Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 31 July 2015

CELAH GELEGAR: TULISAN A KADIR JASIN: Hikmah Di Sebalik Pemecatan...

CELAH GELEGAR: TULISAN A KADIR JASIN: Hikmah Di Sebalik Pemecatan...: Ikuti Tulisan A Kadir Jasin Seperti berikut: MOHON sabar kalau cerita ini panjang. Sukar hendak dipendekkan. Jadi saya mulakan d...

The Sense, Credibility and Accountability: Si BANGANG PenCACAI DS Najib ini mengeSAHkan bahaw...

The Sense, Credibility and Accountability: Si BANGANG PenCACAI DS Najib ini mengeSAHkan bahaw...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Apabila kita sudah terlalu JAHAT, selalunya keJAHATan yang kita SEMBUNYIkan itu akan MUNCUL dengan...

Putra Merdeka: Ahli Parlimen UMNO Gesa Najib Jelaskan..!

Putra Merdeka: Ahli Parlimen UMNO Gesa Najib Jelaskan..!: Makin ditarik...makin terbelit..! Dalam saat AG menyiasat isu panas 1Dunia ni tup tup... tertinggal bas..! Dalam sebok PAC meneliti dan ...

Mukhriz sedia hadapi segala kemungkinan

31 Julai 2015 1:55 AM


Mukhriz Mahathir bersama para tetamu yang hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah, semalam. UTUSAN/ismail kamadin

JERLUN 30 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Maha­thir menegaskan, beliau sedia ber­de­pan dengan apa sahaja kemungkinan dikenakan tindakan ekoran penyebaran video rakaman perbu­alan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi viral di Internet.

Bagaimanapun, Mukhriz secara peribadi berpendapat, lawatan beliau ke rumah Muhyiddin bukan satu kesalahan kerana tujuan berbuat demikian adalah sebagai mewakili rakyat Kedah untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Adakah patut tindakan diambil terhadap saya kerana saya melawat seorang bekas pemimpin untuk ucapkan terima kasih pada dia? Sa­ya ingat tak salah.

“Lepas tu (itu) keluar dalam video pula, apa salahnya kita selalu (rakam) dalam video, walaupun begitu saya bersedia untuk hadapi apa sahaja kemungkinan pun,” katanya ketika ditemui pada maj­lis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun di Wisma UMNO Jerlun di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman video Muh­yid­din yang mendakwa terdapat sejumlah wang didepositkan ke da­lam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi viral sejak semalam.

Kelibat Mukhriz turut kelihatan dalam video berkenaan selain seorang lagi bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang berkunjung ke kediaman Muhyiddin kelmarin.

Sambil menegaskan, beliau sudah lali dengan asam garam dunia politik, Mukhriz juga mengingatkan bahawa kuasa yang ada di ta­ngannya sekarang diturunkan oleh Allah.

“Bila-bila masa sahaja Dia (Allah) boleh tarik balik, kita kena reda dengan keadaan,” jelasnya.

Mukhriz menjelaskan, perbual­an yang menjadi viral itu berlangsung di kediaman Muhyiddin dan sepatutnya tidak menjadi hala­ngan untuk sesiapa sahaja berbual mengenai apa-apa topik di rumah sendiri.

“Saya di rumah saya pun macam-macam saya bercakap tapi di rumah, kalau di rumah itu diviralkan video itu bukan salah Muh­yid­din. Saya rasa patut ditanya siapa yang rekod, kenapa diviralkan dan itu yang patut dipersoalkan,” katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai berita yang tersebar mengenai kemungkinan beliau akan ditahan oleh pihak berkuasa selepas tersebarnya video tersebut, Mukhriz memberitahu, orang ramai seharusnya jangan terlalu percaya kepada sebarang berita yang belum tentu kesahihahnya.

“Saya berpegang kepada amalan jangan selalu cepat percaya pada mesej yang kita terima, elok kita buat usul periksa dahulu, dalam suasana yang tidak menentu sekarang macam-macam gosip ada,” ka­tanya.

Sementara itu, Mukhriz menjelaskan, beliau telah menasihatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri itu agar tidak membatalkan jemputan untuk merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian yang telah dibuat kepada Muhyiddin dan bekas-bekas menteri Kabinet yang telah digugurkan kerana mereka masih mempunyai jawatan di dalam parti Melayu itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mukhriz-sedia-hadapi-segala-kemungkinan-1.118895#sthash.BcYzoyWE.dpuf

Autonomi UiTM dilaksana serentak mulai 1 September

30 Julai 2015 1:15 AM


SAHOL HAMID ABU BAKAR (tiga dari kanan) bersama Redzuan Abd. Rahman (empat dari kanan) mengagihkan buah durian kepada kakitangan dan pelajar UiTM Perlis semasa Majlis Sambutan Aidilfitri UiTM Perlis 2015 di Arau, semalam.

ARAU 29 Julai – Pemberian autonomi kepada kesemua 13 cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dilaksanakan secara serentak bermula 1 September ini, dengan proses penurunan kuasa dijalankan secara berperingkat-peringkat sehingga 2018.

Pada 2018 juga, kesemua kampus UiTM akan diletakkan secara bersendirian dalam ranking universiti terbaik dunia namun masih mengekalkan jenama universiti terbabit.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh kampus universiti itu untuk menerangkan perubahan transformasi yang sedang berlaku dalam pentadbiran UiTM.

Kata beliau, pemberian kuasa autonomi kepada kampus UiTM merupakan langkah penurunan kuasa kepada rektor bagi membolehkan pengurusan UiTM ditadbir secara lebih berkesan.

“Dengan pemberian kuasa autonomi ini, rektor mempunyai kuasa sebagai Naib Canselor (NC) dan setiap kampus akan bertindak sebagai sebuah ‘universiti’ bersendirian.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan perubahan misi serta visi UiTM dan ini bermakna yuran pelajar dan gaji kakitangan kekal selain masih menggunakan Senat UiTM yang sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri UiTM Perlis di sini hari ini.

Yang turut hadir Rektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

Pada 11 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penganugerahan status autonomi kepada semua kampus UiTM dalam usaha menjadikan institusi keramat itu sebagai universiti terbaik di dunia.

Penganugerahan tersebut perlu untuk memastikan sistem tadbir urus UiTM mampu mentadbir sebanyak 224,000 pelajar yang dijangka menyertai 244 program di universiti itu menjelang 2020.

Sahol Hamid seterusnya memberitahu, pemberian autonomi berkenaan merupakan gabungan penyesuaian antara konsep sistem pentadbiran Universiti California, Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Katanya, UiTM akan mengutamakan 11 elemen dalam menjayakan perubahan transformasi itu antaranya adalah pemilihan pensyarah yang benar-benar berkualiti.

“Kita akan pastikan hanya pensyarah yang mempunyai azam dan semangat untuk memajukan anak bangsa diterima di UiTM. Sehingga kini, kita telah mengambil tindakan terhadap 20 pensyarah dan kakitangan UiTM yang tidak menepati kriteria kita,” ujar beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/autonomi-uitm-dilaksana-serentak-mulai-1-september-1.118423#sthash.Mj8Zhnnc.dpuf


Wednesday 29 July 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Rombakan Kabinet Berjaya Melengahkan Siasatan PAC

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Rombakan Kabinet Berjaya Melengahkan Siasatan PAC: “Saya yakin bahawa, masa berlaku, kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap kerajaan dan BN menjelang pilihan raya umum k...

The Sense, Credibility and Accountability: RAKYAT patut menDESAK penubuhan SURUHANJAYA DIRAJA...

The Sense, Credibility and Accountability: RAKYAT patut menDESAK penubuhan SURUHANJAYA DIRAJA...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. MINTAK MAAFlah kalau kita KATAkan bahawa RAKYAT memerlukan lebih RAMAI PIHAK daripada mereka ini ...

JELAPANG: MUHYIDDIN DIPECAT KERANA MENENTANG KEMUNGKARAN

JELAPANG: MUHYIDDIN DIPECAT KERANA MENENTANG KEMUNGKARAN: ISU 1MDB hari ini memamah 2 lagi mangsa - Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Kedua-duanya orang kuat Umno dan berpengaruh. Tindakan MEME...

CELAH GELEGAR: [MUHYIDDIN TERUS DIKUNJUNGI RAKAN & PENYOKONG] Ant...

CELAH GELEGAR: [MUHYIDDIN TERUS DIKUNJUNGI RAKAN & PENYOKONG] Ant...: Rumah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini terus menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti ...

Putra Merdeka: Najib Mengundang Masaalah..!

Putra Merdeka: Najib Mengundang Masaalah..!: Isunya ialah 1MDB..! Hanya kerana mempertahankan 1MDB Najib membuka ruang perpecahan parti dan menambah parah kebejatan politik tanahair...

Khidmat Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan atas sebab kesihatan - KSN

28 Julai 2015 12:39 PM


ABDUL GANI PATAIL

KUALA LUMPUR 28 Julai - Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Ali dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

"Tan Sri Abdul Gani Patail telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara. Saya bagi pihak Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan," katanya.

Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa semalam (27 Julai 2015).

Pelantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Apandi berkelulusan LLB(Hons) Universiti of London dan Bar-At-Law, Inner Temple London serta telah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London.

Antara jawatan yang pernah dipegang beliau adalah sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.-BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/khidmat-abdul-gani-patail-sebagai-peguam-negara-ditamatkan-atas-sebab-kesihatan-ksn-1.117870#sthash.lxwrvCfs.dpuf

Ahmad Zahid TPM baharu

NORLIZA ABD. RAHMAN, SAIFULIZAM MOHAMAD DAN SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH | 29 Julai 2015 1:29 AM



PUTRAJAYA 28 Julai - menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Selain memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid kekal sebagai Menteri Dalam Negeri.

Rombakan kali pertama selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu turut menyaksikan pengguguran empat orang menteri antaranya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri G. Palanivel serta seorang timbalan menteri selain perubahan portfolio menteri-menteri sedia ada.

Susunan baharu Kabinet hari ini juga menyaksikan pelantikan tujuh menteri baharu terdiri daripada Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Hamzah Zainudin, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak.

Selain itu sembilan timbalan menteri baharu turut dilantik antaranya, Datuk Mohd. Johari Baharum; Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kesemua pelantikan baharu menteri dan timbalan menteri itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Perubahan portfolio pula membabitkan dua menteri dan seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Ahmad Maslan manakala Datuk Seri Idris Jusoh diberi tanggungjawab memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi yang diwujudkan semula dalam rombakan Kabinet kali ini.

Susunan baharu anggota Jemaah Menteri dan timbalan menteri itu berkuatkuasa esok.

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, keputusannya menggantikan Muhyiddin dengan Ahmad Zahid dibuat selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Kata beliau, begitu juga de­ngan keputusannya menggugurkan empat orang menteri dan seorang timbalan menteri serta perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira faktor yang sama.

“Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PRU-13,” katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan keputusan menggantikan Muh­yiddin sebagai satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan supaya Jemaah Menteri dapat berge­rak sebagai satu pasukan yang jitu.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khid­mat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi dalam pentadbiran kerajaan,'' katanya lagi.

Najib berkata, rombakan Kabinet hari ini bertujuan memperkukuh­kan lagi barisan Jemaah Menteri untuk menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan,” katanya.

Sementara itu Najib berkata, beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

Namun demikian katanya, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara, juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

“Insya-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baharu ini dapat meneruskan hasrat kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada kerajaan BN,” kata Perdana Menteri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahmad-zahid-tpm-baharu-1.118198#sthash.XpxGgJaH.dpuf


Mohd. Shafie 
akur dengan keputusan Najib

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 29 Julai 2015 1:29 AM



Mohd. Shafie Apdal menjawab panggilan telefon semasa hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Seri Sinar Aidilfitri 2015 Felcra Berhad di Dataran Wismi Felcra, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Kamal Basir Wahab

KUALA LUMPUR 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau selama ini memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi demi menguatkan parti.

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, apa yang dilakukan itu juga berlandaskan niat untuk meletakkan negara pada landasan yang sepatutnya.

“Sekiranya ini dianggap tidak selari dengan pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak maka itu adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri untuk membuat rombakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shafie merupakan antara lima anggota Kabinet yang digugurkan selain Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri G. Palanivel; Datuk Seri Hasan Malek serta Datuk Dr. Ewon Ebin.

Ahli Parlimen Semporna itu mula menyertai Kabinet pada 1999 sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum berpindah ke Kementerian Pertahanan dan seterusnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna disusuli Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Sebelum memegang kedudukan Naib Presiden UMNO pula, Mohd. Shafie memulakan langkah politiknya dengan menjadi Exco Pemuda UMNO pada 1993, menjadi Ketua UMNO Bahagian Semporna serta Ketua Pemuda UMNO Sabah pada 1995 dan seterusnya muncul Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pada 2009, beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bersama-sama dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie menjelaskan, semenjak memegang jawatan dalam Kabinet, beliau telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik.

“Ini untuk memastikan kese­jahteraan rakyat terutamanya ma­syarakat luar bandar,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mohd-shafie-8232-akur-dengan-keputusan-najib-1.118193#sthash.vAjdH7NV.dpuf


Muhyiddin terima dengan hati terbuka

MUZDALIFAH MUSTAPHA | 29 Julai 2015 1:29 AM



Muhyiddin Yassin sewaktu keluar dari kediamannya di Damansara untuk memberi kenyataan media berhubung pengguguran beliau daripada barisan Kabinet semalam. BERNAMA

PUTRAJAYA 28 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dengan hati terbuka penggugurannya daripada barisan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk me lantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhi dmat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua jabatan, pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah.

Beliau turut sentiasa menyokong semua dasar kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri selama dalam perkhidmatannya.

Walau bagaimanapun jelasnya, hanya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri.

“Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya reda,” katanya.

Walau bagaimanapun Muhyiddin bertekad untuk setia kepada perjuangan UMNO selaku Timbalan Presiden dan berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

“Saya akan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuh kan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. Kepada Allah saya berserah,” katanya.

Muhyiddin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun iaitu sejak 10 April 2009 dan turut memegang portfolio Kementerian Pendidikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh merupakan Timbalan Presiden UMNO sejak 2009 selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada Pemilihan UMNO 2009.

Muhyiddin yang memulakan karier dalam politik sekitar tahun 1971 telah memegang pelbagai portfolio sebelum ini antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Besar Johor.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/muhyiddin-terima-dengan-hati-terbuka-1.118196#sthash.UWpjr7JA.dpuf


Tuesday 28 July 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: TUNGGU AUDIT! Sudah Jadi TUNGGU SIASATAN!

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: TUNGGU AUDIT! Sudah Jadi TUNGGU SIASATAN!: PM Pun Blur ! Seharian duk layan komen2 di media mengenai ucapan Muhyiddin ..... Paling menarik adalah komen2 dari pro Najib yang mengh...

APANAMA: ABIM - Kenyataan Media JPM Cabuli Etika Perkhidmat...

APANAMA: ABIM - Kenyataan Media JPM Cabuli Etika Perkhidmat...: Merujuk kepada kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri bertarikh 27 Julai 2015, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan kek...

CELAH GELEGAR: [TERKINI] Najib UMUM Rombakan Kabinet : Zahid Hami...

CELAH GELEGAR: [TERKINI] Najib UMUM Rombakan Kabinet : Zahid Hami...: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalanny...

CELAH GELEGAR: [PEGUAM NEGARA] TS Gani Patail DIBERHENTIKAN, TS M...

CELAH GELEGAR: [PEGUAM NEGARA] TS Gani Patail DIBERHENTIKAN, TS M...: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai 2015 menggantikan Tan...

JELAPANG: BERANIKAH NAJIB GUGURKAN MUHYIDDIN?

JELAPANG: BERANIKAH NAJIB GUGURKAN MUHYIDDIN?: Sebuah blog pro-Najib Razak melaporkan ROMBAKAN KABINET akan dibuat hari ini. DIGUGURKAN. 1. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin...

Kabinet dirombak?

28 Julai 2015 1:23 AM


KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013.

Difahamkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertukar potfolio lain.

Difahamkan, seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaima­napun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan.

Seorang timbalan menteri juga disebut-sebut akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sekurang-kurangnya dua muka baharu dilantik sebagai timbalan menteri.

Rombakan Kabinet itu juga mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Datuk Seri G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar.

Kerusi menteri untuk kuota MIC itu berkemungkinan dikosongkan buat sementara waktu sehingga pemilihan semula MIC, September ini.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,”

Pada 12 Julai lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Shahrir Samad semasa mengulas spekulasi bakal dilantik menduduki semula Kabinet, menolak jawatan itu atas alasan masa beliau sudah berlalu.

Pada 12 Mei pula Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan satu senarai rombakan Kabinet seperti tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kabinet-dirombak-1.117859#sthash.77q7wuPo.dpuf


1MDB: Tunggu hasil siasatan

28 Julai 2015 1:23 AM


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kumpulan CIMB di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/IRWAN MAJID


KUALA LUMPUR 27 Julai - Pejabat Perdana Menteri hari ini meminta semua pihak lebih-­lebih lagi anggota pentadbiran, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, semua pihak sewajarnya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepemimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

“Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

“Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Muhyiddin, ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB.

‘’Ini termasuklah arahan Kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa ­Kira-Kira Wang Negara. Selain itu satu dokumen 'Fact Sheet' mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua menteri Kabinet sebelum ini,’’ katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menegaskan, siasatan sedang dijalankan dan ruang perlu diberi kepada Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan itu untuk menjalankan tugasnya.

Katanya, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pelbagai tuduhan ‘tidak berasas’ terma­suk kehilangan RM42 bilion milik 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan ‘turut men­yumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.’

“Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB,” kata Pejabat Perdana Menteri.

“Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud. Pada masa yang sama kita elakkan membuat kenyataan yang boleh menganggu-gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara.” – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1mdb-tunggu-hasil-siasatan-1.117856#sthash.h4e4oFEx.dpuf

Monday 27 July 2015

Putra Merdeka: Beza Jihad Dan Khianat..!

Putra Merdeka: Beza Jihad Dan Khianat..!: Apabila Muhyiddin bercakap benar dan berterus terang semalam maka para penjilat berbayar mengutuk dan mencerca beliau dengan label pengk...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: ( KEMASKINI Video ) 1MDB - Muhyiddin Buat Comeback...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: ( KEMASKINI Video ) 1MDB - Muhyiddin Buat Comeback...: KEMASKINI  7:30 AM - Kena tonton video Muhyiddin ni ! Dari Astroawani - KLiK . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menya...

APANAMA: 1MDB - Timbalan Perdana Menteri desak penjelasan N...

APANAMA: 1MDB - Timbalan Perdana Menteri desak penjelasan N...: Dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan krisis politik, ketirisan kepercayaan umu...

CELAH GELEGAR: [VIDEO][PANAS] Kalau Parlimen bubar esok, BN KALAH...

CELAH GELEGAR: [VIDEO][PANAS] Kalau Parlimen bubar esok, BN KALAH...: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula menunjukkan...

Putra Merdeka: Menentang TPPA Adalah Jihad..!

Putra Merdeka: Menentang TPPA Adalah Jihad..!: PERJANJIAN  Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) tidak boleh dibiarkan ditandatangani oleh Malaysia kerana perjanjian itu tidak adil selain ia...

Friday 24 July 2015

Jangan jadi ‘lauk’ – Dollah

Pilihan Malaysia tidak mahu tenggelam dalam ‘lautan merah’ di Bukit Jalil

FADHILUL IZMEL ISHAK DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 24 Julai 2015 12:28 AM


DOLLAH SALLEH memerhatikan sesi latihan skuad Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam menjelang aksi persahabatan menentang Liverpool, malam ini. UTUSAN/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR - Walaupun Stadium Nasional, Bukit Jalil di­jangka bertukar menjadi lautan ‘merah’ malam ini, namun Dollah Salleh tidak rela melihat Pilihan Malaysia tenggelam di tempat sendiri dan berazam untuk tidak menjadi mangsa belasahan gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Dollah mengakui, berdepan Reds yang dibarisi ramai bintang antarabangsa bukan tugas mudah, tetapi dia tidak akan sesekali membiarkan skuad kendaliannya dibelasah teruk.

“Liverpool adalah pasukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang tahu mereka antara kelab gergasi dunia.

“Menghimpunkan beberapa pemain bertaraf antarabangsa sudah pasti mereka kuat kalau hendak dibandingkan dengan kita (Pilihan Malaysia). Mereka memang pasukan handalan.

“Bagaimanapun saya tidak mahu dalam pertemuan ini nanti kami dibelasah teruk oleh lawan.

“Saya tidak mahu kami menjadi pasukan belasahan. Apa yang penting kami mahu memberi saingan sengit kepada Liverpool kerana saya tidak mahu kami menjadi pelengkap jadual perlawanan mereka semata-mata.

“Saya lihat pemain bersemangat untuk menghadapi perlawanan ini. Semua orang tidak sabar menanti perlawanan kerana saya dapat melihatnya menerusi sesi latihan yang diadakan,” kata Dollah.

Mengulas lanjut mengenai persediaan pemain yang dilakukan dalam tempoh singkat, pe­ngendali berusia 51 tahun itu tidak menafikan dia sedikit bimbang jika anak-anak buahnya gagal membentuk persefahaman dengan baik sewaktu perlawanan.

“Kami membentuk pasukan ini dalam tempoh yang singkat.

“Se­perti yang semua sedia maklum, pemain sedang bercuti ketika saya memanggil mereka dan kami hanya sempat menjalani latihan empat hari, malah ada pemain yang berlatih bersama kami dua hari.

“Keadaan ini sudah pasti merisaukan saya sebab saya khuatir sama ada pemain dapat membentuk keserasian dengan baik sewaktu perlawanan atau tidak,” katanya lagi.

Dollah menyenaraikan skuad Pilihan Malaysia pada 19 Julai lepas bagi memulakan sesi latihan pertama mereka.

Bagaimanapun, pengendali Pilihan Malaysia itu tidak dapat membentuk pasukan terbaik kerana terdapat beberapa pemain yang enggan menyertai pasukan.

Keadaan bertambah malang lagi apabila Dollah terpaksa mencari pengganti pemain import PDRM, Dramane Traore pada saat akhir selepas penyerang Mali itu enggan beraksi atas alasan tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.

Penyerang PKNS, Patrick Ro­naldinho dipanggil menyertai Pilihan Malaysia, Selasa lalu untuk melengkapkan skuad Dollah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-jadi-8216-lauk-8217-8211-dollah-1.116207#sthash.ckI5TmJW.dpuf


APANAMA: The ugly truth about 1MDB, its tentacles and the s...

APANAMA: The ugly truth about 1MDB, its tentacles and the s...: UPDATED at 0036hrs 24/07/2015  -  Malaysian access to Justo denied again   " Pol Gen Somyot advised his Malaysian counterpart Khalid...

CELAH GELEGAR: (BANTAH TPPA) Perangkap & Muslihat Jahat KAFIR AS

CELAH GELEGAR: (BANTAH TPPA) Perangkap & Muslihat Jahat KAFIR AS: BANYAK yang telah di­per­­katakan tentang Per­janjian Pelaburan Trans Pa­sifik (TPPA) yang se­dang giat dicanang Ameri­ka Syarik...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Mengikut Berita2 Resmi Terkini Mengenai 1MDB, Siap...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Mengikut Berita2 Resmi Terkini Mengenai 1MDB, Siap...: Sehari dua ini banyak sangat perkembangan side issues 1MDB, tak reti saya nak komen yang mana satu. Kalau dulu semuanya hanya tertumpu pada...

Tuesday 14 July 2015

CELAH GELEGAR: [SEDIH] "Aku AKan PERGI Tidak Lama Lagi....Dapatka...

CELAH GELEGAR: [SEDIH] "Aku AKan PERGI Tidak Lama Lagi....Dapatka...: Dr Mahathir berkata tindakan pemimpin yang semakin tamak menjadi punca politik yang suatu ketika dahulu 'politik yang menyelamat',...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Nazri Aziz Sahkan Transaksi RM2 Juta Akaun Rosmah ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Nazri Aziz Sahkan Transaksi RM2 Juta Akaun Rosmah ...: Adakah berita ini SAH ? Apakah kenyataan sebenar Nazri sebelum diterjemah ? Dalam respons kepada Sin Chew Daily di Kuala Kangsar semalam,...

CELAH GELEGAR: [UNTOLD TRUTHS] Tragedi 13 Julai - Kisah Sebenar R...

CELAH GELEGAR: [UNTOLD TRUTHS] Tragedi 13 Julai - Kisah Sebenar R...: Hari ini dalam Sejarah. Tragedi 13 Julai 2015. Sebuah kompleks besar milik Cina yang langsung tiada peniaga Melayu di dalamnya sudah l...

The Sense, Credibility and Accountability: PerKEMBANGan MUTAKHIR menyaksikan siapakah yang se...

The Sense, Credibility and Accountability: PerKEMBANGan MUTAKHIR menyaksikan siapakah yang se...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. KeCELARUan MINDA seBENARnya begitu HEBAT meLANDA DS Najib dan para PenCACAInya sejak AKHIR-AKHIR in...

LIGA SUPER : Selangor tumbang di Johor

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 14 Julai 2015 1:51 AM


PENYERANG Selangor, Ahmad Hazwan Bakri (kiri) cuba melepasi halangan pemain JDT, Mahali Jasuli dalam aksi Liga Perdana di Larkin, semalam. – UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menghambat pendahulu Liga Super, Pahang selepas me­numpaskan Selangor 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Selatan mengutip 31 mata selepas 15 perlawanan, dua mata di belakang Tok Gajah.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan bermula garang seawal sepak mula dan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi bekas bintang penyerang Selangor, Mohd. Amri Yahyah.

Gol pertama dihasilkan menerusi gerakan satu dua antara Amri dan Luciano Figueroa, sebelum Amri mudah menewaskan penjaga gawang Red Giants, Mohd. Hamsani Ahmad.

Skuad kendalian Mario Gomez hampir menambah jaringan 10 minit berselang, namun kapten mereka Safiq Rahim gagal memanfaatkan lorongan cantik yang dilakukan Amri dari sayap kanan.

Perlawanan yang disaksikan 11,340 penonton berubah menjadi tegang apabila pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada JDT apabila Figueroa dikasari Mohd. Hamsani dalam kotak penalti.

Keadaan bertambah buruk apabila pengadil Samsudin Ibrahim melayang kad kuning kepada Jasa­z­­rin Jamaludin kerana melakukan terjahan keras pada minit ke-30 dan Safiq yang menjatuhkan diri dalam kotak penalti tiga minit kemudian.

Red Giants memperoleh gol penyamaan pada minit ke-45 menerusi sepakan percuma jarak jauh yang diambil Andik Vermansah, yang memperdayakan penjaga gol lawan, Mohd. Farizal Marlias.

Sebelum babak pertama berak­hir, Figueroa meletakkan Harimau Selatan di depan selepas memanfaatkan hantaran lintang S. Kunanlan dengan melakukan tandukan deras menerjah gawang lawan pada masa kecederaan.

Bersambung babak kedua, perlawanan bertambah rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan mengasak kubu lawan masing-masing.

Serangan bertali arus yang dilakukan Harimau Selatan berjaya membuahkan hasil apabila Figue­roa menjaringkan gol keduanya menerusi sepakan percuma pada minit ke-77 menewaskan penjaga gol gantian, Muhd. Syamim Othman.

Figueroa hampir melengkapkan hatrik, namun tandukan pada minit ke-81 berjaya ditepis Syamim dan keputusan kekal ke wisel penamat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-tumbang-di-johor-1.113941#sthash.6WcUHls6.dpuf


Friday 10 July 2015

RAMADHAN AKAN BERAKHIR DAN SYAWAL AKAN MENJELMA



SALAM AIDIL FITRI 

MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI 

KAMI SEKELUARGA

VOICES AROUND: Terima Kasih TUN... Selamat hari lahir..

VOICES AROUND: Terima Kasih TUN... Selamat hari lahir..: ARTIKEL INI BAKAL MENYENTAP JIWA SESETENGAH ORANG. BACA DENGAN HATI YANG TERBUKA. Artikel asal dari Facebook :   Saudara Luqmanul ...

CELAH GELEGAR: [KELAKAR TAK?] Tiada akaun PM dibekukan kerana aka...

CELAH GELEGAR: [KELAKAR TAK?] Tiada akaun PM dibekukan kerana aka...: Abdul Gani (gambar) menjelaskan dua akaun bank atas nama Perdana Menteri Najib di AmBank Islamic tidak dibekukan kerana akaun itu telah di...

APANAMA: 1MDB Scandal Task Force Report - Prime Minister's ...

APANAMA: 1MDB Scandal Task Force Report - Prime Minister's ...: PRESS RELEASE SPECIAL TASK FORCE INVESTIGATION RELATING TO ALLEGATIONS OF FUNDS TRANSMITTED TO THE ACCOUNTS OF THE PRIME MINISTER On...

The Sense, Credibility and Accountability: Err... Boleh SELESAI ke SIASATan pasal 1MDB oleh P...

The Sense, Credibility and Accountability: Err... Boleh SELESAI ke SIASATan pasal 1MDB oleh P...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Apa? KETUA AUDIT NEGARA dah KATA yang SIASATan pasal 1MDB akan selesai HUJUNG TAHUN ini? SYUKUR Alh...

CELAH GELEGAR: Putrajaya beri amaran sebar berita palsu 1MDB bole...

CELAH GELEGAR: Putrajaya beri amaran sebar berita palsu 1MDB bole...: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak didapati menyebarkan berita...

Wednesday 8 July 2015

APANAMA: Dana 1MDB - Najib Razak - Ini bukti yang dipinta?

APANAMA: Dana 1MDB - Najib Razak - Ini bukti yang dipinta?: Untuk makluman, Wall Street Journal telah mendedahkan dokumen-dokumen di-atas dan beberapa dokumen lain yang mengaitkan ...

JELAPANG: UMNO PERLU SETIA & BANGGA KERANA PRESIDEN & MELAYU...

JELAPANG: UMNO PERLU SETIA & BANGGA KERANA PRESIDEN & MELAYU...: TERKEDU kita melihat tahap KESETIAAN ketua-ketua bahagian dan Ahli Parlimen Umno kepada presiden mereka, Najib Razak. CUKUP MENAKJUBKAN....

amukan melayu: MALAYSIA KINI KUSUT DAN SERABUT

amukan melayu: MALAYSIA KINI KUSUT DAN SERABUT: OLAK LEMPIT - Selasa 21 Ramadhan 1436 , Dalam semua umat Islam mengejar 10 malam terakhir ramadhan ni, cuaca juga mendung seolah-olah Lail...

The Sense, Credibility and Accountability: Para PenCACAI DS Najib lebih BANYAK meMALUkan dia ...

The Sense, Credibility and Accountability: Para PenCACAI DS Najib lebih BANYAK meMALUkan dia ...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Apabila The Sarawak Report menyiarkan GAMBAR ini semalam, kita dah MULA rasa CUAK tetapi kita ter...

1MDB : Enam akaun bank dibekukan

Dipercayai terlibat kes dakwaan dana disalur ke akaun PM

SAIFULIZAM MOHAMAD | 08 Julai 2015 2:20 AM







PUTRAJAYA 7 Julai - Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan perintah pembekuan terhadap enam akaun bank pihak-pihak dipercayai terlibat dalam kes tersebut semalam.

Menurut kenyataan bersama pasukan berkenaan, mereka juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

“Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan bersama tersebut di sini hari ini.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan itu melibatkan empat pihak iaitu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Kenyataan itu bertujuan memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan itu sehingga kini.

Sabtu lalu, Abdul Gani berkata, sebuah pasukan petugas khas dianggotai SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia telah pun memulakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Abdul Gani, pasukan petugas khas itu juga telah menyerbu dan mengambil beberapa dokumen penting milik syarikat SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd., pada 3 Julai lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/enam-akaun-bank-dibekukan-1.111779#sthash.bfNCr5M4.dpuf

Krisis air Lembah Klang tenat 2017

RODELIO JUNJUN TAUCAN | 08 Julai 2015 2:20 AM

KUALA LUMPUR 7 Julai – Krisis bekalan air yang melanda Lembah Klang dijangka berlarutan dan menjadi lebih tenat pada 2017 jika Kerajaan PKR Selangor masih enggan memuktamadkan perjanjian dengan syarikat konsesi air bagi menyiapkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang masih tertangguh.

Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bekalan air yang ada sekarang tidak akan bertahan selepas 2017 memandangkan rizab margin bekalan itu tidak sampai dua peratus sedangkan jumlah yang diperlukan adalah 10 hingga 15 peratus seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau berkata, loji-loji yang ada di Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Tasik Subang, Sungai Langat dan Sungai Semenyih juga tidak mampu menampung keperluan itu, jus­teru Langat 2 adalah penyelesaian jangka panjang dan mampu merawat sehingga 1,600 juta liter air bersih setiap hari yang disalurkan dari Empangan Kelau, Pahang.

“Walaupun pembinaan terowong air mentah sudah disiapkan, pembinaan Langat 2 masih pada tahap 20.65 peratus berbanding dijadualkan iaitu 24.91 peratus berikutan tindakan kerajaan negeri menangguhkan pemberian kelulusan dan permit yang diperlukan untuk pembinaannya.

“Akhirnya pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan dari perancangan asal untuk siap pada 2017. Dengan mengambil kira perkembangan ini, kedudukan bekalan air di Lembah Klang dijangka berada pada tahap meruncing bermula 2017 hingga Langat 2 siap pada 2019,” katanya ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman di Dewan Negara hari ini.

Abdul Rahim dalam soalannya meminta penjelasan kerajaan setakat mana masalah bekalan air menjejaskan pembangunan di Lembah Klang dan langkah-langkah untuk mengatasinya sebelum Malaysia mencapai taraf negara maju 2020.

Menurut Mahdzir, sejak krisis kekurangan bekalan air berlaku, sebanyak 593 projek pembangunan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tidak diberi kelulusan oleh SPAN dan kesemuanya dijangka turut tertangguh sehingga 2019.

Sementara itu, katanya, Kerajaan PKR Selangor sepatutnya tidak mempolitikkan isu air dan memainkan peranan mereka terutama selepas Kerajaan Pusat sanggup membelanjakan lebih RM3 bilion untuk membina empangan loji baharu bagi kemudahan rakyat negeri itu meskipun tidak diperintah oleh parti kerajaan.

“Kerajaan Pusat sanggup belanja berbilion ringgit untuk bawa air dari Pahang ke Selangor, cari duit dalam RM3 bilion nak bawa air, tampung kekurangan dan kira-kira 1,600 juta liter sehari akan dapat dibawa. Jadi, kita tidak akan ada masalah catuan bekalan air seperti sekarang.

“Perjanjian antara Pusat dan negeri sudah ditandatangani bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan selepas itu langkah kedua antara kerajaan negeri dengan syarikat-syarikat operator mengenai berapa jumlah harga melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Abbas),” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/krisis-air-lembah-klang-tenat-2017-1.111781#sthash.tsUZb6oa.dpuf


CELAH GELEGAR: Prof. Agus : Bolehkah Agong PECAT Najib?

CELAH GELEGAR: Prof. Agus : Bolehkah Agong PECAT Najib?: Saya fikir tidak boleh. Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik PM yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan ma...

Tuesday 7 July 2015

APANAMA: KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERK...

APANAMA: KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERK...: KENYATAAN MEDIA  SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI Susulan kepada kenyataan med...

TUNGKARAN HATI: Kerana.......Ada Gerombolan Jahat Ingin Memusnahka...

TUNGKARAN HATI: Kerana.......Ada Gerombolan Jahat Ingin Memusnahka...: Tiga Dekad Lawan Persepsi MUKADIMAH : PADA 7 Julai, Proton Holdings Berhad (Proton) akan menyambut ulang tahun ke-30 tahun penubuhannya ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Petrosaudi Kencing 1MDB ATAU 1MDB-Petrosaudi BerJV...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Petrosaudi Kencing 1MDB ATAU 1MDB-Petrosaudi BerJV...: Dalam artikel kontroversi WSJ isu Najib Billion2, kenapa WSJ merujuk Petrosaudi sebagai sebuah syarikat yang tidak dikenali sedangkan k...

Kesejahteraan rakyat terus diutamakan

07 Julai 2015 1:51 AM


MUHYIDDIN YASSIN

MUAR 6 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan tetap mengutamakan kesejahteraan rakyat walaupun dalam keadaan negara kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi dunia yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri mengakui memang terdapat isu dan permasalahan yang dihadapi tetapi kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab menjaga dan kebajikan rakyat seperti dilaksanakan sebelum ini.

“Bukan mudah buat pemimpin untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bahasa yang berbeza, namun perkara itu telah terbukti kerajaan yang ada mampu melakukan segalanya untuk rakyat.

“Banyak kejayaan yang sudah kita kecapi dan menjadi dasar kerajaan yang ada untuk membantu semua kaum dan golongan,” katanya ketika berucap sebelum Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat di Surau Saadiah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebanyak RM250,000, Uda Holdings Berhad (RM150,000) dan Bank Rakyat (RM100,000).

Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed; ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Pengurus Besar Uda Holdings, Datuk Ahmad Abu Bakar; Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipolbahri Suib dan Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat, Azman Abd. Aziz.

Muhyiddin berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias perkembangan ekonomi dunia yang lembab, namun pelbagai usaha dilakukan semata-mata untuk meringankan beban rakyat.

“Walaupun keadaan tidak menentu, rakyat kita tetap bertuah kerana keadaan yang masih aman dan banyak bantuan telah kita berikan demi untuk meringankan beban rakyat. Contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pada masa yang sama bantuan seperti itu tidak diberikan kepada rakyat di negara lain,” katanya.

Tegasnya, kerajaan akan memastikan kepentingan rakyat terbesar diberikan keutamaan berbanding golongan yang berkepentingan.

“Kerajaan akan memastikan tidak ada golongan tertentu yang tercicir,’’ katanya.

Beliau berkata, keadaan ketika ini sudah berubah apabila kakitangan kerajaan sendiri ada yang merungut kepadanya berkaitan kesusahan hidup ketika ini.

“Saya ada menerima pelbagai aduan. Sebagai orang nombor dua negara (Timbalan Perdana Menteri) ramai bertanyakan hala tuju negara, ekonomi, permuafakatan, saya ambil serius semua keluhan dan kebimbangan ini.

“Ada juga kakitangan kerajaan yang mengadu hidup kini dalam kesempitan berikutan kenaikan harga barang, percayalah saya faham masalah dihadapi penduduk dan keadaan sekarang jauh berubah,” katanya.

Justeru, sempena Ramadan yang dibuka pintu rahmat, pengampunan, taufik dan hidayah, beliau meminta rakyat supaya bersolat hajat dan berdoa supaya negara agar terus kekal aman tanpa pergolakan yang boleh membawa musibah.

“Apa yang berlaku, saya lihat adalah sebagai cabaran pemimpin untuk mengatasi perkara itu dan yang lebih penting bagaimana untuk menjadikan kerajaan yang ada terus kuat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kesejahteraan-rakyat-terus-diutamakan-1.111464#sthash.6dHZ9DIC.dpuf

PDRM belum ambil-alih siasatan Justo

07 Julai 2015 1:51 AM


KUALA LUMPUR 6 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu hasil siasatan pihak polis Thailand berhubung penahanan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd., (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, 49, sebelum menemubual suspek tentang isu pemalsuan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Thailand masih lagi dalam proses mela­kukan siasatan terhadap Justo dan PDRM akan menunggu sehingga selesai sebelum mengambil alih siasatan ke atas warga Switzerland itu.

Menurutnya, PDRM juga tidak akan mengganggu sebarang siasatan yang sedang dijalankan oleh polis Thailand.

“Kita masih belum mempunyai perkembangan baharu berkaitan Justo, tunggu pihak Thailand selesai dengan tugasan mereka dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom) di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini hari ini.

Ditanya tentang pertemuan beliau dengan Ketua Polis Thailand pada minggu lalu di Bukit Aman, Khalid bagaimanapun, enggan mengulas lanjut.

Justo yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) negara itu berikutan pemalsuan dokumen rasmi yang dilakukan selain tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya di PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi.

Polis Diraja Thailand (CSD) pada 24 Jun lalu turut mendedahkan siasatan kini hampir lengkap dan proses pendakwaan dijangka dikendalikan pada bila-bila masa.

Sepanjang tempoh tahanan, Justo turut membuat pengakuan bahawa dia ada menghantar lebih 10 e-mel yang dipercayai me­ngandungi maklumat sulit termasuk yang dipalsukan, namun enggan mendedahkan nama pene­rima sebaliknya ber­tegas hanya mahu memberikan keterangan di mahkamah.

Bagi kesalahan tersebut, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 10,000 Baht (RM1,100) jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 337 hingga 340 Kanun Keseksaan Thailand.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-belum-ambil-alih-siasatan-justo-1.111454#sthash.PXh4Jrur.dpuf


Chowrasta UiTM

Filem karya FiTA yang berjaya diiktiraf MBR

OLEH ABDUL RAZAK IDRIS
KAMPUS@UTUSAN.COM.MY | 06 Julai 2015 1:00 PM


ARSHAD Ayub (depan, empat dari kiri) memegang sijil MBR yang mengiktiraf tayangan perdana filem Chowrasta terbitan warga UiTM dan Nation Film Studio Sdn. Bhd. ditonton oleh paling ramai penonton di Dewan Agong Tuanku Canselor, baru-baru ini.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatatkan nama di dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) apabila tayangan perdana filem, Chowrasta, hasil kreativiti pensyarah dan pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) Chowrasta berjaya mencatatkan bilangan penonton seramai 4,416 orang di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini baru-baru ini.

Menurut Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar, rekod tersebut membuktikan minat para pelajar dan bekas pelajar terhadap filem yang menggambarkan jerih perih perjuangan seorang graduan UiTM yang berjaya bangun setelah sekali gagal.

“Rekod yang dicatatkan di dalam MBOR memberi publisiti yang baik kepada filem Chowrasta yang bakal ditayangkan kepada umum 10 Disember tahun ini dan saya teruja dengan perkembangan ini,”katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana filem tersebut.

Yang hadir sama ialah Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub dan isteri, Puan Sri Zaleha Arshad, Naib Canselor UiTM.Tan Sri Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar dan tetamu kenamaan serta pengurusan kanan UiTM.

Sementara itu menurut Pengarah filem Chowrasta yang juga Dekan FiTA, Prof.Datuk Abdul Razak Mohaideen,beliau gembira kerana filem yang diterbitkan dengan kerjasama UiTM dan Nation Film Studio Sdn.Bhd.mencipta rekod tayangan perdana di tempat tertutup teramai di negara ini.

“Kejayaan yang menggembirakan ini adalah hasil dari publisiti di media sosial yang mana kita menyiarkan video-video klip pendek Chowrasta yang diinspirasi dari teater muzikal dengan sinopsis yang sama tahun lalu,” katanya.

Abdul Razak berkata, filem Chowrasta adalah kisah perjuangan seorang pelajar UiTM bernama Hamid yang berasal dari sebuah kawasan yang penuh dengan aktiviti samseng di Pulau Pinang yang dinamakan Chowrasta.

Ia padat dengan drama kisah suka dan duka pelajar yang mengubah destini hidupnya dari seorang yang terlibat dengan dunia yang penuh dengan sengketa antara kumpulan samseng kini beliau berjaya menjadi seorang pemimpin yang disegani masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Datuk Rosyam Nor, Chem Amar, Aminah Rhapor, Fauzi Nawawi dan Amylia Nattasha Aziz.

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/chowrasta-uitm-1.111135#sthash.jbOGnFQC.dpuf

Skrin sesentuh lebih tepat

06 Julai 2015 1:00 PM



Acer Tablet Iconia One 8


Bagi anda yang gemar menulis dan melukis, Acer kini memperkenalkan tablet terbaharu dengan keupayaan sesentuh yang lebih baik dari tablet lain iaitu Iconia One 8 B1-820 dengan mengetengahkan teknologi Precision Plus.

Ketepatan skrin yang telah dipertingkatkan menjadikannya sesuai untuk menulis atau melukis dengan lebih tepat melalui pilihan Acer Accurate Stylus, manakala Acer Iconia Suite pula memudahkan tugas anda dengan isyarat gerak sentuh dan ikon akses pantas.

Dengan teknologi Zero Air Gap juga menjadikan gajet ini lebih berkemampuan untuk melakukan tugas-tugas mencatat nota, membuat panggilan keluar, menonton video dan sebagainya selain hadir dalam 10 warna yang menarik.

Istimewanya juga, dengan menggunakan Mod Membaca, ia dapat membantu untuk mengurangkan keletihan mata dengan mengurangkan jumlah cahaya biru yang dipancarkan melalui skrin tablet.

Antara ciri-ciri lain yang disediakan dalam peranti ini termasuk EZ Note bagi memudahkan pengguna menyusun minit mesyuarat, nota-nota atau idea lakaran.

EZ Snap pula membantu pengguna untuk mengambil gambar skrin dengan lebih mudah dan cepat serta pengguna boleh terus mengedit dan berkongsi gambar tersebut.

Selain itu ciri-ciri lain yang turut diketengahkan ialah EZ Snap, EZ Gadget dan System Doctor yang disediakan khas untuk pengguna melakukan urusan seharian tanpa perlu membuka satu-satu fail.


Spesifikasi Tablet Acer Iconia One 8
Prosesor: Quad-core 1.83 GHz
Paparan: 800 x 1280 mm
Kamera hadapan: 5 megapiksel
Memori: 32GB
Saiz: 213.9 x 127.7 x 9.5mm
Berat: 355g
Warna: Pelbagai

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/skrin-sesentuh-lebih-tepat-1.111117#sthash.vxPrfOiG.dpuf


Peranti harga rendah

JOI tampilkan keluaran terbaharu

06 Julai 2015 1:00 PM


Ko Yun Hung (kiri) bersama Pengurus Intel Malaysia dan Singapura, Sumner Lemon menunjukkan Lite JOI Phone 5 dan JOI 7 pada majlis pelancarannya di Ibu negara baru-baru ini.


SNS Network secara rasminya telah melancarkan dua gajet terbaharu di bawah jenama JOI keluaran mereka iaitu JOI 7 Lite dan JOI Phone 5 baru-baru ini.

JOI merupakan salah satu jenama produk tempatan yang sebelum ini telah menawar dan memasarkan beberapa tablet serta produk berasaskan Android dan Windows.

Kini jenama ini telah memperluaskan lagi pasaran mereka dengan adanya telefon pintar baharu yang tidak kurang hebatnya.

JOI 7 Lite merupakan tablet, manakala JOI Phone 5 ialah telefon pintar yang menggunakan siri prosesor Intel Atom x3.

Pengarah Urusan SNS Network sdn. Bhd., Ko Yun Hung berkata, gajet terbaharu ini menawarkan segala kelebihan dan kebaikan teknologi yang dihasilkan Intel.

“Persembahan yang baik, jangka hayat bateri yang menakjubkan dan juga reka bentuk yang cantik adalah ciri-ciri yang diterapkan Intel dalam kedua peranti ini,” katanya.

Telefon pintar Joi Phone 5 memaparkan skrin bersaiz lima inci dengan resolusi 1024 x 600 piksel, memori 1GB bersama-sama ruangan storan 8GB.

Joi Phone 5 juga dilengkapi kamera belakang lapan megapiksel serta kamera hadapan dua megapiksel serta bateri berkapasiti 2100mAh.

Tablet JOI 7 Lite pula memaparkan skrin tujuh inci, memori 1GB, ruangan storan 8GB dengan kamera belakang dua megapiksel dan kamera hadapan VGA.

Kedua-dua peranti ini boleh didapati daripada pengedar rasmi SNS Network, gedung beli-belah AEON, selain turut ditawarkan secara dalam talian di Lazada, Gloo dan Lelong.

SPESIFIKASI 

JOI Phone 5
Prosesor: Intel Atom x3-C3130 (SoFIA 3G)
Memori: 1GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 5” IPS 1280 x 720
Kamera: 8MP + 2MP
Harga: RM399

JOI 7 Lite
Prosesor: Intel Atom x3-C 3130 (SoFIA 3G0
Memori: 1 GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 7” IPS 1024 x 600
Kamera: 2 MP + VGA
Harga: RM299

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/peranti-harga-rendah-1.111114#sthash.hR4oqa10.dpuf