Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 30 June 2009

Misteri Batu Hajar Aswad


Khas untuk mereka yg telah dan yg bakal sampai ke Makkah. Semoga Allah hantar jemputan kepada semua yang ingin berada di Makkah...Amin


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya? ."

Para angkasawan telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian seperti ada alasan tersembunyi laman web tersebut di hapuskan.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan . Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karekteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama 'Zero Magnetism Area', ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena ada daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan grativiti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita diberi kuasa untuk beribadah oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengembang di air. Di sebuah musium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam." Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

1Malaysia penyelesai isu rakyat, bukan debat



Surat kiriman Pembaca dari Berita Harian


ORANG tua sering mengingatkan kita melalui pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya'. Inilah yang terjadi kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, apabila mengaitkan Umno dengan komunis dan ajaran sesat pada ceramah politik pada 21 Jun lalu di Kampung Laloh, kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai.

Beliau menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. Meskipun kenyataannya satu kiasan atau perumpamaan tetapi kenyataan itu mengelirukan pemikiran rakyat terutama pengundi di pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini.

Hal demikian ini tidak wajar kerana beliau juga pernah bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada 1967 dan 1974 ketika Pas bersama BN dulu apatah lagi Pas pun parti politik seperti Umno.

Tuduhan beliau keterlaluan dan tidak wajar diucapkannya selepas 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Apalagi usianya yang lanjut seharusnya menjadi teladan kepada pemimpin pelapis membawa imej warak dan pemimpin besar yang mengutamakan rukun negara kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Tok guru yang hebat mengajar agama dan pemain politik lincah yang tidak percaya kepada pengertian kebangsaan, malah menafikan pelbagai rupa bangsa di alam maya baik Melayu, Arab, Eropah, Cina dan sebagainya untuk saling mengenal kecuali yang beriman dan bertakwa mendapat kemuliaan di sisi Allah. Sekali gus menolak watak Melayu yang dicatat dengan tinta emas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Idea gagasan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa membangkitkan kemarahannya dan beliau amat emosional hingga mengusir dan memaksa Timbalan Presiden parti agar meletakkan jawatan dan masuk Umno.

Beliau mungkin menyedari kesilapan lalu selepas Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kerana didakwa wujud unsur hasutan dan mencetuskan ketegangan dan perbalahan sesama sendiri.

Menyedari hakikat itu beliau mengalih fokus dengan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno untuk mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-Pas.

Namun, cadangan beliau tidak membantu meleraikan kekusutan, malah reaksi dan persepsi orang ramai bahawa beliau sudah melepasi tempoh bersara daripada medan politik.

Elok kalau Najib tidak melayan ajakan Nik Aziz kerana muzakarah, muqabalah dan mujadalah adalah istilah Arab yang sukar difahami umat Melayu. Perdamaian antara Umno dan Pas dicetus sekian lama melalui muzakarah. Idea yang dicadangkan Pas, iaitu perundingan bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti itu untuk kebaikan negara dan rakyat.

Namun, usaha itu digagalkan segelintir pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am sendiri yang dianggap ulama paling tinggi dalam parti. Malahan kewujudan Umno dan Pas suatu kelainan politik yang sepatutnya terarah kepada pembinaan umat Melayu Islam yang maju dan makmur di bumi Malaysia ini.

Kelantangan Nik Aziz membantah sehingga beliau mencadangkan muqabalah yakni perbincangan tanpa syarat dengan Umno. Kini atas kapasitinya sendiri mendesak Perdana Menteri mengadakan debat pula.

Lantaran itu, debat tidak wajar kerana pemainnya akan membidas dan menggodam lawan habis-habisan dengan memanipulasi baik bahasa Quran dan hadis mahupun bahasa Urdu dan Sanskrit, malah bahasa politik macam 'menegak benang basah' yang sukar difahami orang kebanyakan.

Sebaliknya tetapkan matlamat menyelesaikan masalah umat dan rakyat melalui 1Malaysia bermaksud sebuah kewarganegaraan, satu impian dan satu negara. Justeru, khalayak tidak mudah tertipu dengan mainan politik melampau dan retorik yang mengelirukan dan merugikan pengikut parti dan negara.

ZULKEFLEE YAACOB,
Kota Bharu, Kelantan
.

Petang bermakna bagi penuntut baru UiTM



Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Khaled Nordin, Saifuddin Abdullah dan Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah melakukan senam seni bersama lebih 3,000 pelajar baru sempena Minggu Siswa 2009 di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, semalam. - Bernama

SHAH ALAM 28 Jun - Lebih 3,000 penuntut baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) sesi akademik baru tahun ini termasuk pelajar senior yang mengendalikan Minggu Mesra Siswa 2009 bertuah kerana dapat bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan aktiviti senam seni.

Najib dan Rosmah bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah, yang tiba di Stadium UiTM pada pukul 5.30 petang, terus menyertai para penuntut melakukan senam seni iaitu senaman berbentuk tarian yang diiringi dengan irama tradisional.

Para pelajar mengambil kesempatan untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri dan isteri yang tidak disangka-sangka menyertai mereka dalam acara senam seni, satu acara Minggu Mesra Siswa pada kali ini.

Seorang pelajar jurusan muzik, Maznor Zairi, 18, ketika ditanya mengenai kehadiran Perdana Menteri, berkata beliau berasa bangga pemimpin nombor satu negara itu dapat bersama-sama melakukan senam seni dengan para penuntut baru.

"Tak sangka Perdana Menteri datang gembira, dapat salam dengan dia," katanya.

Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit melakukan senam seni dan beramah mesra dengan para penuntut, Najib dan isteri serta rombongan termasuk pelajar berjalan kaki ke Kolej Perindu, sebuah asrama lelaki yang terletak tidak jauh daripada stadium universiti itu.

Najib melawat hingga ke dalam bilik penginapan pelajar bagi meninjau kemudahan yang disediakan bahkan memasuki dan memeriksa keadaan tandas di asrama itu.

Dalam aktiviti turun padang yang dilakukan sejak menjadi Perdana Menteri April lepas, Najib sempat meluangkan masa selama 30 minit minum dan berbual bersama lebih 30 penuntut di kafetaria Kolej Perindu bagi mengetahui masalah mereka, harapan sebagai generasi baru dan pandangan mereka terhadap kerajaan masa kini. Sebelum menamatkan lawatannya, Najib menandatangani Buku Pelawat Kolej itu. - BERNAMA

Rugi Melayu tolak perpaduan, 1Malaysia




oleh Feriz Omar
utusan.feriz@gmail.com

KETIKA pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentang aspirasi 1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan dan andaian terbaik mereka mengenai istilah berkenaan.

Bermula dari bual bicara pemimpin negara, ahli politik, ahli akademik dan professional hinggalah ke cakap-cakap kedai kopi, segenap lapisan masyarakat bagai tercari-cari apakah intipati sebenarnya di sebalik konsep 1Malaysia.

Dalam begitu banyak teori yang dikemukakan, yang paling menyakitkan hati ialah andaian tidak bertanggungjawab beberapa pihak tertentu yang cuba menyamakan konsep 1Malaysia dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' dokongan DAP. Memang sah ia adalah suatu tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk mencalar imej kerajaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Melayu!

Sabtu lepas, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada sebilangan kecil masyarakat Melayu yang salah faham, ragu-ragu atau kabur dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut.

Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap orang Melayu sendiri. Antaranya, sikap yang berkecenderungan untuk memperoleh maklumat dari sumber yang tidak betul seperti laman-laman blog yang dikendali oleh bloggers yang buta hati dan jiwa yang murni.

Bukankah media-media perdana dan laman-laman web kerajaan sudah pun memberi informasi tentang hal ini dengan cukup terperinci.

Sudah sampai masanya, masyarakat Melayu merujuk kepada media-media perdana dan jika perlu, media alternatif yang menganjurkan kupasan pemikiran yang 'bebas', matang lagi mementingkan keharmonian rakyat dan bukannya melayan hujah-hujah beremosi.

1Malaysia hanyalah satu 'aspirasi' yang dicetuskan untuk mencari persamaan dan mengelakkan perbezaan di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah asas pembentukan senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan kehendak prinsip Rukun Negara.

Terdapat lapan penerapan nilai murni di bawah 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sewaktu pertama kali slogan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' dilaungkan, Perdana Menteri sengaja mahukan seluruh rakyat Malaysia terlibat sama dalam menterjemahkan aspirasi tersebut.

Kita akui bahawa Wawasan 2020 sudah pun menjadi wawasan jangka masa pendek kerana ia bakal menemui kita beberapa tahun lagi. Malaysia hari ini perlukan suatu wawasan, visi dan misi baru yang berterusan.

Di atas kesedaran ini juga, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sepatutnya mula menunjukkan gerakan-gerakan positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi negara yang baru.

Nampaknya bagi bangsa Melayu, keutamaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan bangsa dan agama sendiri bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, dalam isu Pas menolak usul perpaduan ummah UMNO-Pas yang kian memuncak, falsafah politik pula yang didahulukan sehingga meranapkan hak Melayu untuk menentukan hala tuju negara dalam menetapkan visi dan misi memajukan bangsa dan agama.

Begitu juga mengenai dakwaan yang mengatakan 1Malaysia bakal menindas nasib orang Melayu dan hak Bumiputera adalah tidak benar sama sekali.

Asas kepada dakwaan ini, konon-kononnya ialah tindakan kerajaan yang memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedangkan hal yang sebenar ialah fungsi MeCD sudah pun diserap sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan menambah kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Dasar afirmatif yang bersifat menolong kaum Bumiputera sebetulnya tidak pun disentuh, malah bakal dilaksanakan dengan lebih telus.

Konsep 1Malaysia yang 'sebenar' ternyata bertujuan baik demi keharmonian pelbagai ras dan keturunan di Malaysia. Melalui nilai murni 'Penerimaan', masyarakat Malaysia dituntut agar menerima perbezaan kaum dan agama.

Dalam hal ini, sudah tiba masanya perspektif perpaduan negara diubah berbanding sekadar bertoleransi sebelum ini. Sikap sebegini membuat kita maju setapak ke hadapan kepada rasa hormat dan saling menerima.

Justeru, 1Malaysia sepatutnya menjadi ruang di mana masyarakat Melayu melupakan agenda politik buat sementara dan berpadu demi menyokong agenda perpaduan nasional. Ambil iktibar daripada kaum Cina di Malaysia, yang mana sekalipun wujud beberapa entiti politik yang menjaga kepentingan orang Cina, badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dong Zhong dan Shiu Qiu sentiasa menjadi tempat kaum Cina menyatakan kesatuan pendapat mereka.

Orang Melayu sajalah yang nampaknya begitu berpecah bagaikan tiada langsung titik temu hingga kini. Inilah punca kepada komentar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang begitu kecewa dengan kegagalan perpaduan Melayu Pas dan UMNO bersatu baru-baru ini.

Saya menyeru seluruh umat Melayu menyokong aspirasi 1Malaysia yang dibawa oleh Najib dan melupakan perbezaan yang ada buat seketika demi kepentingan negara. 1Malaysia hakikatnya adalah rangkuman kepada elemen fundamental yang cukup perlu bagi merealisasikan cita-cita Wawasan 2020.

Seperti golongan Yahudi yang menetapkan cita-cita 100 tahun untuk kembali dan menguasai Baitulmaqdis, hendaknya orang Islam di Malaysia juga tidak perlu ralat untuk bersatu hati, mengejar wawasan yang sudah sedia termaktub ini.

Ayuh, mari kita terjemahkan konsep perpaduan 1Malaysia dan tentukan misi dan visi negara!

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
Rugi ada mata dibutakan, ada otak tak boleh nak berfikir, ada telinga dipekakkan, ada HATI..busuk dan mati...nak kata apa kalau dah orang lain semuanya salah dia aje yang betul walaupun yang dibuat untuk kebaikan ummah..Sesungguhnya segala kebaikan datang dari ALLAH swt dan segala keburukan adalah kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia ...amin

Monday 29 June 2009

Kembara Tokyo 1-Part 3(akhir)



27hb. Jun 2009
Tokyo Dome City

Gambar-gambar yang diabadikan sebagai kenangan untuk keluarga saya apabila telah berada semula di Malaysia awal Ogos 2009 nanti.....

Saya dan isteri

Kenangan bersama Pengurus Pasukan Giants (Patung aje)

Penyokong kecil pasukan Giants bersama ibunya

Anak2 saya yang kecil tu tidor kepenatan

Gelagat gadis penjual minuman....

Mascot pasukan Giants

Gelagat penyokong Giants dengan banting gergasi mereka

Penyokong Swallows dengan Bendera mereka

Dicelah-celah kemeriahan sorakan penyokong kelihatan gadis-gadis penjual minuman menjalankan perniagaan mereka

Ditengah-tengah keriuhan sorakan pun ada yang ambil kesempatan untuk tidor setelah perut kenyang selepas makan

Puas juga hati saya kerana dapat merasai kemeriahan suasana di dalam stadium yang padat dengan penonton...Sebenarnya saya ni menyokong kedua2 pasukan yang bertanding hari ini dan ternyata pasukan Swallows telah menang dengan selesa melalui semangat berpasukan yang jitu...isteri teman penyokong Giants.....Tak apa kan cuma penyokong aje..

Kembara Tokyo 1-Part 2



27hb. Jun 2009
Tokyo Dome City

Bila sudah berada di Tokyo Dome City ni kami sekeluarga mengambil kesempatan menonton pelawanan Liga Baseball Japan di antara pasukan Giants VS Swallows yang merupakan 2 pasukan handal yang berasal dari Kota Tokyo. Ini adalah kali kedua kami menonton perlawanan yang merupakan sukan nombor satu di Japan. Selalunya kami hanya menonton menerusi peti TV saja..Seronok sungguh dapat merasai suasana yang meriah dengan sorakan penyokong kedua belah pihak yang bertanding...yang pastinya tiada kata2 lucah yang kedengaran dan pergaduhan terjadi walaupun penyokong kedua pasukan duduk berdekatan dan bercampur antara satu sama lain..

Score baord Stadium Baseball tertutup Tokyo Dome

Tempat rehat pasukan Swallows(pasukan pendatang)

Perlawanan bermula


Pembaling(pitcher) yang menentukan menang atau kalah sesuatu pasukan

Pemukul(batsman) yang cuba memukul bola pada kelajuan 140km/h atau lebih untuk memungut mata bagi pasukan mereka. Mereka akan digelar hero jika dapat membuat pukulan HOME RUN

Penangkap bola juga merupakan orang penting dalam memberi kemenangan/kekalahan kepada pasukan masing2 dengan mematikan kemaraan pemukul pihak lawan

Yang pasti dalam perlawanan Baseball di Jepun ni tiada keputusan seri dalam sesuatu perlawanan yang ada hanyalah pasukan yang menang dan yang kalah....

Kembara Tokyo 1-Part 1


27hb. Jun. 2009
Tokyo Dome City Part 1


Pada hujung minggu yang lalu, saya dan family telah berjalan-jalan sambil window shopping di sekitar Tokyo Dome City. Tempatnya cukup menarik kerana segalanya ada disediakan disini. Ada Stadium Baseball (tarikan utama), Theme park yang menjadi kesukaan kanak2, kedai-kedai yang menjadi kegemaran ibu2 untuk shopping serta berbagai2 jenis restoran....Kami sekeluarga seronok melihat gelagat penduduk tetap Kota Tokyo yang berbagai ragam...

Ragam anak2 gadis Tokyo berfesyen.

Rambut warna biru-meniru watak manga kegemaran mereka.

Anak kecil saya yang tak pedulikan suasana kemeriahan ibu dan kakak2nya bershopping.

Orang rumah saya dengan anak2 gadisnya shopping sakan.

Orang rumah dan anak2 mengambil kesempatan bershopping raya kat sini sebelum kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia pada awal bulan Ogos 2009....

Sunday 28 June 2009

Selesema babi, influenza A diguna serentak



KUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mencadangkan supaya nama wabak selesema babi digunakan serentak dengan influenza A (H1N1) dalam setiap siaran berita bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, penggunaan dua nama yang disekalikan itu adalah paling tepat demi pemahaman yang lebih berkesan terutama kepada penduduk kawasan pedalaman.

Selain itu, kata beliau, agensi-agensi berita terkemuka dunia seperti BBC dan ABC serta enjin pencarian di Internet seperti Google turut menggunakan swine flu atau selesema babi yang jelas lebih ringkas dan tepat.

"Oleh itu, kementerian rasakan bahawa kami menggunakan jurusan yang mudah difaham orang, kalau hendak sebut dalam kurungan atau nak dulukan H1N1, kemudian dilangsungkan dengan selesema babi itu paling baik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Rais meminta supaya semua pengamal media tempatan kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah H1N1.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican semalam bertegas kementerian itu akan tetap dengan istilah H1N1 selari dengan arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 29 April lalu.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, selesema babi sepatutnya ditakrifkan sama seperti selesema burung yang pernah melanda dunia sebelum ini.

"Kalau kementerian (kesihatan) nak teruskan H1N1, itu tidak menjadi masalah, tetapi kementerian ini yang bertanggungjawab dari segi falsafah menerangkan sesuatu, kita harus menggunakan terus kedua-dua terma tanpa apa-apa alasan lain," tegasnya

Bila nak berurusan dengan rakyat jelata kita gunakanlah bahasa yang mudah dan senang di faham...Mungkin nanti ada orang kampung yang tak faham apa tu H1N1 atau swine flu...kan senang guna perkataan atau istilah SELSEMA BABI..semua orang tahu termasuk yang tak pergi sekolah...Nak gaduh apa sekejap nak PPSMI sekejap tak nak...tanya itu pejuang BAHASA nak guna istilah apa...? Takan diam tak sokong Dato Rais...Kenapa takut ada orang tersinggung...? Kalau dah babi pembawa penyakit takan nak kata semutkan....

NAK FAHAM KE TAK NAK FAHAM








Setuju sangat dengan coretan senyum kambing...kenapa dilayan orang tua yang selalu cakap macam orang nyanyuk...Makin banyak dia bercakap makin banyak carutnya yang keluar...macam-macam zaman nabi yang keluar untuk menyamakan perjuangan PAS kononnya mengikut/sama dengan perjuangan Nabi...senang bercakap dari melaksanakannya. Semua orang boleh bercakap macam tu dalam menegakkan benang yang basah...agaknya dalam otak dia akan samakan pelacur di Kelantan samalah macam dizaman Nabi pun ada pelacur gak...

Bagi tok guru ni apa yang berkaitan dengan UMNO mesti semuanya salah...Apa hak dia nak mengatakan iman dan akidah orang lain terpesong...bukan kah itu hak mutlak ALLAH swt...Betul kata Mufti Perak..Tok guru pun bukan manusia maksum...ada buat salahnya...cerminlah diri sendiri sebelum mengata dan mencaci orang..Bila kena kat batang hidung sendiri tahu nak marah...marah tu perangai siapa Tok guru...baguslah berkawanlah dengan syaitan...

Saya tak boleh terima bila dia kata UMNO menolak Islam sedangkan UMNO telah lama memperjuangkan Agama Islam , Bangsa, dan Negara...Islam sangat kah PAS tu bila kata ALLAH pun mencarut, Boleh berkawan dengan syaitan untuk memusnahkan sesama orang Islam...mengkafirkan orang Islam lain yang tak seminda dengan perjuangan PAS? Islam sangatkah orang PAS bila sanggup berdemotrasi dan membuat kacau serta mengganggu ketenteraman awam...? KEPADA PM KITA USAH DILAYAN PERMINTAAN NIK AZIZ BUANG MASA AJE...LEBIH BAIK BERKERJA MEMAJUKAN UMMAH DAN NEMAJUKAN NEGARA DARI BERPOLITIK MENGHANCURKAN UMMAH...

Sudah-sudahlah Tok guru tu mencarut nanti pengikut2 jumudnya kata tu fatwa dari Nik Aziz...kena ikut tak bole lawan nanti berdosa...Mu nak masuk syurga Undi PAS...MU tak nak kena soal dalam kubur masuk PAS...MU nak jadi kafir masuk UMNO...Sesat betul PAS ni macam ajaran sesat ayah pin dan komunis.

Friday 26 June 2009

UMNO masih buka pintu



KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kena faham tu kerajaan perpaduan tu dengan parti PAS aje...DAP/PKR kenapa nak sibuk...kalau Dap/Pkr nak juga sibuk mari masuk BN..tak payahlah nak sekat2 PAS untuk bersama UMNO menyatu padukan orang Melayu/Islam...nampak sangat mereka nak memperkudakan PAS dalam perancangan mereka untuk berkuasa...kepada pemimpin PAS janganlah bermimpi nak jadi PM @ TPM kalau masih berkerjasama dengan DAP...langkah mayat DAP dulu.....

Nik Aziz: Pemuda UMNO lapor polis



Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my



KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Kota Bharu, pada pukul 10.30 pagi ini.

Anuar ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tindakan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu ceramahnya di Manek Urai pada 21 Jun lalu, tidak berasas dan keterlaluan.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin Pas tersebut kerana tuduhannya boleh mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa di kalangan ahli UMNO dan rakyat Kelantan.

"Pemuda melihat tuduhan Nik Aziz yang menyamakan perjuangan UMNO seperti Ayah Pin, komunis dan Chin Peng serta menolak prinsip agama dan ketuhanan adalah tidak berasas.

"Sekiranya sama dengan Chin Peng, kita mahu tanya berapa ramai yang telah dibunuh, diperkosa oleh UMNO sejak penubuhannya dan jika sama dengan ajaran sesat, berapa ramai pula disesatkan," soalnya.

Anuar yang juga Ketua Pemuda Kubang Kerian berkata, pihaknya mempunyai bukti Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan laporan beberapa akhbar tempatan dan laman sesawang.

Beliau turut menyifatkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan adalah seorang buta sejarah serta menolak Perlembagaan Negara.

"Kita yakin UMNO adalah parti yang telah banyak membawa perubahan kepada generasi Melayu dan Islam di negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Nak hairan apa...itulah modal politik yang akan digunakan oleh ulama politik dari PAS...sifat Nik Aziz yang suka mencaci dan mencarut bila beri ceramah politik akan memastikan pengikut2 PAS akan selamanya membenci orang Melayu/Islam yang tak sehaluan minda dengan mereka dalam berpolitik...Nak faham macam mana orang lain semua salah PAS aje yang betul...

Petua Nenek Dan Kata Ibu



Ada Rahsia Tersembunyi-nasihat untuk diri anda dan juga saya sendiri.. sekadar memanjangkan. ..

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik² kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.. .. bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.. (ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak² sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak²) sedikit sebanyak, kalau pun anak² itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang²nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya² menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg² suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati²lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, puas dah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu² cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden² sekarang mungkin dia rasa.... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu² kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kantak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik² dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil² (pakaian dlm) nenek sidai di sini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju² lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi.... semua mata boleh memandang. Sorok²lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit....tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik²nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali² membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik² saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya' ???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang², rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila².

Pesanan selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah.
Tak rugi mencuba..ada betul juga petua nenek dan kata ibu...tak salah di zaman moden ni kita amalkan petua yang baik untuk keharmonian hidup berumahtangga...

Laptop Fire : Good Alert for Everyone...






This is very important fact to be aware of when you are using your laptop. Most laptops generate a lot of heat when they are ON, so you need to be very careful by keeping them cool. There are Laptop Coolers in the market specifically designed for laptops. Nowadays, almost everyone has at least one laptop at home. Never leave the laptop for long period of time on any Cloth Type Surface, and it's always better to use flat table and raise the laptop side with some kind of support below it to get air ventilation at the bottom side.

Most important of all, you should never leave the laptop running in any room without someone's attention.

The Burning Laptop

The burning wall

The burning room

Thursday 25 June 2009

UiTM larang kakitangan, pelajar ke luar negara




SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah mengeluarkan arahan melarang semua kakitangan dan pelajarnya ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman wabak Influenza A (H1N1).

Naib Canselornya, Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pada awalnya, pentadbiran UiTM hanya tidak menggalakkan mereka ke luar negara, tetapi apabila wabak itu terus merebak, mereka dilarang terus ke luar negara, sama ada atas tujuan peribadi mahupun untuk tugasan termasuk menghadiri dan membentangkan kertas kerja.

"Saya sendiri sudah keluarkan arahan kepada semua kakitangan UiTM di (kampus) seluruh negara supaya mengambil tindakan drastik ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa mengenai Kejuruteraan Mekanikal Lanjutan anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM, di sini semalam.

Ibrahim berkata, arahan itu dikeluarkan bukan saja untuk negara yang sudah mencatatkan kes jangkitan H1N1 seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain dan China tetapi juga negara lain.

Bagaimanapun, katanya kebenaran akan diberikan tetapi mengikut kes seperti ingin mengerjakan ibadat umrah dan atas sebab yang kukuh untuk dipertimbangkan.

Tindakan itu, katanya perlu dibuat berikutan UiTM mempunyai ramai pelajar di seluruh negara dan pentadbiran IPT itu perlu memastikan keselamatan pelajar dan kakitangannya tidak terjejas.

Beliau berkata, arahan itu akan dikekalkan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan.

Difahamkan UiTM mempunyai seramai 123,479 pelajar, 7,556 kakitangan akademik dan lebih 6,000 kakitangan bukan akademik di seluruh negara.

Ibrahim berkata, satu jawatankuasa khas juga sudah ditubuhkan di UiTM dan diketuai Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr Zaiton Nasir, yang memantau wabak itu serta mengambil langkah berjaga-jaga.

Semalam, akhbar melaporkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengarahkan semua IPT membentuk jawatankuasa khas menghadapi ancaman wabak H1N1, menjelang bermulanya sesi pengajian 2009/2010 bulan depan.
Setuju sangat dengan saranan NC tu..bukan apa bila dah terkena penyakit H1N1 ni orang sekeliling pun terancam sama...Apakata kita membantu kerajaan memperbaiki ekonomi negara..kepada yang mampu bercuti keluar negara tu jom kita bercuti di dalam negara aje...tapi kalau terpaksa juga nak ke luar negara mohonlah kelulusan pada NC ya tak...kalau tugas penting sangat mesti boss kita luluskan....

Konflik etnik, keselamatan negara



Oleh IBRAHIM ALI


KESELAMATAN negara perlu menitikberatkan aspek keselamatan insan. Ini wajar untuk mencegah dilema etnik kerana fenomena ini berbahaya, mengancam kemajmukan rakyat, menyebabkan pribumi terancam identitinya, tergugat keunggulan politiknya, dinafikan peluang ekonominya dan terhakis teras sosio-budayanya.

Fenomena ini juga berpotensi untuk menjejaskan ketahanan nasional, perpaduan rakyat, mencetuskan keganasan, menggugat ketenteraman awam serta mengharu-birukan keselamatan negara.

Contoh yang terbaru mengenainya adalah konflik berdarah di selatan Thailand. Malaysia pun pernah dilanda konflik etnik yang parah pada 13 Mei 1969.

Menurut Majlis Gerakan Negara (1969:ix), faktor pencetus konflik tersebut adalah perbezaan tafsiran terhadap Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai Bahasa Melayu (Perkara 152) dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153).

Konflik tersebut menjadi mercu pengeksploitasian isu-isu Perlembagaan Persekutuan mulai tahun 1963, menerusi slogan Malaysian Malaysia, yang memuncak sewaktu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Dilema Etnik

Etnik merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi sejarah, bahasa, agama, kepercayaan, adat resam, dan nilai-nilai kehidupan. Shamsul Amri (2007:10) mendefinisikan etnik sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam.

Malaysia ketika ini seolah-olah sedang menuju ke arah konflik etnik yang serius, jika kerajaan tidak membendungnya mulai sekarang. Ini kerana pribumi Malaysia kini dibelenggu dilema siasah dan ekonomi yang cukup ketara.

Kedua-duanya boleh mencetuskan dilema dan konflik etnik. Keadaan ini membimbangkan, terutamanya bila ada sesetengah pemimpin politik, termasuk Melayu dan Islam, mencari pengaruh menerusi peniupan sentimen etnisiti atau perkauman.

Golongan ini mempertikaikan keistimewaan pribumi yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Ada juga yang mengadu-dombakan pribumi supaya tidak bersatu padu.

Contohnya adalah kenyataan memprovokasi kemarahan majoriti orang Melayu mengenai Chin Peng. Individu-individu tertentu, termasuk Melayu, yang menyemarakkan isu ini seolah-olah cuba membarakan sentimen pribumi supaya mencetuskan konflik etnik.

Kelompok yang kononnya liberal ini membelakangkan sejarah dan seolah-olah mahukan pertumpahan darah, negara porak-peranda, rakyat kacau-bilau, politik terumbang-ambing, ekonomi terjejas dan keselamatan negara terancam.

Rakyat yang cintakan damai perlu menyingkirkan kelompok ini. Waris kepada ribuan wira yang terkorban atau cacat akibat kekejaman pengganas komunis pimpinan Chin Peng wajar menolak kelompok ini.

Konflik

Semua pihak juga perlu diingatkan, konflik etnik di seluruh dunia sejak 1945 sampai sekarang telah mengorbankan lebih 10 juta nyawa. Ini termasuk di negara-negara Balkan, Rwanda, Burundi, Sudan, Indonesia, Timur Tengah, Afghanistan dan Ireland Utara (Caselli and Coleman II 2006:2).
Setuju sangat dengan pandangan...Bagi Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian wajib menyingkirkan kelompok pertualang yang ingin menghancurkan asas kenegaraan dan hak keistimewaan orang Melayu/Islam dan bumiputra...Dimaklumkan juga puak2 politikus yang bekerjasama dengan anasir2 luar untuk menggugat keamanan Negara hendaklah dianggap sebagai PENDERHAKA kepada rakyat Malaysia...adanya mereka di bumi Malaysia akan menyebabkan banyak masa yang terbuang di pihak kerajaan kerana melayan karenah mereka2 ini yang suka sangat berdemotrasi, merosakan hartabenda awam dan menyebabkan ketakutan pada orang awam...dari membela nasib rakyat yang bergelut dengan masalah ekonomi yang semakin tidak terurus...Harap kerajaan lebih tegas bertindak terhadap mereka2 yang mengugat kesejahteraan hidup rakyat Malaysia....

Tak semua pemimpin Pas tolak




Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kenegaraan, mempunyai kepentingan bersama dan melangkaui soal politik.

Perdana Menteri berkata, ini memandangkan idea tersebut bertujuan untuk menyatukan ummah selain memperjuangkan hak kepentingan umat Islam secara keseluruhan.

''Saya nampak kebanyakan orang Islam mempunyai pendapat yang sama dalam hal ini kerana perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam merupakan suatu yang wajib diperjuangkan dan dilakukan.

''Dari satu segi lain, langkah ini juga adalah untuk kita mendapatkan barakah dalam apa jua kita lakukan. Sebab itu, jika ini yang dianjurkan agama, kita sepatut mengikutnya dan jangan biarkan soal politik mengatasi tuntutan agama,'' katanya selepas majlis perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan dan kekesalan ahli akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Reaksi mereka itu merupakan rentetan daripada tindakan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang kelmarin yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Mereka menyifatkan idea itu sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

Dalam pada itu Najib meminta masyarakat bukan Melayu supaya tidak bimbang dengan idea tersebut kerana hak mereka tetap akan dilindungi sekiranya wujud kerajaan perpaduan.

''Sekiranya kita ada kerajaan perpaduan tidak bererti kita tolak bukan Islam. Masyarakat bukan Islam tetap berperanan di dalam kerajaan dan kepentingan mereka sentiasa dilindungi oleh kerajaan,'' katanya.

Menjawab satu soalan lain, Najib percaya suara penolakan kerajaan perpaduan di dalam Pas bukannya mewakili keseluruhan pemimpin di dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.

''Dalam Pas pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan Pas, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.

''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.
Nampaknya ulama/ustaz dalam PAS pun tak bole nak bersetuju sesama sendiri untuk menyatu padukan orang Melayu/Islam...apa yang difahamkan tiada seorang pun ahli PAS yang menentang keputusan yang diambil oleh Presiden PAS bersama PKR/DAP...tapi masih terdengar ada pihak2 yang tak berpuas hati...umpama rumah dah siap paku masih berbunyi...
Mungkin pada pemimpin/ahli PAS menjadi satu dosa untuk menentang kepimpinan ulamak mereka walaupun secara tak langsung mereka pun berdosa kerana menolak kebaikan dan menerima kebatilan...Adakah buruk sangat untuk menegakkan perpaduan orang Melayu/Islam seperti yang di tuntut oleh agama Islam itu sendiri...Kalau dengar cakap AnWAR tu memanglah sampai bila2 orang Melayu takan bersatu..Agenda anwar senang..buat apa saja untuk berkuasa walaupun orang Melayu dipijak-pijak oleh orang Melayu sendiri dan bangsa asing...Jangan esok kita jadi macam di Thailand, Palestina, Iraq dan negara2 Islam yang ditindas oleh bangsa asing melalui boneka Yahudi mereka...Semoga ALLAH memberkati Negara dan Penduduk Malaysia yang cintakan kedamaian...amin.

Contohi parti Cina



Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mungkin bagi rakyat biasa macam kita dah nampak lama dah agenda orang cina ni...bila hal2 mereka disentuh mereka akan bersatu...seperti contoh satu sekolah...sampai mampus pun dia orang akan tak setuju...mereka siap bole ugut orang Melayu dengan tindakan makhamah...Tapi bagi PAS ni sebab busuk hati dan hasad dengki serta terlalu gila kuasa nak memerintah dan jadi PM...matlamat menghalalkan cara yang dilakukan..tak kira Melayu nak berperang sesama sendiri pun mereka tak ambil peduli janji aku dapat berkuasa...bila hak orang Melayu disentuh oleh bangsa asing..orang melayu bergaduh sesama sendiri...tulah padahnya bila Agama dah dipolitikan....Agama Islam itukan agama perpaduan dan persaudaraan....Bak kata Pak Husin Lempoyang...SIAPA SAUDARA KAMU...?....jawapan.......?

Wednesday 24 June 2009

PUISI BUAT PEJUANG TANAHAIR




email dari kawan

Dalam susah mereka berkelana
Berjuang atas nama tanahair
Rela berkorban jiwa dan raga
Hati terguris hilang anggota
Namun jasa makin dilupa..

Jasa dan keringat yang dicurahkan
Usah cuba kalian berpolitik
Telah lama kami hirup
Sisa-sisa nafas yang terpendam
Perasaan kami tidak dijaga
Pun harus terima keadaan
Inilah nasib pejuang
Biar anak cucu kami senang
Asal tidak sengsara
Seumpama yang kami rasa.

Namun
Dalam harmoninya pertiwi
Walau jasa kami makin dilupa
Sekurang-kurangnya usah dipuja
Musuh yang pernah menjahanamkan
Kedaulatan bangsa ini!

Buat yang belum sedar
Ingatlah sejarah mungkin berulang
Jika tidak ditauladani
Kami tak rela lagi
Kalian jadi seperti kami
Bermandi darah demi tanahair tercinta ini!

Dengki






Hadith : Rasul Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki" [Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi]

Huraian:

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sem- purna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Peringatan Untuk Wanita



Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1: Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2: Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa,seorang isteri,jika seumur hidup engkau,engkau berbuat baik kepadanya,tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini,saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a)Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b)Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c)Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1.Tuturkata/percakapa n yang baik.Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Peringatan Terakhir - Melatah:

Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” - jangan biarkan diri anda Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan. Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan

Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.

Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?






Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. Memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.

Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.

Hukumnya adalah berdosa.
Sebagaimana firman-Nya "Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)

Ingatan untuk diriku sendiri dan umat Islam

Kisah Jin



Untuk Pengetahuan Kite Bersama....Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya ..

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong..."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar, orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Adakah ini Patung atau Manusia






Adakah ini patung iklan kedai ice cream

Adakah ini patung iklan di kedai mencuci gambar

Atau adakah ini patung iklan di kedai bunga ?

Salam semua..sebenarnya gambar2 diatas tu nampak aje seperti gambar2 patung. Realitinya gambar2 tu adalah manusia yang hidup seperti kita. Suasana begini selalu akan dapat dirasai dan dilihat setiap datangnya hujung minggu di Tokyo atau bandar besar lain di Jepun ...Anak2 gadis Jepun memakai berbagai jenis fesyen pakaian watak dalam manga/kartun yang mereka gemari....Kekadang saya dan family pun tertipu jika gadis2 ini berdiri tegak seperti patung tanpa bergerak....Mereka sering kelihatan di sekitar pusat membelibelah di Shibuya, Shinjuku, Harajuku sehinggalah ke bandar elektrik Akihabara dan bandar2 besar di Jepun....mereka sering berjalan dalam kumpulan dan merasa seronok kerana berjaya menarik perhatian orang ramai terutama macam kitalah orang asing yang tinggal di Jepun...bagi orang Jepun tu adalah kaedah masyarakat mereka menghargai budaya atau fesyen berpakaian dalam kehidupan seharian mereka...INGINKAH ANDA MENCUBA BERPAKAIAN DEMIKIAN DI MALAYSIA...?