Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 29 April 2016

UiTM PADA KACA MATA KETUA HAKIM NEGARA

ABDUL YAZID ALIAS 
 | 28 April 2016 6:15 PM


Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub (kiri) beramah-mesra dengan bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus (dua dari kiri) dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang (dua dari kanan) selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-84 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM di Shah Alam, Sabtu lalu. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin (tengah) Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said (kanan). utusan/izham Jaafar

TAHUN 2016, genap 60 ta­hun penubuhan Uni­versiti Teknologi Mara (UiTM) yang dahulunya ha­nya bermula sebagai Dewan Latihan RIDA (Rural In­dus­trial Development Authority) yang memfokuskan kepada latihan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar.

Kemudiannya, pada 1965, pusat latihan berkenaan berkembang menjadi Maktab Mara seterus­nya dinaik taraf kepada Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1967 dan menjadi sebuah universiti awam dengan nama UiTM pada 26 Ogos 1999.

Walaupun proses pembangunan UiTM ini panjang, bagaimanapun institusi ini dilihat tidak pernah lari daripada matlamatnya meningkatkan taraf pendidikan, ekonomi dan melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera di negara ini.

Kini UiTM telah membuktikan ia sebagai antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan institusi-insitusi pengajian tinggi lain. Malah, sejak ditubuhkan pada 1956, UiTM berjaya melahirkan seramai 661,456 alumni dengan sebahagian besar daripada mereka telah mencipta nama dan menjadi pemangkin kepada kemajuan ­negara pada hari ini.

Melihat daripada sejarah perkembangan tersebut, maka tidak hairanlah apabila Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria di istiadat Konvokesyen UiTM Ke-84 baru-baru ini mengharapkan universiti itu yang telah banyak memberikan sum­bangan besar dalam membangunkan taraf sosio­ekonomi Bumiputera tidak tercicir dalam arus pendidikan profesional.

Beliau yang turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UiTM berbangga dengan pencapaian universiti berkenaan yang ketika ini mempunyai kampus di seluruh negara selain dengan bangga menyatakan dua orang anaknya adalah lulusan UiTM.

“Sebagai warganegara Malaysia, saya mengikuti sejarah perkembangan UiTM sejak penubuhannya pada 1956 hingga ke hari ini. Saya juga melihat bagaimana UiTM yang awalnya hanya mempunyai dua kampus, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Petaling Jaya, hari ini mempunyai kampus di seluruh negara.

“Hari ini, UiTM berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, teknologi baharu yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan industri dan negara.

“Buktinya, adalah melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” kata beliau semasa berucap pada majlis penganugerahan itu.

Kenyataan Tun Arifin itu adalah pandangan beliau dari sudut seorang Ketua Hakim Negara yang menunjukkan bahawa beliau memiliki keyakinan tinggi terhadap potensi serta pen­capaian UiTM sebagai sebuah IPTA yang terus relevan sebagai sebuah ­institusi pendidikan utama di negara ini termasuklah misi serta matlamatnya dalam membangunkan taraf sosio­ekonomi Bumiputera.

Lantaran itu, penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang terhadap Tun Arifin itu dilihat satu pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan serta jasa beliau dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman negara yang boleh dijadikan contoh terbaik kepada para graduan universiti itu pada masa depan.

Ini kerana, bidang per­undangan adalah salah satu daripada cabang ilmu yang boleh memanfaatkan pengalaman yang dimiliki oleh Tun Arifin untuk diterapkan dalam bidang-bidang pengajian di universiti itu kelak terutamanya dalam soal melaksanakan dan mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang atau rule of law di negara ini.

Dalam pada itu, Tun Arifin dalam istiadat tersebut menekankan kepentingan memelihara dan mempertahankan jati diri sebagai anak Malaysia yang beliau lihat perkara itu sebagai elemen penting dalam memastikan pembangunan negara dan rakyat terus kekal dan pada masa sama terus berada pada ­landasan yang betul.

Malah, Tun Arifin turut mengingatkan bahawa sebagai anak Malaysia, sejauh mana kita berlari mengejar dan mengecapi kejayaan janganlah sesekali lupa dengan bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ini.

Justeru, mengamati penegasan yang dibuat oleh Tun Arifin itu, ­jelas bertepatan dengan misi serta objektif penubuhan UiTM itu sendiri sebagai institusi yang bertanggungjawab memperkasakan pendidikan kaum Bumiputera yang dilindungi haknya di bawah Perkara 153 Perlembagan Persekutuan.

Dalam soal menegakkan prinsip rule of law yang dibangkitkan oleh Tun Arifin itu, mungkin boleh dikaitkan dengan kepentingan untuk memperkasa serta memartabatkan kewujudan UiTM sebagai antara institusi terpenting dalam memajukan kaum Bumiputera di negara ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/uitm-pada-kaca-mata-ketua-hakim-negara-1.293563#sthash.jSG9dQOZ.dpuf


Tuesday 26 April 2016

Friday 22 April 2016

LIGA SUPER : Felda, JDT menang besar

21 April 2016 12:26 AM


PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – utusan/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR 20 April – Dua pasukan teratas Felda United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bersaing sengit dalam perebutan kedudukan teratas Liga Super apabila masing-masing mencipta kemenangan besar ke atas lawan mereka malam ini.

The Fighters terus kebal di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka apabila mudah menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 untuk memastikan mereka terus mencengkam takhta Liga Super.

Beraksi di laman sendiri, yang menggunakan rumput tiruan, jelas memberikan kelebihan kepada pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu, yang membuka tirai ja­ringan pada minit ke-21 menerusi Christie Jayaseelan diikuti dua ja­ringan Lutfulla Tutaev pada minit ke-26 dan 87 sebelum menutup permainan dengan jaringan Forkey Doe pada minit ketiga masa kece­deraan.

Sementara itu, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, Harimau Selatan membaham skuad Bujang Senang dengan kemena­ngan 5-2 untuk terus memberikan tekanan kepada Felda.

Harimau Selatan memperoleh jaringan menerusi Jorge Pereyra Diaz seawal minit ketiga sebelum menambah gol menerusi Marcos Antonio (m-35), Juan Martin Lu­cero (m-36) dan Fazly Mazlan (m-44) selain gol sendiri ketua pasukan Sarawak, Mohd. Shahrol Saperi (m-40).

Gol saguhati skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal diperoleh hasil jaringan K. Gurusamy pada babak pertama dan gol sendiri Mohd. Fadli Mohd. Shas pada babak kedua.

Pahang pula meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian jurulatih baharu, Mohamed Razip Ismail apabila menewaskan Kelantan 4-3 dalam perlawanan antara dua pasukan dari Pantai Timur di Stadium Darul Makmur, Kuantan

Kelantan bermula dengan langkah kanan setelah berjaya menja­ringkan gol pembukaan menerusi penyerang Dramane Traore pada minit kelapan namun dikejutkan tiga gol berturut-turut oleh pasukan tuan rumah hasil jaringan Dalibor Volas pada minit ke-13, German Pacheco (m-45) dan Mohd. Faisal Rosli (m-47).

Pasukan pelawat cuba bangkit menerusi gol Blazhe Ilioski hasil sepakan penalti pada minit ke-55 sebelum pemain gantian Mohd. Khairul Izuan mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-77.

Pemain import Tok Gajah, Pacheco muncul wira Tok Gajah apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi percubaan cantik setelah menyambar umpanan Volas.

Dalam pada itu, Terengganu FC II (TFC II) meredakan sedikit tekanan daripada penyokong apabila menang 4-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol TFC II disumbangkan oleh Mohd. Azrul Ibrahim (minit 9), Konate Makan (m-66), Mohd. Rizal Ghazali (m-77) manakala gol saguhati pasukan Lang Merah dijaringkan Badrul Bakhtiar (m-42).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, gol oleh Mauro Olivi sudah cukup untuk Selangor me­ngutip tiga mata perlawanan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang.

Penyerang dari Argentina itu menjaringkan gol tunggal perlawanan setelah sepakan bebasnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-16.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-jdt-menang-besar-1.278220#sthash.CRdnHqRQ.dpuf


Tuesday 19 April 2016

Monday 18 April 2016

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan HANYA Ada 4 B...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan HANYA Ada 4 B...: Tulisan :  Buzze Azam Saya tidak melihat keputusan kerajaan ini di buat semata2 utk membeli jiwa pengundi di Sarawak tetapi lebih kepad...

Putra Merdeka: DERMA ~ Apa Kata Dunia..!

Putra Merdeka: DERMA ~ Apa Kata Dunia..!: Di saat macai seakan mendapat nyawa..! dunia ketawa dan mempersenda..! Path of $681 Million: From Saudi Arabia to Malaysian Premier’...

FA CUP 2016 : Lang Merah bawa bekalan tipis

17 April 2016 1:24 AM


PENYERANG JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) cuba melepasi pemain Kedah, Mohd. Amirul Hisyam dalam perlawanan di Alor Setar. – MINGGUAN/ Safrizal Azmi

ALOR SETAR 16 April – Kedah me­raih bekalan tipis untuk dibawa ke Larkin pada 30 April ini apabila menumpaskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini.

Jaringan Mohd. Farhan Roslan dan Sandro Da Silva memastikan kemenangan Lang Merah, namun defisit satu gol belum boleh dianggap bekalan selesa buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe, apatah lagi JDT memiliki rekod kebal beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Kedah memperlihatkan ke­sungguhan untuk mencari kemenangan apabila mengatur sera­ngan bertali arus.

Usaha mereka akhirnya berjaya menghadirkan gol seawal minit ke-14 selepas Farhan yang me­rebahkan badan depan pintu gol JDT menolak bola tandukan pemain pertahanan, Bang Seung Hwan, sekali gus menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd. Farizal Marlias.

Kelekaan pertahanan Kedah yang membiarkan penyerang import JDT, Juan Martin Lucero bergerak bebas dalam kotak penalti membawa padah apabila pemain berusia 24 tahun itu bijak melambung bola melepasi jangkauan penjaga gol Kedah, Farhan Abu Bakar untuk gol penyamaan, minit ke-27.

Kegembiraan pasukan pelawat bagaimanapun tidak bertahan lama selepas tuan rumah kembali di depan seminit sebelum tamat separuh masa pertama apabila tendangan leret Sandro dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring se­belah kanan pintu gawang JDT.

Memasuki babak kedua, perlawanan terus rancak dengan JDT menerusi Jorge Pereyra Diaz terlebih dahulu melakukan asakan, namun rembatan leretnya dari dalam kotak penalti pada minit ke-52 berjaya dinafikan Farhan Abu Bakar.

JDT memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun sepakan percuma yang diambil oleh kapten, Mohd. Safiq Rahim pada minit ke-67 terkena palang sekali gus membuatkan penyokong Kedah menarik nafas lega.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lang-merah-bawa-bekalan-tipis-1.273293#sthash.H0FTgGl1.dpuf


F1 : Rosberg cipta hatrik di China, Hamilton ketujuh

18 April 2016 12:15 AM


NICO ROSBERG menjulang trofi ketika meraikan kejayaannya memenangi Grand Prix Vhina di Shanghai semalam. – AFP

SHANGHAI 17 April - Nico Rosberg merangkul kejayaan dalam kekalutan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) China sekali gus melengkapkan kemenangan hatrik bagi permulaan musim 2016.

Pelumba Mercedes AMG Petronas itu dipintas Daniel Ricciardo pada awal perlumbaan tetapi selepas berjaya mengelak kemalangan di selekoh pertama, dia berjaya memintas pelumba Red Bull itu dan merangkul kejuaraan dengan kelebihan 38 saat di hadapan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.

Juara dunia Lewis Hamilton, yang bermula di petak belakang selepas mengalami kerosakan mekanikal sewaktu sesi kelayakan semalam, berjaya meraih tempat ketujuh meskipun terpaksa masuk lebih awal ke pit untuk menggantikan sayap hadapan yang rosak.

“Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Lewis hanya ketinggalan 30 mata, tidak banyak, hanya satu perlumbaan dan sudah pasti dia tidak akan berputus asa,” kata Rosberg yang kini mendahului senarai kejuaraan dengan kelebihan 36 mata.

Ferrari berdepan nasib malang selepas Vettel dan Kimi Raikkonen kemalangan di selekoh pertama yang membolehkan Daniil Kvyat dari Red Bull me­raih kedudukan ketiga.

Vettel berjaya memberikan persaingan sepanjang perlumbaan dari kedudukan ke-15 tetapi menyalahkan Kvyat kerana memandu seperti orang gila dalam pertelingkahan yang berlaku di dalam radio pasukan.

“Pemanduan Kvyat seperti aksi membunuh diri,” kata pemandu Jerman itu kepada Kvyat ketika Rosberg memberikan ucapan kejayaan.

“Awak memandu seperti torpedo!” kata Vettel kepada Kvyat lalu melangkah mening­galkan podium sebelum Kvyat membalas: “Ini adalah perlumbaan.”

Juara dunia empat kali itu mengakui dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan perlumbaan.

“Saya bernasib baik kerana masih boleh meneruskan perlumbaan.

“Kemalangan itu sangat kuat di antara saya dengan Kimi. Saya bersimpati dengan Kimi tetapi saya seperti sandwich di antara Kimi dan Daniil, tiada apa yang boleh dilakukan,” kata Vettel.

Sementara itu, Rosberg menjadi pemandu keempat meraih enam kemenangan berturut-turut, termasuk memenangi tiga perlumbaan terakhir 2015, untuk menyertai Vettel (sembilan), Alberto Ascari (tujuh) dan Michael Schumacher (enam). – AFP

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/rosberg-cipta-hatrik-di-china-hamilton-ketujuh-1.273787#sthash.yaDPsozm.dpuf


Thursday 14 April 2016

APANAMA: 1MDB - The dysfunctional Malaysian Cabinet

APANAMA: 1MDB - The dysfunctional Malaysian Cabinet: Head of government [ edit ] Main article:  Prime Minister of Malaysia The Prime Minister of Malaysia ( Malay :  Perdana Menteri Mal...

Putra Merdeka: 1MDB PANAS ~ Bung Mokhtar Bakal Di Pecat..?

Putra Merdeka: 1MDB PANAS ~ Bung Mokhtar Bakal Di Pecat..?: Berani kerana benar Bung..! Walaupun ramai yang sihat tubuh badan tapi bukan jaminan sihat akal..! tapi sebaliknya Bung membuktikan baha...

AFC CUP : Harimau Selatan 
ke pusingan kalah mati

14 April 2016 12:29 AM



PENYERANG JDT, Safee Sali (dua dari kanan) cuba melepasi pertahanan lawan dalam perlawanan Piala AFC menentang Lao Toyota di Stadium Nasional, Vientiane, malam tadi. JDT menang 4-1. GAMBAR JOHOR SOUTHERN TIGERS

KUALA LUMPUR 13 April – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Lao Toyota FC 4-1 dalam aksi keempat Kumpulan H Piala AFC di Stadium Nasional Vientiane, Laos, malam ini.

Biarpun turun tanpa kelibat kapten Safiq Rahim, dan jawatan itu diisi pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, namun skuad Harimau Selatan masih mampu meraih kemenangan keempat berturut-turut, sekali gus mengungguli Kumpulan H dengan pungutan mata 12 maksimum.

Terdahulu, JDT ketinggalan apabila sepakan percuma Phatthana Syvilay menerjah masuk ke dalam gawang gol pasukan pelawat ketika empat minit sebelum wisel rehat dibunyikan.

Tersentak daripada itu, Harimau Selatan bangkit di babak kedua dengan membalas empat gol bermula dengan jaringan penyamaan hasil sepakan penalti Safiee Sali pada minit ke-47 sebelum ditambah oleh Fadhli Shas, 18 minit berselang.

Bagaikan belum puas dengan kelebihan tersebut, JDT bertindak menambah dua gol menerusi Amri Yahyah pada minit ke-77 dan Jorge Pereyra Diaz (minit ke-82).

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-selatan-8232-ke-pusingan-kalah-mati-1.259637#sthash.YfaiFVUo.dpuf

Tuesday 12 April 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: PANASSS .... Bahagian Kedua Wawancara Bersama Tony...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: PANASSS .... Bahagian Kedua Wawancara Bersama Tony...: Semalam meletup isu 1MDB bila IPIC beri kenyataan resmi di London Stock Exchange bahawa Aabar Investments PJS Ltd ( Aabar BVI ) TIDAK AD...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tony Pua Bersuara .... Lagi ! Sain Bodoh Pun Najib...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tony Pua Bersuara .... Lagi ! Sain Bodoh Pun Najib...: Sejak hari pembentangan laporan 1MDB oleh PAC lagi Tony Pua tak berhenti bercakap ! Mujur jugalah kerana jika bukan kerana suara beliau...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: BOM Dari IPIC - Aabar Investments PJS Ltd BUKAN Mi...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: BOM Dari IPIC - Aabar Investments PJS Ltd BUKAN Mi...: IPIC - LSE Akhirnya ....... BUKTI yang dinanti2kan sudah tiba dari IPIC sendiri ! Penafian oleh Ipic dan Aabar melalui kenyataan akhba...

RIDHUAN TEE: 26 Sifat Ultra Kiasu

RIDHUAN TEE: 26 Sifat Ultra Kiasu: 26 Sifat Ultra Kiasu (Sinar Harian 11.4.16) Parti ultra kiasu membuat laporan polis melarang saya menggunakan istilah yang sering digun...

Monday 11 April 2016

Wednesday 6 April 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib Guna Jakel Untuk Tujuan Derma ya ........

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib Guna Jakel Untuk Tujuan Derma ya ........: Semalam ramai yang memetik artikel dari Mykmu mengenai 'pencerahan' US$14 juta atau RM55 juta yang didakwa oleh WSJ sebagai tela...

Putra Merdeka: HOT ~ Mengaku Pun..!

Putra Merdeka: HOT ~ Mengaku Pun..!: Secara tak langsung mengaku betul la apa yang diperkatakan oleh akhbar akhbar dunia tu..! Mengakui la bahawa duit duit tu memang ada..! ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kalau Sendiri Sudah Tidak Punya Maruah Untuk DiPer...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kalau Sendiri Sudah Tidak Punya Maruah Untuk DiPer...: FMT Tu dia .... abam kita dah marah .... Bukan saja WSJ, tapi sesiapa saja yang ada menggunakan / menyebarkan laporan WSJ dalam isu RM...

Putra Merdeka: Nah..! Ambik Kau..!

Putra Merdeka: Nah..! Ambik Kau..!: Penyelamat dituduh perosak..! perosak dipuja sebagai wira..! Gila apa ni...! Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpu...

Monday 4 April 2016

Putra Merdeka: PANAS ~ Akhirnya Mahathir Mengakui Najib Betul..!

Putra Merdeka: PANAS ~ Akhirnya Mahathir Mengakui Najib Betul..!: Jangan tersedak dedak dulu..! Baca dan fahamkan..! NAJIB TERBUKTI BETUL 1. Menurut laporan akhbar, siaran ABC mengesahkan dana ...

FA CUP : Gomez masih belum puas hati

AZIZI MAJID | 04 April 2016 12:11 AM



PENYERANG JDT, Jorge Pereyra Diaz meraikan jaringan pertamanya ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. UTUSAN/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menepati ramalan layak ke separuh akhir Piala FA memberi peringatan awal kepada tiga pasukan lain yang turut mara setelah berjaya membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Turun selaku pe­nyandang juara Piala AFC dan Liga Super musim lalu, JDT dilihat berada di landasan terbaik untuk menyapu bersih kejuaraan domestik musim ini.

Bagaimanapun, pengendali JDT, Mario Gomez enggan memikirkan mengenai prospek skuadnya mendominasi kesemua pertandingan, malah mengingatkan anak buahnya jangan terlalu cepat berpuas hati dengan prestasi mereka kerana masih ada kekurangan dari segi taktikal yang perlu diperbaiki.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan mutu persembahan kesemua pemain namun masih ada kekurangan dari segi taktikal yang perlu diberi perhatian segera.

“Pada separuh masa pertama, pemain kami berjaya mengawal permainan namun masuk babak kedua pemain agak hilang rentak sehingga membolehkan PDRM memperoleh dua gol berturut-turut.

“Perkara itu adalah normal, saya juga sering mengingatkan kepada pemain untuk tidak terlalu memaksa diri kerana faktor tersebut boleh mengakibatkan perubahan corak permainan,” katanya selepas perlawanan.

Selepas menang tipis 1-0 dalam suku akhir pertama bulan lalu, Jorge Pereyra Diaz memastikan JDT mendahului PDRM setelah menjaringkan gol pada minit ke-15 dan 28 sebelum kapten Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-40 diikuti jaringan Aznie Taib tiga minit sebelum tamat babak pertama perlawanan.

The Cops menggandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula dan memperoleh dua gol berturut-turut pada minit ke-49 dan 62 menerusi Andrea Francisco Williams dan Ahmad Nizam Mohd. Rodzi.

Tersentak dengan dua gol berturut-turut pasukan pelawat, JDT menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol kelima menerusi gerakan solo Juan Martin Lucero pada minit ke-66 untuk JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 6-2.

Dalam pada itu, Gomez me­ngakui kecederaan pemain yang menjadi tonggak dalam JDT sedikit mencacatkan permainan secara keseluruhan.

“Ketiadaan Junior Eldstal memang dirasakan, bagaimanapun kami cuba untuk mengubah cara permainan dan memasukkan pemain gantian yang dirasakan sesuai untuk mendapatkan rentak sebenar kami,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-masih-belum-puas-hati-1.208352#sthash.2kUd2Bku.dpuf