Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 June 2014

Saya tidak berhajat kembali kepada Pas - Hasan Ali



Hasan Ali

KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menjelaskan beliau tidak berhajat untuk kembali menyertai parti tersebut selepas dipecat pada Januari 2012 hanya kerana mengkritik sikap dan moral Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan berkata, khabar angin mendakwa beliau mungkin menyertai semula Pas selepas wujud gerakan daripada veteran parti untuk membawanya kembali bagi memperbetulkan parti berkenaan yang kini tersasar daripada perjuangan asal, sengaja disebarkan pihak lain.

Bagaimanapun beliau yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor menegaskan, sesiapa yang masih berkuasa di dalam parti itu terutama kepemimpinan ulama perlu memastikan Pas kembali kepada perjuangan asal demi kepentingan Melayu dan Islam selepas jauh tersasar sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Tidak semestinya saya. Sesiapa sahaja (dalam Pas) perlu meletakkan Pas kembali ke matlamat perjuangan yang sebenar kerana Pas kini sudah jauh melencong hasil kerjasama dengan DAP dan PKR. Namun, seperti juga yang lain, saya sendiri tidak yakin Pas akan kembali seperti dulu.

"Cuma cerita (masuk Pas) bukan asalnya daripada saya. Saya tidak berhajat pun nak masuk Pas dan tidak juga menerima apa-apa pelawaan untuk berbuat demikian. Kalau pun ada ura-ura itu, saya tidak terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasan dipecat pada 2012 selepas beliau yang juga Exco kerajaan negeri Selangor pada ketika itu mengkritik tindakan Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya selepas dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhary Azlan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140612/po_01/Saya-tidak-berhajat-kembali-kepada-Pas---Hasan-Ali#ixzz34NgbNhnd  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: