.

Dzeko dalam perlawanan berkenaan terpaksa turun ke bahagian tengah untuk membantu namun dalam perlawanan kali ini, Bosnia perlu sesuatu yang istimewa jika mahu menewaskan penjaga gol, Vincent Enyeama yang dilabel sebagai pemain paling cemerlang dalam skuad Nigeria.

Kelebihan cuaca juga sedikit sebanyak terarah kepada Nigeria kerana beraksi di Cuaiba, sebuah bandar di pertengahan Amerika Selatan, suhu secara purata dianggarkan kira-kira 20 darjah celsius.

Pertemuan dengan Argentina membuktikan Bosnia sebuah pasukan yang cukup berdisiplin dan mampu beraksi sebagai satu unit, jika mereka mampu mengekalkan rentak yang sama, Nigeria mampu dikejutkan, walaupun skuad ini terdiri daripada ramai pemain berbakat selain pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Nigeria bakal kehilangan pemain pertahanan, Godfrey Oboabona, dan pemain veteran yang pernah beraksi di Piala Dunia 2002, serta 2010, Joseph Yobo dijangka akan mengambil tempat itu.

Selain, jurulatih, Stephen Keshi akan memberikan kepercayaan kepada Peter Odemwingie untuk bergandingan bersama Emmanuel Emenike di barisan serangan Nigeria.

Di kem Bosnia, ketua pasukan, Emir Spahic berada dalam status tidak pasti untuk diturunkan selepas mendapat kecederaan lutut, dan pemain pertahanan itu meninggalkan padang latihan dengan balutan ais batu di bahagian lutut kiri.

Pemain tengah, Sejad Salihivoc menjadi calon paling layak menggantikan tempat Spahic, walaupun pemain itu masih bergelut dengan kecederaan jangka panjang, namun penolong jurulatih, Borce Sredojevic yakin pemainnya sempat pulih.

"Saya begitu optimis dengan peluang Spahic kerana kita semua tahu betapa penting peranan, dan pengaruhnya bersama pasukan ini," kata Sredojovic kepada pemberita di kem latihan Bosnia di Guaruja. - REUTERS

Susic masih berteka-teki sama ada akan mengekalkan formasi kebiasaan iaitu 4-5-1 yang dilihat lebih tersusun, namun kurang mengasak di bahagian serangan atau menggunakan formasi 4-4-2 dengan membawa masuk Vedad Ibisevic bergandingan bersama Dzeko.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_05/Bosnia-mencari-kemenangan-sulung#ixzz35Q5rOwIk  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: