Alex OxladeChamberlain terbaring di atas padang selepas dikasari pemain Ecuador, Carlos Gruezo dalam aksi persahabatan di Stadium Sun Life, Miami, Florida semalam. - AFP
MIAMI GARDENS, Florida - Alex OxladeChamberlain meresahkan kem England seminggu menjelang Piala Dunia apabila mengalami kecederaan lutut ketika pasukannya seri 22 dengan Ecuador dalam aksi pemanas badan, semalam.
Nasib bintang tengah Arsenal itu hanya akan diketahui hari ini apabila dia menjalani ujian imbasan di lutut kanan selepas diterjah keras oleh pemain lawan, Carlos Gruezo.
Pengendali The Three Lions, Roy Hodgson tidak menolak, pemain berusia 21 tahun itu mungkin terpaksa diketepikan daripada skuad ke Brazil.
"Situasi OxladeChamberlain mencetus kebimbangan ketika ini. Dia mengalami kecederaan lutut selepas dikasari dan nasibnya hanya akan diketahui selepas kita menerima keputusan ujian imbasan.
"Buat masa sekarang, saya tidak boleh bercakap lebih daripada ini.
"Namun, saya bersedia menerima kemungkinan paling buruk. Kalau terpaksa memanggil pemain daripada senarai simpanan, maka saya akan melakukannya. Pada ketika ini, saya tidak tahu seserius mana kecederaannya dan kena tunggu dulu.
"Saya harap, kecederaannya tidak serius. Dia bermain dengan baik malam ini (semalam), nampak sangat tajam.
"Ia pasti akan memberi tamparan kepada pasukan jika kehilangan khidmatnya, jadi buat masa ini saya lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada perkara positif yang telah kami perolehi daripada perlawanan ini," ujar Hodgson.
Perlawanan semalam turut menyaksikan keduadua pasukan menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas pemain remaja England, Raheem Sterling dan bintang sayap Ecuardo, Antonio Valencia dibuang padang.
Sterling, yang masuk sebagai gantian melakukan terjahan keras ke atas Valencia, yang kemudian membalas dengan mencekak leher bintang Liverpool itu menyebabkan keduaduanya dilayangkan kad merah.
England yang melakukan eksperimen dalam pasukan yang bakal membawa cabaran Piala Dunia ketinggalan seawal minit kelapan menerusi tandukan Enner Valencia, namun Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan 11 ketika berlaku keadaan kelam kabut dalam kawasan lawan pada minit ke29.
Pemain tengah The Three Lions, Ross Barkley mempamer skil individu yang menakjubkan ketika mencipta gerakan untuk gol kedua England yang disempurnakan oleh penyerang baharu Liverpool, Rickie Lambert pada minit ke51.
Namun begitu, Ecuador bertindak balas dengan meledak gol penyamaan menerusi rembatan Michael Arroyo dari jarak 20 meter, menewaskan penjaga gol, Ben Foster. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140606/sl_01/Chamberlain-jadi-igauan-England#ixzz33q9lyWax © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment