Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 June 2014

WORLD CUP 2014 - Lakaran grafiti jadi tarikan Angkasapuri sepanjang Piala Dunia



Norhyati Ismail (kiri) menyempurnakan mural lakaran grafiti Piala Dunia di persekitaran Angkasapuri pada Pelancaran Wllof Rio to Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat pertama kalinya menampilkan kelainan dengan melahirkan lakaran grafiti bertemakan Piala Dunia 2014 di persekitaran Angkasapuri sempena kejohanan berprestij itu yang akan bermula, Khamis ini.

Ketua Pengarah Penyiarannya, Datuk Norhyati Ismail berkata, grafiti tersebut merupakan cadangan daripada warga Bahagian Komunikasi Korporat RTM dan dilakarkan untuk menyemarakkan lagi semangat orang ramai menonton Piala Dunia di samping mempromosikan RTM sebagai penyiar berlesen kejohanan tersebut.

"Ini merupakan promosi yang lain daripada yang lain dan kami berharap lukisan grafiti ini dapat memberi impak kepada orang ramai yang menggunakan laluan jalan ini supaya mereka tahu bahawa RTM merupakan penyiar berlesen.

"Mereka tidak perlu membayar untuk menonton pasukan kesayangan mereka beraksi.

"Di samping itu, pihak RTM juga mahu menyemarakkan lagi bahang kejuaraan ini di samping melakukan promosi secara berterusan," kata Norhyati ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wall of Rio To Malaysia, di sini, semalam.

RTM turut bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), selain melancarkan e-bunting di sekitar jalan Kuala Lumpur (KL) hasil kerjasama bersama Yayasan Wilayah.

"KTMB bantu mempromosikan RTM dengan menampal logo rasmi Rio To Malaysia di tren yang melalui laluan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Rawang sejak 3 Jun lalu

"Kami bersama Yayasan Wilayah telah melancarkan beberapa e-bunting di sekitar jalan KL.

"Pihak kami juga mahu berterima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo atas kerjasama mereka bersama RTM," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140609/su_05/Lakaran-grafiti-jadi-tarikan-Angkasapuri-sepanjang-Piala-Dunia#ixzz3474EjtTF  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: