Pemain tengah Honduras, Roger Espinoza (atas) bersaing dengan dua pemain England, Jordan Henderson (kiri) dan Adam Lallana dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di Stadium Sun Life , Miami semalam. - AFP
MIAMI - Walaupun berdepan Honduras yang terpaksa mengharungi 25 minit terakhir dengan 10 pemain, England ketandusan idea untuk membolosi gawang lawan dan menamatkan aksi pemanas panas terakhir menjelang Piala Dunia dengan sekadar seri 0-0, semalam.
Penyerang The Three Lions, Daniel Sturridge beroleh peluang terbaik pada minit ke-22, namun rembatan kaki kirinya melepasi palang dan dia bersalah kerana mensia-siakan dua lagi percubaan baik di depan kira-kira 45,379 penonton yang memenuhi Stadium Sun Life.
"Selepas perlawanan ini, kami akan berdepan ujian sebenar dan itu lebih penting. Semua pemain cergas dan Alex Oxlade-Chamberlain juga menunjukkan perkembangan yang baik.
"Saya rasa, dia sempat untuk pulih dan beraksi pada Piala Dunia," kata pengurus England, Roy Hodgson.
Honduras terpaksa mengharungi baki permainan dengan 10 pemain selepas Bryan Beckeles dilayangkan kad merah kerana menarik kepala Leighton Baines, namun anak-anak buah Luis Fernando Suarez berjaya mengekang serangan England.
"Keputusan ini membuatkan saya berfikir bahawa Honduras mampu memperoleh sesuatu yang berharga.
"Saya fikir, boleh dikatakan kami sudah bersedia menghadapi Piala Dunia dan tidak sabar untuk menentang Perancis pada 15 Jun ini.
"Kami tewas kepada Turki dan Israel (dalam dua aksi terakhir persahabatan), namun ketika menentang antara pasukan terkuat Piala Dunia, England pada aksi pemanas badan ketiga, kami semakin baik," ujar Suarez.
Perlawanan dihentikan kira-kira 43 minit pada babak pertama kerana kilat.
Walaupun gagal mencari keputusan positif, namun England tetap lega dengan khabar Orlade-Chamberlain mampu beraksi pada Piala Dunia selepas mengalami kecederaan lutut ketika seri 2-2 dengan Ecuador, Rabu lalu.
Sementara itu kapten England, Steven Gerrard tidak gembira dengan aksi keras yang ditunjukkan Honduras, malah mempertikaikan keputusan pengadil enggan mengenakan hukuman tegas.
Sturridge hampir cedera selepas terjatuh dalam percubaan merebut bola dengan Emilio Izagguire.
Izzagguire menendang bola ke dada Sturridge hingga menyebabkan penyerang itu tersungkur di atas padang. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140609/sl_02/England-hilang-taring#ixzz34732XTo6 © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment