Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 13 June 2014

WORLD CUP 2014 - Mexico, Cameroon harap tuah berterusan



Rafael Marquez, Samuel Eto'O
NATAL - Mexico dan Cameroon masing-masing boleh dikatakan hadir ke Brazil untuk Piala Dunia 2014 berbekal tuah yang tinggi, dan kedua-duanya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meraih kemenangan dalam perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan A pada Sabtu ini.

Kedua-dua pasukan sedar meraih seri sahaja tidak cukup untuk memberikan persa­ingan kepada dua lagi pasukan Kumpulan A, iaitu Brazil dan Croatia.

Mexico melangkah ke Piala Dunia buat kali keenam berturut-turut me­lalui kemenangan saat-saat akhir, 2-1 ke atas Amerika Syarikat dalam perlawanan playoff di Panama tahun lalu sebelum membenam New Zealand 5-1.

Mereka telah menunjukkan satu perkembangan yang cukup baik dan agresif apabila berada di bawah bimbingan Miguel Herrera, yang merupakan jurulatih Mexico yang keempat sejak September lalu.

Skuad Indomitable Lions Cameroon pula terpaksa menunggu perlawanan ulangan dengan Togo yang mereka menang 2-0 setelah jiran mereka di Afrika Barat itu menyenaraikan pemain yang digantung sehingga terpaksa beraksi dalam playoff.

Cameroon bagaimanapun menundukkan Tunisia dengan agregat 4-1 untuk ke Piala Dunia buat kali ketujuh berturut-turut dan seri 2-2 dengan Jerman dalam perlawanan persahabatan minggu lalu menunjukkan skuad di bawah bimbingan Volker Finker itu sudah mula serasi.

Bola sepak Cameroon sering berdepan dengan isu, apabila skuad menaiki kapal terbang ke Brazil 12 jam lewat daripada jadual asal pada Isnin lalu setelah mereka mengugut untuk mogok berhubung bayaran bonus yang diselesaikan selepas perbincangan dilakukan.

Perbezaan pendapat antara ke­tua pasukan, Samuel Eto’o dengan rakan-rakan sepasukannya sering dilaporkan namun pemain ber­usia 33 tahun itu kekal sebagai penye­rang hebat dan berharap dapat mengikuti jejak pemain legenda, Roger Milla yang menjadi wira ketika Piala Dunia 1990 di Itali.

Pencapaian mara ke suku akhir pada 1990 itu adalah yang terbaik buat Cameroon kerana mereka kemudiannya tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dan kini memburu kemenangan pertama dalam Piala Dunia sejak 24 tahun lalu.

Dengan Alex Song dan Enoh Eyong akan menjadi gandingan kukuh di bahagian pertahanan Cameroon, Mexico mungkin akan menumpukan serangan mereka dari bahagian sisi, di mana pemain pertahanan sayap Herrera akan berusaha untuk menyelinap ke belakang pertahanan lawan.

Di bahagian depan, Herrera dijang­ka meletakkan penyerang Manchester United, Javier ‘Little Pea’ Hernandez - penjaring ketiga terbaik Mexico sepanjang zaman - di bangku simpanan dan memilih Oribe Peralta untuk digandingkan dengan Giovani dos Santos.

Gandingan Peralta dan dos Santos dijangka memberi kelebihan besar buat Herrera untuk mendapatkan gol.

‘El Tri’ juga dijangka akan me­nerima sokongan majoriti peminat di Stadium Dunas yang berkapasiti 38,958 tempat duduk. - REUTERS

No comments: