Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 24 June 2014

WORLD CUP 2014 - Pasukan Asia tenggelam di Brazil



Carlos Queiroz berkata negara Asia melakukan kesilapan kerana cuba mengikut modul negara Eropah dalam program pembangunan pasukan kebangsaan masing-masing.

BRASILIA - Lapan perlawanan yang melibatkan pasukan dari Asia sudah berlalu namun masih belum ada yang memena­ngi satu perlawanan pun, sekali gus telah menunjukkan kepincangan di bahagian kejurulatihan dan pentadbiran terhadap pasukan dari benua tersebut.

Australia terkeluar daripada persaing­an selepas kalah dua perlawanan awal di peringkat kumpulan manakala Jepun, Iran dan Korea Selatan bakal mengikut jejak Socceroos apabila hanya memperolehi satu mata hingga kini.

Sekiranya ini terjadi, Asia merupakan satu-satunya benua daripada lima Konfederasi FIFA yang bersaing di Brazil tidak mempunyai pasukan di peringkat kalah mati.

"Pasukan Asia membuat kesilapan yang sama dari semasa ke semasa, ini menyebabkan mereka tidak akan mampu untuk setaraf dengan pasukan Eropah mahu pun Amerika Selatan," kata pengurus Iran, Carlos Queiroz kepada wartawan.

"Ini adalah disebabkan sistem pertandingan, latihan dan organisasi. Awak tidak boleh meniru Eropah sebab awak mungkin fikir awak menyamai mereka tetapi mereka satu langkah di hadapan kerana mereka juga berkembang.

"Namun para pegawai (persatuan bola sepak kebangsaan) berterusan meniru Eropah dan tahun demi tahun jurang perbezaan semakin tinggi. Amat menyedihkan kerana 60 peratus daripada duit dalam bola sepak da­tang dari Asia dan keadaan mereka sangat mendukacitakan," katanya.

Juara Asia, Jepun mempamerkan aksi yang hambar di Brazil walaupun telah melabur besar dan perkembangan positif yang berlaku dalam liga domestik negara itu, J-League.

"Saya berharap Jepun melakukan yang terbaik di atas padang kerana mereka berkebolehan untuk melakukannya," kata Steve Darby yang pernah menjadi jurulatih di serata Asia bermula dari Australia hingga Bahrain.

"Jepun mempunyai matlamat jangka panjang, tidak seperti di kebanyakan negara yang hanya mempunyai misi jangka pendek, seperti mempunyai liga domestik yang bagus dan disokong secara sistematik oleh program pembangunan belia.

"Jarang kelihatan posisi jurulatih diwujudkan di dalam pembangunan belia kerana itu merupakan peranan yang penting dalam pembentukan pasukan bola sepak," katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140624/sl_05/Pasukan-Asia-tenggelam-di-Brazil#ixzz35Vl10Slu  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: