KEKECEWAAN jelas tergambar pada wajah para penyokong Sepanyol yang menonton perlawanan pasukan mereka dengan Belanda menerusi layar gergasi di Madrid, semalam. - REUTERS
KUALA LUMPUR - Akhbar-akhbar di Sepanyol meratapi kekalahan memalukan 5-1 pasukan mereka kepada Belanda dalam Piala Dunia semalam, dan menganggapnya sebagai suatu malapetaka buat pasukan itu.
Kebanyakan muka depan akhbar - yang dapat dibaca menerusi edisi Internet - memaparkan gambar penjaga gol yang juga ketua pasukan, Iker Casillas sedang berlutut sambil kepalanya tunduk sedang pemain-pemain Belanda meraikan kemenangan mereka.
Akhbar terkemuka di negara itu, Marca berkabung selepas menghadapi malapetaka bersejarah" itu, mengakui kehebatan Belanda dalam menjaringkan gol ketika menewaskan Sepanyol.
Ini bukan kekalahan biasa tetapi malapetaka bersejarah buat pasukan. Tiada satu pasukan pun yang per" menurut akhbar itu.
Sementara itu akhbar El Mundo menggunakan Penghinaan sebagai tajuk utamanya.
Kafe-kafe di sepanjang bandar Madrid bergema dengan sorakan kegembiraan apabila Xabi Alonso menjaringkan gol pendahuluan Sepanyol pada minit ke-27.
Suasana sunyi sepi kemudian menyelubungi ibu negara Sepanyol ini apabila Robin van Persie membuat tandukan lambung yang cantik untuk menewaskan Casillas bagi mendapatkan gol penyamaan Belanda pada minit ke-44.
Sementara itu penyokong Belanda dari seluruh dunia begitu gembira dengan kejayaan pasukan kegemaran mereka, yang diluahkan menerusi Facebook di akaun The Netherlands football team selepas kemenangan pasukan itu.
Seorang penyokong yang menggunakan nama Kirito Hitsuzen di laman Facebook menyatakan rasa bangganya terhadap pasukan Belanda dengan berkata, kesempurnaan.
Seorang peminat tempatan, Fandi Madzlan pula menjadikan kekalahan Sepanyol itu sebagai jenaka.
Sepanyol tercekik tulang ayam belanda," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140615/sl_07/Peminat-Sepanyol-berduka-akhbar-kritik#ixzz34lqLFn1p © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment