Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 11 June 2014

WORLD CUP 2014 - Neymar buat Brazil diserang panik



Pegawai-pegawai perubatan pasukan Brazil mengerumuni Neymar untuk memberikan rawatan setelah penyerang itu mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan di Teresopolis, dekat Rio de Janeiro kelmarin. - AFP

TERESOPOLIS - Seluruh Brazil cemas seketika apabila mendapat tahu bintang penyerang mereka, Neymar terjatuh ketika sesi latihan yang mengakibatkan buku lalinya tercedera.

Insiden tersebut telah mencetuskan kebimbangan terhadap kecergasan pemain itu menjelang Piala Dunia yang semakin hampir.

Buku lali bintang Barcelona itu terseliuh sewaktu sesi latihan bersama skuad Selecao di pinggir Rio de Janeiro yang memaksanya menerima rawatan di atas padang.

Bagaimanapun, selepas berehat seketika, Neymar akhirnya mampu berdiri sendiri, dan berjalan dengan berhati-hati.

Tidak lama selepas itu dia dilihat kembali menyambung latihan, dan kelihatan cukup cergas untuk menggalas tanggungjawab dalam kesebelasan utama menentang Croatia Jumaat ini.

Sementara itu, Brazil memberikan tumpuan tambahan kepada benteng pertahanan mereka menjelang perlawanan pembukaan tersebut.

Pengurus, Luiz Felipe Scolari menghabiskan kebanyakan masanya pada sesi latihan kelmarin dengan melakukan pelarasan semula terhadap benteng pertahanan pasukan apabila dia menghentikan latihan beberapa kali bagi menyusun semula posisi pemain sehingga jurulatih itu berpuas hati.

Walaupun Brazil tidak dibolosi gol dalam dua perlawanan pemanas badan mereka sebelum ini Scolari berkata, dia masih belum berpuas hati dengan cara skuad bimbingannya bermain di bahagian pertahanan.

Salah satu sasaran utama jurulatih tersebut dalam persediaan minggu lepas ialah untuk memastikan posisi pertahanan pasukannya benar-benar bersedia bagi menghadapi aksi pembukaan.

"Kami tahu jika kami tidak dibolosi, peluang kami untuk memenangi perlawanan lebih tinggi, kerana kami sedar terhadap bakat yang kami miliki di bahagian serangan. Amat penting untuk kami benar-benar bersedia di posisi pertahanan, agar kami tidak menjadi mangsa kejutan lawan," kata Scolari.

Bek kanan, Daniel Alves mengakui benteng pertahanan Brazil tidak sempurna, tetapi berkata, pasukannya sedang bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan tersebut sebelum perlawanan pembukaan.

Ketika dimaklumkan tentang kenyataan penyerang Croatia, Ivica Olic yang memberitahu bahawa dia melihat masih ada ruang kosong di bahagian pertahanan Brazil yang mampu ditembusi sewaktu menyaksikan perlawanan pemanas badan Selecao, Alves mengakui, pasukannya masih perlu melakukan pengubahsuaian terhadap benteng mereka.

"Sudah tentu jika kami tidak melakukan kesilapan, kami adalah pasukan yang sempurna, dan itu adalah mustahil. Jika Olic boleh melihat ruang kosong tersebut, maka kami perlu memastikan kekurangan itu diperbaiki sehingga dia tidak boleh lagi mencari ruang berkenaan," kata pemain pertahanan Barcelona itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140611/sl_01/Neymar-buat-Brazil-diserang-panik#ixzz34IPrTBY2  © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: