Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 4 June 2012

Bertindak tegas tepis ancaman - Najib


DARI MINGGUAN MALAYSIA
3/6/2012
NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kerajaan akan terus bertindak tegas tanpa kompromi dalam menepis sebarang ancaman, terutamanya yang menggugat ketenteraman hidup rakyat negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Walaupun tidak disenangi oleh sesetengah puak termasuk kuasa asing, kita tidak akan sesekali tunduk pada mana-mana tekanan dan akan mengambil apa sahaja langkah yang wajar supaya hak majoriti rakyat untuk hidup rukun terus dilestarikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Sambil menzahirkan setinggi-tinggi junjungan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Najib berkata, kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi matlamat tertinggi kerana kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan daripada rakyat untuk rakyat yang mendapat mandat majoriti rakyat selain barisan kepimpinan yang dipilih secara demokratik.

"Makanya kita tidak boleh dengan berwenang-wenang membiarkan asas terpenting demokrasi, iaitu keunggulan suara majoriti dimusnahkan oleh mereka yang mahu menegakkan kaedah rimba tidak bertempat dengan menganggap siapa yang paling lantang, siapa yang paling licik dan siapa yang paling ganas sebagai kudrat dan kebenaran. Cara gaya dan pegangan seperti ini, wajib ditolak sekeras-kerasnya," katanya.

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, adalah menjadi tanggungjawab setiap golongan untuk mempertahankan institusi serta sistem yang terbukti memanfaatkan kehidupan nasional dan bukannya menimbulkan kesangsian apatah lagi ketidakyakinan rakyat terhadapnya.

Justeru, kata Najib, rakyat hendaklah sentiasa menginsafi jerih payah kerajaan mentransformasikan negara dan jangan ada kelompok yang cuba memusnahkan segala pencapaian yang ada hanya kerana kepentingan jangka pendek.

Beliau berkata, dialog nasional yang sihat harus sentiasa digalakkan kerana perbezaan pendapat yang disalur secara membina merupakan suatu rahmat kepada rakyat dan negara.

"Maslahat kebangsaan sewajarnya dibincangkan secara tertib bagi mencari penyelesaian terbaik bukannya diluahkan secara tidak keruan lagi menggila di jalanan.

"Penggunaan taktik-taktik kotor yang tidak bertanggungjawab bagi mencapai objektif politik akan hanya merugikan rakyat dan negara. Beringatlah bahawa, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara," katanya.

Najib berkata, dewasa ini, umum makin mengetahui bahawa kewibawaan kerajaan secara sengaja terus cuba dipertikai dan diperlekeh oleh sesetengah kelompok.

"Pendek kata, apapun jua kejayaan yang telah dicipta oleh kita, mereka tidak akan memperakuinya dek kerana tidak mendatangkan laba atau keuntungan, malah merugikan mereka," katanya.

Beliau berkata, negara akan jauh ketinggalan dan kalah dalam persaingan sekiranya terbelenggu oleh permasalahan serta perbalahan yang tiada hujungnya.

Perdana Menteri menegaskan walau apa jua halangan waima sehebat mana rintangan, kerajaan tidak sedikitpun terkesima dengan gangguan yang ditimbulkan, malah, akan tetap fokus, cekal lagi tabah bergerak di atas landasan kebenaran demi pertiwi.

"Pucuk pangkalnya, kerajaan Tuanku ini akan terus menegakkan syarat dengan undang-undang, menegakkan adat yang dipegang, menegakkan amanah yang disandang, menegakkan hukum yang ditimbang, menegakkan pusaka yang berbilang dan menegakkan janji yang ditimang," katanya. - BERNAMA

KOMEN : KETEGASAN KERAJAAN DALAM MENANGANI MASALAH ANASIR-ANASIR PEROSAK PERPADUAN RAKYAT DARI DALAM DAN LUAR NEGARA SANGAT-SANGAT DITUNTUT DAN WAJIB DITENTANG HABIS-HABISAN DEMI KEAMANAN DAH KEMAKMURAN NEGARA... HAPUSKAN MEREKA YANG LUPA AKAN PERJUANGAN BANGSA MELAYU DAN NENEK MOYANG MEREKA...

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..RAKYAT DH TAU PIHAK MANA YG SKE BIKIN HAVOC..PEROSAK HARTABENDA RAKYAT..SAMSENG JALANAN..JD TAK SUSAH RAKYAT NK BUAT KEPUTUSAN NK BUAT PILIHAN HUHUHU