Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Argentina terlalu harap Messi



PENJAGA gol Iran, Alireza Haghighi (kiri) gagal menepis bola sepakan Lionel Messi (tiada dalam gambar) daripada melayang ke dalam gawang golnya dalam perlawanan menentang Argentina di Belo Horizonte semalam. Argentina menang 1-0. - REUTERS

BELO HORIZONTE - Argentina perlu meningkatkan prestasi mereka dalam perlawanan seterusnya meskipun mempunyai pemain 'pintar', Lionel Messi yang menjaringkan gol pada penghujung perlawanan untuk menewaskan Iran 1-0, sekali gus melayakkan bekas juara dunia itu ke pusingan kedua.

Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella berkata, pasukannya mahu meningkatkan prestasi dengan melihat pelbagai sudut yang boleh dibaiki.

"Kesemua pemain mempamerkan aksi yang bagus dan menjadi penyumbang dalam kemenangan tersebut, walaupun mempunyai pemain 'pintar' Messi yang pastinya dikehendaki oleh pasukan lain.

"Iran juga banyak menyusahkan kami dalam perlawanan itu, yang saya anggap sebagai sengit, tetapi kebijaksanaan Messi pada penghujung perlawanan tidak mungkin dapat disekat pihak lawan walaupun meletakkan dua penjaga gol di gawang mereka," katanya.

Setelah dihampakan selama 90 minit ketika menentang Iran, Messi berjaya menjaringkan gol cantik dalam masa kecederaan dan penyokong Argentina bersorak keriangan di Stadium Mineirao.

Pasukan dari Amerika Selatan itu, yang dinobatkan sebagai antara pasukan pilihan di Brazil, telah mempamerkan aksi hambar untuk dua perlawanan berturut-turut setelah menang tipis 2-1 ke atas Bosnia-Herzegovina dalam perlawanan pembukaan mereka.

Sungguhpun telah layak ke peringkat seterusnya, Sabella yang meletakkan Gonzalo Higuain, Messi, Sergio Aguero dan Angel Di Maria di bahagian serangan dalam perlawanan tersebut akan meneliti semula sebarang perkara yang tidak menjadi, termasuk kesukaran melepasi pertahanan Iran dari sebelah sayap.

"Perkara sebegini boleh terjadi walaupun tidak sepatutnya berlaku dan kami akan cuba mengimbangkan corak permainan dalam perlawanan seterusnya, namun sedar bahawa tidak semudah yang difikirkan.

"Kadangkala, keputusan perlawanan boleh ditentukan daripada serang balas kami tetapi tidak begitu menjadi dalam perlawanan itu dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Iran kerana mereka telah bermain dengan bagus," katanya.

Argentina yang mengumpul enam mata daripada dua perlawanan akan menentang Nigeria selepas ini, manakala Iran yang mempunyai satu mata bakal berdepan dengan Bosnia-Herzegovina dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. - REUTERS



No comments: