Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 17 May 2013

SEPATUTNYA DARI DULU DAH DIBUAT...

SPR lapor polis tuduhan pembangkang

KUALA LUMPUR 16 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus.

Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil.

Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.

Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu.
 

TERIMA KASIH CIKGU

Guru perlu komited didik anak bangsa
TOKOH Guru Kebangsaan 2013 dari kiri) Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Noor Rezan Bapoo Hashim, Jacob Mathews dan Freida Mohd. Pilus gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah tertinggi pendidikan negara sempena perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.

Penerima anugerah tersebut ialah Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan); Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Jacob Mathews (Tokoh Guru Kebangsaan) dan Datuk Freida Mohd. Pilus (Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan).

Kesemua mereka menerima medal, sijil dan hadiah penghargaan yang disampaikan oleh Muhyiddin dalam acara penuh gilang-gemilang.

Noor Rezan yang ditemui wartawan selepas majlis berkenaan berkata, anugerah itu adalah penghargaan buat semua guru dan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat mahupun mengalah.‘‘Saya berterima kasih kepada kerajaan ke atas pengiktirafan yang diberikan ini. Bagi saya, guru adalah pendidik sepanjang hayat.

‘‘Jika seorang guru melakukan kesilapan dalam mendidik, mereka akan merosakkan generasi bangsa negara ini," katanya dekat sini hari ini.

Noor Rezan merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan telah dilantik sebagai Penasihat Pendidikan bagi Khazanah Nasional Berhad pada 2011, selain memegang pelbagai jawatan memperkasa pendidikan negara. Beliau pernah dianugerahkan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan pada tahun lalu.

Sementara itu Wan Hamzah berkata, guru kini lebih mencabar berbanding dahulu yang mana menuntut pendidik menguasai pelbagai bidang untuk melonjakkan kemampuan pelajar dalam persaingan yang semakin membesar.
‘‘
Anugerah ini satu tanggungjawab yang perlu diteruskan. Saya akan terus memberikan segala idea dan bantuan untuk merangsangkan profesion perguruan ke tahap lebih tinggi," ujarnya. Wan Hamzah merupakan bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bahru, Kelantan.

Bagi Jacob yang turut menerima anugerah yang sama memberitahu, profesion perguruan ini memerlukan kesabaran dan dedikasi yang tinggi, apatah lagi dunia pendidikan kini jauh berbeza berbanding dahulu.

‘‘Apa yang manis adalah melihat semua anak didik saya berjaya dalam pelbagai bidang dan itu adalah hadiah terbaik buat saya sebagai warga pendidik," katanya yang pernah menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok, Selangor.

Manakala Rabiah pula memberitahu, pendidik harus terus berdedikasi dan mampu mendidik anak bangsa dengan lebih cemerlang pada masa depan.
‘‘
Ini adalah tugas hakiki kita bagi memastikan anak muda berjaya dalam mencapai cita-cita mereka. Tugas guru adalah pencetus kepada kejayaan anak-anak bangsa," kata bekas Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, Freida berkata, semua guru perlu sentiasa berdedikasi dan meletakkan setiap anak didik itu sebagai aset berharga untuk negara.
‘‘
Saya juga berazam untuk menubuhkan pusat pendidikan guru bagi melatih dan memberikan ilmu kepada mereka supaya ada dalam kalangan pendidik ini menjadi tenaga pengajar khususnya di sekolah swasta," katanya yang juga pengasas Sekolah Sri Cempaka, Kuala Lumpur.
 
KOMEN : JANGAN IKUT PERANGAI CIKGU YANG AJAR ANAK MURID DIA KENCING BERLARI SEBAB DIA SENDIRI KENCING BERDIRI...

SELAMAT HARI GURU

Gabung tindakan tepat - TPM

MUHYIDDIN Yassin melakukan gimik Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi. Turut kelihatan dari kiri Abdul Ghafar Mahmud, Idris Jusoh, Mohamad Hasan, Mary Yap Kain Ching, P. Kamalanathan dan Dr. Rosli Mohamed. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN 16 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung adalah satu keputusan tepat.

Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.

Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja bagi penggabungan dua kementerian.

Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

''Dengan penggabungan kedua-dua kementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.

''Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara," kata beliau ketika melancarkan sambutan Hari Guru kali ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Sambutan Hari Guru kali ke-42 tahun ini membawa tema, Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda, sekali gus mencerminkan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi berkata, setiap institusi pendidikan dalam negara ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab.

Sementara itu, Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru di Lahad Datu, Sabah ketika berhadapan dengan situasi pertempuran serangan pengganas Kiram, baru-baru ini.

"Saya mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Cikgu Saabi Hasin dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Buani Lahad Datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan dan minum mereka.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada dalam kawasan pertempuran dan mengajar murid dari sekolah berlainan," katanya di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini malam tadi.

Justeru kata Muhyiddin, ini adalah contoh guru yang disanjung tinggi.
 
KOMEN : CONTOH GURU YANG TAK PATUT DI IKUTI... CIKGU SAMSUDDIN DAN YANG MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG...

Najib pengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu


NAJIB Tun Razak mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Persekutuan 2013 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama bersama barisan Kabinet baharu yang diumumkan semalam, di Bangunan Putra Perdana di sini hari ini.

Dalam mesyuarat itu Perdana Menteri memberi amanat, nasihat dan suntikan semangat kepada barisan menteri agar memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Mesyuarat itu bermula pada pukul 3.20 petang dan berterusan sehingga 5.30 petang.

Turut serta ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Terdahulu, Najib bersama barisan Kabinet turut bergambar kenangan.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan pelantikan seramai 30 menteri dan 27 timbalan menteri, dengan 24 kementerian, terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.

Terdahulu pada sebelah pagi, kesemua anggota Kabinet baharu yang diumumkan itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur. - BERNAMA


TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA MEREKA

Ismail serah tugas KPN kepada Khalid
ISMAIL Omar (kiri) bersalaman dengan Khalid Abu Bakar ketika menyerahkan dokumen serah tugas di Pulapol, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mei - Tan Sri Ismail Omar hari ini secara rasmi menyerahkan tugas selaku Ketua Polis Negara (KPN) kepada penggantinya, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Penyerahan Tugas dan Perbarisan Perpisahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini.

Ismail turut melahirkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui pasukan keselamatan tersebut sejak 2011.

"Saya telah menjalankan tanggungjawab saya selama memegang jawatan sebagai KPN sehingga mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan kadar jenayah.

"Saya yakin pengganti saya, Tan Sri Khalid mempunyai perancangan untuk 2013 dalam usaha mengekalkan keamanan negara," katanya.

Pada majlis sama, Khalid turut menyerahkan tugasnya selaku Timbalan KPN kepada Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Ditanya pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang tempoh dua tahun perkhidmatannya, Ismail memberitahu, insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah sudah pasti akan terpahat di dalam ingatannya.

"Peristiwa pencerobohan Lahad Datu akan menjadi pengalaman memandangkan berlaku ketika saya masih lagi memegang tampuk tertinggi PDRM.

"Tambahan pula, kami terpaksa berhadapan dengan tindakan jahat pengganas yang nyata telah mencemar kedaulatan negara," katanya lagi.
 

Thursday, 16 May 2013

MASIH NGAKU DIA MENANG...

Bertegas terhadap Ketua Pembangkang

Sebahagian wakil NGO membuat bantahan berhubung perhimpunan haram anjuran Anwar Ibrahim selepas membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 15 Mei - Kerajaan khususnya polis digesa bertindak tegas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghentikan keghairahannya meneruskan perhimpunan haram kerana dikhuatiri boleh menimbulkan malapetaka bagi rakyat dan negara.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, sudah tiba masanya Ketua Pembangkang yang cuba mengapi-apikan penyokongnya ditahan sebagai langkah pencegahan awal daripada menjadi tidak terkawal dan menggugat keselamatan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Terengganu, memberitahu, tindakan tegas itu penting bagi memastikan keamanan serta ketenteraman di negara ini terus kekal dengan rakyat berbilang kaum hidup aman.

Malah, katanya, tindakan seumpama itu juga dianggap rasional memandangkan pihak berkuasa Singapura turut menangkap mereka terlibat dalam demonstrasi serupa yang diadakan di republik berkenaan baru-baru ini.

"Kita harap kesalahan mereka boleh dikaitkan dengan hukuman kesalahan pada Seksyen 9(5) APA 2012, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas mengetuai kumpulan yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Kumpulan itu disertai wakil-wakil daripada TIBAI, Perkasa, Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida) serta kelab motosikal, Terengganu '71 Club.

Yang turut hadir, Pengerusi Pekida Daerah Kuala Terengganu, Ahmad Shukri Abdullah dan Presiden Terengganu '71 Club, Mohd. Rifat Che Azmy.

MASIH ADAKAH UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

'Hishamuddin Rais ancam keselamatan'

HISHAMUDDIN RAIS

KUALA LUMPUR 15 Mei - Perbuatan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais menghasut rakyat untuk mengadakan rusuhan jalanan Sabtu ini tidak boleh dibiarkan kerana tindakan itu jelas mencabar keluhuran Perlembagaan serta mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah yang cuba diambil oleh Hishamuddin itu sememangnya amat berbahaya dan pihak polis wajar bertindak segera.

Hakikatnya beliau berkata, undang-undang negara telah dipermain-mainkan dan dimomok sesuka hati sehingga ke peringkat mencabar Yang di-Pertuan Agong.

"Saya amat kenal Hishamuddin ini. Dia pernah lari ke luar negara semasa kebangkitan pelajar pada tahun 1970 atas isu kemiskinan rakyat Baling, Kedah.

"Bertahun lari ke luar negara dan memburukkan nama baik Malaysia di negara yang memberikan suaka politik kepadanya. Dia ini jenis baling batu sembunyi tangan. Kembali ke tanah air dengan selesa tanpa diambil apa-apa tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan berita tentang niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu dengan bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Hishamuddin ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Ibrahim berkata, Hishamuddin kembali ke tanah air semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Sebenarnya tindakan Hishamuddin menghasut rakyat dengan cara mencabar undang-undang akan memberikan kesan negatif yang mana rakyat tidak akan menghormati undang-undang," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam di peringkat ini wajar bertindak tegas dengan segera.

"Cegah sebelum keadaan lebih buruk dan tidak terkawal. Jangan disebabkan nila setitik, rosak seluruh negara.

"Jenis manusia tidak tahu bersyukur dan tidak hormat undang-undang negara wajar diajar secukupnya," katanya.
 

Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!



 
 
 
SALAM sejahtera saudaraku semua. Salam sejahtera juga kepada kawan-kawanku Orang Asli, Pribumi, Cina, India dan seluruh rakyat negara tercinta ini.
Salam sejahtera juga kepada barisan Kabinet baru Najib 2013.

Satu barisan kepemimpinan negara yang kita semua harapkan menjadi satu Kabinet, Wow Factor!

Maka, terpulanglah kepada Perdana Menteri Najib menggunakan segala kebijaksanaan beliau membentuk barisan hebatnya, yang bakal membuatkan semua orang - kawan dan musuh - yang melihat Kabinet itu terpegun!

Ingatlah PRU-14 tidak lama lagi. Hari bersilih hari terlalu cepat kini. Persiapan harus bermula saat ini, bukan esok atau lusa.

Kabinet ini haruslah yang terhebat!

TENGAH HARI semalam saya keliling satu Shah Alam untuk membeli satu barang mudah. Sarung untuk telefon baru saya. Sarung telefon sahaja. Alah, bukan saya nak beli enjin roket, tetapi sarung telefon sahaja.

Saya nak beli di Shah Alam, yang kononnya bandar raya hebat orang Melayu di Malaysia ini. Kebetulan saya menghuni di situ.

Takkan orang Melayu tak mampu menjual sarung telefon? Saya tak percayalah. Saya tak percaya tiada orang Melayu yang tidak mampu menjual sarung telefon itu.

Satu kedai ke satu kedai saya nak cari kedai budak Melayu menjual sarung telefon. Bukan nak cari Melayu tukang jual, tapi nak cari kedai Melayu yang menjual sarung telefon.

Akhirnya saya putus asa. Saya terpaksa beli di kedai milik kawan kita orang Cina.

Harganya bukan harga enjin roket, harganya hanya RM50. Semasa membayar hati saya menyentap. Tiadakah bangsa aku menjual sarung telefon ini?

Kerajaan, kononnya menyediakan pelbagai kemudahan kepada bangsa aku, sehingga kaum lain menjadi jaki dan sakit hati, tapi mana dia hasilnya?

Aku teriak dalam hati. Aku menangis dalam hati. Tak mampukah bangsa aku membuka kedai di Shah Alam Mall misalnya untuk menjual sarung telefon, jika bukan telefon itu sendiri pun. Lagi pun muka-muka yang membeli semuanya muka bangsa aku.

Jual kulit dan sarung telefon cukuplah. Jika bukan telefon-telefon canggih yang sudah menjadi bahan kegunaan ‘ruji’ sekarang ini, sarungnya pun cukuplah.

Maka terfikirlah aku, itu fasallah orang lain sudah memikirkan untuk menguasai kuasa politik pula sekarang, setelah kuasa ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh mereka.

Sektor peruncitan dan pemborongan sudah dikuasai (sepenuhnya) oleh mereka.

Jika kita nak mula berniaga sarung telefon mungkin orang Melayu, bangsa aku akan mati kerana tidak mampu menandingi harga.

Kedai Cina boleh jual RM50 atau lebih murah kerana mereka mendapat harga borong daripada bangsa mereka sendiri dengan harga yang murah.

Kedai Melayu mungkin terpaksa menjual RM70 kerana mendapat bekalan borong daripada pemborong Cina dengan harga yang lebih mahal.

Jika kedai Cina dan kedai Melayu berada sebelah menyebelah, maka mati dengan natural-lah kedai Melayu itu. Tak perlu belajar ekonomi yang tinggi-tinggi untuk memahaminya.

Mana dia anak-anak bangsa aku. Mana dia agensi-agensi kerajaan yang kononnya mahu membantu anak-anak Melayu itu.

Sudahlah kuasa politik mahu dirampas orang, kuasa ekonomi pun dipisahkan antara bumi dan langit tujuh lapis.

Apa kata, mulai hari ini kita tukar sedikit pendekatan kita. Kita kuasai pula ekonomi. Kita gempur ekonomi mereka.

Wujudkan rangkaian peruncitan dan pemborongan kita. Wujudkan semula segera, Kementerian Pembangunan Usahawan dengan political will berasaskan jihad ekonomi!

Ayuh kita berjihad menguasai ekonomi. Jangan benarkan mereka monopoli. Kita pecahkan monopoli mereka. Wujudkan lima jutawan kita dalam setiap lima tahun atau 1.5 juta jutawan Melayu kita setiap tahun.

Kita harus kuasai ekonomi. Lahirkan ratusan penjual sarung telefon kita. Wujudkan lebih banyak Plaza Pudu dan Plaza Low Yat milik Melayu, yang menjual borong barang-barang perkakasan komputer.

Ayuh bangkitlah bangsaku. Ayuh kita kuasai ekonomi pula. Kita kuasai kedai-kedai hardware, kedai-kedai runcit, kedai-kedai kopitiam, kedai-kedai pakaian ternama, kedai-kedai kasut, kedai-kedai tayar, kedai-kedai alat ganti kenderaan dan lain-lain.

Sembilan daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Itu bukan kata saya yang hina ini, itu sunnah Rasulullah SAW!
 

Konon kerajaan naikkan harga barangan asas





KUALA LUMPUR 15 Mei - Kumpulan tentera siber yang dipercayai ditaja DAP, 'Red Bean Army' kini bertungkus lumus menyebarkan berita palsu di internet kononnya kerajaan telah menaikkan harga barangan asas seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti bagi menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan.

Menurut beberapa blog, dakyah kumpulan itu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah berhasil membuatkan pengguna internet berasa marah kepada kerajaan, sekali gus mempercayai kononnya pakatan pembangkang merupakan pentadbir yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Pengendali blog tun faisal dot com sebagai contoh, mendedahkan empat penipuan pembangkang tentang kenaikan harga gula yang tidak benar kecuali jika dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini.

Dua lagi penipuan katanya, termasuk oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali.

Syed Azman didapati menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas itu di akaun Twitternya pada Khamis lalu yang kemudiannya di tweet semula oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Rakyat yang naif dan mempercayai mereka, hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini.

"Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juga turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia," katanya di http://tunfaisal.blogspot.com Sabtu lalu.

Blog The Flying Kick pula mendakwa kenaikan harga barang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh pekedai yang menyokong pembangkang memang berlaku sebagai sabotaj terhadap kerajaan.

Katanya, peruncit tersebut kebanyakannya kaum Cina dan bukan dalam kalangan Melayu yang masih bersama UMNO dan BN.

"Malaysia sekarang ini sedang dilanda demam fitnah yang berterusan. Kepala fitnah utamanya adalah Anwar Ibrahim. DAP pula membantu dari belakang dengan menyediakan kemudahan media dan penerangan," katanya.

Disebabkan dakyah dan manipulasi berita palsu oleh Red Bean Army di internet, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terpaksa membuat penjelasan harga produknya tidak dinaikkan.

Gerakan terancang kumpulan tersebut dilihat bertujuan menguatkan hujah mereka apabila sering menuduh kerajaan akan menaikkan harga barang selepas pilihan raya diadakan.


Kabinet gabungan



Najib Tun Razak menunjukkan fail yang mengandungi senarai Kabinet sambil diperhatikan Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Kabinet 2013 di Putrajaya, semalam. - Utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini sebagai Kabinet berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda.

Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu tersebut mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.

"Selain memberi tumpuan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, isu-isu seperti integriti dan rasuah akan diberi tumpuan oleh Kabinet yang baharu," katanya dalam sidang akhbar khas pengumuman Kabinet baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Sidang akhbar itu dihadiri lebih 100 pemberita dan jurukamera daripada media tempatan dan antarabangsa.

Najib percaya, anggota Jemaah Menteri yang berpengalaman sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri sebelum ini akan menyumbang kesinambungan kepada pembangunan negara.

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Beliau berkata, kumpulan teknokrat yang dilantik pula akan menyumbang kepakaran khusus terutamanya mencetus idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan.

"Selain memiliki kebolehan, golongan muda (dalam Kabinet) juga akan membawa cita rasa orang muda kepada pertimbangan kerajaan," katanya.

Antara pemimpin berpengalaman yang dinamakan semula dalam barisan Kabinet baharu ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan tokoh pendidik, Datuk Mary Yap (Timbalan Menteri Pelajaran) dilihat sebagai golongan teknokrat yang mampu menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pula merupakan antara orang muda yang menganggotai Kabinet.
 

Tuesday, 14 May 2013

Ini perintah Allah - Hafiz





KUALA LUMPUR 13 Mei - Seruan perpaduan antara UMNO dan Pas wajib disahut para pemimpin kedua-dua parti itu kerana merupakan perintah Allah SWT selain sunah Rasulullah SAW.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pemimpin kedua-dua parti terutamanya Pas tidak boleh menafikan seruan itu kerana terdapat ayat-ayat al-Quran yang mengajak umat Islam ke arah tersebut.

Selain itu, menurut beliau, terlalu banyak hadis yang memerintahkan umat Islam bersatu. Malah, katanya, Pas sendiri tidak boleh lari daripada menerima perintah itu kerana Perlembagaan parti berkenaan jelas menyatakan hukum tertinggi dalam pegangan Pas ialah kitabullah (al-Quran), sunah Rasulullah, ijmak ulama dan qias.

"Sekiranya Pas benar-benar merujuk al-Quran dan hadis sebagai sumber hukum tertinggi, pemimpin-pemimpin Pas wajib menerima seruan perpaduan ini.

"Mereka perlu membuang segala ego dan dendam terhadap UMNO demi melaksanakan perintah Allah. Ingatlah, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO adalah orang Islam yang wajib kita anggap mereka sebagai saudara seagama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya agenda perpaduan orang Melayu dan umat Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas diteruskan bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasa sepanjang zaman.

Nasharuddin turut mengajak pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengakui kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu meludah pemimpin yang mengusahakan penyatuan UMNO dan Pas amat bertentangan dengan Islam dan akhlak Rasulullah SAW.

"Bukankah seorang pemimpin itu wajib memikirkan masa depan generasinya? Tidak sedarkah pemimpin ini apa akan berlaku kepada anak cucu kita sekiranya agenda perpaduan UMNO dan Pas tidak diselesaikan?," katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha turut menyuarakan hasrat melihat UMNO dan Pas bersatu demi Islam dan kelangsungan kaum Melayu di negara ini.

Beliau berkata, tiada gunanya kedua-dua parti terbesar bagi orang Melayu itu khususnya Pas terus berkeras kerana persengketaan tersebut hanya merugikan agama Islam dan orang Melayu.

"Seruan ini bukan seruan Nasharuddin tetapi seruan Allah SWT yang wajib dipatuhi tidak kira oleh UMNO atau Pas.

"Tanggungjawab ini tidak akan habis di dunia sebaliknya akan terus dipertanggungjawabkan hingga ke akhirat," katanya.


Anwar perlu terima takdir - Harussani



Anwar Ibrahim (kiri) dan Harussani Zakaria (kanan)

IPOH 13 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.

Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah.

''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja.

''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah.

''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya.

Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang.

''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.


Monday, 13 May 2013

Ambil Iktibar

BISIK - BISIK AWANG SELAMAT



SUDAH sampai masanya kaum Cina mengambil iktibar yang serius daripada keputusan PRU-13. Pada PRU-12 (2008), majoriti orang Cina menolak BN walaupun mereka menjadi kaum paling kaya dan menguasai ekonomi.

Pada PRU-13, masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk lebih percayakan DAP, yang memainkan sentimen perkauman yang sangat tebal. Tsunami Cina lebih besar kali ini.

Ada yang berpendapat bahawa pengundi Cina membuat silap percaturan setelah diyakinkan oleh DAP bahawa pakatan pembangkang mampu mendapat sokongan rakyat semua kaum bagi membentuk kerajaan.

Persoalannya apakah mahu persalahkan kepada DAP dan PKR sementara masyarakat Cina lepas tangan?

Setahu Awang kaum Cina bukan mudah tertipu berulang kali. Tetapi mengapa benarkan diri ditipu DAP yang merupakan parti paling rasis. Bukan itu sahaja, masyarakat Cina seolah-olah merestui ekstremisme pemimpin DAP. Sebahagian majikan Cina turut mengugut pekerja agar menyokong DAP.

Ramai tokoh kewangan Cina termasuk yang kaya raya hasil daripada kontrak kerajaan juga dikenalpasti memberi dana kepada pembangkang untuk melihat kerajaan BN tumbang.

Tidak berhenti setakat itu. Selepas PRU-13, sebahagian besar orang Cina kelihatan terus memberi sokongan kepada perhimpunan haram DAP dan PKR di seluruh negara untuk membantah keputusan. Sedangkan badan pemantau antarabangsa memperakukan PRU-13 adalah telus dan berwibawa.

Lebih buruk lagi anak-anak muda Cina turut sama terikut sentimen pemimpin DAP memaki hamun dan mencerca. Malah ke tahap menterbalikkan bendera.

Dari awal lagi, masyarakat Cina sudah menetapkan arus untuk mencetuskan tsunami. Sesiapa yang menyokong BN biarpun daripada kalangan tokoh Cina akan ditekan dan dimalukan.

Hakikatnya, DAP menang banyak kerusi Parlimen tetapi masih terus melakukan pelbagai provokasi. Maka pertanyaan apa lagi orang Cina mahu, adalah relevan biarpun kurang disenangi?

Orang Cina di serata dunia menolak pemimpin tidak berakhlak atas pegangan nilai. Anehnya di Malaysia, majoriti Cina taksub untuk mengangkat Anwar Ibrahim yang dahsyat isu moralnya sebagai Perdana Menteri.

Lalu beberapa penganalisis termasuk tokoh mualaf Cina bertanya kepada Awang apakah benar orang Cina tertipu oleh pemimpin DAP dan PKR? Atau sememangnya orang Cina sengaja mahu menangguk di air keruh untuk mendapat kuasa politik apabila melihat Melayu tidak bersatu?

Ini bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi semua pihak perlu menjaga sensitiviti. Bukan setakat parti politik, masyarakat Cina juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang mereka pilih.

Lebih-lebih lagi selepas ini, apakah wajar masyarakat Cina menyekutukan diri dan terus menyokong sikap keterlaluan DAP membantah keputusan PRU-13?

Sepatutnya inilah masanya untuk rakyat semua kaum melangkah ke hadapan bersama-sama memakmurkan negara. Suhu politiking sudah lama tinggi dan boleh memuncak memudaratkan negara jika tidak terkawal. Jangan biar bara menjadi api.

Sekali lagi, masyarakat Cina punya pilihan pada pasca PRU-13 ini. Apa yang mereka mahu - merestui DAP yang boleh mencetuskan ketegangan atau menerima keputusan dengan sikap terbuka sambil mendokong keamanan?

Penentuan di tangan mereka. Tepuk dada, tanya selera.

Penasihat Lim Kit Siang bermain api. Beliau terus menghina pemimpin Melayu termasuk Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Terbaharu, beliau menggelar Najib sebagai syaitan.

Sungguh angkuh. Tohmahan dan penghinaan daripada mulutnya tidak henti-henti biarpun selepas rakyat membuat keputusan dalam PRU-13.

Provokasi ala 13 Mei ini perlu dihentikan oleh pihak berkuasa.

Melabel Najib sebagai syaitan adalah tidak ubah menujukannya kepada orang Melayu. Najib adalah pemimpin parti Melayu terbesar yang dinaungi oleh orang Islam.

Mengapa Kit Siang berani bertindak keterlaluan, yang Awang percaya kerana beliau mendapat sokongan jitu masyarakat Cina selain faktor ada pemimpin Melayu yang mengkhianati Melayu. Inilah akibat apabila Melayu berpecah dan ada pihak diperalatkan oleh DAP, yang sejarah parti itu kita semua tahu.

Penghinaan Kit Siang terhadap pemimpin Melayu mesti dibantah habis-habisan. Jika berdiam, ia akan memberi isyarat yang salah dan Melayu akan terus dihina oleh pemimpin Cina yang ekstrem. Belum berkuasa di peringkat kerajaan pusat, sudah beraja di mata bertakhta di hati.

Beberapa tokoh Islam sebelum ini telah mengisytiharkan adalah haram menyokong DAP. Inilah masanya untuk memperbaharui tekad menolak yang haram dan jijik seperti DAP.

KOMEN : NASIB KAULAH CINA...

UMNO penyelamat

BISIK - BISIK AWANG SELAMAT



LIMA hari selepas kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO menyambut ulang tahun ke 67 secara sederhana dan penuh kesyukuran semalam.

Sambutan tersebut pasti istimewa apabila UMNO mencatatkan prestasi lebih baik dengan memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding 79 kerusi pada PRU12.

Kejayaan tersebut menggagalkan sama sekali kegilaan DAP yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina untuk menumbangkan kuasa politik Melayu pada PRU-13. Dengan kata lain, UMNO telah menjadi penyelamat pada saat-saat getir.

Awang bersyukur UMNO telah dapat memulihkan sokongan orang Melayu biarpun di sebalik perancangan sistematik pembangkang terutama DAP dan PKR sejak 2008 lagi.

Kempen Asalkan Bukan UMNO (ABU) tidak berhasil. Malah BN melalui kekuatan UMNO dapat merampas kembali Kedah dan Perak.

Ucapan tahniah harus diberikan kepada Pengerusi BN, Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO. Kepimpinan Najib antara faktor yang menyumbang kejayaan BN. Najib dan BN lebih dipercayai oleh rakyat untuk mentadbir negara berbanding pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Najib berjaya memulihkan keyakinan majoriti Melayu dan kaum India selain mengekalkan sokongan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hakikatnya, tanpa undi Cina BN masih berkuasa.
PRU-13 juga bukan sekadar BN disaingi pakatan pembangkang. Ia merupakan pilihan raya yang menyaksikan campur tangan asing, yang menyusup dalam diam menyokong pembangkang.

Daripada bentuk bantuan kewangan yang melimpah, gerakan kempen oleh pihak agama tertentu hinggalah kepakaran dalam beberapa bidang termasuk teknologi maklumat (IT).

Tanpa kita sedari, BN berjaya mempertahankan kedaulatan daripada anasir asing pada PRU kali ini yang pemimpin pembangkang tertentu membuka laluan kepada pengkhianatan.

Maka kejayaan BN amat besar maknanya. Tahniah yang istimewa sudah tentu kepada rakyat yang memilih BN dan mendokong kesejahteraan.

Juga kepada seluruh parti komponen BN. Kepada MCA dan Gerakan, meskipun mencatatkan prestasi buruk, mereka wajar dihargai kerana menampakkan keikhlasan dengan menolak ekstremisme dan cauvinisme politik. Setidak-tidaknya, mereka tidak merelakan diri ditipu.

Kepada pemimpin negara, biarlah sokongan masyarakat Cina datang sendiri, janganlah diminta-minta lagi. Kerajaan BN tidak boleh tertipu untuk kali ketiga pada PRU-14 nanti. Risikonya sangat besar maka strategi perlu diubah dan lebih waspada dengan muslihat politik yang bermuka-muka.

Jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Ia hampir-hampir terjadi pada PRU-13. Pelbagai perkara dilakukan dan diberikan kepada kaum Cina seperti kata Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan tetapi tidak dihargai. Ramai juga yang melihatnya sebagai pengkhianatan dan tidak mengenang budi.

Walaupun menjadi tanggungjawab untuk kerajaan berlaku adil kepada semua namun keputusan PRU-13 mesti diterjemahkan dengan lebih menghargai golongan dan pihak yang memberi mandat kepada BN.

Daripada soal pembentukan Kabinet dan penyusunan kementerian hinggalah kepada polisi terutama membantu lebih ramai orang Melayu, India, bumiputera Sabah dan Sarawak yang ketinggalan antaranya dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Cara itu sahaja yang dapat memberikan mesej yang jelas. Jika tidak, kerajaan akan sentiasa diambil mudah dan akhirnya dipermainkan.
 

DIA TAKAN MENGAKU...

Anwar proksi kuasa besar - Cartalucci



KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat pengeluar rokok.

Katanya, seperti syarikat pengeluar rokok yang akhirnya menyebabkan jutaan kematian perlahan dan menyakitkan, perkara-perkara yang diperjuangkan oleh Anwar serta NGO proksi kuasa asing itu akan menyebabkan bencana kepada Malaysia.

"Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012.

"Di Rusia, pemerhati pilihan raya 'bebas' iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui 'National Endowment for Democracy' (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia yang juga ditaja secara terus oleh AS melalui NED.

"Di sebalik semua ini, pertubuhan-pertubuhan media Barat mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia yang mendapat sokongan Barat dengan seringkali merujuk Merdeka Center sebagai 'bebas'," katanya dalam artikel bertajuk 'Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi.

Artikel itu disiarkan di laman web Global Research kelmarin, milik Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Canada.

Menurut Cartalucci, hasrat sebenar kuasa asing melalui Anwar dan pembangkang adalah untuk menyaksikan Malaysia tunduk kepada model dasar luar dan perdagangan bebas AS.

Katanya, perkembangan itu akan menghentikan sifat kebebasan ekonomi Malaysia yang dicapai sejak merdeka, sementara kesemua sumber bahan semula jadi negara tidak lagi disalur untuk pembangunan domestik, tetapi ke arah konfrontasi proksi AS dengan China, seperti dilakukan AS di Korea, Jepun dan Filipina.

"Kerana kebodohan itu, Malaysia mungkin perlu membayar harga yang mahal satu hari nanti - tetapi bagi Anwar dan pembangkang, mereka telah kalah dalam PRU-13 dan 'lapisan mempromosi demokrasi' ala AS 'yang digunakan pembangkang) kini semakin tertanggal.

"Hubungan antara pakatan pembangkang diketuai Anwar dengan Jabatan Negara AS tidak terhenti setakat Merdeka Center tetapi turut merangkumi Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas. Secara realiti, Bersih digunakan Anwar untuk menggerakkan protes jalanan," katanya.
KOMEN : KITA TUNGGU ANWAR SAMAN MR. CARTULUCCI... ADA BERANI

Anwar, Kit Siang amat kecewa... TAK PE TAK LAMA LAGI TU...





PADANG RENGAS 11 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.

Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

"Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah.

"Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71 tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah jadi perkara mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding.

"Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu, tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu, rumah siap, pahat masih berbunyi.

"Dua Ahli Parlimen ini 'gila' hendak jadi Perdana Menteri dan menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari alasan," katanya.

Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan.

"Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada kerajaan.

"Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama (Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan pilihan raya," katanya.

Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13 kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.

Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.

Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?

"Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau 'hang' tubuh kerajaan, 'hang' berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak Melayu)," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta Islam dalam Perlembagaan negeri itu.

Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam.

"Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi. Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan pembangkang," katanya.

Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.

KOMEN : ORANG BODOH AJE YANG TERMAKAN JANJI PENIPU ANWAR DAN LKS... TERMASUK SO CALL ORANG MELAYU ELITE KONON... PAKAI KETA RECON PUN NAK BERLAGAK...

Utusan Malaysia buat laporan polis



Artikel palsu muka hadapan yang dimanipulasi oleh pihak tertentu dan disiarkan di laman blog dan Facebook 'Isu Politik Semasa' untuk memburukkan nama Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Utusan Malaysia membuat laporan polis berhubung penyiaran satu artikel di dalam laman blog dan Facebook Isu Politik Semasa yang memanipulasi masthead akhbar tersebut untuk menyebarkan berita palsu yang dipercayai bertujuan memburukkan imej dan kredibiliti akhbar itu.

Artikel palsu bertajuk Perhimpunan PKR gagal, impian Anwar tinggal kenangan. Hanya 2000 orang! tersebut dipercayai merujuk perhimpunan pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya Rabu lalu.

Menurut wartawan Utusan Malaysia, Angelina Sinyang, beliau dan rakannya membuat laporan itu bertujuan meminta polis menyiasat individu bertanggungjawab menyebarkan artikel palsu berkenaan yang kononnya ditulis oleh wartawan akhbar Utusan Malaysia.

"Laporan itu telah dikesan tersebar di internet sejak petang semalam oleh beberapa wartawan Utusan Malaysia.

"Laporan sebenar yang disiarkan oleh akhbar kami adalah berbeza sama sekali malah, berita itu juga tidak diletakkan di muka hadapan akhbar seperti yang didakwa.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab jelas telah menggunakan teknik suntingan untuk menukar tajuk muka hadapan akhbar kami bertujuan menghasut orang ramai untuk memboikot Utusan Malaysia," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Brickfields pukul 3.15 petang di sini.

Sementara itu, laporan sama turut dibuat di Balai Polis Seremban yang lakukan oleh Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar, petang ini.

Angelina seterusnya berkata, individu tersebut turut menghina dan mencaci kesemua wartawan Utusan Malaysia dengan kata-kata kesat.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat pengendali laman blog berkenaan secepat mungkin bagi mengelak orang ramai terus termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

KOMEN : LEPAS NI SAMAN MEREKA, BIAR DIA TAHU LANGIT TINGGI RENDAH....

Dasar negara tidak tindas sesiapa



ABDUL Aziz Rahman (empat dari kanan) bersama (dari kanan) Abdul Rahman Sulaiman, Abdul Aziz Shamsuddin, Musa Hassan dan Mohd. Shahrir Samad serta tetamu lain pada Persidangan Meja Bulat Politik dan Kerajaan Malaysia Selepas PRU-13 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta ahli akademik membuat satu kajian berhubung kaum mana paling banyak mendapat keuntungan sehingga berbilion ringgit menerusi dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, senarai terkini orang terkaya di negara ini jelas menunjukkan kaum Cina merupakan individu paling berpengaruh dalam dunia perniagaan, diikuti oleh India dan Melayu.

Jelasnya, kekayaan yang dimiliki oleh kaum lain, selain Melayu jelas menunjukkan dasar yang diwujudkan kerajaan memerintah berjaya membuatkan satu kerangka keamanan, keselesaan untuk mereka memperluaskan perniagaan masing-masing sehingga pelabur asing mudah untuk berurusan di sini.

''Tetapi apabila timbul isu tsunami Cina, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengatakan kaum Cina ditindas. Selepas apa yang mereka dapat hasil daripada perjuangan pemimpin UMNO dan BN sejak merdeka, mereka kata ada penindasan terhadap kaum Cina di negara ini.

''Pembangkang cuba mainkan isu perkauman. Sebab itu saya minta kajian mendalam dilakukan oleh profesor. Siapa yang mendapat keuntungan daripada dasar yang kita buat itu dan ke mana pula arah rakyat Malaysia selepas ini?,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Meja Bulat Politik dan Kerajaan Malaysia Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman; Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin; Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Mohd. Shahrir Samad.

Abdul Aziz yang menafikan wujud penindasan terhadap masyarakat Cina mendakwa, golongan itu paling banyak mendapat keuntungan daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asalnya tertumpu kepada peningkatan hidup masyarakat Melayu.

Sebagai contoh, katanya, bidang perniagaan simen, besi dan keluli hampir kesemuanya dikuasai oleh kaum Cina, itu berlaku kerana kerajaan BN mengamalkan persefahaman integrasi antara masyarakat Cina, India dan Melayu.

Menurut beliau, kerajaan BN memahami masyarakat Cina adalah kumpulan yang tidak gemar bekerja makan gaji, sebaliknya lebih handal dalam perniagaan dan fenomena itu telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa timbul sebarang pertikaian.

''Oleh kerana itu, dalam kerajaan banyak orang Melayu, kita nak panggil orang Cina sertai polis mereka tidak mahu kerana kelulusannya rendah, hanya konstabel, mereka mahu jawatan yang tinggi sekurang-kurangnya berada di golongan sederhana.

''Dari aspek kerjaya sahaja sudah mencerminkan perkauman. Adakah ini masyarakat Cina masih lihat kita sebagai perkauman? Jelaskan kenapa dalam sesebuah syarikat Cina peratusan pekerja Melayu paling sedikit?,'' soalnya.