Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 6 June 2014

HOKI - Malaysia buntu cari kemenangan

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my



Penjaga gol Malaysia, S. Kumar berhempas pulas untuk menyelamatkan percubaan pemain England, Tom Carson dalam aksi Piala Dunia di The Hague, Belanda semalam. - AFP

KUALA LUMPUR - Tewas buat kali ketiga berturutturut menyaksikan peluang Malaysia untuk memperbaiki kedudukan dalam Kumpulan A kejohanan hoki Piala Dunia kini semakin sukar.

Semalam, anakanak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah terus buntu untuk mencari kemenangan sulung apabila tunduk 0-2 kepada England di Stadium Kyocera, The Hague, Belanda.

Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan pasukan negara kekal menduduki tangga tercorot daripada enam negara lain dalam kumpulan tanpa memperoleh sebarang mata.

Dalam aksi tersebut, keduadua pasukan memberikan tentangan sengit dalam memburu kemenangan, bagaimanapun Mark Gleghorne pantas meletakkan England di hadapan seawal minit keempat menerusi gol padang diikuti Ashley Jackson, melalui sudut penalti pada minit ke67.

Malaysia semakin tertekan apabila penyerang, Hafifihafiz Hanafi terce­dera selepas secara tidak sengaja penjaga gol England, George Pinner menendang bahagian mukanya.

Hafifihafiz kemudiannya diusung keluar dan dikejarkan ke hospital.

Meskipun skuad kebangsaan yang sebelum ini tewas kepada Australia 4-0 dan Belgium 6-2, namun Muhammad Dharma Raj masih berbangga dengan prestasi anak buahnya.

"Kita perlu melakukan aksi lebih baik dengan menggunakan peluang yang ada. Terdapat beberapa kesilapan di bahagian pertahanan, tetapi secara keseluruhan mereka mempamerkan satu usaha yang lebih baik.

"Kami kalah, tetapi saya berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan dalam perlawanan ini. Mereka perlu bangkit," katanya.

Malaysia mempunyai dua peluang untuk menyamakan kedudukan apabila dianugerahkan pukulan sudut penalti minit ke63 dan ke64 minit, malangnya, Pinner memainkan peranan penting pada saat kemuncak tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140606/su_03/Malaysia-buntu-cari-kemenangan#ixzz33qCKS1DC  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: