Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 24 June 2014

Pertahan 6 faktor kekuatan UMNO




Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 23 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam faktor yang perlu menjadi pegangan setiap ahli UMNO untuk memastikan parti itu dan orang Melayu kekal kuat serta berkuasa di negara ini.

Beliau berkata, faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

‘‘Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

‘‘Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang,’’ kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMNO Bahagian Cheras di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Cheras.

Menurut Najib, dua faktor seterusnya adalah kebijaksanaan dan keikhlasan yang mana bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

"Kita kena bijak sebab kalau hentam semberono sahaja tidak akan menang. Saya mahu sebut teknologi, kalau orang lain guna Facebook, Twitter atau internet kita lawan balik dengan cara sama.

"Strategi juga mesti ada. Pepatah mengatakan orang yang tidak betul pun tapi kalau ada strategi boleh kalahkan orang yang betul tapi gagal merancang," kata beliau.

Najib berkata, penubuhan UMNO pada tahun 1946 merupakan titik permulaan kepada penyatuan orang Melayu di negara ini justeru parti itu perlu sentiasa dipertahankan.

Ini kerana katanya, sejarah membuktikan punca utama orang Melayu dijajah selama 500 tahun adalah kerana mereka berpecah mengikut negeri dan puak masing-masing sehingga menjadi terlalu lemah apabila diserang musuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140624/po_01/Pertahan-6-faktor-kekuatan-UMNO#ixzz35VgNX4Fa  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: