Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 4 June 2014

WORLD CUP 2014 - Awas The Three Lions!



INSIDEN Luis Suarez sengaja menampan bola menggunakan tangan dalam kotak penalti ketika Uruguay menentang Ghana pada suku akhir Piala Dunia 2010 masih menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

LONDON - Pengurus Sunderland, Gus Poyet memberi amaran kepada England bahawa Uruguay sanggup melakukan apa saja, termasuk menipu untuk membolehkan mereka menumpaskan skuad The Three Lions itu pada Piala Dunia di Brazil.

Kedua-dua pasukan dijadual berentap dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Sao Paulo pada 19 Jun, dan Poyet mendedahkan bahawa negaranya tidak akan berasa bersalah sekali pun jika mereka perlu menipu untuk mendapatkan tiga mata.

"Kami tidak boleh me­nerima hakikat bahawa anda (England) adalah pasukan yang lebih baik daripada kami.

"Kalau anda ternyata lebih baik, maka kami akan mencari jalan untuk menyekat. Kami akan menggunakan pemain-pemain kami dengan cara apa sekali pun.

"Menarik pemain anda atau apa saja yang boleh menyekat anda untuk menang perlawanan.

"Ya, kami akan lakukan semua itu, malah kami me­lakukannya dengan penuh bangga.

"Orang di Uruguay mahukan kemenangan, seawal usia mereka enam tahun lagi. Jadi, mereka akan memikirkan cara untuk menang lebih daripada kalah," kata Poyet.

Insiden Luis Suarez sengaja menampan bola menggunakan tangan di depan pintu gol pada masa tambahan untuk mengelak Ghana me­layakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia 2010 tidak mungkin dilupakan oleh peminat bola sepak dunia.

Penyerang Liverpool itu dila­yangkan kad merah gara-gara tindakannya, namun Suarez berjaya membantu Uruguay menyingkirkan Ghana menerusi penentuan sepakan penalti, sekali gus mara ke separuh akhir.

"Pada anda, memegang bola di atas garisan gol itu namanya menipu, tetapi pada kami perkara tersebut adalah sebahagian daripada permainan dan ia dibenarkan untuk dilakukan.

"Ia cuma sebahagian daripada permainan. Contohnya, kalau saya adalah pemain pertahanan dan pemain anda berlari ke kawasan kami, saya sanggup menarik baju untuk menjatuhkan anda. Mungkin saya akan dibuang padang, apakah itu namanya menipu? Tidak, ia bukan menipu," katanya lagi.

Menurut Poyet, Uruguay mene­rima perbuatan Suarez itu tanpa sebarang masalah walau pun perkara tersebut mungkin dianggap isu besar di England. - AGENSI

"Saya tahu ia perkara besar jika di England. Pada kami, dia dibuang padang kerana menyelamatkan pasukan. Ia lebih teruk kalau anda melihat situasi yang berlaku tetapi tidak melakukan apa-apa," ujar Poyet. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140604/sl_01/Awas-The-Three-Lions#ixzz33dqeuUtd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: