Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 24 June 2014

WORLD CUP 2014 - AS perlu baiki kesilapan - Klinsmann



Juergen Klinsmann kesal kerana pasukannya melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan sehingga memberi peluang kepada Portugal menghasilkan gol penyamaan 2-2. - AFP
MANAUS - Membuka laluan kepada Portugal mencuri mata di hujung perlawanan memberi satu tamparan hebat buat Amerika Syarikat, dan jurulatihnya, Juergen Klinsmann, berharap mereka dapat memperbaiki kesilapan itu sebelum bertemu Jerman.

Klinsmann berkata, para pemainnya dihormati pasukan lawan setelah mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam persembahan mereka menjelang pertembungan dengan pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali di Recife pada Jumaat ini yang mana mereka hanya memerlukan satu mata bagi menjamin tiket ke pu­singan 16 pasukan akhir.

"Kami amat gembira kerana berjaya mengumpul empat mata daripada dua perlawanan. Namun, melepaskan gol pada penghujung permainan satu hakikat pahit yang terpaksa kami telan. Kami berasa amat yakin selepas berjaya mendahului lawan," kata Klinsmann.

Keputusan seri 2-2 dengan Portugal semalam meletakkan AS di tangga kedua, berkongsi empat mata dengan Jerman tetapi ke­tinggalan dari segi jaringan. Portugal menghuni tempat ketiga setelah mengutip satu mata, begitu juga dengan Ghana, dan berdepan tugas berat untuk ke peringkat kalah mati.

"Detik tersebut amat beremosi untuk kami, para pemain, dan juga penyokong, tetapi kami perlu melupakan segera kekecewaan itu. Portugal berada di tangga tercorot (Kumpulan G), kami perlu segera bangkit untuk persediaan menentang Jerman," kata Klinsmann.

Klinsmann, yang pernah memenangi Piala Dunia sewaktu bergelar pemain pada 1990, memuji ketepatan hantaran lintang Ronaldo yang membolehkan gol penyamaan dihasilkan selain menyaksikan beberapa kesilapan dilakukan AS.

"Gol selalunya terhasil apabila berlaku kesilapan berulang, dan walaupun kami mempunyai tiga pertahanan tengah di atas padang, mereka masih gagal menghalang hantaran lintang yang dilakukan Ronaldo, dan ia merupakan satu hantaran lintang yang bagus," kata Klinsmann.

Walaupun, hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri pada perlawanan menentang Jerman untuk layak ke pusingan kalah mati buat kali keempat dalam tujuh penyertaan terakhir pada Piala Dunia, Klinsmann berkata, AS tetap menyasarkan kemenangan pada pertemuan itu nanti.

"AS dikenali sebagai sebuah pasukan yang akan bermain sepenuh hati dalam setiap perlawanan. Kami memiliki semangat juang, serta keyakinan yang tinggi untuk memenangi setiap perlawanan, dan sebab itu kami akan memastikan kemenangan menjadi milik kami pada pertemuan menentang Jerman," katanya.

Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak menjangka akan menerima panggilan telefon daripada sahabatnya, Joachim Loew yang merupakan pengurus Jerman, dan pernah menjadi pembantu Klinsmann sewaktu dia membimbing skuad negaranya menduduki tempat ketiga ketika Jerman bergelar tuan rumah pada Piala Dunia 2006.

"Biasanya tiada panggilan te­lefon sebegini. Kami bersahabat baik, tetapi kami berada di sini untuk menjalankan tugas masing-masing. Sekarang bukan masanya untuk menerima panggilan daripada seorang sahabat," katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140624/sl_06/AS-perlu-baiki-kesilapan---Klinsmann#ixzz35VmzXjWV  © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: