Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 June 2014

HOKI - Malaysia wajib menang



Pemain Belgium, Florent van Aubel (tengah) cuba mengasak gawang Malaysia yang dijaga oleh S. Kumar (kiri) pada perlawanan Piala Dunia di The Hague, Belanda kelmarin. - AFP

KUALA LUMPUR - Malaysia kini tiada pilihan kecuali mencatat kemenangan pertama apabila menentang England dalam perlawanan ketiga esok jika berhasrat untuk mencari keputusan terbaik pada kejohanan hoki Piala Dunia di The Hague, Belanda, kata ketua jurulatihnya, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Walaupun mengalami dua kekalahan besar secara berturut-turut, Muhammad Dharma menegaskan, moral anak-anak buahnya belum terjejas, namun mereka harus segera mempamer kebangkitan atau berisiko menutup kempen dengan menghuni tangga tercorot Kumpulan A.

"Kalau kita mengalahkan England, kita berpeluang untuk sekurangnya-kurang beraksi pada perlawanan penentuan kelima atau keenam namun saya lihat England lebih berpeluang untuk mara lebih jauh pada kejohanan kali ini walaupun mencatat satu kekalahan dan satu keputusan seri.

"Bagi saya, kedudukan kelima atau keenam merupakan pencapaian terbaik kita kerana adalah sukar untuk meraih kedudukan empat teratas yang sentiasa dikuasai oleh pasukan-pasukan terbaik dunia seperti Belanda, Australia dan Jerman," katanya.

Pengendali skuad kebangsaan itu juga berkata, pasukan No. 1 dunia, Australia dan Belgium, yang menduduki ranking kelima dunia nyata berada dalam kelas tersendiri, biarpun anak-anak buahnya cuba memberikan tentangan dalam kedua-dua perlawanan.

Malaysia tewas 0-4 kepada juara bertahan, Australi dalam aksi pembukaan, sebelum tumpas 2-6 kepada Belgium kelmarin dalam perlawanan yang disifatkan Muhammad Dharma telah memperlihatkan kelemahan ketaran pasukan negara yang kerap kehilangan bola.

Menentang England juga tidak mudah, apatah lagi skuad bimbingan Bobby Crutchley itu merupakan pilihan keempat, malah pernah membuat penampilan dalam 11 Piala Dunia. Pencapaian terbaik England adalah muncul naib juara pada 1986.

"Saya lihat masalah ketara pada aksi menentang Belgium adalah pemain kerap kehilangan bola di kawasan tengah dan menyebabkan pihak lawan mencuri peluang untuk mencipta jaringan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140604/su_03/Malaysia-wajib-menang#ixzz33dts6uxZ  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: