Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 June 2014

WORLD CUP 2014 - Bermula karnival atau kacau bilau



DUA remaja bermain bola sepak di depan mural bintang Argentina, Lionel Messi (kiri); penyerang Brazil, Neymar (tengah) dan ketua pasukan Portugal, Christiano Ronaldo di sebuah kawasan di Rio de Janeiro. - AFP

RIO DE JANEIRO - Sepak mula Piala Dunia paling bermasalah dalam sejarahnya akan bermula esok (4 pagi Jumaat waktu Malaysia) dengan tuan rumah, Brazil berharap untuk menganjurkan kejohanan yang meriah seperti karnival.

Bagaimanapun, harapan mereka itu mungkin hancur berkecai kerana sebilangan penduduk tidak berpuas hati dengan perbelanjaan besar untuk menganjur dan membina stadium, yang juga bermasalah kerana lambat disiapkan.

Permulaan kejohanan itu merupakan ujian besar buat penganjur dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), yang telah mengerah Brazil dari segi persediaan menganjurkan sukan kedua terbesar selepas Olimpik itu.

Perlawanan pertama akan dilangsungkan di Corinthians Arena, Sao Paulo, gelanggang yang menjadi lambang kepada kelewatan pembinaan venue kejohanan.

Pembinaan yang menelan belanja AS$424 juta dolar (RM1.36 bilion) itu telah meragut nyawa lapan pekerja keseluruhannya.

Stadium berkapasiti 61,600 tempat duduk itu merupakan salah satu daripada 12 stadium yang dibina dan sepatutnya siap pada Disember lepas, namun pembinaan enam stadium melewati jangka masa yang ditetapkan oleh FIFA.

Namun begitu, FIFA masih menyokong teguh Brazil dengan Presiden, Sepp Blatter yakin bahawa acara tersebut akan menjadi karnival lebih daripada keadaan huru-hara.

"Selepas sepak mula, saya rasa keadaan akan kembali reda," kata Blatter.

Bagaimanapun, rusuhan masih berlaku ekoran masalah pengangkutan awam yang masih lagi menjadi isu yang belum dapat diselesaikan.

Rusuhan oleh pekerja kereta api bawah tanah di Sao Paulo kerana mahukan kenaikan gaji menyebabkan bandar tersebut huru-hara dan memaksa pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Ketua kesatuan sekerja pula memberikan amaran untuk kembali memprotes jika permintaan mereka tidak ditunaikan. Pada Selasa lepas, pekerja kereta api bawah tanah di Rio de Janeiro juga mengugut untuk melakukan perkara yang sama.

Jumlah perbelanjaan yang dianggarkan AS$11 bilion (RM35.33 bilion) telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan yang serba kekurangan dari segi kesihatan, perkhidmatan awam serta kadar jenayah yang tinggi.

Sebanyak 150,000 anggota polis dan askar serta 20,000 pegawai keselamatan akan bertugas di 12 tapak perlawanan untuk menghalang jika berlaku serangan oleh perusuh yang menggunakan slogan Piala (Dunia) tidak akan berlangsung.

Walaupun berdepan pelbagai masalah di luar padang, kejuaraan tersebut menjanjikan perlawanan yang klasik.

Juara bertahan, Sepanyol akan cuba menjadi negara Eropah pertama memenangi Piala Dunia di Amerika Selatan.

Anak didik Vicente del Bosque telah mendominasi bola sepak antarabangsa sejak enam tahun lalu dengan memenangi Kejohanan Eropah dua kali berturut-turut serta Piala Dunia pada 2010.

Brazil pula berharap untuk menjulang Piala Dunia yang keenam, menjadi tuan rumah buat pertama kali sejak 1950.

Skuad tuan rumah mengharapkan ketangkasan serta teknik Neymar yang menjadi pemain terbaik Piala Konfederasi tahun lepas untuk mengetuai jentera serangan.

Jika Neymar menyerlah, berkemungkinan berlaku pertarungan akan antara pemain itu dengan teman sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi.

Prestasi pemain Argentina itu agak hambar pada tahun ini dalam standard sebagai pemenang Ballon dOr empat kali ekoran dilanda kecederaan.

Namun Messi agak menyerlah selepas dilantik sebagai ketua pasukan oleh pengurus Argentina, Alejandro Sabella, dan pastinya mahu memadam kenangan pahit ketika Piala Dunia 2010.

Argentina dan Brazil mungkin akan bertemu dalam perlawanan akhir di Stadium Maracana, yang telah dinaik taraf, pada 13 Julai jika pasukan-pasukan Eropah yang diketuai oleh Sepanyol tumbang. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140612/sl_03/Bermula-karnival-atau-kacau-bilau#ixzz34Nm6zQSx  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: