Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 4 June 2014

WORLD CUP 2014 - Piala Dunia tanpa 'Tiger'

















CAMPANA, Argentina - Piala Dunia yang akan memulakan kempen pada 12 Jun ini bakal berlangsung tanpa penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao yang disahkan tidak dapat ber­aksi kerana masih bergelut dengan kecederaan lutut.

Jurulatih Colombia, Jose Pekerman menyifatkan, pasukannya melalui hari yang amat menyedihkan selepas terpaksa melupakan khidmat penyerang Monaco berusia 28 tahun itu.

"Dengan hati yang amat sedih, saya terpaksa mengumumkan bahawa Radamel Falcao dan Luis Amaranto Perea tidak dapat mengambil bahagian pada Piala Dunia kali ini kerana belum sembuh daripada kecederaan," kata Pekerman.

Falcao atau turut dikenali sebagai Tiger menjadi tonggak penting Colombia ketika pasukan itu menamatkan cabaran di tangga kedua di belakang Argentina pada kempen kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan. Dia telah meledak sembilan gol daripada 13 perlawanan.

Pertahanan berpengalaman, Perea yang baru sembuh daripada kece­deraan dan penyerang, Luis Muriel juga terpaksa disisihkan.

"Saya menaruh harapan tinggi, namun cabaran harus dite­ruskan. Saya akan memberi sokongan kepada pasukan dari luar dan me­ngucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan pada Piala Dunia," kata Falcao.

Colombia akan menentang Greece dalam aksi pembukaan Kumpulan C pada 14 Jun ini. - REUTERS



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140604/sl_03/Piala-Dunia-tanpa-Tiger#ixzz33dskbd51  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: