Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

WORLD CUP 2014 - Peluang Jepun, Greece belum tertutup



Ketua pasukan Greece, Kostas Katsouranis (21) dilayangkan kad merah oleh pengadil, Joel Aguilar pada minit ke-39 dalam aksi perlawanan Kumpulan C menentang Jepun di Arena das Dunas di Natal, Brazil, semalam. - AGENSI
NATAL - Jepun, dan Greece masih berpeluang untuk ke pusingan kalah mati selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam saingan kumpulan C yang berlangsung di Estadio das Dunas, Natal semalam.

Greece yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten, Costas Katsouranis dibuang padang pada minit ke-38 terpaksa mengubah corak permainan dengan memperkukuhkan bahagian pertahanan bagi mengelakkan tewas ditangan Jepun.

"Pasukan saya sangat bijak. Mereka bekerja keras selepas layangan kad merah itu. Sekiranya tidak dikenakan kad merah, kami mungkin akan menang perlawanan ini," kata jurulatih Greece, Fernando Santos.

Kedua-dua pasukan memasukkan penyerang baharu dalam usaha mencari gol untuk kemenangan pertama, tetapi matlamat utama adalah bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya dengan baki satu perlawanan. Jepun akan tersingkir sekiranya tewas pada perlawanan akhir.

Selepas Katsouranis diarah keluar padang ekoran melakukan terjahan keras ke atas Makoto Hasebe, Greece memperkukuhkan bahagian pertahanan mereka, dan berjaya menampilkan aksi meyakinkan bagi mengelak kesilapan kritikal.

Pertahanan Jepun, Atsuto Uchida berkata, dia dapat merasakan Greece membina tembok pertahanan di sekeliling gol selepas Katsouranis dibuang padang.

"Saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Ia selalu berlaku dalam bola sepak, apabila sesebuah pasukan beraksi dengan 10 pemain, mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

"Ia merupakan cara Greece berjuang dalam perlawanan ini, berjuang menggunakan teknik bertahan," kata Uchida.

Jepun kemudiannya menggandakan asakan pada separuh masa kedua, dan berjaya mencipta beberapa peluang menarik. Peluang terbaik hadir pada minit ke-68 apabila Shinji Kagawa menghantar bola jauh kepada Uchida yang kemudian melakukan hantaran silang kepada Yoshito Okubo, namun sepakan voli yang dilakukan sekadar melewati palang.

Penjaga gol Greece, Orestis Karnezis juga terpaksa bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan bahaya lawan pada masa kecederaan untuk memastikan mereka meraih satu mata daripada perlawanan itu.

Jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni tidak menyenaraikan Kagawa dalam kesebelasan utama, sebaliknya meletakkan kepercayaan kepada penyerang veteran, Okubo untuk bergandingan bersama Keisuke Honda.

Okubo memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-33, namun tandukannya melewati palang gol. Zaccheroni nyata kecewa apabila Jepun gagal menggunakan kelajuan yang dimiliki untuk mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan Greece yang beraksi dengan 10 pemain.

Kemenangan ke atas Colombia tidak menjamin peluang mereka ke pusingan kalah mati, tetapi jika Ivory Coast menewaskan Greece, Jepun sudah pasti akan pulang awal.

"Kami bermain dengan perlahan. Ini bukan satu keputusan positif. Kami sememangnya memerlukan kemenangan," kata Zaccheroni.- AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_04/Peluang-Jepun-Greece-belum-tertutup#ixzz35Q4nyeqA  © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: