Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Perancis menang besar lagi



PENYERANG Perancis, Karim Benzema menyepak bola melepasi kelengkang penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio dalam perlawanan di Salvador semalam. Perancis menang 5-2. - AFP
SALVADOR - Perancis kembali menyinar dalam kejohanan Piala Dunia selepas kempen mengecewakan empat tahun lalu di Afrika Selatan yang menyaksikan mereka bukan sahaja pulang lebih awal malah dimalukan dengan protes yang dibangkitkan para pemain ketika itu.

Awal pagi semalam, pasukan bimbingan Didier Deschamps dengan mudah membenam cabaran Switzerland apabila membelasah pasukan itu dengan 5-2, sekali gus menyaksikan Les Bleus menerajui Kumpulan E dan layak ke pusingan kedua.

Ini juga membolehkan mereka berada pada kedudukan mengelak pertemuan dengan Argentina pada pusingan kalah mati.

"Kami semua amat mengkagumkan malam ini (semalam). Namun, kami tidak boleh membiarkan diri kami sentiasa dipenuhi emosi dan seharusnya perlu lebih tenang,’’ kata penjaga gol, Hugo Lloris, salah seorang daripada empat pemain skuad edisi 2010 yang masih berada dalam skuad kali ini.

Karim Benzema, Olivier Giroud dan pemain sayap, Mathieu Valbuena masing-masing menyumbang satu gol dan mencipta peluang kepada rakan pasukan lain sekali gus menggariskan semangat sepasukan yang baharu dan penyudahan berbisa pada barisan serangan Les Blues.

"Ini merupakan malam yang hebat buat kami. Kami melukakan mereka (Switzerland) dengan serangan pantas kami dan kepelbagaian corak permainan kami,’’ kata Deschamps.

Pada separuh masa pertama, Giroud dan Matuidi menjaringkan satu gol dalam tempoh selang seminit manakala Valbuena menambah duka Switzerland dengan gol ketiga pada penghujung separuh masa pertama.

Benzema kemudiannya menebus kehampaan gagal menjaringkan sepakan penalti pada separuh pertama dengan meledak jaringan pada minit ke-67 sebelum membuka ruang kepada rakan sepasukan, Moussa Sissoko untuk menjaringkan gol pada minit ke-73.

Switzerland bagaimanapun berjaya menjaringkan dua gol saguhati selepas Blerim Dzemaili menyumbat gol menerusi sepakan bebas pada minit ke-81 sebelum Granit Xhaka menyudahkan hantaran Gokhan Inler pada minit ke-87. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140622/sl_04/Perancis-menang-besar-lagi#ixzz35QXVgr3G  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: