Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Wira muda Belgium



DIVOCK Origi (kanan) meraikan jaringannya menentang Rusia dengan rakan sepasukan, Kevin Mirallas dalam dalam saingan Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, pagi ini. Belgium menang 1-0 dan layak ke pusingan kedua. - AFP
DIVOCK Origi muncul penjaring termuda Belgium pada Piala Dunia apabila jaringan dramatiknya, dua minit sebelum tamat permainan membantu pasukannya menundukkan Rusia 1-0 pagi ini dan mara ke pusingan kedua, pagi ini.

Baru berusia 19 tahun, Origi membawa Red Devils menerajui Kumpulan H dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-88, berpunca daripada gerakan cantik Eden Hazard.

Walaupun Rusia lebih banyak menyerlah dengan mengancam kubu Belgium, gerakan kelas dunia yang direncanakan pemain Chelsea, Hazard, yang bergerak ke bahagian tepi membuka ruang kepada Origi, pemain kelab Perancis, Lille yang mudah menolak masuk bola ke gawang Rusia.

Jaringan itu membuatkan seluruh pemain dan pengawai termasuk jurulatih, Marc Wilmots melompat kegembiraan.

“Kenapa kami begitu baik dalam tempoh 10 minit terakhir? Jawapannya cukup mudah, lawan kami kepenatan dan semua boleh lihat Rusia kelihatan letih dan itu membuka ruang buat kami melakukan serangan balas.

“Sekarang detik buat pemain berpesta dan mereka berhak menikmati kejayaan ini, namun esok fokuskan kembali kepada aksi Piala Dunia, " kata Wilmots.

Selepas seri 1-1 dengan Korea Selatan, Rusia mempersembahkan antara aksi yang cukup baik dan dominan berbanding Belgium di hadapan 73,819 penonton di Stadium Maracana.

Malah, Belgium boleh dikira bernasib baik kerana menamatkan babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan kerana pada minit ke-26, tindakan pertahanan, Toby Alderweireld yang mengasari Maksim Kanunnikov tidak diendahkan oleh pengadil.

Dalam perlawanan yang turut disaksikan oleh Raja Belgium, King Philippe, sepakan percuma yang diambil pemain gantian, Kevin Mirallas, mengenai palang pada minit ke-84 dan sejak detik itu, mereka ternyata begitu bersemangat mendapatkan jaringan kemenangan.

Akhirnya jaringan yang dicari menjelma empat minit kemudian apabila Hazard yang berjaya masuk sehingga ke sebelah kiri tepi pintu gol melakukan hantaran kepada Origi untuk menewaskan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev.

“Tiada siapa boleh meramalkan perkara ini boleh terjadi, " kata Origi yang menggantikan nama Christian Benteke dalam skuad 23 pemain selepas penyerang Aston Villa itu mendapat kecederaan Achilles pada April lalu.

Origi memang dikenali sebagai pemain berbakat besar kerana cukup menyerlah dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Jurulatih Rusia, Fabio Capello merasakan keputusan itu sesuatu yang tidak adil dan pasukannya berhak membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Kami melakukan beberapa kesilapan dalam aspek hantaran dan pemain terlalu cepat melakukan percubaan, keputusan ini tidak adil, namun hakikatnya kami kalah, " kata Capello.

Tiga mata yang diraih Red Devils meletakkan mereka mendahului dengan enam mata dan hanya memerlukan seri dalam perlawanan terakhir untuk muncul juara kumpulan.

Pasukan itu akan bertemu Korea Selatan yang tewas 2-4 kepada Algeria dalam satu lagi perlawanan, pagi ini.

Hanya satu berita buruk buat Belgium apabila tonggak pertahanan, Thomas Vermaelen mengalami kecederaan lutut.

No comments: