Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

LIGA SUPER - JDT mula fokus lawan Sarawak



Pemain jdt, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu kelmarin. JDT menang 3-0.

JOHOR BAHRU - Pemain-pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu mengekalkan momentum kemenangan mereka sekurang-kurangnya buat 90 minit terakhir saingan liga musim ini untuk bergelar juara Liga Super.

Jurulatih JDT, Bojan Hodak berkata, pemain-pemain kini mempunyai peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan pertama buat mereka apabila berjaya menundukkan Kelantan 3-0 dalam perlawanan kelmarin.

"Kesemua pemain menunjukkan persembahan yang baik pada saingan liga musim ini, namun mereka masih mempunyai baki permainan 90 minit sebelum boleh bergelar juara.

"Kejayaan menewaskan Kelantan 3-0 adalah sesuatu yang tidak saya jangka tetapi saya percaya pemain-pemain saya telah melakukan yang terbaik dan mereka berhak mendapat keputusan sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas pasukannya menewaskan The Red Warriors di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru kelmarin.

Tambah Hodak, walapun perlawanan terakhir menentang Sarawak bukan perkara mudah, apatah lagi bermain di gelanggang lawan, namun dia percaya anak-anak buahnya mampu mencatatkan kemenangan sekiranya mereka mengekalkan prestasi semasa.

Sementara itu, ketua pasukan JDT, Safiq Rahim berkata, dia berpuas hati dengan kejayaan mereka mengumpul tiga mata penuh dalam perlawanan semalam kerana amat penting dalam usaha pemburuan piala musim ini.

"Tiga mata yang berjaya dikutip ini penting untuk kami memastikan peluang muncul sebagai juara liga tahun ini berada dalam genggaman. Perlawanan seterusnya merupakan perlawanan akhir dalam liga dan saya berharap semua pemain akan beri yang terbaik serta tidak mensia-siakan peluang dimiliki," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140622/su_03/JDT-mula-fokus-lawan-Sarawak#ixzz35QaPQ3Zn  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: