Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 5 June 2014

WORLD CUP 2014 - Kem Portugal resah gara-gara Ronaldo



CRISTIANO Ronaldo (kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan, Raul Meireles di kem latihan skuad Piala Dunia Portugal di NFL New York Jets, New Jersey, Amerika Syarikat semalam. - REUTERS

FLORHAM PARK - Keresahan membayangi kem latihan Portugal di New Jersi, Amerika Syarikat gara-gara Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo masih belum pulih daripada kecederaan kurang dua minggu menjelang Piala Dunia.

Bintang sayap Real Madrid itu mengalami kecederaan otot di bahagian peha kiri, malah Persatuan Bola Sepak Portugal juga masih meneliti laporan perubatan melibatkan tiga tonggak pasukan, Raul Meireles, Pepe dan Beto.

Walaupun spekulasi menyatakan keempat-empat pemain berkenaan bakal terlepas aksi di Brazil, suasana di padang latihan di New York Jets tampak berbeza apabila semua pemain begitu bersemangat berlatih, menjelang Piala Dunia yang akan membuka tirai pada 12 Jun ini.

Selain itu, Ronaldo turut dilaporkan berdepan masalah Patellar Tendinitis di lutut, menyebabkan peluangnya untuk diturunkan dalam aksi pembukaan menentang Jerman di Salvador pada 16 Jun ini kabur.

“Kami berharap Cristiano dapat berada dalam keadaan terbaik untuk bermain dan mampu membantu pasukan. Begitupun, perkembangannya ketika ini cukup bagus dan berpeluang diturunkan," kata rakan sepasukan Ronaldo, Nani.

Portugal akan bermain dalam dua perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat iaitu menentang Mexico yang dijadualkan di Foxboro, Boston dan Ireland di Stadium Jets, MetLife.

Nani yang terlepas peluang bermain pada Piala Dunia 2010 Afrika ekoran kecederaan bahu mengakui, faktor kecergasan boleh membantutkan peluang seseorang pemain untuk diserapkan ke dalam pasukan.

“Jika Ronaldo tidak boleh bermain, sesiapa sahaja yang menggantikan tempatnya perlu ada keyakinan melaksanakan tanggungjawab yang ditinggalkannya.

“Piala Dunia adalah kejohanan yang cukup mencabar dan saya sudah tentu anda perlu berada pada tahap kecergasan yang terbaik bersama rakan sepasukan lain.

“Saya tidak ada pada kejohanan yang lalu, namun saya gembira kerana terpilih pada kali ini. Ini peluang untuk membuktikannya," kata Nani yang mempunyai 73 cap serta menjaringkan 14 gol bersama Portugal. - AFP



No comments: