Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 3 June 2014

WORLD CUP 2014 - Kecederaan Ribery cetus keresahan Les Bleus



PENYERANG Perancis, Loic Remy (tengah) melakukan percubaan biarpun diasak dua pemain Paraguay, dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di Stadium Allianz Riviera, Nice semalam. - AFP

NICE, Perancis - Juara 1998, Perancis menerima khabar membimbangkan dua minggu sebelum memulakan kempen Piala Dunia apabila bintang sayap mereka, Franck Ribery masih belum pulih daripada kecederaan belakang dan tidak dapat diturunkan ketika pasukan itu diikat 1-1 oleh Paraguay dalam aksi pemanas badan, semalam.

Menurut stesen te­levisyen Perancis, TF1, pemain Bayern Munich itu mungkin terpaksa berehat enam minggu untuk menjalani rawatan, sedangkan skuad Les Bleus bakal membuka kempen di Brazil dengan menentang Honduras dalam sai­ngan Kumpulan E pada 15 Jun ini.

Dalam perlawanan di Stadium Allianz Riviera semalam, Ribery disenaraikan di bangku simpanan dan Antoine Griezmann mengisi posisi sayap kiri yang ditinggalkan oleh pemain itu.

Griezmann berjaya meledak gol pembukaan tuan rumah, lapan minit sebelum tamat permainan apabila merembat bola ke penjuru gawang, namun Victor Ca­ceres menyamakan kedudukan buat Pa­raguay pada minit ke-89 apabila menanduk bola sepakan percuma.

Perancis mengawal permainan yang berlangsung di bawah hujan lebat, namun ketiadaan penyudah menyebabkan anak-anak buah Didier Deschamps gagal menambah jaringan.

"Saya sedar kami bakal berdepan sebuah pasukan yang mengamalkan corak permainan defensif. Ada beberapa perkara positif diraih daripada perlawanan ini dan kami tidak menunjukkan aksi terbaik tetapi kami masih ada masa," kata Deschamps.

Kecederaan Ri­bery, 31, bagaimanapun masih menjadi kebimbangan terbesar buat pengendali Perancis itu, malah dia turut diketepikan daripada perlawanan persahabatan menentang Norway, minggu lalu.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan dia dapat beraksi pada Ahad ini.

"Keadaannya memang membimbangkan kerana kita tidak tahu bagaimana situasi sebenar pemain ini dua minggu sebelum Piala Dunia," kata Deschamps lagi. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140603/sl_03/Kecederaan-Ribery-cetus-keresahan-Les-Bleus#ixzz33YSrDmSM  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: