Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 June 2014

WORLD CUP 2014 - Ronaldo jadi inspirasi kemenangan









NEW JERSEY, AS - Cristiano Ronaldo meledakkan satu gol, dan satu percubaannya mengenai palang dalam perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia yang menyaksikan Portugal membelasah Ireland 5-1 semalam.

Penyerang Real Madrid itu, yang tidak bermain dalam dua perlawanan ujian sebelum ini kerana cedera paha dan lutut, tidak beraksi pada tahap sebenar dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung berat sebelah di Amerika Syarikat (AS) itu.

Namun, jurulatih, Paulo Bento menarik nafas lega menyaksikan ketua pasukannya itu kembali beraksi selepas kecederaan yang dialami membangkitkan kebimbangan bahawa Ronaldo mungkin tidak sempat pulih untuk ke Brazil.

Ronaldo digantikan pada minit ke-65, yang turut menyaksikan Portugal terpaksa menukar strategi mereka, tetapi keadaan pemain itu tidak mencerminkan yang dia dibelenggu masalah kecederaan.

Dia digantikan oleh rakan sepasukannya dalam Real, Pepe yang merupakan tonggak pertahanan dan turut berdepan dengan masalah kecederaan ketika Portugal sedang sibuk melakukan persediaan Piala Dunia.

"Ronaldo telah bermain dengan baik, lebih-lebih lagi apabila kami sedang menimbangkan untuk tidak menurunkan dia secara kompetitif dalam tempoh dua minggu. Pemain sepertinya amat penting buat mana-mana pasukan, dan begitu juga dengan kami. Lega dia kembali ke pangkuan kami semula," kata Bento.

Portugal, yang terus ke Brazil sebaik perlawanan persahabatan itu, akan memulakan kempen pada Piala Dunia menentang Jerman pada 16 Jun dalam aksi Kumpulan G yang dianggap sebagai kumpulan maut, dan turut disertai Amerika Syarikat serta Ghana.

Raul Meireles turut kembali ke pangkuan pasukan selepas pulih daripada kecederaan, memberikan Bento kembali skuad penuhnya yang sekali gus meringankan tugas jurulatih itu untuk memilih kesebelasan utama yang bakal beraksi di Brazil.

"Kesemua pemain kami berada dalam keadaan cergas, dan kami tidak berasa bimbang tentang hal itu. Perkembangan ini amat positif," kata Bento. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140612/sl_06/Ronaldo-jadi-inspirasi-kemenangan#ixzz34NqVKLap  © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: