Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 June 2014

YTL dan Yap Ah Loy; Halalkah klia2; Saman Mkini!



Yap Ah Loy moden. Benarkah YTL kuasai Jalan Bukit Bintang dan Sentul?

ISU mengenai YTL dan Francis Yeoh Sock Ping, cukup hangat sekali.

Apabila dia bercakap secara terbuka dalam satu forum mengenai “kroni kapitalisme di Malaysia harus dihapuskan" -- maka orang berkata, tahi sudah terpercik ke mukanya sendiri.

Kumpulan YTL dan Francis diumpamakan sebagai kacang lupakah kulit, seorang yang lupa daratan dan bermacam-macam.

Memang benarlah, ramai yang tahu mengenai asal-usul YTL. Jika bukan kerana bantuan kerajaan ia hanyalah sebuah syarikat pembinaan berstatus Sdn. Bhd. yang mungkin sekarang ini sudah hilang.

Tapi YTL masih hidup dan kini cukup mewah. Ia mewah, hanya lebih dua dekad ini, di atas anugerah kerajaan dan di atas penderitaan syarikat-syarikat milik orang Melayu lain, yang kononnya mahu di­selamatkannya semasa krisis ekonomi dahulu.

Francis dalam forum itu cuba menafikan Tun Dr. Mahathir Mohamadlah yang membuka jalan untuk beliau mendapat kontrak tenaga IPP sehingga mengkayakannya sehingga ke hari ini. Dia mendakwa, kejayaannya adalah hasil inovasi syarikatnya. (Baca lagi: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/crony-capitalism-in-malaysia-has-to-go-son-of-ytl-founder-says)

Setelah kenyataannya menjadi panas, Francis kemudian memohon maaf di atas kenyataannya itu.

YTL sebenar cukup licik. Ia juga membuat namanya dengan membuat belian ke atas aset-aset tenat akibat krisis kewangan Asia, seperti pusat membeli-belah Lot 10, di tengah-tengah Segitiga Emas, daripada Datuk Sulaiman Abdul Manan, pemilik Taiping Consolidated Bhd. pada 1998.

Ekoran pembelian itu YTL menguasai hartanah di sekitar Bukit Bintang dan Sentul.

Taiping Consolidated kemudian ditukar nama menjadi YTL Land & Development. (Baca lagi: http://www.theedgemalaysia.com/features/153046--cover-story-all-the-cash-but-nothing-to-buy.html)

Satu panggilan saya terima daripada seorang ahli perniagaan Melayu yang berjaya, marah-marah dengan sikap Francis itu.

Dia kata, dia hairan apakah YTL terlalu menguasai sejumlah besar kawasan Bukit Bintang termasuk Jalan Bukit Bintang dan di kawasan-kawasan Sentul?

Minta DBKL jelaskan benarkah kawasan-kawasan itu YTL yang punya? Apakah kuasa DBKL juga amat terhad di dalam kawasan Bukit Bintang? Ia seolah-olah seperti wilayah penguasaan YTL dan keluarga Francis?

Benarkah Bukit Bintang dipenuhi dengan rumah-rumah urut milik pendatang Cina dari China? Berapa peratus kawasan itu diberi ruang untuk Melayu berniaga?

Di Sentul, kawasan-kawasan kampung semakin lenyap dan diganti dengan projek pembangunan milik YTL. Siapa yang mampu beli semua hartanah di situ? Ke mana perginya orang asal di situ?

Katanya lagi, apakah YTL kini dikenali sebagai Yap Ah Loy moden Kuala Lumpur? Berkuasa sangatkah dia? Pemanggil itu menasihati lagi, kita semua dan pihak berkuasa harus terus memantau kegiatan mereka ini...

Mana kedai-kedai Melayu dan halal di klia2?

BEBERAPA hari lalu saya dihubungi oleh seorang kawan yang membawa ibu­nya ke klia2. Sebelum daftar masuk mereka berhasrat untuk singgah bersarapan.

Bagaimanapun, setelah seketika berlegar-legar, dia mulai resah. Satu demi satu kedai-kedai makan, yang rata-rata bertaraf premium itu dibelek-belek papan-­papan tandanya.

Bertaraf premium mungkin boleh tahan lagi, tapi sebagai seorang Islam yang amat menitikberatkan soal makan minum dia kelihatan semakin kebingungan.

Dia berhenti seketika dan menghu­bungi saya. Apa sudah jadi dengan kedai-­kedai makan di klia2 ini? Kedai-kedai milik siapakah ini? Orang Islam macam kita ini yang punya atau milik orang lain?

Mana dia logo Halal atau logo Jakim yang terkenal itu, katanya. Belum dipasang atau masih dalam proses permohonan, atau memang tiada?

Mungkin semasa dia menghubungi saya isu coklat Cadbury masih panas, itu pasal bunyi suaranya agak stres dan tertekan.

Saya faham perasaannya. Apa yang boleh saya katakan ialah saya akan siasat.

Siasatan saya mendapati antara kedai-kedai berasaskan makanan dan minuman atau F&B di klia2 itu yang dianugerahkan melalui tender ialah: Oldtown White Coffee, Hometown Hainan Coffee, Gong Cha, Starbucks, Gloria Jean’s, GeorgePeck Coffee, Pacific Coffee, McCafe, Austin Chase Coffee, Baskin Robbins, Kluang Cafe, Coffee Bean, San Francisco.

Hasil siasatan ringkas saya semua kedai kopi yang bukan nama kebangsaan Malaysia itu bukan milik orang Islam. Hanya satu sahaja yang boleh dikatakan dikendalikan oleh orang Melayu Islam iaitu Gloria Jean’s. Itu pun dimiliki oleh syarikat berasaskan kerajaan melalui PNS.

Mungkin ada lagi kedai Melayu yang tersorok sana-sini yang tidak nampak dan kita tidak tahu. Atau ada kedai-kedai milik Melayu Islam yang memohon tapi ditolak atau tidak layak. Apa jadi dengan kedai Killiney Kopitiam, mengapa ia sampai sekarang ‘disenyapkan’ oleh MAHB?

Seperti yang saya cakap tadi, bukan tiada langsung kedai Melayu Islam. Secara kebetulan seorang lagi rakan menghubungi saya menjemput ke majlis doa selamat pembukaan kedainya di klia2 tengah hari ini. Kedainya ialah Quizzin by RASA @ klia2 di Tingkat 2M bangunan terminal.

Jika betullah apa yang dibimbangkan oleh rakan saya tadi, maka ia sesuatu yang amat menyedihkan. Mungkin orang akan beranggapan saya dan rakan saya itu berfikiran seperti orang kampung dan kuno kerana membangkitkan isu ini.

Ya, saya mengaku kami masih kuno kerana jika benarlah majoriti kedai-kedai bukan milik kita di klia2 itu, maka rupanya “kita ini masih lagi melukut di tepi gantang!" Atau membawa erti: Seseorang yang diabaikan dan dianggap tidak penting kerana dia tidak mempunyai apa-apa kegunaan kepada masyarakat. Atau, tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap persekitaran jika individu itu tidak ada.

Malu sungguhlah aku jadi Melayu di Malaysia ini!

PM saman Malaysiakini!

KELAKAR sungguh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong.

Dia meminta PM, Najib Tun Razak ja­ngan menyaman portal berita Malaysiakini (Mkini) kerana perbuatan itu melanggar kebebasan media.

Apabila media arus perdana mengkritik Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Teresa Kok dan disaman puluhan juta ringgit oleh mereka, itu tidak salah. Itu namanya kebebasan hak asasi manusia. Apa punya lawaklah Presiden Bar Council ini?

Apakah Christopher Leong tidak mengerling ke seberang Tambak Johor bagaimana PM Singapura, Lee Hsien Loong menyaman blogger Roy Ngerng di republik itu baru-baru ini.

Majlis Peguam republik itu tidak pula mempertahankan blogger itu. Lebih mengharukan blogger itu menawarkan untuk meminta maaf, tetapi ditolak oleh PM Lee dan mahu kes itu dibawa juga ke mahkamah.

Lupakah Christopher Leong, itulah juga stail DAP di Malaysia. Jika PAP di Singapura gemar sangat menyaman media-media atau pembangkang yang mengkritiknya sehingga bangkrap, samalah juga DAP di sini.

Apakah bezanya? Oleh itu, apakah salah jika PM Najib menyaman Malaysiakini yang saban hari mengkritik kerajaan Malaysia dan penyokong-penyokong­nya.

Semua orang tahu Malaysiakini mempunyai niat dan perancangannya yang tersendiri. Mungkin PM Najib terlalu banyak bersabar selama ini.

Sabar pun ada hadnya. Rakyat menyokong tindakan yang diambil oleh PM Najib itu. Sebaliknya adalah salah jika tindakan tidak diambil ke atas portal itu.

Dalam para terakhir kenyataan Majlis Peguam, Christopher Leong menulis: “Kami menggesa Perdana Menteri dan parti politiknya menarik balik saman fitnah ke atas Mkini dan para editornya. Perdana Menteri sebaliknya harus mengambil kesempatan menjawab atau membantah sebagai komen yang tidak betul yang dibuat oleh orang ramai."

Bunyi kenyataannya seperti Majlis Peguam adalah peguam bela bagi Malaysiakini dan para editornya. Lawak sungguh bunyinya.

Adalah amat malang bagi komuniti guaman negara apabila Majlis Peguam kelihatan terlalu memihak dan memilih dalam kenyataan-kenyataannya. Ia sepatutnya apolitical, bukannya bertindak sebagai jurucakap politik bagi pihak-pihak tertentu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140611/re_06/YTL-dan-Yap-Ah-Loy-Halalkah-klia2-Saman-Mkini#ixzz34O39ggPa  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: