Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 11 June 2014

HOKI - 'Pemain dah sedar tahap mereka'

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my


PEMAIN negara, Faizal Saari (kiri) cuba mencuri bola daripada pemain Australia, Simon Orchard dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Piala Dunia di The Hague, Belanda. Malaysia kalah 4-0.

KUALA LUMPUR - Bukan satu, malah ramai yang melahirkan rasa bimbang terhadap prestasi skuad hoki negara yang terpaksa mengharungi episod sedih apabila tewas dalam kesemua perlawanan dalam Kumpulan A, Piala Dunia di The Hague, Belanda.

Bagaimanapun jurulatihnya, Muhammad Dharma Raj Abdullah mahu anak-anak buahnya melupakan detik hitam itu dan menumpukan perhatian kepada perlawanan klasifikasi tempat ke-11/12 pada Khamis ini.

Meskipun tiada sebarang ramuan istimewa diletakkan bagi perlawanan itu, namun Muhammad Dharma mempunyai strategi tersendiri bagi memartabatkan sukan hoki di negara ini dalam jangka masa panjang.

"Tentang tempat ke-11 dan 12, kami akan cuba yang terbaik menentang Afrika Selatan atau Korea Selatan. Lawan pun cukup mantap. Bukan senang hendak menang.

"Bagaimana kita mahu bergerak selepas Piala Dunia dan mencari tempat ke Sukan Olimpik 2016, itu lebih penting.

"Kalau kita tidak bermain di Piala Dunia di sini, pemain tidak akan tahu ukuran apa yang dimaksudkan kelas dunia dan masih tertanya apa itu sederhana dan hebat. Kita kena fikir macam mana hendak mencipta pemain bertaraf dunia.

"Sememangnya tahap dunia kita memang jauh dari yang lain. Sebelum ini pun kita jauh. Piala Dunia 1998 dan Sukan Olimpik 2000 dapat No. 11. Selepas dua pengalaman ini pemain sama dapat No. 8 pada edisi 2002 di Kuala Lumpur.

"Banyak pemain muda di sini. Kebanyakan jurulatih di sini merasakan bahawa Malaysia sedang membina sebuah pasukan bagi menghadapi cabaran akan datang. Harap pengalaman di Piala Dunia akan mengubah cara pemikiran pemain pada masa hadapan," katanya apabila dihubungi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140611/su_02/Pemain-dah-sedar-tahap-mereka#ixzz34IIZKwr5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: