Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label Kesihatan.... Show all posts
Showing posts with label Kesihatan.... Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

20 universiti awam haramkan guna vape

SHOLINA OSMAN | 23 November 2015 1:40 AM


IDRIS JUSOH (dua dari kiri) menyalakan obor perasmian Sipma 2015 sambil diperhatikan Azlan Man (tiga dari kiri) dan Mary Yap Kain Ching (kanan) di Kangar, Perlis, semalam. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KANGAR 22 Nov. - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama oleh naib-naib canselor di 20 universiti berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.

Katanya, arahan larangan penggunaan vape itu dikuatkuasakan kerana pihak universiti mahu menjadikan kawasan kampus sebagai ‘zon hijau’.

Idris berkata, penggunaan vape adalah larangan terbaru selain pihak universiti telah lama menjadikan kawasan kampus bebas daripada merokok.

“Perkara ini telah diputuskan oleh naib canselor (NC) masing-masing yang memang mempunyai autonomi untuk melaksanakan sebarang peraturan tanpa melibatkan campur tangan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Ke-6 2015 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang dikelolakan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor.

Antara universiti yang terlibat dalam pengharaman itu ialah Universiti Malaya (UM), Universi­ti Sains Malaysia (USM), Universi­ti Kebangsaan Malaysia (UKM), Uni­versiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mengenai sukan dalam ka­langan pelajar universiti, Idris berkata, kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk mengga­lakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.

Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.

“Kerajaan memang mengiktiraf kejayaan pelajar dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat melalui banyak insentif dan penganugerahan disediakan untuk mereka agar lebih produktif,” katanya.

Kejohanan yang bermula semalam sehingga 28 November ini disertai 994 atlet yang akan bertanding dalam tujuh acara iaitu renang, olahraga, badminton, tenpin boling, bola sepak, squasy dan hoki.

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/20-universiti-awam-haramkan-guna-vape-1.161423#sthash.IqVdqsIX.dpuf




Friday, 18 September 2015

3 negeri diisytihar wabak anjing gila

18 September 2015 1:33 AM


AHMAD SHABERY CHEEK (tengah) menyampaikan insurans kemalangan nelayan kepada Low Chye Hock (dua dari kanan) iaitu bapa mendiang Low Tze Kian yang meninggal dunia semasa menangkap ikan di Jalan Telok Kertang, Matang, Taiping, Perak, semalam. UTUSAN/HANAFI KHAMIS

TAIPING 17 Sept. – Penyakit anjing gila atau rabies yang kali terakhir me- landa negara pada tahun 1999 kembali lagi apabila Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diisytihar sebagai kawasan wabak jangkitan tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pewartaan itu telah diisytihar di negeri Perlis pada 19 Ogos lalu sementara Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini.

Beliau berkata, pewartaan itu dibuat susulan wujudnya kes positif anjing gila yang dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 17 Ogos lalu di Perlis diikuti Kedah pada Ahad lalu dan kemudiannya di Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, 200 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dikerahkan untuk membantu mengawal keadaan di tiga negeri tersebut di samping pihak lain termasuk anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan.

“Saya juga telah meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terbaru setiap hari supaya orang ramai lebih berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat rumah keluarga nelayan yang meninggal dunia baru-baru ini di Kuala Larut, Matang di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan), Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, sebanyak 22 mangsa gigitan anjing liar dicatatkan di Perlis, diikuti lima di Kedah dan dua di Pulau Pinang.

“Dua mangsa di Pulau Pinang terdiri daripada seorang kakitangan PBT dan seorang kanak-kanak yang digigit di Balik Pulau pada 13 September lalu.

“Sebanyak 65 sampel otak anjing masing-masing telah diambil di Kedah dan Perlis. Setakat ini, 17 disahkan positif di Kedah dan lapan lagi di Perlis. Daripada jumlah lapan sampel positif di Perlis, empat adalah anjing liar dan empat lagi merupakan anjing yang mempunyai pemilik,”katanya.

Penyakit anjing gila yang disebabkan oleh jangkitan Lysavirus, berjangkit melalui luka gigitan terbuka pada kulit atau permukaan mukosa daripada air liur, cairan atau tisu tubuh yang berjangkit.

Haiwan yang terjangkit akan menggigit semua binatang, manusia serta objek bergerak di sekelilingnya sekali gus menjadi lumpuh atau dungu sebelum maut.

Pada tahap tersebut, risiko jangkitan terhadap manusia sentiasa wujud.

Sehubungan itu, Quaza Nizamuddin menasihatkan semua pemilik anjing terutamanya di tiga negeri berkenaan supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing di rumah selain mendapatkan suntikan vaksin di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah.

Menurut beliau, strategi utama pihaknya adalah melakukan kawalan melalui pemusnahan anjing terbiar selain meningkatkan aktiviti pemvaksinan kerana tidak mahu penularan itu merebak turun menjangkaui Seberang Perai Utara.

“Di Perlis, beberapa kawasan yang terlibat ialah di Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Kubang Tiga, Panggas Besar, Guar Nangka dan Pauh sementara di Kedah membabitkan Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Oleh itu, kita juga telah melakukan beberapa langkah pembasmian lain melibatkan kempen kesedaran awam termasuk kawalan import, kuarantin dan pengezonan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-negeri-diisytihar-wabak-anjing-gila-1.137349#sthash.GzY3W4Uh.dpuf

Friday, 6 February 2015

Selangor berdepan krisis denggi – MB

06 Februari 2015 2:20 AM

SHAH ALAM 5 Feb. – Rakyat Selangor kini dianggap berdepan krisis kesihatan berikutan peningkatan wabak demam denggi yang menyaksikan 6,686 kes dicatatkan Januari lalu.
Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah tersebut merupakan pertambahan kira-kira 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 3,813 kes.

Menurutnya, bilangan kematian akibat denggi pada Januari tahun ini di Selangor pula sebanyak 17 kes berbanding tahun lalu, dua kes sahaja.

"Daripada jumlah keseluruhan kes denggi itu, Petaling direkodkan sebagai daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi paling kritikal dengan 3,212 kes termasuk 11 kematian pada Januari tahun ini.

"Justeru, atas nasihat Jabatan Kesihatan Selangor, kerajaan negeri akan melaksanakan strategi pencegahan pembiakan nyamuk aedes dengan memfokuskan terhadap kerja-kerja pembersihan kawasan, khususnya di daerah Petaling merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan denggi daerah Petaling di sini hari ini.

Mohamed Azmin menambah, kawasan yang akan diberikan perhatian melibatkan 262 pangsapuri kos rendah, 376 tapak pembinaan, 505 masjid dan surau, 173 sekolah, 353 rumah ibadat bukan Islam dan 33 kampung.

Ditanya tentang lokasi panas yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes paling tinggi di daerah Petaling, beliau memberitahu, pangsapuri kos rendah dan kawasan pembinaan merupakan antara tempat yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes denggi.

"Kedua-dua kawasan ini kita akan berikan perhatian utama dalam program Terjah dan Musnah Aedes dari 7 hingga 8 Februari ini. Selain itu, kita juga akan ambil tindakan terhadap mana-mana pemilik atau penyewa premis perumahan, perniagaan yang didapati gagal menguruskan kebersihan kawasan masing-masing.

"Bagi tapak pembinaan, tindakan seperti pemberhentian kerja dan gantung lesen terhadap pihak pemaju juga akan dikenakan jika mereka didapati tidak menguruskan kebersihan di kawasan mereka," ujarnya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menegur kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana didapati tidak bersungguh-sungguh mengambil langkah bagi memerangi denggi di negeri ini.

Teguran itu dibuat berikutan Selangor masih mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini yang mana separuh daripada 2,000 kes yang dilaporkan di seluruh negara datang dari negeri ini.

Daerah Petaling merupakan kawasan paling teruk dan berdasarkan kajian, sistem kutipan sampah yang tidak teratur menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak, selain kawasan tapak pembinaan tidak dipantau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/selangor-berdepan-krisis-denggi-8211-mb-1.56547#sthash.CBLlV70d.dpuf

Friday, 13 June 2014

Purata 32 polis mati sebulan

Oleh AZRAI MOHAMMAD




KUALA LUMPUR 12 Jun - Sebanyak 32 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dilaporkan meninggal dunia setiap bulan sejak Januari lalu dengan majoritinya berpunca daripada penyakit tiga serangkai iaitu jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi yang antaranya mempunyai kaitan dengan masalah obesiti.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menekankan pelaksanaan aktiviti riadah yang sememangnya diwajibkan terhadap semua anggota pada setiap hari Jumaat bagi mengatasi masalah kesihatan di kalangan warga PDRM.

"Daripada jumlah 32 kematian sebulan tersebut yang dikira secara purata, ada yang meninggal dunia akibat kemalangan namun majoritinya adalah disebabkan penyakit tiga serangkai.

"Kita memang ada melaksanakan aktiviti yang dipanggil ‘games day’ pada setiap Jumaat bagi menggalakkan setiap anggota beriadah, namun aktiviti terbabit kini kurang dilakukan kerana kesibukan tugas seperti terlibat dengan operasi atau mempunyai tugas luar jangka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai susulan kenyataannya semalam mengenai tindakan PDRM yang memberi amaran tegas kepada setiap anggotanya yang mempunyai masalah obesiti dengan peluang kenaikan pangkat mereka boleh terjejas. Kenyataan itu disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau diminta mengulas rua­ngan Bisik-Bisik Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu yang mengutarakan masalah obesiti dalam kalangan anggota tentera dan polis.

Kata Awang Selamat, tidak segak kalau mereka berpakaian seragam tetapi berperut boroi dan masalah itu juga berlaku dalam kalangan bos-bos polis dan tentera.

Menurut Mohd. Fuzi, pihaknya telah pun memberi peringatan kepada semua penyelia yang terdiri daripada ketua-ketua balai, sub-inspektor atau sarjan mejar agar memantau dan menasihati anggota-anggota yang mempunyai masalah berkaitan.

"Kita juga menggalakkan mereka agar membuat pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap supaya penyakit tersebut dapat dikesan lebih awal dan dapat dikawal daripada menjadi lebih serius," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140613/dn_19/Purata-32-polis-mati-sebulan#ixzz34TTXovsh  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Friday, 18 April 2014

MERS-Cov: 79 orang dipantau rapi

AYUB Rahmat (berdiri, dua kanan) memerhati seorang pegawai perubatan memeriksa penduduk kampung ketika meninjau pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di Kampung Bintang, Batu Pahat, semalam. Turut hadir Dr. Mohd. Khairi Yakub (kanan) dan Ismail Roslan (tiga, kanan).

KUALA LUMPUR 17 April - Seramai 79 orang diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan di rumah masing-masing kerana disyaki terkena jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov).

Mereka yang diletakkan di bawah pemantauan itu terdiri daripada 15 jemaah yang menaiki pesawat bersama-sama seorang jemaah yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut dan 64 orang lagi merupakan penduduk kampung jemaah terbabit.

Di Batu Pahat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, seramai 64 penduduk Kampung Bintang, diletakkan di bawah pemantauan selama seminggu di rumah masing-masing berikutan mengalami tanda-tanda awal jangkitan penyakit tersebut.

Kata beliau, mereka terdiri daripada 100 penduduk yang telah membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di kampung tersebut.

Beliau berkata, pusat tersebut dibuka sejak 14 April lalu berikutan kematian seorang penduduk yang baru pulang daripada mengerjakan umrah dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan MERS-Cov.

"Ini kes pertama di negara ini dan kita memandang serius dengan mengambil tindakan membuka pusat pemeriksaan khas agar penyakit ini tidak merebak.

"Kesemua penduduk tersebut dibekalkan dengan topeng penutup mulut manakala sampel lendir hidung dan mulut diambil untuk dianalisis di makmal," katanya selepas meninjau pusat pemeriksaan terbabit di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Khairi Yakub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Ismail Roslan.

Ahad lalu, seorang penduduk kampung itu dikenali sebagai Kamaruzaman berusia 54 tahun meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, pada 10 April lepas .

Ayub berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kesemua 18 jemaah lain dari negeri ini yang turut mengerjakan umrah bersama mangsa bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.

"Enam daripada mereka sudah menjalani pemeriksaan. Dua jemaah dari Johor Bahru menunjukkan tanda awal mengalami MERS-Cov, dua lagi sihat manakala baki dua lagi jemaah dari Kluang juga disahkan sihat," katanya.

Beliau meminta kesemua 1,000 penduduk kampung tersebut termasuk saudara-mara yang menziarahi Kamaruzaman supaya menjalani pemeriksaan segera sekiranya mengalami simptom berkaitan.

"Jabatan Kesihatan amat berharap dan merayu orang ramai agar membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami batuk, selesema, sakit tekak dan tanda-tanda lain.

"Malah, kepada mereka yang bakal ke Tanah Suci diminta membuat persediaan termasuk mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya dan pihak agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah perlu bekerjasama dengan kami untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam memberitahu, 15 jemaah umrah dari Malaysia yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lepas kini di bawah pemantauan rapi.

Menurutnya, mereka kini di bawah pemantauan rapi selama 14 hari sejak minggu lepas.

Jelasnya, mereka tidak ditahan di wad hospital tetapi hanya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

"Kementerian akan membuat pengumuman kelak mengenai status MERS-CoV, sama ada ia menular ke negara ini atau tidak. Tumpuan diberi kepada 15 orang ini kerana mereka menaiki pesawat yang sama dengan seorang mangsa, lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor yang meninggal dunia akibat MERS-CoV," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sumbangan enam mesin hemodialisis kepada Hospital Kajang di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Hospital Kajang, Dr. Kuldip Kaur Prem Singh.

Sehubungan itu, Subramaniam menasihati orang awam yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lepas menghubungi kementerian di talian 03-88810600 atau 03-88810700.

Ditanya adakah sebarang ubat disediakan kementerian untuk mencegah wabak itu, beliau berkata, buat masa ini tiada vaksin disediakan, justeru, orang ramai yang mengerjakan umrah di Tanah Suci atau melawat mana-mana negara di rantau Asia Barat diminta agar mengambil langkah-langkah pencegahan.

"Antara langkah pencegahan ialah mencuci tangan, membawa penutup hidung dan mengelak makan makanan mentah serta mengelak membuat lawatan ke ladang ternakan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140418/dn_02/MERS-Cov-79-orang-dipantau-rapi#ixzz2zCAtwhkU  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 13 March 2014

13 kawasan catat IPU tidak sihat






KUALA LUMPUR 13 Mac - Sebanyak 13 kawasan di seluruh negara mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 9 pagi ini.

Menurut Laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan tersebut adalah Bukit Rambai (116), Nilai (147), Seremban (117), Tanjung Malim (101), Sri Aman (101), Banting (138), Kuala Selangor (158), Pelabuhan Klang (148), Petaling Jaya (111), Shah Alam (108), Batu Muda Kuala Lumpur (116), Cheras (104) dan Putrajaya (127). - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_27/13-kawasan-catat-IPU-tidak-sihat#ixzz2voYjXFFF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 31 October 2013

KERJA SIAPA YANG MUDAH NAK JADI KAYA

Minyak masak kitar semula
Oleh NORAZLINA ISMAIL pengarang@utusan.com.my
Nadzim Johan

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.

Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.

“Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal dan ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar semula," katanya.

Menurut Nadzim, status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti tersebut.

“Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport minyak masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn. Bhd., Ja’afar Abdullah memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak masak terpakai melanggar undang-undang dan peraturan MPOB.

Katanya, lesen yang dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel.

“Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan hati," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : MEMANG HARAM BETULLAH...HARAM%@#$

Thursday, 18 July 2013

BACA,KALAU TAK BACA ADA KEMUNGKINAN NYAWA AKAN MELAYANG!!!


MOHON SEBARKAN!!

 
 
PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga
bersiar-siar dengan membawa beberapa
minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota
keluarga dimasukkan ke hospital dan
ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'
 
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil
autopsi menyimpulkan ia terkena
Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin
minuman yang diminumnya, tanpa
menggunakan gelas/cawan. Hasil test
menunjukkan tin tersebut telah terkena
(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering
yg mengandung leptospira. 
 
kita dinasihatkan agar membilas secara rata
bahagian atas semua tin minuman sebelum
meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman
ini disimpan dalam gudang dan terus
dihantarkan ke kedai-kedai runcit, tanpa
dibersihkan. 
 
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa
bahagian atas semua minuman tin lebih
tercemar jika dibandingkan dengan tandas
awam (penuh kuman dan bakteria.) 
 
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih
dahulu dengan air sebelum
memasukkannya ke mulut untuk
menghindari segala jenis kecelakaan.
SHARE & SEBARKAN!
kredit:The News Shoot 
ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ

MOHON SEBARKAN!!

PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga
bersiar² dengan membawa beberapa
minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota
keluarga dimasukkan ke hospital dan
ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil
autopsi menyimpulkan ia terkena
Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin
minuman yang diminumnya, tanpa
menggunakan gelas/cawan. Hasil test
menunjukkan tin tersebut telah terkena
(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering
yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata
bahagian atas semua tin minuman sebelum
meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman
ini disimpan dalam gudang dan terus
dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa
dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa
bahagian atas semua minuman tin lebih
tercemar jika dibandingkan dengan tandas
awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih
dahulu dengan air sebelum
memasukkannya ke mulut untuk
menghindari segala jenis kecelakaan.

SHARE & SEBARKAN!

.:: ♥| حسبنا الله ونعم الوكيل|♥ ::. ツ @[592143614129018:274:The News Shoot] ツ

ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ



Friday, 14 June 2013

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )



 
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

-
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") ..

-
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ...
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
-
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ...
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

-
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

-
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ...
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

-
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued
doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) ...
-
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy,unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?)
.
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
KOMEN : CUBALAH TAK RUGI... SAYA DAH CUBA DAN SERING PRAKTIKAN JIKA PENING DAN TERASA LELAH DI DADA... INSYAALLAH AKAN NYAMAN SELEPAS ITU....

Friday, 8 June 2012

Impian pesakit tumor saraf jumpa PM tercapai


DARI UTUSAN MALAYSIA
8/6/2012




NAJIB Tun Razak membaca kad ucapan disampaikan Adam Akbar Ali, penghidap tumor saraf tunjang yang ditemani ibu kanak-kanak itu, Siti Rogayah Syed Ismail di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 7 Jun - Impian Adam Akbar Ali, 10, pesakit tumor saraf tunjang untuk bertemu pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak, tercapai hari ini. Dalam pertemuan kira-kira 10 minit bersama Perdana Menteri, Adam ditemani bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin, 43, dan ibu, Siti Rogayah Syed Ismail, 32, di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Najib beramah mesra dengan Adam dan memberi kata-kata semangat kepadanya kerana bakal menjalani pembedahan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat pada 20 Jun ini. Dalam kad ucapan kepada Adam, Perdana Menteri menulis "Kpd (kepada) Sdr (saudara) Adam Akbar, semoga Allah akan memberi Rahmatnya kpd Adik Adam dalam menjalani pembedahan. Saya berdoa adik Adam akan cepat pulih".

Sementara itu, Adam turut menyampaikan kad ucapan yang ditulisnya, "Salam Datuk Seri Najib. I Love U. Terima Kasih" kepada Najib.

Dalam pertemuan yang singkat itu, Perdana Menteri mahu Pejabat Perdana Menteri membantu mempercepatkan visa Adam ke Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau mahu Pejabat Perdana Menteri menghubungi pihak Hospital John Hopkins untuk memberi rawatan terbaik kepada Adam. Ketika ditemui pemberita, Adam berkata, dia berasa sangat gembira kerana impiannya untuk bertemu Perdana Menteri tercapai hari ini.

"Perdana Menteri telah memberi kata-kata semangat kepada saya. Beliau turut mendoakan agar saya cepat sembuh.

"Terima kasih, Perdana Menteri sebab menolong Adam," katanya.

Pertemuan kanak-kanak itu dengan Perdana Menteri diatur oleh Sinar Harian.

Sementara itu, Akbar Ali turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang meskipun sibuk namun meluangkan masa untuk bertemu Adam yang bakal menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.

"Pertemuan ini akan menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada Adam agar dapat mengharungi cabaran, sembuh dan kembali ceria seperti kanak-kanak lain," katanya.

Adam menghidap penyakit tumor saraf tunjang atau 'intramedullary cervical spinal cord tumor' sejak empat tahun lepas. Tumor atau ketumbuhan yang berada pada saraf tunjangnya telah mengganggu saraf kaki, tangan dan pernafasan.

Semalam, Kerajaan Negeri Terengganu memberi sumbangan RM100,000 dan 1MCA Medical Foundation pula menderma RM20,000 untuk menampung kos pembedahannya. - BERNAMA

KOMEN : BERSAMA DOA KAMI SEKELUARGA UNTUK ADIK ADAM SEMOGA BERJAYA DALAM PENBEDAHAN NANTI... AMIN

Monday, 12 March 2012

Lolipop pendafluor dilarang


DARI BERITA HARIAN ONLINE
2012/03/12



PEGAWAI  CAP,  NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor  yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.

Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam. Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.

“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.


Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak. Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.

Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA

Thursday, 31 March 2011

KANAK-KANAK SIHAT


Kanak-kanak tiga tahun seberat 62kg


Lu Hao yang baru berusia 3 tahun bermain bola di kawasan rumahnya di Foshan, Guangdong di China. - REUTERS

BEIJING 30 Mac - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di China menggemparkan laman Internet minggu lalu apabila mempunyai berat 62 kilogram.

Lu Hao dikatakan boleh memakan tiga mangkuk besar nasi sekali hidangan dan akan mengamuk selagi tidak kenyang.

The Sun melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak itu, Lu Yuncheng dan Chen Huan bimbang dengan pembesaran melampau anak mereka itu dan cuba mengurangkan makanannya, tetapi tidak berjaya kerana Lu Hao akan menangis tanpa henti.

Mereka juga telah cuba menggalakkannya berdiet tetapi turut gagal.

Lu Hao dilaporkan mengalami peningkatan lebih 9 kilogram tahun lalu.

Menurut Lu Yuncheng, anaknya itu hanya seberat 2.5 kilogram ketika dilahirkan, tetapi kini berat badannya lima kali lebih berat dari kanak-kanak seusianya. - AGENSI

KOMEN : SIHAT KE KANAK-KANAK INI. KANAK-KANAK INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI KANAK-KANAK OBESE. SINDROM KEGEMUKAN INI JUGA SEBENARNYA TELAH MELANDA KANAK-KANAK DI MALAYSIA. AHLI SUMO DARI NEGARA CHINA SEDANG DIBESARKAN...

Wednesday, 16 March 2011

Telefon bimbit rosakkan sperma?


Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.




S.M Mohamed Idris menunjukkan telefon bimbit yang boleh menyebabkan kerosakan sperma pada sidang media di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 15 Mac - Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.

CAP mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko kerosakan sperma serta mati pucuk.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, keputusan itu berdasarkan hasil kajian pihaknya tahun lalu yang menunjukkan kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Jelas beliau, hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit yang meluas.

"Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

Katanya, wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Beliau mendakwa pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna.

"Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

"Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu," katanya.

Justeru, S.M. Mohamed menggesa para pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit kecuali dalam kes-kes kecemasan dan sekiranya perlu gunakan pembesar suara pada jarak 20 sentimeter dari kepala.


KOMEN : GUNAKANLAH MENGIKUT PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PENGELUAR... TELEFON BIMBIT TELAH MENJADI KEPERLUAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DAN BUKAN LAGI SEBAGAI PRESTIGE HANYA UNTUK ORANG-ORANG KAYA SAJA.

Tuesday, 8 September 2009

Menjaga Keseimbangan Puasa






AMALAN berpuasa bukan hanya berkisar kepada sudut rohaniah, malahan didapati mempunyai kesan positif terhadap fizikal badan. Bukan setakat memberi peluang sistem penghadaman berehat, malahan membolehkan metabolisma badan menurun dan kembali seimbang dengan keperluan badan.

Namun, menahan diri daripada lapar dan dahaga lebih 13 jam sehari memerlukan kita menjaga keseimbangan tenaga badan dan aktiviti harian. Kerana itu juga, amalan bersahur dan tidak melengahkan waktu berbuka digalakkan, supaya keperluan nutrien dan tenaga badan tidak terjejas sepanjang berpuasa.

Air

Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.

Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit) . Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca. Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.

Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.

Kekejangan

Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya. Kebiasaannya, kekejangan otot bukan sahaja akibat kekurangan air, tetapi juga melibatkan kekurangan oksigen, pengumpulan asid laktik serta kandungan sodium dan potasium darah yang rendah.

Kekejangan otot dapat dielakkan dengan pengambilan air serta garam galian yang cukup, terutamanya makanan yang tinggi dengan potasium. Bernafas dengan laju pula dikatakan dapat meredakan kekejangan akibat kurang oksigen dan pengumpulan asid laktik pada otot.

Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang. Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.

Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.

Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka.. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan.