30 Mei 2016 1:07 AM
LEWIS HAMILTON meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Monaco, semalam. REUTERS
MONACO 29 Mei – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton merangkul kemenangan pertama musim ini dalam Grand Prix Formula Satu (F1) Monaco yang berlangsung penuh dramatik, di mana rakan sepasukannya, Nico Rosberg diarah ketepi, manakala peluang Daniel Ricciardo untuk memenangi perlumbaan dirosakkan oleh pasukan Red Bull.
Tuah akhirnya menyebelahi juara dunia tiga kali, Hamilton dalam saingan yang cukup mencabar ekoran permukaan trek basah, yang menyaksikan Rosberg terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tangga ketujuh dengan ketinggalan 93.2 saat.
Walaupun memulakan perlumbaan dari petak depan buat kali pertama dalam kariernya, Ricciardo terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan selaku naib juara ekoran kesilapan yang dilakukan pasukannya dalam hentian pit kedua.
Melengkapkan kedudukan podium tempat ketiga adalah pelumba Mexico, Sergio Perez daripada pasukan Force India.
“Saya selalu berdoa untuk mendapat hari seperti ini, jadi saya rasa benar-benar diberkati,” kata Hamilton yang bergelut dengan masalah tekanan bahan api dalam pusingan kelayakan sehingga meletakkannya pada petak ketiga permulaan.
Kereta keselamatan dipanggil pada permulaan perlumbaan susulan hujan lebat, dan sejurus saingan disambung, berlaku beberapa insiden pelanggaran, selain kesilapan yang dilakukan krew pasukan Ricciardo.
Sebaik sahaja keluar daripada keretanya, Hamilton disambut oleh penyanyi pop Kanada, Justin Bieber yang mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangannya.
Pada ketika Hamilton meraikan kemenangan yang cukup menakjubkan, Ricciardo pula merasakan kejayaannya seperti dirompak pasukan sendiri apabila dipanggil memasuki hentian pit sedangkan tayar belum disediakan.
“Ia sangat teruk. Saya dipanggil masuk ke pit, jadi mereka sepatutnya sudah bersedia.
“Tiada kata-kata yang boleh menjadikan keadaan bertambah baik,” kata pemandu Australia itu.
Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dari Ferrari menduduki tempat keempat, manakala rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen gagal menamatkan saingan ekoran sayap depan patah. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-juarai-perlumbaan-8232-dramatik-monaco-1.336377#sthash.atG6pE5o.dpuf
3 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
ANDA PERLU PINJAMAN A TODAY
Memerlukan pinjaman yang cepat, mudah, selamat dan terjamin?
Anda berada satu langkah lagi untuk Wang anda!
pinjaman cepat dan fleksibel!
Permohonan diterima 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ia mengambil masa hanya tiga langkah mudah
1) Pilih jumlah dan tempoh pinjaman anda
2) Lengkapkan permohonan anda
3) Dapatkan wang anda dalam beberapa minit!
Kami boleh memberi jaminan perkhidmatan kewangan yang terbaik berpengalaman & profesional!
Mesej ini ditujukan untuk anda!
Peti masuk saya jika anda berminat
Jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi kakitangan yang bertanggungjawab untuk pinjaman
pemprosesan melalui hubungan di bawah
Whatsapp +13176681073
atau sila membalas e-mel
idaghehernadez@gmail.com
Saya baru saja mengajukan Pinjaman Mobil dari Pak Pedro dan perusahaan pendanaan investasinya dan Pinjaman Tanpa Subsidi. Setelah melakukan riset terhadap berbagai pemberi pinjaman, saya memilih Discover karena mereka tampaknya menawarkan beberapa manfaat terbaik di pasar (saat ini) dengan tingkat suku bunga 2%. Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com melalui whatsapp: +393510140339. untuk mengajukan segala jenis pinjaman.
Post a Comment