Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Pengaruh Klinsmann dalam skuad Jerman - Mertesacker



Juergen Klinsmann

PORTO SEGURO - Kehadiran semula Jerman selaku kuasa besar dalam Piala Dunia adalah hasil tunjuk ajar bekas jurulatih yang kini merupakan pengendali Amerika Syarikat, Juergen Klinsmann terhadap para pemain muda, kata Per Matesacker.

Jerman akan bertemu Ghana di Fortaleza awal pagi, esok setelah memulakan saingan kumpulan F membelasah Portugal 4-0 dengan Thomas Muller menjaringkan hatrik pertama Piala Dunia kali ini.

Mereka akan bertemu anak-anak buah Klinsmann awal pagi Jumaat pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, dan pertahanan tengah Arsenal itu memberitahu, pengaruh legenda Jerman itu masih dirasai di dalam pasukannya.

"Klinsmann memberikan keyakinan kepada generasi muda, dan ia masih bersama kami sehingga kini. Kami mendapat manfaat semasa kehadirannya bersama pasukan ini," kata Mertesacker yang akan membuat penampilan ke-100 pada pertemuan menentang Ghana.

Klinsmann, 49, yang menjulang Piala Dunia pada 1990 mengambil alih Jerman pada 2004 selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan Kejuaraan Eropah tanpa mencatatkan sebarang kemenangan, selain gagal menewaskan Latvia.

Dia kemudian membawa pasukan Das Mannshaft itu untuk menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia 2006 sebelum meletakkan jawatan, dan digantikan oleh penolongnya ketika itu, Joachim Loew.

Di bawah kendalian Loew, Jerman berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dalam tiga kejohanan terakhir termasuk Piala Dunia 2010, dan dua Kejohanan Eropah.

Mertesacker berkata, Klinsmann merupakan watak utama membimbing bintang Jerman pada ketika ini seperti Bastian Schweinsteiger, Lukas Podolski, dan ketua pasukan, Philipp Lahm yang berjaya menjadikan pasukan tersebut sebagai kuasa besar Eropah. - AFP

Jerman sebelum ini memiliki reputasi sebagai sebuah pasukan yang gemar bermain dengan corak permainan bertahan, namun kehadiran Klinsmann yang juga merupakan bekas penyerang telah menerapkan gaya permainan yang lebih agresif.

Mertesacker berkata, ia akan menjadi 'sesuatu yang sangat istimewa' apabila pasukan Klinsmann bertemu Jerman di Recife selepas Amerika Syarikat bertemu Portugal di Manaus awal pagi Isnin. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_08/Pengaruh-Klinsmann-dalam-skuad-Jerman---Mertesacker#ixzz35Q8kuif9  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: